Vous êtes sur la page 1sur 9

1

3.2 TEKS PENGACARAAN MAJLIS

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH KETUA JABATAN BAHASA INGGERIS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

13 OGOS 2010

MASA TEKS
2.15 petang KETIBAAN PENSYARAH DAN PELAJAR

CUE:
Semua pelajar dan pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
mengambil tempat di dalam dewan.

ANN:
Hadirin diminta mengambil tempat dan bersedia menunggu ketibaan
Pengarah.
2.30 petang CUE:
Menerima isyarat ketibaan Pengarah IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa. Sebaik sahaja Pengarah melangkah masuk ke dalam
dewan, umumkan.

ANN:
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Yahya Bin Fuad,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa diiringi oleh Yang
Diraikan, Puan Maziah Binti Senin, dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan.
2.45 petang CUE:
Setelah Pengarah duduk di tempat yang dikhaskan, buku aturcara
majlis diedarkan. Pastikan keadaan pada hadirin tenang.
ANN:

Mencari timba si anak dara,


2

Di bawah sarang burung tempua,


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang Berusaha, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa


Antarabangsa, Dr Yahya Bin Fuad, Yang Dihormati Ketua-ketua
Jabatan, Yang Diraikan Puan Maziah binti Senin, barisan pensyarah
serta hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di atas kesudian beliau untuk
bersama-sama hadir di dalam dewan ini bagi memeriahkan lagi majlis
persaraan Pensyarah Ketua Jabatan Bahasa Inggeris Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi lebih memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara
Mohd Sollahuddin bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

CUE:
Tunggu sehingga bacaan doa tamat dan hadirin dalam keadaan
bertenang.

ANN:
Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Sollahuddin bin Ahmad
di atas bacaan doa itu sebentar tadi.
3

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Dua rangkap pantun yang dibacakan sebentar tadi sudah cukup untuk
menggambarkan segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh
Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin sepanjang berkhidmat di IPG
KBA.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Dengan itu, marilah kita bersama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Maziah Binti
Senin.

CUE:
Tunggu sehingga tayangan tamat.
4

ANN:
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Itulah sebentar tadi, tayangan multimedia sempena majlis persaraan


Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin. Semoga ia dapat memberi
inspirasi dan motivasi buat kita semua.

Ucapan alu-aluan

ANN:
Hadirin yang saya muliakan,

Sekapur sirih,seulas pinang


Salam penghormatan sajian ungkapan,
Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,
Pembuka majlis sebagai santapan

Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Dr Yahya Bin Fuad,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa untuk menyampaikan
ucapan alu-aluannya.

Majlis mempersilakan.

CUE:
Setelah ucapan tamat.

ANN:
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah
diberikan sebentar tadi.

CUE:
Setelah ucapan tamat.
5

ANN:
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah di atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah saat yang kita nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Puan Maziah Binti Senin. Majlis dengan segala hormatnya
ingin menjemput dan mempersilakan.

CUE:
Setelah ucapan Yang Diraikan tamat.

ANN:
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin di atas ucapan beliau
sebentar tadi.
Persembahan

CUE:
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam persembahan mengambil tempat di
sebelah kanan dewan.

ANN:
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
saksikan kolaborasi tiga kelas bahasa antarabangsa, Jepun, Perancis
dan German. Mereka bakal mempersembahkan koir yang bertajuk “Di
Mana Kan Ku Cari Ganti” dan “Au Revoir’’ diiringi alunan piano oleh
saudari Mei Lai Shian. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

CUE:
Setelah persembahan tamat.

ANN:
Itulah sebentar tadi, , persembahan yang sungguh memukau daripada
6

pelajar-pelajar bahasa antarabangsa diiringi alunan piano oleh saudari


Mei Lai Shian.

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi,


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Encik Hamidun Bin Tahir, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, IPG KBA untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Maziah Binti
Senin untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-
wakil pelajar.

Dipersilakan wakil daripada PPISMP kohot 6

Dipersilakan wakil daripada PISMP kohot 5

Dipersilakan wakil daripada PISMP kohot 4

Dipersilakan wakil daripada PISMP kohot 3

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Berusaha Dr Yahya


Bin Fuad untuk menyampaikan cenderamata daripada staf-staf
akademik IPG KBA.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan
Maziah Binti Senin atas kesudian beliau untuk menerima cenderamata
itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian
7

Yang Dihormati Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Hamidun Bin
Tahir mengiringi Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin


turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan khusus daripada beliau sendiri.
Dengan ini majlis mempersilakan sekali lagi, Yang Diraikan Puan
Maziah Binti Senin untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Berusaha Dr Yahya Bin


Fuad.

Seterusnya, dipersilakan kepada Madam Koh Kai Kuan, Ketua Jabatan


Bahasa Inggeris.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tuan Haji Hamid Bin Kamal, Ketua


Jabatan Bahasa Melayu.

Seterusnya, dipersilakan kepada Puan Nandhini Malaisamy, Ketua


Jabatan Kajian Sosial.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan daripada Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin.

Penutup

CUE:
Setelah semua penerima hadiah mengambil tempat.
ANN:
Hadirin yang saya hormati,
8

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Untuk makluman para hadirin, sedar atau tidak kita telah pun berada
di penghujung acara.

Ingin rasanya memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang di hati tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi

Anak haruan berlima-lima


Mati ditimpa panggur berdaun
Budi tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai
hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu IPG KBA.

CUE:
Hadirin berdiri sehingga lagu tamat. Selepas lagu tamat. Tunggu
sehingga hadirin berada dalam keadaan tenang.

ANN:
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan Maziah Binti Senin kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan Puan Maziah Binti Senin bertambah ceria dan bahagia
di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


9

dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan


Majlis Persaraan Puan Maziah Binti Senin pada hari ini.

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai tersalah kata dan
bicara sepanjang mengendalikan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Vous aimerez peut-être aussi