Vous êtes sur la page 1sur 4

Asal Usul Istilah Bajao Dan Samal/Sama

Asal Istilah Bajao Dan Samal/Sama

Bajao juga dipanggil Sama atau Samal. Bajao dan Samal atau Sama adalah berasal dari
Bahasa Melayu sendiri iaitu 'Berjauh' dan 'Sama-sama'.[3] Orang Laut yang asal ialah seperti
orang Pala'o itu. Mereka hidup dan matinya dalam perahu lepa-lepa mereka di laut yang
sudah tentu sentiasa berjauhan dengan daratan, sebab itu mereka digelar 'Berjauh' atau Bajao.
Orang Laut juga bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain secara nomad dengan
bersama-sama. Sehinggakan ketika mereka mengiringi ulamak Ahlul-Bait itu ke Sulu dan ke
Mindanao mereka juga bersama-sama. Sebab itu mereka digelar Sama atau dalam pelat orang
Tausug dipanggil Samal..

Bukti kedatangan Orang Bajao

Kami tidak mendapatkan maklumat lain tentang kedatangan orang Bajao ke Kepulauan Sulu
melainkan yang dinyatakan oleh pencatat sejarah Eropah seperti Alexander Dalrymple (1737
-1808 M) seorang ahli geografi Scotland dan Daniel E. Sopher yang dinukil oleh Prof. Cesar
Adib Majul dalam bukunya yang terkenal Muslim In The Philipines. Juga penyelidikan yang
dibuat oleh Cynthia Chou : Research Trends on Southeast Asian Sea Nomads.[4] Yang
menariknya, kedatangan bersaudara Ahlul-Bait itu ke Sulu dan Mindanao adalah tidak dapat
dipisahkan bersama kedatangan orang-orang Bajao ini sekalipun kedatangan saudara Ahlul-
Bait itu adalah selang beberapa puluh tahun lamanya antara satu sama lain. Prof. Cesar Adib
Majul menukilkan:

"…terdapat dalam laporan Alexander Dalrymple tentang lagenda perpecahan orang Badjao
dari Johor…..perkahwinan Raja Baguinda dengan Puteri Badjao dalam lagenda tersebut"..

Perkara di atas juga ada terdapat dalam tulisan Daniel E. Sopher, The Sea Nomads: A Study
based on the literature of the Maritime Boat People of Southeast Asia (Singapore: 1965).[5]

.Prof. Cesar menyatakan bahawa terdapat satu versi memperkatakan tentang seorang puteri
Badjao yang datang dari Semenanjung Tanah Melayu sementara versi-versi lain menyebut
bahawa puteri itu adalah puteri Sultan Johor yang diiringi oleh orang Bajao ke Sulu.[6]

.Kedatangan orang-orang Bajao ke Filipina Selatan adalah dalam dua gelombang ..

Gelombang Pertama:

Prof. Cesar mengatakan bahawa orang Bajao telah datang ke Sulu selepas beberapa waktu
kedatangan Tuan Masha'ika dan sebelum kedatangan Karimul Makhdum. Bermakna, bermula
dari Riau-Johor itu orang Bajao bergerak beramai-ramai ke Sulu dengan melalui Brunei dan
terus ke Sulu. Dalam Sejarah Brunei ada peristiwa yang boleh dirujuk antaranya orang-orang
Bajao datang terlebih dahulu ke Brunei bersama Sultan Brunei pertama bernama Awang Alak
Betatar. Baginda memeluk agama Islam dan berkahwin dengan puteri Sultan Johor (Johor
Lama @ Temasek) sekitar 1368. Nama Islam Awang Alak Betatar ialah Sultan Muhammad
Shah (Sultan Brunei Pertama 1363-1402). Setelah perkahwinan itu Sultan Brunei ini
berangkat ke Brunei dari Johor dengan diiringi oleh orang-orang Bajao atas perintah Sultan
Johor. Diulangi, catatan Prof. Cesar dalam bukunya 'Islam Di Filipina' menganggarkan
bahawa kedatangan orang Bajao ke Sulu mestilah antara kedatangan Tuan Masha'ika (Beliau
dianggarkan sezaman dengan Tuhan @ Tuan Maqbalu, wafat pada 1310 di Sulu) dan Karimul
Makhdum itu (beliau dianggarkan telah berada di Sulu sekitar tahun 1400 hingga 1420
sebelum Syarif Ali Barakat menjadi Sultan Brunei 1425).

