Vous êtes sur la page 1sur 8

Rakiah Mohd Yunus 720205035270

OUMH1103 Learning Skills

1.Pengenalan

Senario dunia hari ini menyaksikan hak dan dan peluang untuk belajar telah
terbuka luas dan tidak lagi didominasi oleh golongan muda. Dengan kewujudan
pelbagai program, insentif, peluang dan tuntutan dunia semasa maka sesiapa
sahaja boleh terus belajar.
Golongan dewasa yang telah bekerja tidak terkecuali merebut peluang
untuk meningkatkan kualiti dan tahap pendidikan mereka. Kemunculan sistem
pendidikan yang dibangun berlandaskan teknologi dan bersifat fleksibel
membolehkan satu bentuk pembelajaran secara jarak jauh dan bersifat ‘maya’
direalisasikan pada hari ini.
Oleh yang demikian peluang untuk pendidikan sepanjang hayat ini telah
dilihat oleh golongan dewasa yang bekerja sebagai satu medium baru yang
membolehkan mereka menyambung semula tahap pendidikan yang tidak
berjaya dicapai sebelum ini kerana pelbagai faktor yang dihadapi.
Namun hakikat menyambung semula pembelajaran setelah
meninggalkannya dalam satu tempoh yang agak lama bukanlah satu perkara
yang mudah. Apatah lagi sistem dan situasi kini yang jauh berbeza dengan apa
yang kita telah lalui dahulu. Banyak rintangan, halangan, kekangan serta onak
duri yang perlu ditempuh dan dilalui oleh pelajar yan kembali belajar ini.
Antara masalah yang sering melingkari mereka ini ialah tekanan,
pengurusan masa, kelemahan diri terutamanya dari segi kemahiran teknologi
dan bahasa serta bermacam-macam lagi masalah bergantung kepada situasi
individu tersebut.
Situasi ini memang lumrah, namun jika tidak diurus dan ditanggani secara
bijak akan menjejaskan tahap dan kualiti yang ingin dicapai dalam pelajaran.
Justeru itu langkah-langkah penyelesaian berkaitan masalah ini perlu dicari dan
dipraktikkan agar kita dapat mengikuti pengajian ini dalam situasi yang selesa
dan yang paling penting hasil yang akan dicapai nanti adalah yang terbaik dan
berkualiti
KDP OUM Julai 2008

1
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

2. Definisi Konsep

Bagi tujuan memahami persoalan persoalan orang dewasa yang bekerja dan
belajar secara jarak jauh ini, lebih baik kita fahami dahulu maksud tajuk ini
telebih dahulu.
Menurut Kamus Dewan, pembelajaran membawa maksud proses atau
kegiatan belajar. Pelajar dewasa pula merujuk kepada mereka yang sudah
baligh dan berumur melebihi 21 tahun ke atas manakala bekerja pula merujuk
kepada melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan.
Jarak jauh atau “e-leaner’ pula merujuk kepada satu system pembelajaran yang
direka khusus untuk mereka yang ingin belajar tanpa perlu mengikutinya di
pusat-pusat pengajian secara sepenuh masa dan perlu berada di bilik-bilik kuliah
secara nyata.
Berdasarkan definisi ini dapatlah difahami bahawa pembelajaran orang
dewasa yang bekerja ialah satu situasi di mana seseorang yang telah bekerja
tetapi pada masa yang sama melanjutkan pelajaran dengan mengikuti program
yang direka khusus oleh institusi pendidikan bersesuaian dengan situasi dan
keadaan mereka.

KDP OUM Julai 2008

2
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

,
3. Masalah-masalah Pembelajaran Orang Dewasa yang Bekerja

Dalam apa jua situasi kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah.
Begitu juga dengan pelajar dewasa yang bekerja. Keputusan untuk belajar perlu
disedari sebenarnya membawa masalah baru bersamanya dan menambah
kepada masalah yang sedia ada. Antara masalah-masalah yang biasa dihadapi
ialah tekanan, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dan aspek pengurusan
masa.

