Vous êtes sur la page 1sur 6

Akaun Unix

o Masuk/Keluar Sistem - login, logout, exit


o Maklumat Pengguna - finger, id, who
o Menukar Kata Laluan - passwd, yppasswd, nispasswd
o Memilih Kata Laluan
o Menukar Nama Pengguna - chfn
o Menukar Shell Pengguna - chsh

Akaun Unix
Sebagai permulaan, setiap pengguna perlu memiliki akaun Unix sendiri. Pentadbir sistem
di tempat anda akan memberi Akaun Pengguna (username) dan Kata Laluan (password)
atau anda sendiri perlu memohon daripada mereka. Bagi pengguna yang berjaya
menyediakan sistem pengoperasian Linux, anda sudahpun mempunyai akaun Unix anda
sendiri iaitu root. Walau bagaimanapun anda digalakkan untuk membuat satu akaun
atau user baru bagi melakukan kerja-kerja biasa. Gunakan user root hanya apabila anda
perlu lakukan arahan-arahan yang tidak boleh dilakukan oleh user biasa.

Setiap pengguna akan diberi ruang storan sebagai tempat untuk menyimpan fail-fail bagi
kegunaan sendiri. Ruang storan ini dikenali sebagai Home Directory. Sebagai contoh,
bagi pengguna nsr, home directorynya ialah /home/nsr. Semua fail pengguna tersebut
disimpan di dalam direktori berkenaan. Pengguna-pengguna lain tidak boleh mencapai
atau menggunakan direktori tersebut melainkan mereka mempunyai mod keizinan
(permission mode) untuk berbuat demikian. Ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri
keselamatan dalam Unix.

 Masuk/Keluar Sistem - login, logout, exit

Gunakan username dan password yang diperolehi untuk masuk ke dalam sistem.
Bagi sistem yang berasaskan aksara (character based), skrinnya mungkin seperti
di bawah:-

Console login:

Isi username kemudian tekan [Enter]. Prompt untuk mengisi kata laluan
(password) akan dipaparkan.

Console login: nsr


Password:

Isi kata laluan anda dan tekan kunci [Enter]. Apa yang ditaip tidak dipaparkan atas
sebab-sebab keselamatan.

Console login: nsr


Password:
Login incorrect
Mesej di atas (Login incorrect) akan dikeluarkan jika username atau kata laluan
yang dimasukkan tidak wujud/betul. Isi semula.

Console login: nsr


Password:

HP-UX uxserv B.10.20 E 9000/898 1667613371 8-user license


You have mail.
%

Jika username dan kata laluan yang dimasukkan betul, mesej dari sistem akan
dipaparkan. Mesej yang dipaparkan biasanya di ambil dari fail /etc/motd. MOTD adalah
singkatan kepada Message Of The Day. Bagi contoh di atas, mesej "HP-UX uxserv
B.10.20 E 9000/898 1667613371 8-user license" sebenarnya adalah output dari arahan
uname -a yang diletakkan dalam fail /etc/motd.

Selepas mesej tersebut, sistem akan beritahu sama ada terdapat e-mail baru atau tidak
sejak kali terakhir anda masuk ke dalam sistem. Kemudian prompt Unix (%, $ atau #)
akan dipaparkan menandakan bahawa sistem sudah bersedia untuk menerima sebarang
input (arahan Unix) dari pengguna. Bagi contoh di atas, prompt Unix ialah %.

Untuk keluar dari sistem, gunakan arahan logout atau exit. Sesetengah shell tidak
memahami arahan logout. Jika ini berlaku, gunakan arahan exit. Pada kebanyakan
sistem Unix, anda boleh keluar dari sistem hanya dengan menekan kunci [CTRL] dan [D]
serentak (Ctrl-D).

 Maklumat Pengguna - finger, id, who

Maklumat seseorang pengguna boleh di dapati dengan menggunakan arahan finger.


