Vous êtes sur la page 1sur 4

"APRIL FOOL'S DAY"

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana
telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di
Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera
Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang
Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri
mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar
mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu,
maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh
menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian
mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di
pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki,
perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol
setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh
oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.  

     Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia.
Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk
mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

     Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool
ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi
mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada
mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang
kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan
sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

            Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini.
Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk
dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang
lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan
jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi
perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu
cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak
baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat,
maka mereka itulah orang yang aniaya." 

Surah Al-Hujurat: 48   

            Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian
masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah
dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day
dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk
menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

            Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan


merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan
umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan
April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya.
Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang
telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam
mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah
diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti
itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

            Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April
samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak
harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak
ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini
kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah
umat Islam di mata dunia.

            Fikirkan dan renung-renungkanlah........

Disediakan oleh,

Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Selangor


APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN
Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam
khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1
Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang
apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini
terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan
Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa
adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.  

Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam
yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.
Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang
Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan
kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan
sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau
di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada
ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan.
Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang
berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara
tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa
mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain
boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang
bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan
dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan
sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama
Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat
seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi
seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh.  Ini merupakan sesuatu yang tidak
diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama
yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda
tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup
keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April
Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal,
sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap
mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda
menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)
                                                                Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Vous aimerez peut-être aussi