3.1 Masalah Tekanan

Tekanan atau lebih biasa disebut “stress” merupakan masalah yang paling biasa
dihadapi oleh setiap pelajar. Tekanan wujud hasil daripada tindak balas akibat
daripada ketidakmampuan individu untuk menguruskan masalah yang
dihadapinya.
Tekanan berlaku berpunca daripada pelbagai faktor yang boleh dilihat dari
segi fizikal dan psikologi. Antaranya ialah cuaca yang melampau, persekitaran
seperti gangguan bunyi bising, udara yang kotor dan pencemaran. Dari segi
psikologi pula ia boleh dicetuskan oleh sikap, perasaan seperti kesedihan kerana
peristiwa-peristiwa tertentu, harapan yang tidak kesampaian dan juga sikap
individu itu sendiri.
Merujuk kepada situasi pelajar dewasa, tekanan boleh berlaku apabila kita
tidak mampu menguruskan tugasan antara di tempat kerja, rumah dan pelajaran.
Bebanan tugas yang banyak dan perlu disiapkan secara serentak menuntut
tumpuan dan perhatian yang bukan sedikit dan kegagalan menyiapkannya akan
memberi tekanan kepada kita.

KDP OUM Julai 2008

3
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

Kita juga akan mengalami tekanan apabila meghadapi keletihan dan


kepenatan yang akan menjejaskan daya tahan kita. Apabila situasi ini berlaku
kita akan mudah hilang sabar dan tidak mampu mengawal emosi dengan baik .
Lebih teruk lagi apabila kita menyalurkan emosi yang tidak baik ini kepada
orang-orang disekeliling kita seperti memarahi anak-anak atau rakan-rakan.
Sebagai seorang pelajar kita juga akan menghadapi peperiksaan. Waktu
peperiksaan merupakan saat atau detik yang amat kritikal dalam tempoh belajar.
Keadaan ini memberi tekanan yang bukan sedikit kerana lebih-lebih lagi jika kita
tidak bersedia untuk menghadapinya. Keputusan peperiksaan yang mungkin di
luar jangkaan kita atau tidak dapat mencapai sasaran yang diharapkan juga
mendatangkan tekanan kepada seseorang pelajar. Ini kerana kita akan merasa
tidak puashati, menyesal atau putus asa untuk meneruskan pelajaran.
Keputusan bergelar belajar juga bermakna anda bersedia untuk memberi
peruntukkan kewangan bagi menguruskan pembelajaran anda. Ini akan
mengaggu perbelanjaan anda sebelum ini dan ia juga boleh menyebabkan anda
rasa tertekan bila berdepan dengan tanggungan anda yang mungkin rasa
terjejas kehendaknya.

3.2 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang menjadi medium dalam era globalisasi
dan ledakan maklumat. Justeru itu kelemahan dan kegagalan menguasai bahasa
ini dengan baik akan menjejaskan keupayaan anda dalam mengurus
pembelajaran anda.
Mencari maklumat, membuat rujukan dan mengaplikasikan teknologi merupakan
rutin dalam kehidupan seorang pelajar. Apa yang menjadi halangan ialah
kebanyakkan sumber maklumat dan buku rujukan adalah dalam bahasa
Inggeris. Oleh yang demikian bagaimana anda dapat menguruskan segala
tugasan dan mencari maklumat jika anda tidak mahir dalam bahasa ini?

KDP OUM Julai 2008

4
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

Penggunaan internet dan perkakasan teknologi merupakan saluran


terpenting dalam mod pembelajaran secara maya dan jarak jauh ini. Apa yang
menjadi isu ialah bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan dalam
membangunkan segala kemudahan ini. Oleh itu kelemahan kita dalam
menguasai bahasa ini akan menyebabkan kita gagal mengaplikasikan segala
saluran ini secara maksimum dan efektif.
Kelemahan berbahasa Inggeris boleh dilihat dalam tiga kemahiran utama
iaitu lisan, membaca dan menulis. Adalah satu kerugian apabila kita tidak dapat
berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis terutamanya
apabila melibatkan aspek pengajian kita seperti dalam menyiapkan tugasan atau
peperiksaan kerana ia menjadi satu subjek yang wajib dalam mana-mana
program pembelajaran yang diambil.

