Vous êtes sur la page 1sur 16

MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara,

termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk

mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih

inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang

menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc.

Syarahan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam

pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar

dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Syarahan ini

dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan

membicarakan konsep inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak

kajian empirikterhadap perkembangan pendidikan inklusif.

Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa

perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif

yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensidimensi input,

proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling bergantung

pada konteks.

1
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan

dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke arah pendidikan

inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang meliputi

sistem pendidikan perdana.

Hanya dengan memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana

sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan,

agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar

dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.

2
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

PENDIDIKAN KHAS

Pengenalan:
Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk
khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai
kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek
pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini
juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan
memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai
jenis kecacatan / kurang upaya itu.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem


pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang;
“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang


hampir sama iaitu;
“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan

3
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam
masyarakat”.

Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak


istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan
mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri
istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza
yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.

Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan


program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain
daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta
tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan
semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan
tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif
pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem
persekolahan.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa


dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan
fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan
bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik audiologi pendidikan
(educational speech therapist), orientasi dan mobiliti pendidikan (Orientation and
Mobility Instructor) dan psikologi pendidikan (Educational Psychologist) dan
sebagainya merupakan objektif Pendidikan Khas.

4
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Latarbelakang Pendidikan Khas:

Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang


(2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan
untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah
penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran,
atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan yang
lebih mencabar. Berlainan pula pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor
(1998) yang menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang
berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan
pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills).
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-
murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran
mulai bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan
Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama
murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000). Mereka diajar oleh
guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program
Pendidikan Khas.

Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang
upaya pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya
penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning
disabilities), (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalah
tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi)
bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment), (vii)
bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal (physical
disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai
masalah (multi-problem) .

5
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan


kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
(developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang
menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan
dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan
khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial /
perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan,
penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas
manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan
dan yang terakhir kebolehan pendengaran.
Pada masa kini Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas, 1998)
menyediakan program-program pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan
khas di:
Sekolah-sekolah Pendidikan Khas : 31 buah dengan bilangan murid seramai
2898 orang (Jun 1998).Sekolah-sekolah dengan kelas percantuman dan kelas
pendidikan inklusif : 368 buah dengan bilangan murid seramai 7356 orang (Jun
1998).

Penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan


Khas di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini bermula dengan
perakuan-perakuan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet, yang
mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Perakuan 169 Jawatankuasa Kabinet
bermaksud;
“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan
mengambilalih tanggungjawab pendidikan khas dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus

6
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

digalakkan” (Jabatan Pendidikan Johor,1998: 2).


Laporan Kabinat 1979 juga menuntut diwujudkan Sistem Persekolahan Peringkat
Rendah di mana mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu
hendaklah diberi pengajaran pemulihan.
Akibat daripada ini berlaku perubahan sistem pendidikan negara mengurangkan
tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun bagi
murid-murid cerdas, mulai tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS
dalam darjah 3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-
murid yang terkandas. Selain daripada itu, diwujudkan Jabatan Pendidikan Khas
untuk merancang dan memberikan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak
cacat agar menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah
(Sang, 2000).

Beberapa tahun kebelakangan ini penekanan terus diberikan kepada keperluan


Pendidikan Khas melalui Akta Pendidikan 1996. Dalam menjalankan kuasa yang
diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan telah
membuat peraturan-peraturan seperti berikut (i) Peraturan-peraturan ini bolehlah
dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan
hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, (ii) Dalam Peraturan-
Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain :
“Murid-murid dengan keperluan khas” ertinya murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran;
“Program pendidikan khas” bermaksud suatu program yang disediakan di
sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau
kecacatan pendengaran dan suatu program percantuman di sekolah biasa bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran ; serta suatu program
pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

7
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

1. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan


khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas
kecuali bagi murid-murid yang berikut :
a. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa; dan
b. murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat
anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

2. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu
untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan
disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,
sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
3. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah
suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan di


bawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas
di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-
mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat.
Tertakluk seksyen 40.1 subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah
melalui peraturan-peraturan menetapkan;
a. tempoh pendidikan randah dan menengah yang sesuai dengan keperluan
murid yang menerima pendidikan khas ;
b. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas ;
c. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai
bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan
d. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi
maksud bab ini.