Contohnya:-

% finger nsr
Login name: nsr In real life: Nur Shazlina Radzi
Directory: /home/nsr Shell: /bin/csh
On since Jan 22 11:34:30 on pts/4 from fzr-01
27 minutes Idle Time
Mail last read Wed Jan 17 14:19:34 1996
No Plan.
%

Nota:
Anda tidak perlu taip %. Ia adalah prompt bagi shell C (C shell).
Bagi sesetengah sistem anda perlu gunakan optionl untuk dapatkan output seperti di atas.
Contoh:-

finger -l nsr

Dari output yang diperolehi kita dapat beberapa maklumat seperti berikut:-
Akaun Pengguna : nsr
Nama Pengguna : Nur Shazlina Radzi
Direktori Pengguna : /home/nsr
Penterjemah Arahan Unix : /bin/csh

Kita boleh lihat Shell atau penterjemah arahan Unix yang digunakan ialah C Shell
(/bin/csh). Anda boleh gunakan Shell lain seperti Bourne Shell (/bin/sh) dan Korn Shell
(/bin/ksh). Walau bagaimanapun penulis hanya ingin beri tumpuan kepada penggunaan
C Shell sahaja. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan arahan Unix adalah hampir
sama bagi kesemua Shell ini. Hanya terdapat beberapa arahan tambahan atau ciri-ciri
tertentu yang berbeza. Contohnya bagi penggunaan arahan alias dan history. Ini akan
diterangkan kemudian.

Shell default bagi pengguna Linux ialah bash. Fungsi Shell hampir sama seperti
command.com dalam DOS. C Shell menggunakan simbol % sebagai prompt manakala
Bourne dan Korn Shell menggunakan simbol $. Prompt # biasanya dipaparkan jika anda
masuk menggunakan akaun root. Selain dari finger, arahan id dan who juga boleh
digunakan. Sila cuba arahan di bawah:-

% id
uid=101(nsr) gid=100(users)

% who am i
nsr pts/6 Jun 4 21:36 (172.21.84.2)

% who
root console Jun 1 08:23 (:0)
root pts/1 Jun 1 08:24 (:0.0)
root pts/2 Jun 1 08:26 (:0.0)
mazlina pts/3 Jun 3 23:23 (stud25)
suzila pts/4 Jun 4 08:18 (stud18)
nsr pts/5 Jun 4 21:36 (172.21.84.2)
fauzi pts/6 Jun 4 11:31 (saturn)
fauzi pts/7 Jun 1 14:19 (saturn)
root pts/8 Jun 1 14:21 (:0.0)

Arahan id akan paparkan uid (user id) anda iaitu 101 seperti contoh di atas. Akaun anda
termasuk dalam kumpulan (group) users yang mempunyai gid (group id) 100. Setiap
pengguna mempunyai akaun (nsr) dan uid (101) yang berbeza. Pernah terjadi kesilapan
di mana dua akaun mempunyai uid yang sama. Unix benarkan ini berlaku tetapi timbul
masalah pula di mana e-mel yang dihantar kepada pengguna A kadangkala masuk ke
peti surat (mailbox) pengguna B. Ini terjadi kerana kedua-dua pengguna A dan B
mempunyai uid yang sama. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, pentadbir
sistem mesti menggunakan akaun dan uid yang berlainan bagi setiap pengguna.

Arahan who akan paparkan akaun anda diikuti dengan tty, tarikh dan masa anda masuk
sistem serta nama komputer yang anda sedang gunakan. Setiap pengguna akan diberi
tty yang berlainan bagi setiap sesi terminal. Ini biasa berlaku pada pengguna tetingkap X
(X windows). Setiap kali anda buka tetingkap terminal baru, setiap kali itulah anda
mendapat tty baru. Contoh tty adalah seperti console dan pts/1. Tty console diberi jika
anda masuk ke dalam sistem melalui sistem itu sendiri dan bukan dari sistem lain.

Dari contoh yang diberikan, kita lihat pengguna mazlina, suzila, nsr dan fauzi masuk ke
sistem ini melalui sistem komputer lain. Nama komputer yang nsr gunakan tidak didaftar
dalam sistem ini. Oleh itu anda hanya dapat melihat alamat IP (IP address) komputer
tersebut sahaja iaitu 172.21.84.2. Nama :0 atau :0.0 sebenarnya merujuk kepada sistem
itu sendiri.

 Menukar Kata Laluan - passwd, yppasswd, nispasswd

Bagi tujuan keselamatan, anda boleh menukar kata laluan (password) anda pada bila-
bila masa. Arahan untuk menukar kata laluan bergantung kepada servis yang digunakan
dalam sistem anda. Terdapat tiga jenis servis dalam sistem Unix iaitu:-

o None (files)
o NIS (nis)
o NIS+ (nisplus)

Gunakan arahan passwd bagi servis None, yppasswd bagi NIS dan nispasswd bagi
servis NIS+. Cuba gunakan dulu arahan passwd. Bagi sistem operasi SunOS, untuk
mengetahui servis apa yang digunakan, sila taip arahan berikut pada prompt iaitu
dengan melihat 3 baris teratas fail nsswitch.conf yang terletak dalam direktori /etc :-

