Vous êtes sur la page 1sur 25

ANEKA LAUK-PAUK

1. Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam


4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

 caranya

Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan


ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
 Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap
lebih sedap)

2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit

Bahan-bahannya

Ayam seekor di potong ikut selera


- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua

caranya 

 Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian


masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api
yang sederhana.
 Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian
santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau
hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.
 Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah
tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.
 Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam
api.

3.Ayam Percik Special

Bahan-bahannya

 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit


supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya
Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas
kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

caranya

Panaskan kuali dan masukkan minyak.


 Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula,
bila agak pekat masukkan air asam jawa.
 Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
 Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan
cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh
pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah
percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
 Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit
kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana
ayam tadi telah pun pun dimasak)
 Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama
kuahnya.
4. Ayam Berempah Ala Sate
Bahan-bahannya 

1/2 ekor ayam


Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka

caranya

 Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga


hancur.
 Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn
api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
Selamat mencuba

5. Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya

Bahan untuk dikisar:


30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak
caranya

 Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang


sudah dikisar hingga garing.
 Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa
secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
 Apabila telah kering bolehlah diangkat.
 

 6. Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-bahannya

500 gm ayam dipotong kecil


Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

caranya

 Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,


kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan
garam.
 Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging,
sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya.
 Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

 7. Ayam Panggang Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong


sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa
caranya

 Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat,


tumbuk bawang putih dan bawang merah.
 Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun
limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
 Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
Setelah kering santan, barulah diangkit.
*Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
*Susun dengan taburan sohon goreng.

8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering

Bahan-bahannya

½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

caranya

 Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan


lumurkan sedikit sahaja garam.
 Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit
(agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan
bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
 Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan
cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.
 Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut
telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
 Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

9. Ayam Bakar Mayonis


Bahan-bahannya 
1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 bungkus kecil rempah kari ayam
5 sudu mayonis
Sedikit garam dan kunyit

caranya

 Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.


 Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan
maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum
dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

10. Ayam Masak Siam

Bahan-bahannya

5 ketul dada ayam


2 ketul kiub ayam
2 sudu besar lada giling
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar(potong 4)
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 biji limau purut (ambil airnya)
Sedikit minyak untuk menumis

caranya

 Dada ayam dipotong kecil-kecil.


 Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
 Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut.
 Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup
masakan  dengan penutup sebentar.
 Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan
bawang besar.
 Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.

11. Gulai Lemak Ikan Haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan


kelapa parut 1/2 biji
Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup
rasa.
caranya

 Ikan dibersihkan.
 Tumbuk cili padi sampai lumat.
 Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam
keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.

 12. Ikan Merah Bersos Cili

Bahan-bahannya

400 gm ikan merah


150 gm cili kering
75 gm serai
100 bawang putih
100 bawang merah
1/2 sudu besar belacan
1 liter minak masak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
10 helai daun limau purut
100 gm cili sos

caranya

 Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat
dan toskan.
 Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan
yang dikisar sehingga naik baunya.
 Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan
seketika.
 Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan
sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.

13. Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahannya

seekor ikan siakap(sederhana besar)


-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

caranya

 ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung


(yang sesuai).
 masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan
asam boi.
 hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
 masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu
makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah
selama lebih kurang 10 minit.

14. Ikan Cencaru Goreng Terutup

Bahan-bahannya

3 ekor ikan cencaru (bersihkan)


-lada kering*
-bawang merah*
-sedikit halia*
-2 batang serai*
-air asam jawa
-garam,gula & sedikit perasa
-minyak masak
(kisar bahan yg bertanda * )

caranya

 goreng ikan cencaru


 panaskan minyak
 masukkan bahan2 yg dikisar tadi
 biarkan hingga naik bau
 masukkan sebatang serai yg telah dititik
 masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi
 masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa..
 biarkan selama 2 minit
mesti sedap punya... Selamat mencuba

15. Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

caranya

 Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga


kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur.
Perapkan selama 15 minit.
 Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam
pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang besar.
 Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga
mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan
gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

16. Ikan bungkus daun pisang

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung


2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

caranya

 Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)


dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
 Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan
ke atas ikan.Gaul rata.
 Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan
ratakan ramuan serta lipat.
 Bakar di atas arang api sehingga wangi.
 Hidang panas.

17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia

Bahan-bahannya

600 gm bawal kecil


20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih
1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan

caranya

 Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam,


garam, lada putih dan minyak bijan.
 Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama
cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar.
 Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.

