Vous êtes sur la page 1sur 3

Assignment 1

BC31403 Environmental Economics

Name: HERNA BINTI BURHANUDDIN


Metric No: BB08110231

1.State how each of the following factors affects the materials balance model:

(i) population growth;

(ii) income growth;

(iii) increased consumer recycling actions;

(iv) increased industrial recycling;

(v) increased use of pollution prevention technologies.


Model keseimbangan bahan merujuk kepada model ekonomi persekitaran yang
menunjukkan hubungan antara aktiviti ekonomi dan persekitaran alam melalui dua set aliran
sumber semula jadi daripada persekitaran dan ekonomi yang berfokuskan ekonomi sumber
alam dan aliran residual (sisa) dari ekonomi ke persekitaran yang berfokuskan kepada
ekonomi persekitaran. Residual adalah sisa pencemaran yang tertinggal dalam persekitaran
selepas beberapa proses pengeluaran terjadi. Residual boleh ditangguh tetapi tidak boleh
dicegah melalui pemuliharaan, kitar semula, dan penggunnaan semula.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi model keseimbangan bahan


antaranya:

i) Pertumbuhan penduduk

Pertumbuhan penduduk dijangka akan meningkatkan aliran bahan. Hal ini kerana,
penduduk yang semakin meningkat akan mewujudkan suatu kelompok pengguna yang lebih
besar dan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam permintaan barang dan
perkhidmatan. Kesannya, firma atau pengeluar barang dan perkhidmatan akan
menggunakan lebih banyak sumber alam sekitar dalam proses pengeluaran untuk
meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan
pengguna. Daripada faktor pertumbuhan penduduk ini boleh mempengaruhi model
keseimbangan bahan kerana aliran sisa dari aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh firma dan
isi rumah yang kembali ke alam sekitar akan meningkat hasil dari sisa pengeluaran dan
penggunaan barang dan perkhidmatan.

ii) Pertumbuhan pendapatan

Faktor pertumbuhan pendapatan juga akan meningkatkan aliran bahan. Hal ini
kerana, pendapatan yang tinggi akan mempengaruhi pengguna atau isi rumah untuk
mendapatkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Permintaan yang meningkat akan
menyebabkan pengeluar atau firma akan meningkatkan hasil pengeluaran barang dan
perkhidmatan dengan meningkatkan pengambilan sumber alam bagi menghasilkan barang
dan perkhidmatan. Faktor ini akan mempengaruhi model keseimbangan bahan kerana aliran
sisa daripada aktiviti ekonomi yang kembali semula ke alam sekitar akan meningkat hasil
daripada sisa pengeluaran oleh pengeluaran dan sisa daripada penggunaan barang dan
perkhidmatan oleh isi rumah atau pengguna.
iii) Tindakan meningkatkan pengguna kitar semula

Peningkatan pengguna kitar semula akan mengurangkan jumlah aliran sisa


pengguna mengalir kembali ke alam sekitar. Peningkatan aktiviti kitar semula oleh pengguna
akan mengurangkan permintaan terhadap barang dan menyebabkan pengeluar kurang
menghasilkan dan mengeluarkan barang sekali gus mengurangkan penggunaan sumber
alam yang boleh menghasilkan sisa yang akan mengalir semula ke alam sekitar. Pengguna
juga akan kurang menghasilkan sisa kerana mengamalkan kitar semula. Walaupun tindakan
meningkatkan pengguna kitar semula yang dilaksanakan adalah baik namun, kegiatan ini
hanya akan mengurangkan aliran sisa ke dalam alam sekitar dalam jangka masa pendek
sahaja kerana aktiviti kitar semula ini akhirnya akan menjadi sisa juga pada jangka masa
panjang dan ini akan mempengaruhi model keseimbangan bahan pada jangka masa akan
datang.

iv) Peningkatan industri kitar semula

Faktor peningkatan industri kitar semula juga akan mengurangkan jumlah aliran sisa
pengeluaran mengalir kembali ke alam sekitar kerana sisa tersebut masih dapat digunakan
semula untuk mempelbagaikan hasil pengeluaran. Hal ini kerana, pengeluar mempunyai
input alternatif daripada sisa yang terhasil daripada proses pengeluaran sebelumnya dan
dapat digunakan semula dengan mengitar semula sisa tersebut bagi mengurangkan
pengambilan bahan-bahan mentah dari alam. Kesannya, aliran sisa dari pengeluaran oleh
pengeluar akan berkurangan namun, kegiatan ini juga hanya akan berlaku dalam jangka
masa pendek sahaja kerana aktiviti industri kitar semula ini akhirnya akan menjadi sisa juga
yang tetap akan mengalir ke alam sekitar dan mempengaruhi model keseimbangan bahan.

v) Peningkatan penggunaan teknologi pencegahan pencemaran

Faktor peningkatan penggunaan teknologi pencegahan pencemaran akan


mengurangkan aliran sisa ke dalam persekitaran baik jangka pendek mahupun jangka
panjang. Hal ini kerana, pengguna dan pengeluar yang mengamalkan faktor ini secara
berterusan tidak akan mempengaruhi model keseimbangan bahan kerana sisa yang terhasil
tidak akan mengalir ke dalam alam sekitar namun sekiranya pengguna dan pengeluar tidak
mengamalkan faktor ini dengan sebaiknya akan mempengaruhi model keseimbangan bahan
kerana aliran sisa daripada pengguna dan pengeluar akan mengalir terus ke dalam alam
sekitar dan seterusnya mencemari alam sekitar.

Vous aimerez peut-être aussi