8
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1 (a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan
kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi
kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabah praktik.
Mengikut kehendak Akta dan Rang Undang-Undang, mulai 1 hb Oktober 1995,
penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan telah
berkuatkuasa dengan mewujudkan 6 jabatan di mana salah satu darinya ialah
Jabatan Pendidikan Khas. Dengan penstrukturan baru Kementerian Pendidikan,
Unit Pendidikan Khas telah dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan Pendidikan
Khas. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pengarah Pendidikan
dan dibantu oleh 3 orang Ketua Penolong Pengarah Bahagian.Sebelum ini
pengurusan pendidikan khas di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah di
bawah Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah-sekolah. Pada bulan
November 1995 semua jabatan pendidikan negeri turut sama di susun semula di
mana pengurusan pendidikan khas adalah di bawah Unit Teknologi Pendidikan,
Unit Kecil Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Johor, 1998).

Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia menumpukan


aktiviti seperti perancangan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan, dan
latihan dan khidmat bantu. Program-programnya dan kategori muridnya adalah
seperti (i) Sekolah Pendidikan Khas - bermasalah penglihatan dan pendengaran,
(ii) Sekolah Rancangan Percantuman Pendidikan Khas - bermasalah
penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (termasuk “mild”, down’s syndrome
& austistik dan mobiliti tidak terhad), (iii) Program Pendidikan Inklusif -
bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (termasuk down’s
syndrome, austistik dan mobiliti tidak terhad); kesemuanya dalam kategori
“ringan” (mild) dan (iv) Program Pendidikan Pemulihan - murid kelas biasa di
sekolah rendah yang telah disaring dan diagnosis sebagai mengalami masalah
penguasaan Kemahiran Asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Kemahiran Asas 3M amat penting ke arah menuju alaf baru selepas tahun 2000

9
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

di mana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar.


Walau bagaimanapun berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan
menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan murid-murid
sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal
menguasai kemahiran asas 3M. Menyedari hakikat ini pada bulan November
1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk menghasilkan Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pendidikan Khas.

Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah


seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2
persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Ia
berkonsepkan satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Matlamatnya membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran
asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah berdasarkan;
i. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22 Januari 1985 - “Guru Khas Pendidikan
Pemulihan”.
ii. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V26 bertarikh 18 Januari 1986. - “Kelas Khas
Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986″.
iii. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V34 bertarikh 30 Jun 1989. - “Guru Kelas Pemulihan
dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah”.
iv. Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari
1991.

10
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Surat-surat pekeliling ini memberi kuasa pelaksanaan Pendidikan Khas di


sekolah dari segi (i) Peruntukan Perjawatan Guru Pemulihan Khas, (ii)
Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan, (iii) Mewujudkan Jawatankuasa
Pemulihan Khas di sekolah dan (iv) Menyediakan kemudahan fizikal.
Menerusi Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43),
bertarikh 3 November 1998. - Pelaksanaan Program Intervensi 3M 1998/1999.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan matlamat 100% di kalangan
murid-murid dapat menguasai asas 3M sebagaimana Sasaran Kerja Utama
(SKU) tahun 2000. Ini ditegaskan dalam Perkara 1 - Pendemokrasian Pendidikan
Bagi Sasaran Tahun 2000, menentukan tiada pelajar buta huruf dalam sistem
pendidikan negara.
Sistem menarik keluar (withdrawal) telah diperkenalkan di mana murid-murid
yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan
dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan
khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas. Mesyuarat khas tentang isu
murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M pada 16 Oktober 1998 yang
dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Khairuddin bin Mohd
Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah memutuskan
Program Intervensi 3M ini perlu dilaksanakan dengan segera bermula pada awal
tahun 1999.
Menurut Sang (2000) bagi murid-murid pintar-cerdas, Kementerian Pendidikan
pula menyediakan kelas ekspress bagi mereka di sekolah rendah pada awal
tahun 1960an. Rancangan ini dihentikan beberapa tahun kemudian, tetapi
disambungkan semula pada tahun 1967. Murid-murid pintar-cerdas dipilih
melalui Penilaian Tahap Satu (PTS) yang pertama kali dianjurkan oleh Lembaga
Peperiksaan pada tahun 1996. Murid-murid yang berjaya diberi peluang
melompat ke darjah 5, demi mengurangkan tempoh pembelajaran mereka di
peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun.