18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya

1 kilo ikan keli [dipanggang]


4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

caranya
 Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
dan buah cekur sehingga lumat.
 MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
 MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
sederhana.
 Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
 Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..
Selamat mencuba

19. Cencaru Bersumbat

Bahan-bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat


Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat
1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

caranya

 Cairkan mentega di dalam periuk.


 Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang
dan bawang putih. Kacau hingga wangi.
 Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata.
Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia
sebati.
 Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit
minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui
bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam
perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.
 Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit
ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.
20. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahannya 

600 gm ikan pari


300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

caranya

 Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak.


 Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
 Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air
asam jawa. Kacau rata.
 Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan
garam. Kacau rata.

21. Daging Gulung Bakar

Bahan-bahannya

4 biji kentang, direbus dan dilenyek


200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus
1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut

caranya

 1 cm halia, dikisar
 Sedikit daun ketumbar
 5 ulas bawang putih, ditumbuk
 500 gm daging cincang
 2 batang lobak merah, diparut
22. Daging Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahannya

1kg Daging
- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk
- 2 biji cili masak dibelah dua
- halia sebesar ibu jari dihiris
- 4 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di mayang
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji cili api diketuk
- 5 sudu besar kicap pekat tamin
- 3 sudu besar cuka
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng
- garam dan ajinomoto secukup rasa

caranya

 Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil.


 Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan
bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada
hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan
dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.
 Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging
tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa
secukupnya.
 Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api.

23.Daging Berempah

Bahan-bahannya

300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam
caranya

 Daging dicuci & potong ikut suka.


 Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih
dimayang halus.
 Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga
lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,
masukkan rempah, daging & santan cair.
 Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak
sampai pekat.
 Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya
jangan hangus

 24. Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

300 gm daging lembu


2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

caranya

 Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga


empuk.
 Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak &
tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.
 Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang
telah dipotong tadi bersama sedikit air.
 Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak
kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau
seketika & angkat.

25. Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahannya

Daging (dihiris halus)


Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia

Kesemua bahan di tumbuk.


Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan &


mengikut agakan puan-puan sendiri.

caranya

 Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika


(10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
 Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang
telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan
tutup kuali hingga daging empuk.
 Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering,
masukkan hirisan bawang besar.

26 .Daging Goreng Cili Padi

Bahan-bahannya

Daging (dihiris nipis)500g


Cili padi 10 ulas
Bawang besar 3 biji
Halia 1/2 inci
Sos Tiram 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

caranya

 Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;


 Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang
agar lembut. Setelah itu angkat;
 Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
 Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang
besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
 Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi;
 Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit
dan bolehlah dihidangkan.
27. Daging Masak Serai

Bahan-bahannya

Daging Masak Serai


1 kilo daging
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 batang serai
sedikit gula melaka
1 sudu budu
sedikit lada hitam
garam

caranya

 serbuk perasa
 bawang merah,putih dan halia dimayang halus
 masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris,
 serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.
masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.

28. Bergedel Goreng

Bahan-bahannya

125 gm daging cincang/kisar


5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya)
2 camca mentega
Garam & lada sulah secukup rasa
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji kuning telur
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
Putih telur dari 1 biji telur
Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

caranya

 Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca.


 Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa.
 Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega
selebihnya dengan kentang yang telah dilecek.
 Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak &
putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola &
leperkan sedikit.
 Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel
itu dalam putih telur & gorengkan.
 Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan
minyaknya betul-betul di atas kertas dapur.
 Hidangkan panas-panas dengan nasu putih

29. Bifstik Daging

Bahan-bahannya

600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka


300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

Bahan-bahan digiling lumat:

1 camca teh lada putih


1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia

caranya

 Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar.


 Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga
kuning.
 Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk
baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam,
kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.
30. Daging Masak Sambal Halia

Bahan-bahannya

½ kg Daging
½ inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak (untuk menumis)
Bahan dikisar:
9-11 keping cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ½ inci halia

caranya

 Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris.


Tumis hingga naik bau.
 Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik
bau.
 Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu
hingga daging masak.
 Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan
kentang dan bawang besar.
 Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat

31. Singgang Daging Terengganu


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g daging, tanpa lemak
Bahan-bahan A
5 g (1 sudu makan) biji ketumbar           ditumbuk kasar
2 g (1 sudu teh) lada hitam

Bahan-bahan B
4 g (2 sm) lengkuas
4 g (2 sm) halia                dihiris
4 g (2 sm) kunyit
4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji
10 g daun kesom, tanpa batang
5 g (3 keping) asam keping
60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor
210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm
3 g (1/2 sudu teh) garam
2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging

Cara memasak

1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm).


