Vous êtes sur la page 1sur 7

Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109

ADAB BERBAKTI TERHADAP IBU BAPA


Pengertian ibu bapa

 Ibu bapa adalah insane yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala
keperluan, dan menyayangi kita dari kecil hingga dewasa. Tanpa mereka kita tidak aka
nada di dunia ini. Ibu bapa orang yang sangat mulia pada setiap orang. Hal yang demikian
setiap orang wajib beradab dengan ibu bapa dalam semua perkara, terutama dari segi
percakapan dan pergaulan.

Percakapan yang beradab dengan ibu bapa ;

 Bercakap dengan penuh lemah lembut


 Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka
 Tidak membantah atau melawan percakapan mereka
 Memandang tepat kearah muka mereka semasa bercakap
 Menggunakan perkataan yang baik serta tidak menyinggung perasaan mereka
 Tidak berbohong apabila bercakap dengan mereka

Antara pergaulan yang beradab dengan ibu bapa :

 Menunjukkan sikap yang baik terhadap ibu bapa


 Sentiasa menghormati pendapat mereka
 Tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan mereka
 Menjaga adab sopan semasa bersama dengan mereka
 Tidak melakukan perkara yang menimbulkan kebencian mereka

Kepentingan beradab dengan ibu bapa :

 Dapat melaksanakan suruhan Allah S.W.T supaya menghormati ibu bapa


 Mewujudkan hubungan dan pergaulan yang baik antara anak dan ibu bapa
 Supaya seorang anak sentiasa menghormati ibu bapa

 Mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera


 Sebagai cara untuk melaksanakan tanggungjawab seorang anak

Berbakti kepada ibu bapa

 Berbakti kepada ibu bapa adalah tanggungjawab setiap orang. Allah S.W.T memerintahkan
setiap orang hendaklah berbakti kepada ibu bapanya samada semasa hidup atau setelah
meninggal dunia.

Wajib berbakti kepada ibu bapa kerana ;

 Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang sukar
 Ibu bapa mengasuh dan mendidik sehingga menjadi orang yang berguna
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
 Ibu bapa menyediakan segala keperluan supaya anak-anak selesa dan bahagia
 Ibu bapa adalah orang yang paling hampir untuk berkongsi suka dan duka

Cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup

 Menjaga dan memberi layanan yang baik kepada mereka


 Merawat dengan sebaik mungkin apabila mereka sakit
 Member bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka
 Sentiasa menziarahi mereka jika tinggal berjauhan
 Sentiasa mengasihi ibu bapa setiap masa
 Menjaga keperluan mereka supaya mereka dapat merasai aman dan bahagia
 Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat

Cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka telah meninggal dunia

 Sentiasa memohon keampunan untuk mereka


 Menjelaskan segala hutang mereka
 Menyempurnakan janji yang telah dibuat oleh mereka
 Memuliakan dan berbuat baik dengan kawan karib ibu bapa
 Mengerjakan haji untuk ibu bapa jika belum menyempurnakan ibadat haji

Faedah berbakti kepada ibu bapa


 Akan memperoleh kebahagiaan dan ketenangan didunia dan akhirat
 Segala urusan hidup dipermudahkan oleh Allah S.W.T
 Hidup mendapat berkat melalui doa ibu bapa
 Melahirkan individu yang taat perintah Allah S.W.T
 Dipandang mulia dan dihormati orang ramai

Akibat menderhaka kepada ibu bapa

 Akan mendapat azab neraka


 Segala amal ibadat dan amal kebajikan menjadi sia-sia
 Dibenci dan dipandang hina oleh orang
 Allah S.W.T menyegerakan balasan siksaan di dunia ini lagi
 Sering mendapat kesusahan dan kepayahan dalam hidup
 Hidup tidak mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T

Sebab-sebab seorang anak menderhaka kepada ibu bapa

 Jahil dalam pengetahuan agama


 Sikap mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kebajikan orang lain
 Tidak mengenang jasa ibu bapa
 Tidak takut pada balasan azab neraka dihari akhirat kelak
 Dirinya dikuasai perasaan ego dan sombong
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
Rumusan

Setiap orang wajib berbakti kepada ibu bapa sama ada mereka masih hidup atau pun sudah
meninggal dunia. Allah S.W.T menjanjikan balasan azab yang pedih pada mereka yang
menderhaka kepada ibu bapa. Keberkatan hidup seseorang bergantung pada keredaan ibu bapa.
Kita hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa bagi mendapat keredaannya.

ADAB MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU


Pengertian tetamu

 Sesiapa sahaja yang dating berkunjung ke rumah kita sama ada ahli keluarga, jiran
tetangga, sahabat handai, rakan sekerja, atau lain-lain sebagainya dengan tujuan yang baik.
Islam menyuruh umatnya menerima dan melayan tetamu dengan baik walau pun mereka
bukan beragama islam. Melayan tetamu dengan baik hukumnya adalah wajib.

