Vous êtes sur la page 1sur 35

JUH101 : Hubungan Etnik

1
JUH101 : Hubungan Etnik

1. PEMILIHAN TAJUK : SATU PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara berjiran dengan
Singapura di sebelah selatan, Brunai di sebelah Timur, sebahagian Indonesia di sebelah Barat
iaitu Sumatera dan Thailand di bahagian utara. Negara seluas 329,847 km2 mempunyai
28,469,910 orang penduduk terdiri daripada pelbagai etnik(Jabatan Perangkaan. 2007).
Antaranya Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Sarawak dan orang Asli, Punjabi dan lain-
lain masyarakat minoriti. Senario ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Etnik yang mempunyai pelbagai ketamadunan dan budaya tersendiri, Malaysia mampu
menyatukan kesemuanya dalam penglibatan kepelbagaian bidang mencakupi politik, sosial dan
ekonomi. Proses integrasi kesatuan etnik yang gemilang di Malaysia dilalui secara evolusi sejak
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 selepas 12 tahun merdeka disebabkan rasa megah dan
memandang rendah serta menghina etnik lain apabila mendapat sedikit kemenangan.

Natijah yang merugikan itu telah menyedarkan pemimpin pada masa itu untuk
melakukan sesuatu agar dapat menyatupadukan malah mengeratkan lagi hubungan antara kaum.
Harus dibanggakan bahawa kejayaan penyatuan etnik sehingga kini diakui banyak negara luar
termasuk bekas penjajah kita, Britain turut memperakuinya. Apa yang lebih membanggakan
sehinggakan ada negara lain ingin mempelajarinya dari kita, Malaysia.

Namun begitu ada anasir-anasir negatif yang sentiasa mencemburui kesepaduan etnik
Malaysia dan sentiasa cuba mengganggu gugat. Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai
golongan etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan harmonis.
Malaysia sentiasa mempertahankan kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan etnik dalam
realiti kehidupan masyarakat majmuk. Ianya berlandaskan nilai-nilai kemesraan dalam
berkomunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, memulia dan menghormati orang
lain dan menghormati jiran.

2
JUH101 : Hubungan Etnik

2. KONSEP DAN TEORI ASAS HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan edisi ke-4, 2007 bermakna satu kumpulan
manusia terdiri daripada beberapa kaum atau suku bangsa yang tinggal bersama-sama di satu
tempat. Masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang etnik perlu hidup dalam satu kumpulan.
Satu konsep kefahaman perlu sentiasa digembar-gemburkan atau dihebahkan untuk semua
kumpulan etnik yang ada agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan salah seorang
anggota masyarakat yang lebih besar iaitu Malaysia.

Oleh itu, bab ini akan menjelaskan beberapa konsep dan teori asas hubungan etnik yang
berkaitan seperti diskriminasi, prejudis, etnosentrik, stereotaip. Ianya bertujuan untuk mengenali
dan memahami etnik yang lain dari segi agama dan kebudayaan yang berbeza.

Etnik didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang


hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi (Samsul Amri
Baharuddin, 2007). Ianya berkait rapat dengan memberi penekanan terhadap perbezaan fizikal
atau keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman
dan Mohamad Ainuddin, 2006).

Malahan etnik dikatakan oleh sesetengah sarjana lebih menjurus kepada satu kelompok
masyarakat yang bercirikan hampir sama di sesuatu tempat seperti amalan agama, makanan,
kebudayaan, muzik, pakaian, adat resam dan sebagainya. Perkongsian nilai ini secara tidak
langsung menghasilkan identiti sesuatu etnik yang dapat membezakan antara mereka kepada
kumpulan etnik yang lain (Paimah Atoma dan rakan, 2008).

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan mesyarakat tertentu. Ianya mewujudkan satu kebudayaan yang jelas
menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan dan rasa bangga yang wujud dalam kalangan
anggota suatu kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan
hebat daripada kelompok etnik yang lain.

3
JUH101 : Hubungan Etnik

Etnosentrik ialah tangapan ciri-ciri budaya sesuatu etnik sebagai wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik yang lain, yang dipandang rendah serta dianggap ganjil (Samsul
Amri Baharuddin, 2007). Menurut Mansor Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, di dalam
bukunya Hubungan Etnik di Malaysia etnosentrik merupakan satu tanggapan bahawa kumpulan
etniknya adalah lebih baik daripada etnik yang lain dan ,mind seting, tersebut menyukarkan
penerimaan pandangan orang lain walaupun mempunyai bukti yang kukuh.

Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesebuah kelompok etnik terhadap etnik ysng
lsin yang dirassainya tidak setaraf dengannya (Paimah Atoma dan rakan, 2008). Samsul Amri
Baharuddin pula menakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau etnik lain yang mempengaruhi perilaku
pihak yang berpandangan negatif. Tegasnya diskriminasi merupkan perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.

Diskriminasi juga merupakan maniestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu
kelompok etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku jika wujud perasaan prajudis dan
stereotaip dalam sesebuah masyarakat (Samsul Amri Baharuddin, 2007) tidak kira secara
individu ataupun kelompok etnik. Antara bentuk diskriminasi yang dapat dilihat apabila individu
sesuatu kelompok etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik lain yang
diprasangkannya. Kemuncak sikap diskriminasi apabila berlaku pembuangan kerja, serangan
fizikal secara terbuka atau penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Prejudis atau prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik lain yang dibentuk berdasarkan generalisasi tyang tidak
rasional dan tegar disebabkan mempunyai ciri tertentu (Dr Zaid Ahmad dan rakan,
2006).bermaksud pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat
dalam hati individu atau kelompok etnik tertentu. Sikap prejudis tidak diluahkan secara terang-
terangan kerana lazimnya ia tidak berasaskan maklumat yang lengkap, tepat atau jelas. Sikap
prejudis yang disuarakan akan dikenalil sebagai stereotaip (Samsul Amri Baharuddin, 2007).

4
JUH101 : Hubungan Etnik

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik beranggapan negatif terhadap
etnik yang lain. Ianya diwarisi turun temurun dan sukar diubah persepsinya walaupun diberikan
fakta dan bukti yang kukuh (Samsul Amri Baharuddin, 2007). Kesan sikap prejudis dapat dilihat
apabila berlakunya persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam bidang
politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Stereotaip ialah kenyataan umum yang negatif dan gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu kumpulan etnik sama ada baikk atau buruk. Ia merupakan pertembungan dua atau lebih
kumpulan etnik yang menimbulkan perasaan negatif khususnya masyarakat Malaysia terdiri
daripada berbilang etnik (Samsul Amri Baharuddin, 2007). Sikap stereotaip memungkinkan
kurangnya interaksi antara etnik akibat daripada pandangan yang rendah terhadap kumpulan
etnik yang lain.

3. KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Terdapat dua kaedah khusus yang digunakan untuk menjalankan tugasan ini iaitu
pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer merangkumi data-data serta
maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian lapangan berupa temu bual manakala data
sekunder diperolehi daripada kajian melalui buku, risalah, makalah sama ada di perpustakaan, di
agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan.

Data primer ini merupakan maklumat yang paling penting untuk menyempurnakan
tugasan. Ia menjadi tulang belakang dalam penemuan dan penyediaan laporan lengkap tugasan
ini. Sumber data primer merupakan data dan maklumat yang dikumpulkan secara langsung
melalui temubual yang dikemukakan. Sebelum menjalankan sesi temubual, kumpulan kami telah
memperkenalkan diri dengan pengenalan diri seperti tanda nama dan kad matrik serta ‘surat
pengenalan diri’ yang telah dibekalkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia untuk kesahihan
responden. (Lampiran A ).

5
JUH101 : Hubungan Etnik

Temubual merupakan satu kegiatan atau perbuatan komunikasi antara ahli kumpulan
dengan responden yang pakar atau arif mengenai tajuk tugasan kami. Ahli kumpulan kami
berbincang menyediakan soalan terlebih dahulu dan mengemukakan soalan tersebut semasa
temubual dijalankan untuk memperolehi data dan maklumat daripada responden. Temubual telah
dijalankan dalam tugasan ini lebih kepada temubual berstruktur kerana ianya lebih formal.

Soalan–soalan temubual telah ditulis lebih awal dan jawapan responden di catat dalam buku
catatan. Memandangkan alat perakam suara tidak disukai oleh responden, maka kami
menggunakannya secara sembunyi untuk kemudahan sendiri. Kami telah mencatat jawapan dan
menyemak semula jawapan responden bagi setiap soalan yang dikemukakan daripada pita
rakaman tersebut. Kemudian kami pindahkan jawapan responden dalam bentuk transkrip yang
lebih tersusun sebagaimana yang diarahkan pensyarah yang menyelia JUH101 (Lampiran B).