Kalau kita perhatikan anggaran Prof. Cesar bahawa kedatangan orang Bajao yang pertama
ialah antara kedatangan Tuan Masha'ika dan Syeikh Karimul Makhdum itu maka satu
persoalan siapa pula yang bawa orang-orang Bajao itu ke Sulu dari Brunei? Sememangnya
orang Bajao telah berada di Brunei bersama ketibaan Sultan Muhammad Shah bersama
permaisuri baginda dari Johor itu pada 1368, lalu bagaimana pula orang Bajao itu pergi ke
Sulu begitu sahaja? Kami menganggarkan dua kemungkinan di sini bahawa:-

Kemungkinan Pertama: Kedatangan orang Bajao yang pertama ke Sulu ialah bersama Syeikh
Karimul Makhdum dengan alasan, orang Bajao tidak mungkin datang ke Sulu tanpa
pimpinan. Syeikh Karimul Makhdum yang juga terkenal dengan panggilan Tuan Syarif Awlia
adalah yang terawal berdakwah ke Sulu. Masalahnya pula adakah Syeikh Karimul Makhdum
itu datang ke Sulu melalui Brunei atau melalui Sulawesi atau Kalimantan? Sebab ada catatan
yang menyatakan Karimul Makhdum ini adalah ayahanda kepada dua Wali Songo di
Indonesia.[7]

Kemungkinan Kedua: Apakah tidak mustahil pula orang-orang Bajao itu datang ke Sulu
bersama Sayyid Abu Bakar? Kerana dengan jelas Sayyid Abu Bakar telah sampai ke Sulu
sekitar tahun 1450-an setelah singgah di Brunei dan meneruskan perjalanan ke Sulu. Beliau
singgah di Brunei dan mendapati rakan seperjuangannya dan yang lain (yang juga Ahlul Bait)
iaitu Syarif Ali Barakat telah berada di Brunei sebab itu beliau meneruskan perjalanan
dakwahnya ke Sulu.[8] Kemungkinan pada masa ini orang Bajao masih ada di Brunei dan
mengiringi Sayyid Abu Bakar ke Sulu atas arahan Sultan Brunei itu.

Gelombang Kedua:

Kedatangan orang Bajao ke Sulu bersama-sama menemani Sayyid Muhammad


Kabongsuan[9] (adik kandung kepada Sayyid Abu Bakar, lain ibu) ke Mindanao yang datang
dari Johor dan seterusnya menjadi Sultan Maguindanao yang pertama pada 1515 M. Bonda
Sayyid Muhammad Kabongsuan juga adalah kerabat Diraja Johor (Johor Lama @ Temasek).
Sebab itu orang Bajao juga terdapat di Mindanao termasuk sekitar Davao. Kedatangan orang
Bajao ke Mindanao bersama Sayyid Muhammad Kabongsuan tiada perselisihan pendapat di
kalangan ahli sejarah. Maka dengan itu bertambah besarlah bilangan kaum Bajao di
kepulauan Sulu dan Mindanao itu.