Kesan

 Mengeratkan tali persaudaraan sesama orang islam


 Merapatkan hubungan kekeluargaan
 Mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni
 Memperlihatkan keindahan ajaran islam
 Menghindarkan sebarang persengketaan

Adab melayan tetamu

 Memberi layanan yang baik dan mesra kepada tetamu


 Menerima kedatangan tetamu dengan hati yang ikhlas dan gembira
 Menunjukkan muka yang manis dan ceria kepada tetamu
 Menyediakan makanan dan minuman sekadar yang mampu kepada tetamu
 Menunjukkan pergaulan yang baik dengan ahli keluarga

Kepentingan beradab melayan tetamu

 Supaya seseorang itu disenangi oleh tetamu yang dating


 Mewujudkan sikap saling hormat menghormati
 Mewujudkan kemesraan antara tuan rumah dan tetamu
 Memperlihatkan kebaikan dan keindahan ajaran islam

Kelebihan orang yang beradab melayan tetamu


 Mendapat pahala dan ganjaran yang baik di hari akhirat kelak
 Disayangi Allah S.W.T dan orang lain
 Dimurahkan rezeki
 Hidupnya diberkati dan diredai Allah
Implikasi tidak beradab dengan tetamu
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
 Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai
 Tetamu tidak akan berkunjung ke rumahnya
 Sukar mendapat kawan
 Hidup tidak mendapat keberkatan dari Allah
 Merenggangkan hubungan baik antara ahli keluarga dan teman
 Akan dipulau atau disisih oleh keluarga dan masyarakat sekeliling
Adab sebagai tetamu
 Saling salam dan bertanyakan khabar
 Menunjukkan akhlak yang mulia
 Berkunjung dengan niat yang baik dan ikhlas
 Tidak menyinggung perasaan uan rumah
 Beradab sopan dan menjaga tata susila sebagai tetamu
 Berkunjung pada masa yang sesuai
 Member salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah
Rumusan

Amalan mulia dapat mengeratkan ukhuwwah islamiah dikalangan orang islam dan menjalinkan
hubungan yang baik sesame manusia. Allah S.W.T memerintahkan umatnya beradab melayan
tetamu untuk memperlihatkan keindahan ajaran islam terutama kepada golongan bukan islam.

ADAB BEKERJA

Konsep bekerja dalam islam


 Islam menyuruh umatnya bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memajukan diri, agama, bangsa, dan Negara.
 Islam tidak memandang jenis pekerjaan yang dilakukan, asalkan pekerjaan itu halal dan
tidak menindas orang lain.
Tujuan islam menganjurkan umatnya bekerja
 Supaya umatnya maju dan Berjaya dalam bidang ekonomi
 Umat islam akan kuat jika mempunyai kekuatan dala bidang ekonomi
 Memantapkan ekonomi keluargaan, masyarakat, dan umat islam seluruhnya
 Umat islam dipandang mulia oleh umat-umat lain
 Sebagai sumber kekuatan umat dan Negara islam
Islam mewajibkan seseorang itu bekerja kerana;
 Untuk menyara diri sendiri dan ahli keluarga
 Merupakan suatu ibadah yang mendapat pahala dari Allah S.W.T
 Menghindarkan sikap malas berusaha dan jauhi dari sikap meminta-minta
 Untuk kesenangan dan keselesaan ahli keluarga
 Supaya dapat mengeluarkan zakat mengikut tuntutan syarak
 Bagi menyempurnakan tuntutan Allah supaya memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya
pada jalan kebaikan
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
Adab-adab bekerja menurut islam
 Memulakan setiap pekerjaan dengan membaca lafaz basmalah
 Berdisiplin dengan menepati waktu bekerja
 Memakai pakaian yang kemas, sesuai, dan menutup aurat
 Mematuhi segala arahan majikan
 Bertolenrasi dan bertolak ansur dengan rakan sekerja
 Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab

Kepentingan adab bekerja


 Supaya pekerjaan yang dilakukan mendapat keberkatan Allah
 Memperolehi hasil kerja yang baik dan berkualiti
 Mewujudkan suasana kerja yang baik dan selesai
 Mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan majikan
 Mewujudkan sikap muafakat dan bekerjasama antara satu sama lain
Ciri-ciri pekerja yang baik
 Menjadikan sesuatu pekerjaan itu sebagai satu ibadah
 Mengamalkan sikap jujur dan amanah
 Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
 Istiqamah melakukan sesuatu pekerjaan
 Tidak meninggalkan ibadah wajib semasa bekerja
 Sabar menghadapi kesukaran kerja
 Melakukan kerja dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Kelebihan mengamalkan adab kerja
 Segala hasil usaha dilakukan medapat keberkatan Allah
 Mengamalkan adab bekeja bekerja akan meperolehi rezeki yang halal
 Dihormati dan dipandang mulia oleh pekerja-pekerja
 Menghindarkan rasa putus asa
 Mengeratkan hubungan tali persaudaraan
Akibat tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan
 Menghasilkan produk yang tidak berkualiti dan tidak bermutu
 Berlaku perkara yang tidak baik di tempat kerja seperti bergaduh, pecah amanah
 Akan dibenci oleh rakan-rakan kerana tidak bertanggung jawab
 Syarikat akan mengalami kerugian yang membawa kepada muflis
 Rezeki yang diterima tidak mendapat keberatan Allah
 Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi Negara