Pengkaji telah mengadakan jenis temubual ini dengan beberapa individu terpilih iaitu 5
orang responden terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Mereka terdiri daripada 2 orang
Melayu; seorang lelaki dan seorang perempuan beragama Islam, seorang lelaki Cina beragama
Buddha, seorang perempuan India beragama Hindu dan seorang perempuan etnik Kadazan yang
kini beragama Kristian setelah berkahwin.:-

1. Responden 1
Biodata tokoh agama Islam yang ditemuramah :
Nama : Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul Rahman
Kelulusan : BA Hons Syariah Islamiah Al-Azhar, Mesir.
Lokasi temuramah : No 83, Jalan Damai 3, Taman Damai , Sg Abong 84000,
Muar, Johor.
Pengalaman :
- Mengajar bermula tahun 2000 di Sekolah Menengah selama 4 tahun dan di
Sekolah Rendah selama 7 tahun hingga skrg.
- Penggubal Soalan Agama Islam dan Bahasa Arab daerah Muar, Johor.
- Mengajar kelas dewasa bahagian ibadat di PGA Bakri Kem Muar, Johor.
- Mengajar kelas Fardu Ain untuk mualaf anjuran ABIM setiap minggu.

6
JUH101 : Hubungan Etnik

2. Responden 2
Biodata tokoh agama Islam yang ditemuramah:
Nama : Ustazah Khairunnisa’ binti Na’aman
Kelulusan : BA Hons P. Islam, UKM (Syariah dan kepujian)
Pengalaman : Mengajar selama 12 tahun, 5 tahun awal di SJKC Kuang Yu Bkt
Gambir. Ditukarkan ke SK Pt Bunga, Muar pada tahun ke-6 hingga
sekarang.
Lokasi temuramah : No. 5, Taman Bestari, Sg. Mati, Johor

3. Responden 3
Biodata penganut agama Hindu yang ditemuramah:
Nama : Cik Kamala Dewi a/p Gapalan
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda ICT, MMU
Pengalaman : 5 tahun
Lokasi temuramah : Sykt Computer Lionex, Melaka
Lain-lain : Ramai kawan Melayu termasuk India Muslim dan Cina. Kawasan
kejiranan; pelbagai etnik dan agama. Mengajar kelas Tekwando secara
sambilan.

4. Responden 4
Biodata penganut agama Buddha yang ditemuramah:
Nama : En. Lee Hee Huat
Kelulusan : Diploma Pendidikan
Pengalaman : 20 tahun
Lokasi temuramah : SMK Parit Bunga, Muar, Johor
Lain-lain : Selesa bergaul dengan orang Melayu dan lebih ramai kawan berbangsa
Melayu berbanding India. (Dengan malu beliau memberitahu) Telah
berkhatan sejak dari umur 13 tahun bersama kawan - kawan Melayu. Begitu
juga bapa dan abangnya untuk mengelak penyakit. Sedang mendalami agama
Islam walaupun telah belajar sejak darjah Satu sekolah rendah. Beliau

7
JUH101 : Hubungan Etnik

mempunyai kekasih berbangsa India Muslim sejak menyambung pengajian di


universiti dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

5. Responden 5
Biodata penganut agama Kristian yang ditemuramah:
Nama: Jailih @ Viviana binti Ladin
Pendidikan: Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan, Diploma Pendidikan
Tempat lahir: Keniangau, Sabah
Jumlah adik beradik: 7 orang (dua daripadanya beragama Islam)
Lokasi tempat tinggal : Berjiran dengan ramai keluarga Melayu beragama Islam
sejak kecil, bertugas di Sekolah Kebangsaan Pedas, Negeri
Sembilan.
Lokasi temuramah: Universiti Sains Malaysia
Lain-lain : Lebih selesa bergaul dengan orang Melayu, berpakaian hanya baju kurung dan
sangat menggemari dan hanya boleh memasak masakan melayu sahaja. Beliau
juga menggemari rancangan berunsur dakwah Islam seperti Jejak Rasul dan
al-Kuliyah. Malah beliau sangat mengenali ustaz dan ustazah yang berkuliah.
Beliau juga boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.

Pengumpulan data sekunder juga amat penting untuk menyiapkan tugasan ini. Ini kerana data
sekunder dapat memberikan maklumat tambahan dengan lebih lanjut berkaitan dengan tajuk
tugasan, perubahan yang berlaku, serta data-data dari tahun lepas yang amat berguna untuk
melakukan analisis.

Sumber data sekunder merupakan bahan bercetak yang telah dikumpul dan dimuatkan
dalam tugasan ini. Data sekunder juga dapat mengukuhkan lagi fakta-fakta yang diperolehi
melalui bahan bacaan. Sumber data sekunder ini didapati daripada buku, bahan terbitan jabatan–
jabatan yang berkaitan, majalah, jurnal, laporan, brosur, bahan internet, dan lain–lain.

Secara ringkasnya, kumpulan kami telah menggunakan data sekunder yang diperolehi
daripada sumber–sumber seperti berikut :
a. Perpustakaan Utama I, Universiti Sains Malaysia.

8
JUH101 : Hubungan Etnik

b. Perpustakaan Utama II, Universiti Sains Malaysia.


c. Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
d. Perpustakaan Awam Muar, Johor.
e. Perpustakaan Awam Negeri Melaka.
f. Pejabat Perangkaan , Muar.
g. Sumber–sumber lain termasuk laporan, bahan internet, artikel daripada
akhbar dan majalah tempatan, brosur, dan peta.

4. ANALISIS KAJIAN

Telah diketahui umum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir
28.5 juta orang penduduk terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai etnik. Kumpulan etnik
ini mempunyai pelbagai ketamadunan dan budaya tersendiri. Untuk mengelak daripada sejarah
hitam 13 Mei 1969 berulang, Malaysia telah mengambil inisiatif memastikan masyarakat di
dalamnya bersatupadu mengikut ‘acuan tersendiri’.

Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai golongan etnik dalam realiti kehidupan dapat
melahirkan satu suasana aman dan harmonis. Malaysia sentiasa mempertahankan
kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan tersebut berlandaskan nilai-nilai yang diterapkan
sentiasa dari masa ke semasa. Antara nilai yang dianalisiskan untuk tugasan ini ialah nilai
kemesraan dalam berkomunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, memulia dan
menghormati orang lain dan menghormati jiran.

Tugasan ini merupakan hasil dapatan yang akan dianalisis daripada sesi temubual 5 responden
iaitu 2 orang Melayu; seorang lelaki dan seorang perempuan beragama Islam, seorang lelaki
Cina beragama Buddha, seorang perempuan India beragama Hindu dan seorang perempuan etnik
Kadazan yang kini beragama Kristian setelah berkahwin.

9
JUH101 : Hubungan Etnik

4.1 Kemesraan dalam berkomunikasi

Berpandukan pengertian dalam Kamus Dewan edidi ke-4, 2007; kemesraan dalam
berkomunikasi bolehlah diertikan sebagai cara penyampaian, perbualan, sapaan, teguran atau
percakapan yang dapat menggambarkan erat seolah-olah ada keakraban seperti sahabat karib.
Bertegur sapa dengan memberi salam atau ucap selamat, mengukir senyuman ketika bertemu,
bersikap lemah lembut, penyayang dan memberi perhatian sewaktu bercakap merupakan asas
perhubungan yang baik dan dapat menimbulkan perasaan kemesraan. Haruslah kita menghindari
sikap sombong seperti memandang rendah pada orang lain dan bermasam muka.

Menurut pendapat Ustaz Saiful (Lampiran B1) nilai kemesraan dalam berkomunikasi
dapat memanjangkan lagi tali persahabatan antara kaum-kaum yang lain dengan mempelajari
dan memahami bahasa yang lain selain daripada bahasa melayu. Dalam Islam sendiri banyak
mengajar bagaimana kemesraan itu boleh timbul dalam berkomunikasi mestilah bahasa yang
digunakan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dan seumpanya. Ini
kerana masyarakat harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi
untuk mewujudkan kemesraan. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara hidup yang
bersopan-santun dan bernilai murni. Begitu juga cara kita bertegur-sapa, cara kita berinteraksi
sesama kita hinggalah kepada cara kita menjawab panggilan telefon sekalipun mesti diambil
kira. Begitu juga pendapat Cik Kamala Dewi (Lampiran B3), En Lee (Lampiran B4) dan Pn
Vivian (Lampiran B5) menekankan tentang pertuturan yang lebih sopan.

Ustaz Saiful menambah bahawa kepentingan pertuturan bukan sahaja untuk keluarga,
tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Beliau juga
memberi bukti daripada nas Al-Quran dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud, “Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut
seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi (yang
menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Sesungguhnya sopan santun dan nilai-nilai murni adalah
adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah ‘Seperti
padi, lagi runduk, lagi berisi’. Justeru itu, sopan santun perlulah diterap dan dipupuk semula dari
rumah ke sekolah, dari kampung ke pejabat. Beliau menyarankan supaya berucap salamlah

10
JUH101 : Hubungan Etnik

ketika bertemu dan apa sahaja dimulakan dengan sikap ramah dan terbuka sebagaimana hadith
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut
dalam semua perkara”. Beliau juga menambah bahawa ajaran agama-agama lain seperti agama
Buddha yang menyebut “Words have the power to both destroy and heal. When words are both
true and kind, they can change our world”.