11
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Pendidikan adalah untuk semua. Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan


memilih dasar menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi mempastikan
semua jenis dan peringkat murid dapat manfaat maksimum daripada pelbagai
aktiviti perkhidmatan pendidikan, sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. KBSR dan KBSM digubal sedemikian rupa dan dengan mengambil kira
keperluan dan kemampuan semua murid bagi menyediakan dan memberi
peluang saksama kepada semua.
Adalah perlu ditegaskan bahawa dalam apa jua perubahan atau reformasi dalam
sistem pendidikan yang dibuat suatu perkara yang amat penting ialah tumpuan
Kementerian Pendidikan bagi:
“Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara” (Jabatan Pendidikan Khas,1998 : 3).

Untuk memenuhi harapan bangsa dan negara serta membentuk masyarakat


penyayang seperti yang diharapkan dalam Wawasan 2020, Kementerian
Pendidikan dalam usahanya merealisasikan konsep pendidikan untuk semua
telah menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan bagi murid-murid
dengan keperluan khas, iaitu yang bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk kanak-kanak down
syndrome dan autistik ringan.

Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian


daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid
dengan keperluan khas diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama
dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu
di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik agar murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian yang
optimum.

12
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Pendidikan Inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU
Kementerian(m.s. 22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 “Mengintegrasikan pelajar yang
mempunyai keperluan khas di sekolah biasa”. Menurut Jabatan Pendidikan
Khas(1998), Kementerian Pendidikan dalam usaha menyediakan perkhidmatan
pendidikan, sentiasa merancang, melaksana dan menilai segala aspek
pengurusan pendidikan supaya apa yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah
bernas, mantap dan berkesan. Dalam usaha ini dan sehubungan dengan
pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas, Kementerian Pendidikan
sedang berusaha bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan
sepadu. Pada masa sekarang, sebilangan besar murid-murid khas bermasalah
penglihatan adalah ditempatkan di kelas-kelas normal dengan diberi bantuan
dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru resos khas.
Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran yang
mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang belajar dalam kelas yang
sama dengan rakan sebaya yang normal mengikuti kesesuaian pencapaian
mereka. Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam inklusif setting secara
total telah membuktikan kejayaan yang amat cemerlang. Adalah diakui bahawa
untuk melaksanakan sepenuhnya pendidikan inklusif memerlukan pemikiran
yang mendalam, usaha yang gigih, komitmen yang jitu dan semangat yang
kental.

Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT adalah berdasarkan Pekeliling Kewangan


Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1995
dan sedang digunapakai masa kini - Rancangan percantuman pendidikan khas
bermasalah pembelajaran rendah dan menengah, program pendidikan inklusif
dan program pendidikan pemulihan di sekolah rendah biasa adalah sama seperti
kadar untuk murid biasa (Jabatan Pendidikan Johor,1998).

13
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Rumusan:

Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih
perlu diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998)
mengariskan; (i) perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan
menyediakan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas, (ii) pihak
sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah perlu
bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-murid
berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti
intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya
bersedia memasuki alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan.
(iii) adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan
memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di rumah
bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid
berkeperluan khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat
mengubah sikap dan membuat persediaan supaya dapat menerima golongan
khas sebagai rakan. Bagi melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan
tindakan yang teratur dan tersusun perlu dibuat dan diharapkan.

14
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Penutup:

Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam


“Universal Declaration of Human Right 1948″ dan diperkukuhkan oleh “The
World Declaration on Education for All 1990″:
“Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi
menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka
mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka”
(Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun
kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia
dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah
menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar
bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan lain-lain.
Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan
kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua.
Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan
khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi
peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat
diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama
diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan
masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang
lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian
kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan
khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi
masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada
golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

15
MOHAMAD RODI BIN RAMLI

Bibliografi:
Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur

Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan


Pelajar Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas.
Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan
Pendidikan Khas

16

Vous aimerez peut-être aussi