Perkara yang perlu dielakkan semasa bekerja


 Datang lewat ke tempat kerja
 Membuat sesuatu sambil lewa
 Tak bertanggungjawab dan mengabaikan tugas yang diberi
 Tidak melaksanakan tugas dengan sempurna
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
 Tidak menghormati pekerja lain
 Suka menimbulkan pergaduhan dan masalah ditempat kerja
Perkara-perkara tersebut hendaklah dielak semasa bekerja kerana
 Boleh menimbulkan suasana yang tidak baik
 Sesuatu pekerjaan tidak dapat diselesaikan dengan sempurna
 Syarikat tidak maju dan membangun
 Seseorang itu akan dibenci oleh orang lain
Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang
 Mentaati perintah Allah dan mematuhi arahan majikan
 Berdisiplin dan menjaga waktu bekerja
 Melakukan sesuatu pekerjaan secara sistematik dan terancang
 Mengamalkan nilai-nilai yang baik semasa bekerja
 Sentiasa mempunyai hubungan yang baik
 Bekerja dengan tekun, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab
 Bersikap positif terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Rumusan
Mengamalkan adab semasa bekerja akan membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada sesebuah
syarikat. Perkara-perkara yang tidak baik hendaklah dihindar bagi mewujudkan suasana kerja yang
ceria dan bersemangat. Islam menyuruh umatnya melaksanakan sesuatu kerja dengan tekun serta
bertanggungjawab. Hasil yang halal akan diperolehi melalui cara yang baik menurut syarak.

ADAB BERCAKAP DALAM MAJLIS

Majlis ialah suatu aktiviti yang diadakan yang melibatkan sekumpulan orang ramai untuk
melaksanakannya. Majlis terbahagi kepada dua;

Majlis rasmi
- Majlis yang diadakan secara besar-besaran yang dihadiri oleh orang-oang kenamaan
sesuatu tempat.

Majlis tak rasmi


- Dikendalikan oleh orang ramai secara muafakat dan kerjasama antara mereka. Meraka
mempunyai peranan masing-masing bagi menjayakan majlis.

Adab ketika bercakap dalam majlis


 Bercakap dengan lemah lembut, tidak kuat, dan tidak meninggikan suara
 Bercakap hendaklah perkara yang baik dan berfaedah
 Menggunakan bahasa yang senang difahami orang lain
 Hendaklah bercakap perkara yang mengingati Allah
 Tidak menyinggung atau menyakiti hati orang lain
 Hendaklah menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri
Adab dan Akhlak Islamiah PP20040109
 Menghormati pendapat orang lain
Faedah beradab semasa bercakap dalam majlis
 Dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas
 Menghindarkan prasangka buruk dan salah faham
 Matlamat yang dicapai dengan baik dan sempurna
 Dapat menimbulkan keadaan yang aman dan tenteram
 Dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai
 Perkara yang dilakukan mendapat rahmat dan keredhaan Allah

Akibat tidak beradab semasa bercakap


 Matlamat tidak dapat disampaikan secara jelas dan tepat
 Boleh menimbulkan fitnah
 Menimbulkan suasana tegang dalam majlis
 Orang ramai tak dapat mendengar dan meninggalkan majlis
Bercakap benar
 Menyatakan sesuatu perkara dengan benar kepada orang lain
Islam menyuruh umatnya bercakap benar.
Kelebihan bercakap benar
 Akan disayangi dan dikasihi Alla
 Dipercayai oleh orang ramai
 Akan mendapat kejayaan dalam hidup
 Senang mendapat kawan
 Mudah mendapat pertolongan
Akibat tidak bercakap benar
 Menimbulkan kebencian kepada orang lain
 Mendapat azab dari Allah
 Hidup tidak mendapat berkat
 Tidak akan dipercayai orang lain
 Susah mendapat kawan dan pertolongan ketika didalam kesusahan
Rumusan
Orang islam hendaklah beradab semasa bercakap di dalam satu-satu majlis.
Mengamalkan adab semasa bercakap memperoleh beberapa kelebihan. Orang yang menjaga adab
semasa bercakap dipandang mulia orang lain. Islam mementingkan adab sopan dalam kehidupan
manusia dalam semua perkara. Sifat-sifat yang tidak baik hendaklah ditinggalkan semasa bercakap
dalam majlis untuk kebaikan dan menjaga keharmonian bersama.

Vous aimerez peut-être aussi