Manakala pendapat Ustazah Khairunnisa’(Lampiran B2) iaitu menjaga adab pertuturan


mahupun pergaulan sesama manusia mengikut tatacara Islam iaitu berkomunikasi dengan bahasa
yang baik dan bersopan dan menjaga pertuturan agar tidak menyinggung perasaan orang lain
serta menjauhi isu-isu sensitiviti kaum, bangsa atau agama tertentu. Menurut beliau ‘kerana
pulut santan binasa kerana mulut negara binasa’. Kita juga sepatutnya menerima persamaan yang
ada di antara sesuatu etnik tidak kira dari segi agama, budaya, ideologi dan sebagainya. Ini
bertepatan dengan ayat Al Quran dalam surah Al Hujur 49:13 yang menjelaskan perlu beramah
mesra dan berkenal-kenalan untuk mewujudkan satu persefahaman dalam menerima persamaan
yang ada. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari suatu
pasangan (lelaki dan perempuan) dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain) (Al-
Hujurat, 49:13)

4.2 Budaya ziarah-menziarahi

Kamus Dewan edidi ke-4, 2007 menerangkan erti budaya ziarah-menziarahi sebagai tamadun
atau peradaban berkaitan kemajuan akal fikiran dan budi bicara dalam konteks kunjungan dan
lawatan yang sering dilakukan khususnya ke rumah seseorang. Hubungan mesra boleh
diwujudkan melalui budaya ziarah-menziarahi. Mengunjungi seseorang perlu pada masa yang
sesuai dan kesediaan tuan rumah. Ini akan mengekalkan keharmonian berpanjangan.

Responden kedua iaitu Ustazah Khairunnisa menyatakan terdapat 3 bahagian adab


ziarah-menziarahi iaitu sebelum ziarah, semasa ziarah dan selepas ziarah. Adab ziarah-
menziarahi ini sekiranya diamalkan akan dapat melahirkan hubungan yang erat serta menjana
kehidupan aman dan harmonis. Contohnya, semasa menziarahi kita perlu memilih masa yang

11
JUH101 : Hubungan Etnik

sesuai, bertingkah laku sopan dan juga tempoh ziarah yang tidak terlalu panjang atau lama.
Membawa atau memberi hadiah atau buah tangan semasa menziarah adalah digalakkan
sebagaimana hadis Rasulullah menyokong perkara tersebut. Dari Aisyah r.a: “Bahawasanya Nabi
s.a.w menerima hadiah dan membalasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari). Perlakuan tersebut
merupakan pengerat hubungan antara manusia tanpa mengenal bangsa atau agama. Beliau turut
mengingatkan agar semua etnik dapat menjauhi perkara-perkara yang ditegah semasa
menziarahi. Semasa menziarah, orang Islam perlu mengelak atau tidak mengamalkan sikap
mengumpat, menjatuhkan maruah orang lain, bercakap kasar atau mengambil dan mengusik
barang milik tuan rumah. Perkara tersebut akan memberi tanggapan buruk kepada bangsa lain.
Ini akan menyebabkan hubungan antara etnik dalam masyarakat majmuk akan terjejas.

Ustaz Saiful menambah budaya ziarah-menziarahi juga harus diteruskan kerana dengan
cara ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain.
Dengan cara inilah kehidupan kita sebenarnya akan lebih bermakna. Bagi mereka yang beragama
Islam sudah semestinya amalam ziarah-menziarahi itu satu kemestian lebih lebih lagi apabila
hendak menyambut raya amalam seperti Marhaban dari rumah-kerumah disamping berselawat
ke atas Nabi junjungan akan menjadikan kunjung-mengunjung itu akan mendapat rahmat dan
keberkatan dari Allah yang Esa. Bukan itu sahaja sekiranya kita dapat menjemput sahabat handai
yang berlainan bangsa dan agama maka akan terbinalah ukhuwwah yang berpanjangan.

Begitu juga pendapat responden, En Lee, Cik Kamala Dewi dan Pn Vivian menyatakan
bahawa perbuatan ziarah-menziarahi sesama manusia amat digalakkan lebih-lebih lagi antara
mereka yang berlainan agama. Secara tidak langsung dapat mempelajari budaya kaum yang
berlainan dan unik. Kesemua responden suka mengunjungi rumah kawan-kawan terdiri daripada
orang Melayu semasa Hari Raya, rakan India pula semasa perayaan Deepavali dan lain-lain
perayaan tanpa ada perasaan syak wasangka. Mereka menambah yang ziarah-menziarahi harus
dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum.

En Lee menambah lagi dengan menyatakan bahawa beliau turut menziarahi rakan yang
sakit di hospital. Tujuan kehadirannya mengunjungi rakan yang sakit sebagai sokongan moral
supaya cepat sembuh dan menjadi rawatan batiniah secara tidak langsung (Tengku Asmadi T.
Mohamad, Dr. 2007). Manakala Pn Vivian sering mengadiri upacara pengkebumian orang Islam

12
JUH101 : Hubungan Etnik

di kampungnya. Khususnya saudara mara yang beragama Islam. Menurut pendapat beliau, ianya
bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan ada rasa empati (Ee Ah Meng. 1995)
terhadap musibah yang menimpa si malang.

4.3 Mengambil berat

Memberikan perhatian dari segi layanan istemewa kepada sesuatu atau seseorang
merupakan maksud mengambil berat menurut Kamus Dewan edidi ke-4, 2007. Kehidupan
bermasyarakat memerlukan setiap individu mengamalkan sikap ambil berat antara satu sama
lain. Mengambil berat bertujuan membina ikatan kemesraan denganteguran dan nasihat yang
membina, bukanlah mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Sikap mengambil berat secara
positif ini akan melahirkan rasa tanggungjawab di kalangan anggota masyarakat.

Responden pertama, Ustaz Saiful mengulas tentang mengambil berat. Menurut beliau,
secara umumnya, masyarakat majmuk Malaysia dikenali dunia sebagai antara yang paling
banyak mengambil berat, pemurah dalam berkongsi atau menderma untuk mereka yang
memerlukan. Bukan setakat membantu mangsa bencana alam, mangsa peperangan dan fakir
miskin, rakyat negara ini juga banyak membantu golongan golongan yang tidak berupaya. Beliau
mengemukakan hadis berkaitan ikhlas dalam membantu dan mengambil berat tanpa ada rasa
Riak

‫ واى ذلك فى سبيل هللا‬،‫سئل رسول هللا عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حميةويقاتل رياء‬
‫ من قاتل لتكون كلمة هللا هى العايا فهو فى سبيل هللا‬: ‫فقال رسول هللا‬

Dalam Islam sendiri mengajar manusia supaya lakukanlah satu-satu amalan itu walau
sedikit manapun biarlah dalam keadaan yang Ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Dengan itu
balasan yang akan diterima dari Allah yang Esa akan bertambah-tambah dan rahmat yang Allah
akan berikan kepada mereka itu akan terbuka luas dengan bertambahnya pahala yang sentiasa
akan diberikan kepada mereka yang betul betul beriman kepadaNya.

Ustazah Khairunnisa’ berpendapat masyarakat Malaysia perlu bersedia memberi bantuan


atau pertolongan tidak kira bangsa dan agama adalah salah satu nilai ‘mahmudah’ yang patut ada

13
JUH101 : Hubungan Etnik

dalam diri kita. Nilai ini dapat diaplikasikan dalam menjalin hubungan antara etnik dalam realiti
kehidupan. Begitu juga mendoakan keselamatan dan menjauhkan kemudaratan di antara kita
yang berlainan bangsa dan agama serta mengucap tahniah atau takziah atas kejayaan yang
dicapai mahu pun musibah yang menimpa merupakan amalan-amalan penting yang perlu
digarapkan oleh semua golongan etnik dalam membina hubungan yang aman sentosa, harmonis
dalam realiti kehidupan seharian.

En. Lee responden keempat pula berpendapat sikap mengambil tahu tidak boleh
disalahertikan sebagai mengambil tahu hal orang lain atau menjaga tepi kain orang. Sebagai
contoh, mengambil berat atau prihatin terhadap murid-murid yang berlainan agama atau pun
etnik. Semua masalah ada puncanya dan melalui sikap prihatin terhadap kebajikan murid,
seseorang guru sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebimbangan dan masalah murid. Jiran
tetangga yang berlainan kaum juga boleh menjaga keselamatan rumah jiran yang balik ke
kampung semasa musim perayaan. Semangat kejiranan dapat menguatkan lagi semangat
perpaduan masyarakat majmuk negara kita. Begitu juga pendapat responden ketiga iaitu Cik
Kamala Dewi.

En Lee menambah lagi berkaitan pemberian derma dan bantuan kepada yang
memerlukan haruslah digalakkan tidak kira kaum dan agama kerana semua agama
menggalakkan sikap murah hati antara pengikut-pengikutnya. Bersependapat dengan Pn Vivian.
Dalam kehangatan kerajaan kita melaungkan semangat ‘Satu Malaysia’, kita tidak boleh lari
daripada tanggungjawab kita untuk merealisasikan semangat perpaduan ‘bangsa Malaysia’
dalam erti kata sebenarnya.