2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air
dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan
(A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.
3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.
4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi
kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-
balikkan.
5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 280 g

32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)


Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan
1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit
10 g (10 biji) cili kering
200 g (20 ulas) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih              (A) dikisar halus
10 g (2 sm) halia
10 g (2 sm) lengkuas
200 g kelapa parut dibuat kerisik
60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air
10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka
5 g (2 keping) asam keping
20 g (1 batang) serai diketuk
30 g (4 sudu makan) minyak sayuran
100 g (6 - 8 biji) cili hijau
250 ml (1 cawan) air
5 g (1 sudu teh) garam

Cara menyediakan kerisik

1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan.


2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan
minyak.

Cara memasak kerutup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan
asam keping sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat.
3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa.
4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat.
5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.

Berat satu hidangan: 160 g

33. Asam Pedas Sayur Keladi


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)
5 g (2 sm) kunyit hidup       (A)
10 g (5 biji) cili padi           ditumbuk halus
80 g (4 sudu makan) tempoyak
20 g udang kering/geragau basah
2 g (2 keping) asam keping                                              Bahan (B)
3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)
10 g (2 sudu teh) garam
1250 ml (5 cawan) air

Cara memasak

1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.


2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.
3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk.
5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok.
8. Angkat dan hidangkan.

Nota:

1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak
(masam/manis).
2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai
untuk hidangan rendah lemak.

Berat satu hidangan: 160 g

34. Daging Panggang ala Kelantan


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
1 kg daging tanpa lemak
30 g (6 sm) halia
80 g (8 ulas) bawang merah                              (A) ditumbuk halus
20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup
70 g (3 batang) serai
20 g (4 sudu teh) lada sulah
10 g (2 sudu teh) garam

Untuk Hiasan
5 helai daun salad
1/2 biji timun
1 biji tomato

Cara memasak

1. Daging dicuci dan dipotong 5.


2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
3. Panggang daging sehingga masak.
4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan
sambal air asam.

Berat satu hidangan: 200 g

Sambal Air Asam

Bahan-bahan
100 g (10 biji) cili merah
50 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia                            ditumbuk halus
30 g udang kering
20 g belacan
20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air
3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara menyediakan

1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam.
2. Hidangkan dengan daging panggang.

 
35. Kerabu Mangga Muda
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan
100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Cara memasak
1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 80 g

 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut

Bahan-Bahan:

Ayam ½ ekor bawang kecil 1 biji


15 biji cili padi(ikut rasa) serai 2-3 batang
kunyit hidup ½ inci Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)
garam secukup rasa

Cara:

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan
tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak
ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah
garam jika perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.

Tambahan:

Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang
jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah..

 
  37. Begedil Istimewa

Bahan-Bahan:

10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air Bahan B


masak) daging ayam / lembu yang di kisar

2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam) garam secukup rasa
minyak masak
Bahan A
5 tangkai lada merah segar
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun sup
Daun bawang

Cara:

Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke
dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

Tambahan:

pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.

 38. Asam Pedas Ayam

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 6 biji bawang merah, digiling


2 keping asam gelugur 1 sm halia, digiling
1 cawan minyak masak Sedikit belacan, digiling
1 ikat daun kesum 4 tangkai cili merah, digiling
Gula dan garam secukupnya 2 ulas bawang putih, digiling
2 cawan air 1 sm kunyit basah, digiling
10 tangkai cili kering, digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga
mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul
masak baru diangkat.

  39. Ayam bakar enak

Bahan-Bahan:

3 camca besar minyak masak 2 batang serai


Sedikit garam 1 cm kunyit
1 ekor ayam 8 biji bawang merah
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
Bahan dikisar: 1 camca teh lada hitam
8 biji cili merah 4 biji buah keras

Cara:

Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh
bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan
limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau
sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.

40. Ayam Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil) Bahan Giling:


garam secukup rasa 15 ulas bawang merah
4 sudu besar minyak makan 5-6 batang lada merah
1 cawan teh pati santan 8 ulas bawang putih
Air limau 1 biji limau nipis 2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak
diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati
santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan
nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja

Vous aimerez peut-être aussi