% head -3 /etc/nsswitch.conf
#
# /etc/nsswitch.nisplus:
#

Dari output di atas, sistem ini menggunakan servis nisplus (/etc/nsswitch.nisplus). Oleh
itu gunakan arahan nispasswd untuk menukar password. Dalam sistem operasi Linux,
anda boleh cuba cari baris yang bermula perkataan passwd: dengan menggunakan
arahan grep:-

% grep passwd /etc/nsswitch.conf


passwd: files nisplus nis

Dari output di atas, kita dapati bahawa passwd menggunakan servis files. Jika servis files
tiada, barulah ia akan gunakan servis nisplus dan diikuti dengan nis. Oleh itu arahan
untuk menukar kata laluan ialah passwd. Sekiranya anda tidak pasti atau menghadapi
sebarang masalah, sila rujuk kepada Pentadbir Sistem di tempat anda. Secara umumnya
kebanyakan Unix menggunakan arahan passwd untuk menukar kata laluan sekalipun ia
menggunakan servis NIS (nis) atau NIS+ (nisplus).

 Memilih Kata Laluan

Anda tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan akaun (username)
anda sendiri. Misalnya bagi akaun nsr, elakkan daripada menggunakan kata laluan nsr.
Kata laluan anda boleh terdiri dari gabungan aksara a-z, A-Z,0-9,!,@,# dan aksara-
aksara lain. Panjangnya pula ialah sehingga 8 aksara. Anda boleh mempunyai kata
laluan yang melebihi 8 aksara tetapi sistem hanya akan mengambil 8 aksara pertama
bagi tujuan enkripsi (encryption). Sebaik-baiknya gabungkan abjad dan aksara numerik.
Contoh kata laluan yang dianggap baik adalah seperti berikut:-
Hai4U2C
NowUCIC6
Fire+Api
BakaqApi1
TzmNsr7
Jangan sekali-kali gunakan kata laluan yang boleh didapati daripada kamus, nama anda,
nama komputer, singkatan nama anda dan sebagainya. Contoh-contoh kata laluan yang
tidak selamat adalah seperti di bawah:-
nsr1 (nombor 1 selepas akaun pengguna)
nsr123 (nombor 123 selepas akaun pengguna)
123fauzi (nombor 123 sebelum akaun pengguna)
nmf12 (nombor 12 selepas singkatan nur mazlina fauzy)
abc123 (nombor 123 susunan abjad abc)
qwerty (susunan kunci pada papan kunci)
wysiwyg (singkatan what you see is what you get)
Cuba gunakan sepenuhnya 8 aksara dan gabungkan huruf kecil, huruf besar, aksara
istimewa (e.g !,@,#) dan sebagainya. Dalam Unix huruf A dan a dianggap berbeza.
Walau bagaimanapun terdapat aksara-aksara yang tidak boleh digunakan seperti aksara
kawalan (Control Character) seperti Ctrl-C, Ctrl-A dan sebagainya.

 Menukar Nama Pengguna - chfn

Pengguna boleh menukar maklumat finger mereka dengan menggunakan arahan chfn.
Andaikan anda hendak mengubah nama NSR kepada Nur Shazlina Radzi, sila
ikut contoh di bawah yang dilakukan dalam sistem operasi Linux Redhat 5.1:-

% chfn
Changing finger information for nsr.
Password:
Name [NSR]: Nur Shazlina Radzi
Office []:
Office Phone []:
Home Phone []:

Finger information changed.


% finger
Login Name Tty Idle Login Time Office Office Phone
nsr Nur Shazlina Radzi 1 Dec 26 20:23

Nota:
Sewaktu melakukan arahan chfn, isi kata laluan anda. Sesetengah versi
Unix tidak meminta kata laluan. Maklumat yang ada dalam bracket
merupakan maklumat semasa. Taip maklumat baru jika anda hendak tukar yang lama.
Tekan [Enter] jika anda tidak mahu mengubah apa-apa.

 Menukar Shell Pengguna - chsh

Anda boleh mengubah shell anda kepada shell lain dengan menggunakan arahan chsh.
Di bawah ialah cara menukar Shell Bourne kepada Shell C:-

% chsh
Changing shell for nsr.
Password:
New shell [/bin/sh]: /bin/csh
Shell changed.

Vous aimerez peut-être aussi