4.4 Memulia dan menghormati seseorang

Menurut Kamus Dewan edidi ke-4, 2007, memuliakan menjadikan atau menjujung
martabat agar berkedudukan tinggi. Menghormati pula bermaksud memberi, melahirkan dan
menaruh pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan layanan yang penuh sopan; disegani.
Perbuatan saling hormat-menghormati dan memuliakan antara satu sama lain mewujudkan
kemesraan dalam masyarakat. Kemuliaan adalah dasar kemanusiaan bukanlah warna kulit,
keturunan, darjat ataupun agama seseorang.

14
JUH101 : Hubungan Etnik

Pendapat En Lee, responden keempat dan Cik Kamala Dewi hampir sama iaitu semua
agama yang dianuti penduduk di Malaysia menekankan pentingnya hormat-menghormati antara
satu sama lain yang berlainan kaum dan agama. Contohnnya, apabila azan berkumandang
mereka akan menghentikan perbualan atau bersama seketika dengan mereka yang beragama
Islam. Seperti juga bila doa dibacakan, mereka mendiamkan diri sebagai menghormati agama
Islam. Sepanjang bulan Ramadhan pula adalah baik jika saya tidak makan atau minum di depan
rakan-rakan Islam. Dari segi pemakanan pula, saya mesti memastikan apa yang dihidangkan
untuk orang Islam haruslah halal. Jadi, segala peralatan mestilah ditentukan agar tidak dicemari
dengan bahan yang tidak halal. Seperti keadaan di mana saya perlu memotong kek atau kuih
bulan untuk murid-murid saya, saya meminjam pisau mereka sebagai menghormati agama
Islam.Ulasan En Lee lagi, walaupun ada perbezaan fahaman agama, beliau tidak boleh
mempersendakan atau mencabar kesahihan kepercayaan agama lain. Pendiriannya adalah setiap
agama mempunyai nilai-nilai, idealogi, kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

Ustazah Khairunnisa sebagai responden kedua memberi pandangan bahawa hubungan


yang baik dapat melahirkan suasana kehidupan yang aman dan harmonis jika kita
mengharamkan ghibah, dusta dan mengadu domba dalam memulia dan menghormati orang lain.
Menurut beliau, Rasulullah s.a.w sangat menjaga dan membela kehormatan atau menghormati
orang lain. Sepertimana dalam hadis Riwayat Ahmad: Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang
membela kehormatan orang lain daripada Ghibah, maka dia berhak dimerdekakan oleh Allah
dari Neraka”. Manakala Ustaz Saiful menyatakan ianya penting kerana dengan memahami hati
dan perasaan orang lain hidup kita akan sentiasa disenangi oleh mereka yang lain. Kita haruslah
hormat-menghormati sesama manusia dan jangan sesekali menganiaya ataupun menzalimi
mereka yang lain kerana balasan Allah akan sentiasa diberikan kepada mereka yang jahil dalam
kehidupan.

Berdasarkan bahan temubual, Ustazah Khairunnisa’ dan Pn Vivian bersependapat


bahawa sekiranya kita ingin dimulia dan dihormati, kita haruslah terlebih dahulu mengamalkan
sikap yang baik ini. Semasa kematian contohnya, kita tidak perlu mempersoalkan upacara
keagamaan yang dijalankan kerana kita tidak tahu dengan mendalam apa yang dilakukan oleh
mereka. Kalau sekadar ingin mengetahui sahaja tidak mengapa asalkan kita tidak menyentuh

15
JUH101 : Hubungan Etnik

sensitiviti agama lain. Cik Kamala Dewi turut menyatakan bahawa beliau terpegun dengan anak
jirannya menunjukkan tingkah laku yang sopan apabila berjalan di hadapan tetamu dan orang
yang lebih tua iaitu jalan sedikit membongkok dan bersalaman sambil tersenyum. Beliau
menyarankan agar etnik lain pun harus mencontohi perbuatan yang baik itu.

4.5 Menghormati jiran

Jiran merupakan orang yang tinggal terhampir dengan kita, orang sebelah rumah ataupun
tetangga berdasarkan pengertiaan dalam Kamus Dewan edidi ke-4, 2007. Dalam Islam jiran
merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita hinggakan 40 buah rumah setuap sudut
kompas, utara, selatan, timur dan barat, malah tenggara, timur laut, barat laut dan barat daya.

Menurut Ustaz Saiful responden pertama dan Ustazah Khairunnisa’, jiran tetangga ini amatlah
penting kerana mereka merupakan orang terdekat dengan kita walaupun bukan dari ahli keluarga
atau saudara mara. Kediaman mereka di sebelah rumah kita sama ada di depan, belakang atau
kiri dan kanan. Nabi s.a.w sebagai pembawa rahmat Allah memberikan kita tunjuk ajar dan
bimbingan sehingga terciptnya kasih sayang satu sama lain. Baginda memberikan peringatan
keras kepada orang yang tidak mahu berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana hidup ini perlu
tolong-menolong. Umat Islam dianjurkan menolong jiran tetangga, apalagi kalau tetangga itu
sengsara atau dalam kesulitan. Jiran yang baik merupakan satu unsur kebahagian hidup, malah
itu satu tanda keimanan yang sentiasa subur. Sabda Rasullullah s.a.w., ‘Bukanlah Mukmin
(sebenarnya) orang yang kenyang sedangkan jirannya lapar’.

Jiran mempunyai kedudukan tinggi sehingga dianggap sebagai ahli waris oleh Rasulullah s.a.w.
Pepatah ada mengatakan ‘orang member kita merasa’. Pepatah ini menjelaskan masyarakat
majmuk di Malaysia ini mengamalkan sikap menghormati jiran dengan baik. Rasulullah s.a.w.
pernah berwasiat kepada Abu Dzarr r.a: “Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak gulai maka
perbanyaklah kuahnya, dan bagikan kepada jiranmu”. (Hadis Riwayat Muslim). Ini
menunjukkan penghormatan Rasulullah s.a.w yang mengutamakan jiran walau dalam hal
makanan sekali pun. Kita juga tidak boleh mengganggu ketenteraman jiran. Rasulullah s.a.w
bersabda: “Tidak masuk syurga siapa yang jirannya tidak aman dari mengganggunya. (Hadis
Riwayat Muslim).

16
JUH101 : Hubungan Etnik

Cik Kamala Dewi pula memberi contoh yang beliau sentiasa mengikuti pesanan ibunya agar
membunyikan loceng dan memasang pita rakaman sembahyang ketika sembahyang tidak terlalu
kuat, hanya sekadar boleh dengar sahaja takut-takut mengganggu jiran terutamanya yang ada
anak kecil. Contoh kedua beliau ialah jirannya orang muslim dan ketika mengadakan kenduri,
mereka membaca tidak terlalu kuat hingga menggangu kami. Kami juga akan memasang audio
televisyen sekadar dengar sahaja. Namun begitu ada juga jiran-jiran yang tidak seperti kami.
Seperti kata pepatah Melayu, ‘kerana satu titis nila, rosak susu satu belanga’. Manakala Pn
Vivian menambah contoh tentang mengamalkan budaya menghormati jiran. Beliau akan berhenti
berbual seketika ketika azan dilaungkan sebagai satu cara menghormati jiran tetangga saya yang
beragama Islam. Begitu juga sekiranya beliau sedang berkaraoke, beliau berhenti sebentar bagi
memberi laluan kepada azan. Saya rasa semua agama perlu mengamalkan sikap menghormati
jiran ini agar kita boleh hidup dalam keadaan yang harmonis. Kesemua mereka bersependapat
agar berbuat baik dengan jiran. Supaya akan menimbulkan satu penghormatan antara golongan
etnik yang berbilang bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

17
JUH101 : Hubungan Etnik

5. KESIMPULAN

Negara sekecil Malaysia yang mempunyai penduduk sejumlah 28.5 juta orang dan
berbilang etnik adalah unik. Keunikannya kerana masyarakat berbilang etnik boleh hidup
bersama dan mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing tanpa sekatan dan sempadan.
Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai golongan etnik akan dapat melahirkan satu
suasana kehidupan yang aman dan harmonis sejak 52 tahun merdeka hingga kini (2009).

Namun begitu ada anasir-anasir negatif yang sentiasa mencemburui kesepaduan etnik
Malaysia dan sentiasa cuba mengganggu gugat. Malaysia sentiasa mempertahankan
kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat
majmuk. Ianya berlandaskan nilai-nilai kemesraan dalam berkomunikasi, budaya ziarah-
menziarahi, mengambil berat, memulia dan menghormati orang lain dan menghormati jiran.

Malahan banyak program yang bersifatkan perpaduan sentiasa diketengahkan. Antaranya


dasar-dasar kementerian dan kerajaan sentiasa mendahulukan kesepaduan nasionalisma dan
perpaduan kaum. Sedari dahulu hingga kini pemimpin utama yang menerajui Malaysia iaitu
Perdana Menteri sentiasa memberi penekanan tentang semangat perpaduan etnik. Malahan
gagasan ‘1 Malaysia’ merupakan kesinambungan elemen tersebut diutarakan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke-6 kini iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Pelbagai penekanan diterapkan seperti dalam bentuk media massa, penyiaran elektronik
mahupun bercetak berkisarkan kesepaduan rakyat Malaysia. Itulah sebenarnya gambaran rakyat
Malaysia yang cuba dinafikan oleh negara-negara luar. Antara media berbentuk drama dan filem
paling berjaya setakat ini ialah animasi Upin dan Ipin. Selain itu iklan pendek televisyen pada
setiap kali menjelang musim perayaan etnik Malaysia dan Hari Kemerdekaan sering dimainkan
di televisyen, media paling berpengaruh setakat ini.

