Vous êtes sur la page 1sur 1

ASAS AKIDAH ISLAMIAH

Ismail Omar menegaskan bahawa tauhid terbahagi kepada beberapa bahagian1


seperti:
1.Tauhid uluhiyyah atau tauhid ibadah iaitu mengesakan Allah SWT yang
berhak disembah atau diabadikan dalam segala jenis ibadat dan tidak
kepada selain dari-Nya.

Tuntutan Tauhid Uluhiyyah supaya kita bertawajuh atau

menghadap kepada Allah SWT dalam setiap bentuk ibadat dan menuntut kita
supaya membersihkan hati dari menerima pihak atau pengaruh lain2. Ibadat
mengandungi pertalian yang luas, antaranya:

#Wajib ikhlas dalam mencintai Allah SWT:Seseorang

hamba janganlah mengadakan “Nidd” yang setanding dengan Allah SWT dalam
mencintai, dengan erti kata ia mencintakan “Nidd” itu sama dengan ia mencintakan
Allah SWT, atau ia mengutamakan cinta kepada “Nidd” itu lebih dari Allah SWT.
Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk dalam golongan kaum musyrikin.Firman
Allah SWT:

“Dan di antara manusia, ada yang menjadikan selain dari Allah akan (Nidd) itu
seperti
cinta mereka kepada Allah manakala orang-orang mukmin pula lebih cintakan
kepada Allah”.
(Surah Al-Baqarah: 265)

#Wajib Mengesakan Allah SWT dalam berdoa,bertawakal dan mengharapkan


sesuatu kerana Allah SWT Maha Berkuasa.

1 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah
Alam:Access
Infotech (M) Sdn Bhd.
2 Muhammad Naim Yasin, Dr. 2001. Al-Iman Wa Arkahanu Wahakiqatuh
(terjemahan)
Abdul Rahman Abdullah Wan Nasyri Wa Attauzi’

Vous aimerez peut-être aussi