.Kedatangan Bajao Satu Rahmat

Mengapa kami katakan orang Bajao membawa rahmat kepada orang Sulu dan Mindanao?
Kami berani mengatakan bahawa kepulauan Sulu dan Mindanao telah berseri dan meriah
dengan kedatangan orang Bajao. Kehadiran orang Bajao menjadi sumber kekuatan tambahan
kepada masyarakat kepulauan Moro itu. Sebab kepulauan yang tidak punya kaum Bajao di
pantainya telah ditewaskan oleh penjajah sekali gus terjajah dan menjadi wilayah Kristian
Spanyol (Seperti kepulauan utama di utara iaitu Visaya, Luzon, Cebu, dll). Dengan
kedatangan Bajao juga telah menambahkan lagi bilangan suku kaum di kepulauan Moro,
malah kaum Bajao juga telah terbahagi kepada beberapa suku (sub-etnik) lagi mengikut pulau
dan kekuasaan para Datu-datu Tausug yang menjaga mereka.
.Dengan kedatangan Bajao juga telah merancakkan lagi aktiviti perdagangan di sekitar
kepulauan Moro. Sebelum ini orang Tausug melakukan sendiri kerja menyelam mutiara, agar-
agar laut dan apa sahaja yang berharga dari laut. Semenjak kedatangan Bajao, kerja demikian
telah menjadi mudah disebabkan Bajao memang pakar menyelam dan rajin. Sebab itulah
hubungan antara Bajao dengan Tausug begitu rapat. Suku kaum Bajao yang sangat rapat
dengan masyarakat Tausug ialah Bajao Balangingi (Bangingi'). Hinggakan Bajao Balangingi
terikut-ikut dengan keberanian kaum Tausug..

Kekuasaan Bajao Balangingi terhadap Pulau Balangingi dan pulau-pulau sekitarnya dengan
binaan kota pertahanan yang hebat dan kukuh telah menarik perhatian Spanyol. Walau
bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Prof. Cesar bahawa Bajao Balangingi adalah samar-
samar kepatuhannya terhadap institusi Kesultanan Sulu.[10] Ini menunjukkan keadaan Bajao
Balangingi yang agak bebas dari lingkungan kuasa Sultan menyebabkan mereka menjalankan
aktiviti pelayaran bersama kaum Iranun pun dengan begitu bebas sebab itu Bajao Balangingi
sangat mahir dengan pelayaran.

.Sejarah telah mencatat bagaimana Bajao Balangingi ini bersekongkol dengan kaum Iranun
untuk menjalankan aktiviti melanun di perairan Laut Sulu. Kebanyakan yang mereka samun
ialah pedagang-pedagang yang berasal dari wilayah kekuasaan Spanyol. Kepakaran
Balangingi melanun bersama Iranun adalah tiada tolok bandingnya hinggakan lanun-lanun
kaum Tausug sendiri tenggelam oleh populariti Balangingi dan Iranun. Aktiviti Balangingi
dan Iranun inilah yang menambah penderitaan pihak Spanyol hinggakan pihak Spanyol
meminta kepada Sultan Sulu mengawal pelanunan mereka. Nampaknya Sultan Sulu tidak
pula melakukan tindakan proaktif membenterasnya kecuali lanun yang menjejaskan
kepentingannya (mungkin Sultan pun tahu bahawa yang disamun hanya pedagang-pedagang
dari wilayah Spanyol)..

Suku kaum Bajao Balangingi terkenal dengan keberaniannya berperang. Adat resam dan
budayanya 100% sama dengan orang Tausug. Alunan atau slanga bahasa Bajao yang mereka
tutur lebih hampir dengan alunan bahasa Sug yang ditutur orang Tausug itu..

Orang Bajao Balangingi lebih fasih bertutur Bahasa Sug berbanding kaum-kaum Bajao yang
lain, ini disebabkan begitu rapatnya hubungan mereka dengan kaum Tausug. Ramai di
kalangan datu-datu Tausug berkahwin campur dengan Bajao Balangingi dan sebahagiannya
menjadi Datu-datu yang dihormati. Lokasi Bajao Balangingi adalah di sekitar kepulauan
antara Pulau Basilan dan Pulau Sug (Sulu) seperti di Pulau Sangbay, Pulau Balangingi, Pulau
Dasalan dan pulau-pulau di sekitarnya.

Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu


ay, 19 August 2010

Orang Bajao

Suku kaum Bajao adalah kedua terbesar di kepulauan Sulu yang juga terdapat di pesisiran pantai
Mindanao. Bajao juga terdapat di Borneo-Utara (Sabah), ini bukanlah perkara pelik sekiranya kaum
Bajao turut berada di Sabah kerana pada masa lalu Sabah adalah dibawah kekuasaan Kesultanan
Sulu. Telah berlaku kekeliruan tentang asal-usul kaum Bajao ini terutamanya kepada orang-orang
Sulu dan masyarakat Malaysia sendiri. Sekiranya kita meneliti sejarah maka adalah jelas kaum Bajao
ini datang dari Sumatera atau dari Kepulauan Riau - Johor (Johor Lama). Kaum Bajao ini disebut juga
dalam sejarah Melayu sebagai 'Orang Laut' atau 'Orang Selat'..

Orang Selat atau pun Orang Laut yang kita kenali sebagai Orang Bajao hari ini bukanlah penduduk
asal Kepulauan Sulu melainkan berasal dari Kepulauan Riau - Johor Lama (Temasek). Sejarah telah
mencatatkan bagaimana kaum Bajao ini datang ke Sulu kerana menjadi pengiring kepada pendakwah
Ahlul Bait iaitu Sayyid Abu Bakar. Beliau merupakan pengasas Kesultanan Sulu yang pertama
(kemungkinan juga datang bersama Syeikh Karimul Makhdum). Kaum Bajau juga datang bersama
Sayyid Muhammad Kabongsuan ke Mindanao (Pengasas Kesultanan Maguindanao 1515 M). Jasa
kaum Bajao kepada Ahlul Bait sangatlah besar sehinggakan ada kerabat kesultanan ini berkahwin
campur dengan para pemimpin kaum Bajao selepas itu. Sebab itu lah kaum Bajao yang ada di Sulu
telah terbahagi kepada beberapa kumpulan yang terpisah antara pulau-pulau di Kepulauan Sulu
higga ke Borneo Utara (Sabah). Gaya hidup mereka telah berubah dari cara hidup asal yang berumah
dalam perahu (lepa-lepa) kepada hidup di darat bersama orang-orang Tausug bergantung sejauh
mana dekatnya hubungan mereka dengan para Datu-datu atau kerabat Diraja Sulu itu.

Maka wujudlah Suku Bajao Balangingi, Bajao Kaulungan, Bajao Jama Mapun, Bajao Simunul, Bajao
Tanduh Bas, Bajao Umos Matata, Bajao Tabawan, Bajao Balimbing, Bajao Sibutu, Bajao Pala'o
(dikenali sebagai 'Orang Laut' yang tinggal dalam perahu lepa-lepa) dan beberapa suku Bajao lagi.
Kalau di Malaysia terutamanya Sabah pula, dikenali sebagai Bajao Kota Belud [1] dan Bajao
Semporna. Perlu dijelaskan di sini, pada peringkat awal bukan semua orang Laut ini menganut Islam
sekalipun mereka datang ke Kepulauan Sulu mengiringi ulamak besar Ahlul Bait itu tadi, tetapi
setelah mereka (orang laut) bergaul rapat dengan orang Tausug. Maka sedikit demi sedikit mereka
dapat diislamkan. Walau bagaimanapun sebahagian besar Bajao Pala'o (Bajao laut) masih tiada
agama sehingga kini (Ateis atau menganut animisma). Mungkin para pendakwah menghadapi
kesukaran mengislamkan mereka disebabkan gaya hidup Pala'o yang sentiasa dalam perahu (lepa-
lepa) mereka. Sebab itulah mereka enggan duduk di darat sebagaimana suku Bajao lain.

Vous aimerez peut-être aussi