Kesepaduan semua etnik di Malaysia diambil berat hinggakan ada program di peringkat
akar umbi, iaitu sekolah rendah lagi. Antaranya program RIMUP yang telah dilaksanakan hampir
7 tahun. Program yang menggalakkan aktiviti bersama-sama antara murid SK (Melayu), SJKC
(Cina) dan SJKT (Tamil). Adalah lebih baik jika kerajaan hanya menubuhkan hanya satu jenis

18
JUH101 : Hubungan Etnik

sekolah rendah dan menengah tanpa ada batasan, halangan dan sekatan untuk semua etnik jika
ingin menyemai dan menanam semangat kesepaduan masyarakat majmuk dari peringkat umur
yang muda. Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa rasmi negara mesti dipelajari semua orang.
Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua manakala semua murid, pelajar dan penuntut perlu
mempelajari bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perhubungan untuk subjek elektif.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses  integrasi dan
pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan
keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus
mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan
merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi
pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan  dari
sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk
integrasi antara kaum  haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. 

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita
merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di
rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan
integrasi  di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah 
akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi  peringkat menengah dan seterusnya
universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik
tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah.
Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran
harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula
segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan
kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah
sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya.  Ini adalah supaya
rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa
Malaysia.

19
JUH101 : Hubungan Etnik

Ini kerana segala-gala kebaikan dan nilai perlu diterap sedari awal umur kanak-
kanak.Begitu juga perpaduan. Galakan kerajaan dan gambaran sebenar perpaduan etnik Malaysia
dalam pelbagai bidang bukan sahaja menjadi impian pemimpin tetapi rakyat sendiri merupakan
kunci utama agar sentiasa mengukuhkan ikatan tersebut agar impian kekal sebagai kenyataan
hingga kini.

20
JUH101 : Hubungan Etnik

6. BIBLIOGRAFI

Dr. Zaid Ahmad dan rakan-rakan. Hubungan Etnik di Malaysia. 2006. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Selangor.

Ee Ah Meng. Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. 1995. Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd.
Selangor.

Paimah Atoma, Kassim Thukiman dan Hamidah Abdul Rahman. Hubungan Etnik di Malaysia.
2008. Penerbitan UTM. Johor.

Shamsul Amri Baharuddin, Ketua Editor. Modul Hubungan Etnik. 2007. Pusat Penerbitan
Universiti Teknologi MARA. Shah Alam.

Sanusi Osman. Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. 1989.Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor.

Sidang Editor. Kamus Dewan edisi ke-4 cetakan kedua. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selangor.

Sufean Hussin. Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah. 1996.Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Tengku Asmadi T. Mohamad, Dr. 2007. Motivasi Diri. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Jabatan Perangkaan. Statistik Penduduk Malaysia. 2007. Percetakan Malaysia. Kuala Lumpur.

Akhbar. Utusan Malaysia. 31 Ogos 2009. NSTP Bhd. Malaysia.

21
JUH101 : Hubungan Etnik

7. LAMPIRAN

LAMPIRAN A

USM/PPPJJ/A/2/2/2009

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Pengesahan Pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh


Nama:
No. K/P:
No. Matrik:

Dengan ini disahkan bahawa penama di atas adalah pelajar berdaftar di Pusat Pengajian Pendidikan
Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dalam Rancangan Sarjana Muda
________________________________ dengan Kepujian.

2. Beliau sedang menjalankan penyelidikan bagi kursus JUH 101 – HUBUNGAN ETNIK. Sukacita
sekiranya Y. Bhg. Dato’/tuan/puan memberi keizinan kepada beliau untuk mengumpul maklumat yang
bersesuaian dengan penyelidikan dan tugasan seperti yang diperlukan.

Atas kerjasama serta bantuan Y. Bhg. Dato’/tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’

[PROFESOR MADYA OMAR MAJID]


Dekan

OM/sar

22
JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 1

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TOKOH AGAMA


Biodata Tokoh Agama yang ditemuramah :
Nama :Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul Rahman
Kelulusan : BA Hons Syariah Islamiah Al-Azhar, Mesir
Lokasi temuramah : No 83, Jalan Damai 3, Taman Damai , Sg Abong 84000, Muar,
Johor
Pengalaman :
- Mengajar bermula tahun 2000 di Sekolah Menengah selama 4 tahun dan di
Sekolah Rendah selama 7 tahun hingga skrg.
- Penggubal Soalan Agama Islam dan Bahasa Arab daerah Muar, Johor.
- Mengajar kelas dewasa bahagian ibadat di PGA Bakri Kem Muar, Johor.
- Mengajar kelas Fardu Ain untuk mualaf anjuran ABIM setiap minggu.

Soalan :Apa pendapat ustaz tentang konsep satu Malaysia yang diwawarkan oleh Perdana
Menteri kita dan adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di
Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam berkomunikasi?
Ustaz Saiful :Pada pendapat saya sudah semestinya rakyat Malaysia dapat menyambut baik
konsep satu Malaysia yang mana telah dilontarkan oleh Perdana Menteri kita
sendiri , dengan mewujudkan kemesraan dalam komunikasi dapat memanjangkan
lagi tali persahabatan antara kaum-kaum yang lain dengan mempelajari bahasa
yang lain selain daripada bahasa melayu itu sendiri ini adalah kerana sekiranya
kita tidak dapat memahami bahasa kaum yang lain, maka kemesraan itu tidak
akan wujud, Justeru itu,kita harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan
yang serba melengkapi. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara
hidup yang bersopan-santun dan bernilai murni. Dari rumah ke sekolah; dari
kampung ke pejabat - amalan ini harus bersama kita pupuk semula. Dari cara kita
bertegur-sapa, dari cara kita berinteraksi sesama kita hinggalah ke cara kita
menjawab panggilan telefon sekalipun mesti diambil kira, Sesungguhnya sopan
santun dan nilai-nilai murni adalah adunan hidup yang tidak harus dilemahkan
oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah: Seperti padi, lagi runduk, lagi berisi.
dalam Islam sendiri banyak mengajar kita bagaimana kemesraan itu boleh timbul
dalam berkomunikasi……mestilah bahasa yang digunakan tidak mempunyai
unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dan seumpanya……aurat antara
lelaki dan wanita Islam dalam percakapan itu semuanya diambil kira…….

Allah S.W.T dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) berfirman:


Yang bermaksud:“Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar
dari mulut seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut
orang yang dizalimi (yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam
pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakanlah dengan sikap ramah dan
terbuka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai
sikap berlemah-lembut dalam semua perkara”. Begitu juga dengan ajaran agama-
agama lain, seperti Agama Buddha yang menyebut “Words have the power to
23
JUH101 : Hubungan Etnik

both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our
world”. Kepentingan pertuturan bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk
guru, rakan sekerja dan pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Soalan :Bagaimana pula dengan budaya ziarah-menziarahi dalam masyarakat kita, Ustaz?
Adakah perlu diteruskan atau dilupakan begitu sahaja, maklum sahajalah
masyarakat kita sekarang sudah semakin sibuk dengan hal masing-masing.
Ustaz Saiful :Budaya Ziarah-menziarahi juga harus diteruskan kerana dengan cara ini kita
sebagai rakyat Malaysia dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama
lain…..dengan cara inilah kehidupan kita sebenarnya akan lebih bermakna….bagi
mereka yang beragama Islam sudah semestinya amalam ziarah-menziarahi itu
satu kemestian lebih lebih lagi apabila hendak menyambut raya amalam seperti
Marhaban dari rumah-kerumah disamping berselawat ke atas Nabi junjungan
akan menjadikan kunjung-mengunjung itu akan mendapat rahmat dan keberkatan
dari Allah yang Esa……..bukan itu sahaja sekiranya kita dapat menjemput
sahabat handai yang berlainan bangsa dan agama maka akan terbinalah
ukhuwwah yang berpanjangan………

Soalan :Pada pendapat ustaz, bagaimana pula dengan sikap mengambil berat masyarakat
Malaysia? Adakah rakyat Malaysia mengambil berat diantara satu sama lain?
Ustaz Saiful :Secara umumnya, masyarakat majmuk Malaysia dikenali dunia sebagai antara
yang paling banyak mengambil berat, pemurah dalam berkongsi atau menderma
untuk mereka yang memerlukan.

Bukan setakat membantu mangsa bencana alam, mangsa peperangan dan fakir
miskin, rakyat negara ini juga banyak membantu golongan golongan yang tidak
berupaya ……Dalam Hadith

Ikhlas dalam membantu dan mengambil berat tanpa ada rasa Riak

‫ واى ذلك فى سبيل هللا‬،‫سئل رسول هللا عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حميةويقاتل رياء‬
‫ من قاتل لتكون كلمة هللا هى العايا فهو فى سبيل هللا‬: ‫فقال رسول هللا‬

Dalam Islam sendiri mengajar manusia supaya lakukanlah satu –satu amalan itu
walau sedikit manapun biarlah dalam keadaan yang Ikhlas dan jujur pada diri
sendiri. Dengan itu balasan yang akan diterima dari Allah yang Esa akan
bertambah-tambah dan rahmat yang Allah akan berikan kepada mereka itu akan
terbuka luas dengan bertambahnya pahala yang sentiasa akan diberikan kepada
mereka yang betul betul beriman kepadaNya……..

