Vous êtes sur la page 1sur 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU ILMU KHAS (IPGIK)

CHERAS, KUALA LUMPUR.

Nama : MUHAMMAD TARMIZI BIN MUSA

No K.P. : 841004-06-5327

Kumpulan : Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) (K 1.1)

Sekolah PBS : SKPK (P) KUANTAN

Tarikh PBS : 22 Ogos – 3 September 2010

Tajuk Tugasan:

Bagaimana elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dielementasikan di sekolah


anda hadiri semasa PBS?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara


(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada
dilandasan yang betul. Malah guru-guru di Malaysia hendaklah menjadikan falsafah ini
sebagai tunjang utama dalam usaha mendidik dan membimbing murid-murid. Intipati utama
dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa
tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan
jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Semasa menghadir sekolah pada PBS lalu, saya membuat beberapa pemerhatian berkaitan
tajuk yang diberikan ini dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah seperti
berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari dari segi intelek,rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Tujuan FPK adalah membentuk peribadi warganegara yang seimbang.


Memberi fahaman inividu tentang alam sekeliling dan tingkahlaku manusia
Membentuk pekerja yang positif,cekap dan bertanggungjawab Membentuk individu
yang boleh menerima dasar demokrasi Membentuk individu yang berdaya usaha
Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.
Sehubungan dengan itu, guru berperanan penting dalam membentuk rakyat Malaysia
melalui pendidikan awal di sekolah rendah. Guru sentiasa berusaha secara berterusan
proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai. sejak kecil hingga
akhir hayat Peringkat rendah -peringkat selepas sekolah. Guru sentiasa member
nasihat dan motivasi intrinsic dan ektrinsik dalam usaha membentuk insane yang
berguna.

Melalui pendidikan kerohanian seperti Pendidikan Islam dan Moral adalah


satu usaha guru dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis menghayati
ilmu pengetahuan berakhlak mulia teguh dalam agama fikiran dan jiwa tenteram
ketahanan diri anggota masyarakat yg berguna. Guru pendidikan Islam dan Moral
bertindak membentuk kerohanian murid melalui pelaksanaan sukatan pelajaran yang
ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu bagi memenuhi keperluan potensi perlu dikembangkan
memupuk sahsiah secara lengkap. Unsur rohani sedari & menginsafi adanya pencipta.

Berkaitan dengan sifat kejiwaan menghargai & mensyukuri pemberian dan


kebatinan iaitu:

i. Sedari tanggungjawab Disiplin kendiri,


ii. Membentuk akhlak mulia
iii. Unsur emosi tenang dan kawal tingkahlaku

Unsur JERIS, guru memainkan peranan rasmi dalam melahirkan murid-murid


yang berkemahiran asas 3M, tingkat sebar ilmu, tumpuan kepada daya berfikir kritis
dan kreatif. Ini penting dalam pendidikan negara kita. Guru sentiasa mengajar
bagaimana murid-murid befikir secara kritis dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum dan kurikulum semasa di sekolah rendah lagi. Melalui sambutan bulan
kemerdekaan di peringkat sekolah adalah salah satu usaha guru untuk membentuk
semangat patrotisme dan sifat cintakan Negara serta menyerap nilai-nilai kenegaraan
dalam diri murid-murid.Selain itu, memiliki dan memupuk kasih sayang, perasaan
jiwa yang kuat, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan meliputi ciri-ciri:

i. Hargai dan menilai keindahan & kesenian unsur jasmani


ii. Kesihatan tubuh dan riadah,
iii. Perkembangkan bakat
iv. Kemahiran teknikal & manipulatif

Ini semua telah termaktub dalam subjek-subjek teras dan elektif dalam sukatan
pelajaran sekolah rendah. Dalam pendidikan jasmani, guru-guru mengajar murid-
murid tentang pengurusan diri dalam kesihatan jasmani melalui tatacara kehidupan
yang sihat. Dalam aspek kemahiran teknikal dan manipulative, murid-murid di asah
melalui kemahiran hidup, seni, ko-kurikulum serta subjek-subjek tambahan yang
memiliki teknik tertentu dalam pembelajaran dan pengajaran.
Pengenalan Nilai-Nilai Keguruan Semua guru adalah pengajar nilai-nilai
tertentu. Sama ada guru-guru sedar atau tidak, mereka selalu mempengaruhi murid-
murid mereka melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan
berdasarkan teori-teori pembelajaran mengikut tahap kognitif bagi seseorang pelajar
dalam usaha mambangunkan intelek, rohani dan emosi. Nilai-Nilai Keguruan Sebagai
contoh, seorang guru bahasa di SKPK (P) Kuantan, pada masa yang sama beliau juga
merupakan pengajar nilai-nilai guru pada peringkat rendah harus melambangkan ciri-
ciri kesempurnaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Selain itu, nilai-nilai keguruan,
guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang dia mengajar. Nilai-nilai
yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya.
Contohnya, guru datang awal ke sekolah setiap hari.

Kesimpulannya, ciri-ciri guru yang baik mesti mempunyai unsur kecindan dan
kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Guru mesti mempunyai
integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang
kukuh. mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri.
Guru-guru hendaklah membentuk diri dan keseimbangan dari aspek intelektual,
rohani, jasmani, emosi dan sosial.

Vous aimerez peut-être aussi