Soalan :Apakah yang dimaksudkan dengan memulia dan menghormati seseorang, ustaz?
Adakah ianya penting dalam masyarakat majmuk di Malaysia?
Ustaz Saiful :Memulia dan Menghomati seseorang juga merupakan perkara penting ini adalah
kerana dengan memahami hati dan perasaan orang lain hidup kita akan sentiasa
disenangi oleh mereka yang lain…….kita haruslah hormat-menghormati sesama
manusia jangan sesekali menganiaya ataupun menzalimi mereka yang lain kerana

24
JUH101 : Hubungan Etnik

balasan Allah akan sentiasa diberikan kepada mereka yang jahil dalam
kehidupan……….

Soalan :Apa pula peranan jiran dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, Ustaz?
Adakah ianya penting?
Ustaz Saiful :Masalah jiran tetangga ini amatlah penting kerana mereka merupakan orang
terdekat dengan kita walaupun bukan dari ahli keluarga atau saudara
mara.Kediaman mereka di sebelah rumah kita sama ada di depan, belakang atau
kiri dan kanan..Nabi s.a.w sebagai pembawa rahmat Allah memberikan kita
tunjuk ajar dan bimbingan sehingga terciptnya kasih sayang satu sama lain.
Baginda memberikan peringatan keras kepada orang yang tidak mahu berbaik-
baik dengan jiran tetangga kerana hidup ini perlu tolong-menolong…..Umat Islam
dianjurkan menolong jiran tetangga, apalagi kalau tetangga itu sengsara atau
dalam kesulitan. Jiran yang baik merupakan satu unsur kebahagian hidup ini,
malah itu satu tanda keimanan yang sentiasa subur….sabda Rasullullah s.a.w…
Bukanlah Mukmin (sebenarnya) orang yang kenyang sedangkan jirannya lapar….

Foto semasa seisi temuramah bersama Ustaz Saiful Rizan bin Abdul Rahman

Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul Rahman

25
JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 2

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TOKOH AGAMA (ISLAM)


Biodata tokoh agama yang ditemuramah:
Nama : Ustazah Khairunnisa’ binti Na’aman
Kelulusan : BA Hons P. Islam (Syariah dan kepujian)
Pengalaman : Mengajar selama 12 tahun
Lokasi temuramah : No. 5, Taman Bestari, Sg. Mati, Johor

Soalan: Apa pendapat ustazah tentang konsep satu Malaysia yang diwarwarkan oleh
Perdana Menteri kita dan adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di
Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam komunikasi?
Ustazah : Sebagai umat Islam, kita dituntut menjaga adab pertuturan
mahupunpergaulansesama manusia mengikut tatacara Islam. Antara ajaran itu
ialah berkomunikasi dengan bahasa yang baik dan bersopan. Jagalah kata-kata
yang akan menyinggung perasaan orang lain atau pun jauhilah isu-isu sensitiviti
kaum, bangsa atau agama tertentu.
Bersikap ramah ketika berbicara dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Elakkan perkara yang tidak berfaedah kerana pulut santan binasa kerana mulut
negara. Dengan itu matlamat kerajaan kita untuk merealisasikan konsep satu
Malaysia tidak akan tercapai.
Contoh terbaik yang boleh kita ambil ialah bagaimana Rasulallah bersikap ramah
kepada orang dan menenangkan orang yang merasa takut kerana segelintir
manusia mempunyai perasaan takut dan segan. Hadis Rasulallah dari Ibnu
Mas’ud r.a berkata: ada seorang datang kepada Nabi s.a.w lalu Rasulallah
berbicara dengannya, tiba-tiba dia gementar, maka Rasulullah s.a.w berkata
kepadanya: “Teranglah, kerana aku bukan raja, aku hanyalah seorang anak wanita
yang pernah makan berempah yang dikeringkan. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Kita juga sepatutnya menerima persamaan yang ada di antara sesuatu etnik tidak
kira dari segi agama, budaya, ideologi dan sebagainya. Ini bertepatan dengan ayat
Al Quran dalam surah Al Hujur 49:13 yang menjelaskan perlu beramah mesra dan
berkenal-kenalan untuk mewujudkan satu persefahaman dalam menerima
persamaan yang ada. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah
menciptakan kamu dari suatu pasangan (lelaki dan perempuan) dan kami telah
menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain) (Al-Hujurat, 49:13)
Soalan: Bagaimana pula dengan budaya ziarah-menziarahi dalam masyarakat kita,
ustazah? Adakah perlu diteruskan atau dilupakan begitu sahaja, maklum sahajalah
masyarakat sekarang sudah semakin sibuk dengan hal masing-masing.
Ustazah: Golongan Muslim perlu mengamalkan adab ziarah-menziarahi. Adab Ziarah-
menziarahi ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu sebelum ziarah, semasa ziarah dan
selepas ziarah. Adab ziarah-menziarahi ini sekiranya diamalkan akan dapat
melahirkan hubungan yang erat serta menjana kehidupan aman dan harmonis.
Contohnya, semasa menziarahi kita perlu memilih masa yang sesuai, bertingkah
laku sopan dan juga tempoh ziarah yang tidak terlalu panjang atau lama.

26
JUH101 : Hubungan Etnik

Membawa atau member hadiah atau buah tangan semasa menziarah. Dalam
kehidupan manusia ada keperluan batin yang perlu selalu dipenuhi, baik dalam
masyarakat mahu pun dalam keluarga. Antara perkara yang boleh mendekatkan
hati adalah hadiah atau buah tangan. Hadiah merupakan asset budaya ziarah-
menziarahi dan pengerat hubungan antara manusia tanpa mengenal bangsa atau
agama.
Hadis Rasulullah menyokong perkara tersebut. Dari Aisyah r.a: “Bahawasanya
Nabi s.a.w menerima hadiah dan membalasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Sepekara lagi, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang ditegah semasa
menziarahi. Semasa menziarah, orang Islam perlu mengelak atau tidak
mengamalkan sikap mengumpat, menjatuhkan maruah orang lain, bercakap kasar
atau mengambil dan mengusik barang milik tuan rumah. Perkara tersebut akan
member tanggapan buruk kepada bangsa lain. Ini akan menyebabkan hubungan
antara etnik dalam masyarakat majmuk akan terjejas.
Soalan: Bagaimana pula dengan sikap mengambil berat masyarakat Malaysia? Adakah
rakyat Malaysia mengambil berat antara satu sama lain?
Ustazah: Sedia memberi bantuan atau pertolongan tidak kira bangsa dan agama adalah
salah satu nilai mahmudah yang patut ada dalam diri kita. Nilai ini dapat
diaplikasikan dalam menjalin hubungan antara etnik dalam realiti kehidupan.
Mendoakan keselamatan dan menjauhkan kemudaratan di antara kita yang
berlainan bangsa dan agama dan mengucap tahniah atau takziah atas kejayaan
yang dicapai mahu pun musibah yang menimpa merupakan amalan-amalan
penting yang perlu digarapkan oleh semua golongan etnik dalam membina
hubungan yang aman sentosa, harmonis dalam realiti kehidupan di dunia
umumnya dan di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik khususnya.
Soalan: Bagaimanakah pula memulia dan menghormati seseorang, adakah ianya dapat
menjalinkan hubungan yang erat antara etnik di Malaysia kini?
Ustazah: Hubungan yang baik dapat melahirkan suasana kehidupan yang aman dan
harmonis jika kita mengharamkan ghibah, dusta dan mengadu domba dalam
memulia dan menghormati orang lain.
Rasulullah s.a.w sangat menjaga dan membela kehormatan atau menghormati
orang lain. Sepertimana dalam hadis Riwayat Ahmad: Rasulullah bersabda
“Barangsiapa yang membela kehormatan orang lain daripada Ghibah, maka dia
berhak dimerdekakan oleh Allah dari Neraka”
Kita juga perlu menghindari sifat atau sikap yang buruk seperti mementingkan
diri sendiri, menganiayai orang lain, berperasaan benci dan menyeksa atau
menyakiti orang lain. Sikap inilah yang mewujudkanrasa tidak hormat pada orang
lain apabila menjalinkan sesuatu hubungan. Laksanakan pepatah ini “Hormatilah
orang lain terlebih dahulu sebelum orang lain menghormati kita”.
Insyallah hubungan etnik dapat direalisasikan dan diperkukuhkan untuk
menggembelingkan suasana aman dan harmonis dalam masyarakat majmuk di
Malaysia.
Soalan: Apakah pula peranan jiran dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia?
Ustazah: Jiran mempunyai keddudukan tinggi sehingga dianggp sebagai ahli waris oleh
Rasulullah s.a.w. Pepatah ada mengatakan ‘orang member kita merasa’. Pepatah
ini menjelaskan masyarakat majmuk di Malaysia ini mengamalkan sikap
menghormati jiran dengan baik. Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat kepada Abu
Dzarr r.a: “Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak gulai maka perbanyaklah
27
JUH101 : Hubungan Etnik

kuahnya, dan bagikan kepada jiranmu”. (Hadis Riwayat Muslim). Ini


menunjukkan penghormatan Rasulullah s.a.w yang mengutamakan jiran walau
dalam hal makanan sekali pun.
Kita juga tidak boleh mengganggu ketenteraman jiran. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak masuk syurga siapa yang jirannya tidak aman dari mengganggunya.
(Hadis Riwayat Muslim). Kita hendaklah berbuat baik dengan jiran, Mudah-
mudahan akan menimbulkan satu penghormatan antara golongan etnik yang
berbilang bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Insyallah.

Ustazah Khairunnisa’

28
JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 3

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT AGAMA HINDU


Biodata penganut agama Hindu yang ditemuramah:
Nama : Cik Kamala Dewi a/p Gapalan
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda ICT, MMU
Pengalaman : 5 tahun
Lokasi temuramah : Sykt Computer Lionex, Melaka
Lain-lain : Ramai kawan Melayu termasuk India Muslim dan Cina. Kawasan
kejiranan; pelbagai etnik dan agama. Mengajar kelas Tekwando secara
sambilan.

Penemuramah: Hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia


boleh diterapkan melalui budaya ziarah-menziarahi. Apa pandangan
saudari?
Cik Mala Dewi : Memang benar masyarakat kita pelbagai bangsa sering ziarah-menziarahi.
Ia telahpun berlaku sejak zaman kolonial lagi terutamanya mereka yang
hidup di kampung dan pinggir bandar. Hubungan mereka lebih akrab
seperti datuk saya sering membawa kami adik beradik ke kampung
asalnya semata-mata berjumpa dengan rakan karibnya sejak kecil.
Mungkin semasa kami kecil, kami tidak faham dan berasa janggal tetapi
sekarang apabila sudah besar saya tahu kenapa datuk akan memeluk
rakannya setiap kali berjumpa semasa balik kampung. Kadang-kadang
mereka berpelukan sambil menangis.Datuk pernah cakap yang pak Hassan
dan pak cik Kam bukan sahabatnya tetapi telah menjadi sebahagian
daripada darah dagingnya. Cuma sekarang ini sahaja kerajaan telah
menghidupkan semula konsep ziarah-menziarahi terutamanya menyambut
hari perayaan khususnya untuk masyarakat di kota. Bapa saya juga ada
sahabat Cina dan Melayu. Selalu juga mereka datang. Kami juga ada
datang rumah mereka. Pernah kami semua bercuti bersama-sama. Tak ras
janggalpun macak kata pepatah Melayu……..(tak ingat)
Penemuramah: Alah bisa, tegal biasa.
Cik Mala Dewi : Betul, macam tulah sebab kami dah biasa. Walaupun pada mulanya
janggal tapi lama kelamaan kami rasa biasa dan selesa.
Penemuramah: Bagaimana sikap mengambil berat di kalangan masyarakat Malaysia di
antara satu sama lain? Mungkin Cik Mala boleh memberikan contoh sikap
ini berdasarkan pengalaman di tempat tinggal saudari?
Cik Mala Dewi : Kadang-kadang kita susuh nak cakap, sebab satu bangsa pun boleh gaduh
sebab tidak boleh terima nasihat atau teguran. Contohnya kita tegur anak
dia buat bising tapi mak bapak dia pula marah kita. Kadang-kadang jiran
Melayu atau Cina sebelah rumah boleh terima dan ada pula jiran Melayu
atau Cina termasuk India tak boleh terima. Kita nak lihat apa yang berlaku
tetapi jiran marah cakap kita ‘busy body’. Tapi saya tengok-tengokkan
rumah jiran jika dia tak ada rumah, balik kampung atau bercuti sama ada
mereka beritahu atau tidak. ‘Busy Body’, ‘Busy Body’lah yang penting
kalau apa-apa berlaku saya boleh tolong dulu dan tak dipersalahkan nanti
kalau tak tolong.

29
JUH101 : Hubungan Etnik

Penemuramah: Bagaimana pula amalan sikap memuliakan dan menghormati seseorang


terutamanya yang berlainan etnik dan agama?
Cik Mala Dewi : Pandangan saya, memulia dan menghormati orang lain sangat bagus. Kita
mesti ada sikap begitu. Apatah lagi merreka berlainan etnik dan agama.
Tidak salah kita menghormati orang lain dan sebagai manusia pun kita
mesti menghormati orang lain. Contohnya semasa saya bersekolah
menengah dahulu, apabila pelajar Islam sedang mengangkat tangan ketika
doa, semua pelajar mesti diam. Kami juga menadah tangan sebagai tanda
hormat, cikgu kata. Mulanya saya rasa merepek walaupun tetap buat tetapi
saya rasa betul apabila lihat semasa abang saya tamat latihan tentera darat,
semua pelatih menadah tangan tidak kira bangsa ataupun agama. Itulah
protokol dan saya rasa tidak salah berbuat begitu. Agama saya pun
menggalakkan kami penganut Hindu menghormati orang lain. Secara
tidak langsung kita akan lebih harmoni dan terus memahami antara satu
sama lain. Saya juga tertarik dengan tingkah laku anak jiran yang mana
mereka akan sikit bongkok dan tangan letak depan ketika lalu depan
tetamu. Sungguh sopan. Itu masa kami datang beraya kerumah mereka
masa Hari Raya. Contoh itu sangat baik. Semua orang patut buat nak-nak
budak kecil pada orang tua. Itu paling saya seronok lihat.
Penemuramah: Adakah masyarakat kita hari ini masih mengamalkan budaya menghormati
jiran?
Cik Mala Dewi : Masih lagi ada terutamanya hal-hal yang berkaitan keagamaan. Bagi saya
penganut Hindu akan membunyikan loceng dan memasang pita rakaman
sembahyang ketika sembahyang dan emak sering berpesan supaya tidak
terlalu kuat, hanya sekadar boleh dengar sahaja takut-takut mengganggu
jiran terutamanya yang ada anak kecil. Begitu juga jiran saya orang
muslim. Mereka pernah mengadakan kenduri selamat dan mereka
membaca tidak terlalu kuat hingga menggangu kami. Kami juga akan
memasang audio televisyen sekadar dengar sahaja. Namun begitu ada juga
jiran-jiran yang tidak seperti kami. Seperti kata pepatah Melayu, ‘kerana
satu titis nila, rosak susu satu belanga’.
Penemuramah: Apa pula pendapat Cik Mala saranan Perdana Menteri tentang konsep satu
Malaysia? Adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di
Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam berkomunikasi?
Cik Mala Dewi : Mungkin ini pandangan dan pendapat saya sahaja sebagai rakyat
Malaysia. Pada saya kita memang sudahpun tinggal di Malaysia. Kita
memang dah satu Malaysia. Mungkin Cuma itu ‘highlight PM baru
agaknya’. Datuk saya juga dapat jadi rakyat Malaysia. Dia dan emak
ayahnya dibawa ke sini masa zaman penjajah. Masa itu datuk masih budak
lagi. Kerja ladang. Mereka dapat warganegara sebelum merdeka. Datuk
tak pernah balik India pun. Kalau diberi pilihan saya sendiri tidak nak jadi
rakyat India. Ini tempat saya lahir, jadi ini negara saya. Kita ada undang-
undang. Pertahankan saja undang-undang yang ada. Datuk dan bapa saya
duduk satu kampung dengan orang Melayu dan Cina. Bapa tak pernah
cakap orang kampung gaduh pasal etnik. Ada gaduhpun etnik yang sama,
pasal kecil-kecil. Bapa kata dia sekolah Melayu. Dia ada kawan baik Cina
jua. Mereka memang baik. Selalu datang rumah. Seperti caya sudah cakap
tadi. Masa kita merdeka pun datuk kata tak ada perang macam Indonesia.
30
JUH101 : Hubungan Etnik

Kita sini lebih diplomasi, berunding dan berbincang. Jadi tidak patut ada
marah dan bahasa kasar. Terutamanya masa bercakap. Kadang saya geram
juga bila kita bertanya dalam telefon minta bantuan atau cakap dengan
telefonis. Ada kala sangat kasar. Kadang-kadang saya cakap dengan
mereka kalau tak boleh ditanya atau menjawab tanya orang, lebih baik
kerja sendiri atau kerja lain. Ramai lagi rakyat Malaysia yang nak kerja.
Macam contoh tadi tak bolehlah kita buat macam itu. Tak baik. Itu nanti
jadi bertengkar sesama sendiri. Cakap sopan-sopan lagi baik, orang yang
tanya pun tak rasa nak marah.

Foto Cik Kamala Dewi ketika ditemubual

31
JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 4

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT AGAMA BUDDHA


Biodata penganut agama Buddha yang ditemuramah:
Nama : En. Lee Hee Huat
Kelulusan : Diploma Pendidikan
Pengalaman : 20 tahun
Lokasi temuramah : SMK Parit Bunga, Muar, Johor
Lain-lain : Selesa bergaul dengan orang Melayu dan lebih ramai kawan berbangsa
Melayu berbanding India. (Dengan malu beliau memberitahu) Telah berkhatan
sejak dari umur 13 tahun bersama kawan-kawan Melayu. Begitu juga bapa dan
abangnya untuk mengelak penyakit. Sedang mendalami agama Islam walaupun
telah belajar sejak darjah Satu
sekolah rendah. Beliau mempunyai kekasih berbangsa India Muslim
sejak menyambung pengajian di universiti dan akan melangsungkan
perkahwinan dalam masa terdekat.

Soalan: Pada pendapat saudara bagaimanakah sikap hormat-menghormati dapat menjana


hubungan etnik yang aman dan harmonis di Malaysia?
Jawapan: Semua agama yang dianuti penduduk di Malaysia menekankan pentingnya
hormat-menghormati antara satu sama lain yang berlainan kaum dan agama.
Contohnnya, apabila azan berkumandang seeloknya saya menghentikan perbualan
atau bersama seketika dengan mereka yang beragama Islam. Seperti juga bila doa
dibacakan, saya harus mendiamkan diri sebagai menghormati agama Islam.
Sepanjang bulan Ramadhan pula adalah baik jika saya tidak makan atau minum di
depan rakan-rakan Islam.
Walau pun ada perbezaan fahaman agama, saya tidak boleh mempersendakan
atau mencabar kesahihan kepercayaan agaman lain. Pendirian saya adalah setiap
agama mempunyai nilai-nilai, idealogi dan kepercayaan masing-masinf dan
pengikut serta pengamal agama masing-masing.
Dari segi pemakanan pula, saya mesti memastikan apa yang dihidangkan untuk
orang Islam haruslah halal. Jadi, segala peralatan mestilah ditentukan agar tidak
dicemari dengan bahan yang tidak halal. Seperti keadaan di mana saya perlu
memotong kek atau kuih bulan untuk murid-murid saya, saya meminjam pisau
mereka sebagai menghormati agama Islam.
Soalan: Bagaimana pula dengan amalan ziarah-menziarahi. Adakah amalan ini banyak
membantu memperbaiki hubungan etnik yang sedia ada?
Jawapan: Perbuatan ziarah-menziarahi sesama manusia amat digalakkan lebih-lebih lagi
antara mereka yang berlainan agama. Pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa,
saya suka mengunjungi rumah kawan orang Melayu. Pada perayaan Deepavali
pula, saya akan melawat rakan India saya. Ini harus dipraktikkan oleh semua
lapisan masyarakat untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum. Saya dapat mempelajari budaya kaum yang berlainan dan
unik tanpa ada perasaan syak wasangka.

32
JUH101 : Hubungan Etnik

Kerharmonian Negara kita wujud atas dasar semngat perpaduan dan ziarah-
menziarahi antara kaum berlainan agama terutamanya pada hari terbuka perayaan
masing-masing.
Saya juga suka menziarahi mereka yang terlantar di hospital tidak kira bangsa
atau agama. Peranan guru dalam menyemai semangat ziarah-menziarahi di
kalangan murid-murid haruslah bermula dengan contoh teladan yang baik. Jika
ibu bapa murid saya ditahan di wad, saya akan pergi melawatnya untuk member
sokongan moral agar cepat sembuh. Juga bila ada kematian, perbuatan ziarah-
menziarahi amat penting tidak kira agama yang dianuti si mati. Secara tidak
langsung, saya dapat mengetahui serba sedikit adat tradisi agama lain.
Soalan: Adakah sikap mengambil tahu atau mengambil berat masih diamalkan oleh etnik
di Malaysia pada hari ini? Atau adakah sikap ini dianggap sebagai menjaga tepi
kain orang lain sahaja. Cuba En. Lee terangkan.
Jawapan: Sikap mengambil tahu tidak boleh disalahertikan sebagai mengambil tahu hal
orang lain atau menjaga tepi kain orang. Pada pandangan saya, saya harus
mengambil berat atau prihatin terhadap murid-murid saya yang berlainan agama
atau pun etnik. Semua masalah ada puncanya dan melalui sikap prihatin terhadap
kebajikan murid, seseorang guru sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
kebimbangan dan masalah murid.
Jiran tetangga yang berlainan kaum juga boleh menjaga keselamatan rumah jiran
yang balik ke kampong semasa musim perayaan. Semangat kejiranan dapat
menguatkan lagi semangat perpaduan masyarakat majmuk negara kita.
Pemberian derma dan bantuan kepada yang memerlukan haruslah digalakkan
tidak kira kaum dan agama kerana semua agama menggalakkan sikap murah hati
antara pengikut-pengikutnya.
Dalam kehangatan kerajaan kita melaungkan semangat ‘Satu Malaysia’, kita tidak
boleh lari daripada tanggungjawab kita untuk merealisasikan semangat perpaduan
‘bangsa Malaysia’ dalam erti kata sebenarnya.

En. Lee Yee Huat

33
JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 5

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT KRISTIAN


Biodata penganut agama Kristian yang ditemuramah:
Nama: Jailih @ Viviana binti Ladin
Pendidikan: Diploma Pendidikan
Tempat lahir: Keniangau, Sabah
Jumlah adik beradik: 7 orang (dua daripadanya beragama Islam)
Lokasi temu ramah: Universiti Sains Malaysia
Lain-lain : Lebih selesa bergaul dengan orang Melayu, berpakaian hanya baju kurung
dan sangat menggemari dan hanya boleh memasak masakan melayu
sahaja. Beliau juga menggemari rancangan berunsur dakwah Islam seperti
Jejak Rasul dan al-Kuliyah. Malah beliau sangat mengenali ustaz dan
ustazah yang berkuliah. Beliau juga boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.

Soalan: Pada pendapat saudari, bagaimanakah hubungan etnik dalam realiti kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia dapat diterapkan melalui budaya ziarah-
menziarahi?
Jawapan: Saya merupakan seorang penganut agama Kristian. Walau pun begitu di kalangan
adik beradik saya ramai yang telah menganut agama Islam. Ini bukanlah
penyebab untuk kami adik beradik putus tali persaudaraan. Malah budaya ziarah-
menziarahi terutama semasa musim perayaan akan lebih mengeratkan lagi tali
persaudaraan antara kami yang berlainan agama. Semasa perayaan terutamanya
Hari Raya, kami akan menziarahi keluarga yang beragama Islam. Kami akan
memakai baju kurung agar kehadiran kami menyenangkan hati tuan rumah.
Semasa perayaan Krismas pula, keluarga kami yang beragam Kristian akan
menggunakan khidmat catering untuk menyediakan juadah pada hari itu. Ini
adalah supaya tidak ada keraguan kepada saudara mara kami yang berlainan
agama terutamanya yang beragama Islam untuk makan dan minum yang
menziarahi kami semasa perayaan tersebut.
Soalan: Bagaimana pula dengan sikap mengambil berat di kalangan etnik pada pendapat
saudari?
Jawapan: Walau pun kita berlainan etnik, sikap mengambil berat perlu ada dalam diri kita.
Hal ini adalah penting terutama dalam hal-hal yang melibatkan kesusahan seperti
kematian. Walau pun berlainan agama, saya tetap mengunjungi rakan-rakan dan
saudara mara yang ditimpa musibah. Saya akan menghulurkan sedikit sumbangan
agar dapat meringkan penderitaan yang dihadapi orang terlibat.
Soalan: Sekarang ini, adakah sukar untuk kita mengamalkan sikap memulia dan
menghormati seseorang terutamanya yang berlainan etnik dan agama?
Jawapan: Pada saya itu bukan masalah yang besar. Prinsip saya senang sahaja. Sekiranya
kita ingin dimulia dan dihormati kita haruslah terlebih dahulu mengamalkan sikap
yang baik ini. Semasa kematian contohnya, kita tidak perlu mempersoalkan
upacara keagamaan yang dijalankan kerana kita tidak tahun dengan mendalam
apa yang dilakukan oleh. Kalau sekadar ingin mengetahui sahaja tidak mengapa
34
JUH101 : Hubungan Etnik

asalkan kita tidak menyentuh sensitiviti agama lain. Saya sendiri walau pun
beragama Kristian, masih berminat untuk mengikuti rancangan ‘Al Kuliyyah’ dan
‘Jejak Rasul’ kerana saya rasa tidak salah untuk mengetahui serba sedikit tentang
agama Islam.
Soalan: Adakah masyarakat kita hari ini masih mengamalkan budaya menghormati jiran?
Jawapan: Ya. Saya rasa masyarakat kita hari ini masih lagi mengamalkan budaya
menghormati jiran. Saya sendiri contohnya, akan berhenti berbual seketika ketika
azan dilaungkan sebagai satu cara menghormati jiran tetangga saya yang
beragama Islam. Begitu juga sekiranya saya sedang berkaraoke, saya berhenti
sebentar bagi member laluan kepada azan. Saya rasa semua agama perlu
mengamalkan sikap menghormati jiran ini agar kita boleh hidup dalam keadaan
yang harmonis.

Temubual bersama Viviana

35

Vous aimerez peut-être aussi