3.3 Masalah Pengurusan masa

Sering kali kita mendengar orang merungut tidak cukup masa walaupun setiap
kita telah diberi masa yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. Apa yang
membezakan antara individu ini ialah pengurusan masa. Kegagalan kita
mengurus masa akan memberi kesan buruk kepada kita sesuai dengan satu
pepatah Arab yang berbunyi “ Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak
menjaganya ia akan memotong kamu”.
Tugas sebagai pelajar, pekerja, ibu dan ayah kepada anak-anak menuntut
pembahagian masa yang bijak kerana jika tidak diurus dengan baik kita akan
berdepan dengan situasi kekalutan apabila kita perlu menyiapkan setiap tugasan
ini mengikut masa yang ditetapkan.
Masalah akan berlaku apabila kita tidak tahu memberi peruntukkan masa
yang sesuai antara kerja yang menjadi keutamaan dan kerja sampingan.
Kadang-kadang kita terleka dengan kerja-kerja yang kurang penting dan
mengabaikan hal yang lebih besar.

KDP OUM Julai 2008

5
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

Tabiat kita berkaitan masa juga perlu dikaji contohnya masa tidur, masa
belajar, masa bersama kawan dan masa untuk diri sendiri. Ramai dari kita yang
tidak sedar kita banyak menghabisakan masa dengan tabiat yang tidak baik
seperti berbual kosong, membeli belah dan menonton rancangan kegemaran
di televisyen.

4.Kesan Masalah kepada Pelajar

Masalah yang melingkari kehidupan kita sebagai pelajar boleh mendatangkan


pelbagai kesan yang tidak baik.
Kesan masalah tekanan sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek iaitu
positif dan negative. Tekanan di peringkat sederhana sebenarnya mampu
menjadi pencetus dan pemangkin kepada individu itu untuk bertindak dan
menggerakkan mereka untuk melakukan sesuatu dalam hidupnya. Ia juga
mampu menukar rentak hidup seseorang dari keadaan yang biasa kepada
lebih baik. Contohnya keputusan untuk belajar adalah hasil tekanan dari diri
dan persekitaran yang mendorong kita berubah.
Walau apa pun kesan tekanan lebih dilihat dari aspek negatif. Antara
kesan buruknya ialah ia boleh menjejaskan tumpuan, minat dan motivasi
seseorang untuk terus belajar. Malah lebih teruk lagi ada yang sampai ke
tahap mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian. Selain itu
tekanan boleh mengundang kegagalan bukan setakat dalam peperiksaan
malah keseluruhan pengajian.
Tekanan juga boleh mencetuskan kelakuan yang tidak normal seperti
kemurungan, kelesuan dan keletihan, putus asa dan hilang semangat serta
hilang fokus dalam pengajian. Lebih teruk lagi ada yang sampai ke tahap
mencederakan diri dan menyebabkan kematian.
Kegagalan mengurus masa akan menyebabkan kerugian besar kerana
kita tidak dapat mengantikan masa yang telah berlalu. Kesan lain ialah ia

KDP OUM Julai 2008

6
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

akan member tekanan kepada kita dan seterusnya menjejaskan mutu


pelajaran kita.
Kelemahan dalam bahasa Inggeris pula akan membataskan kita untuk
mencari maklumat, berkomunikasi dan menguruskan pembelajaran dengan
berkesan kerana ia menjadi sebahagian daripada medium dan saluran dalam
pembelajaran jarak jauh ini.

4. Cadangan Cara Penyelesaian Masalah

Masalah yang melingkari kehidupan kita tidak boleh dibiarkan kerana impaknya
cukup besar dan boleh menjejaskan bukan setakat pembelajaran malah
kehidupan kita. Oleh itu penyelesaiannya perlu dicari agar kita bebas dari
masalah dan seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Dalam usaha mengatasi tekanan, apa yang perlu kita lakukan ialah kenal
pasti punca-punca tekanan tersebut. Beri tumpuan kepada punca utama yang
cari jalan mengelakkan punca ini berlaku dalam hidup kita.
Seterusnya kita perlu merancang kerja secara bijak. Setiap tugasan perlu
disediakan senarai semak dan disusun mengikut keutamaan. Beri perhatian
kepada perkara yang lebih mustahak dan elakkkan sikap suka bertangguh dan
melengah-lengah kerja.
Sebagai seorang muslim Islam menggariskan beberapa panduan dalam
usaha mengatasi tekanan. Menurut Iman Al Ghazali, manusia terdiri daripada
tiga unsur iaitu roh, jasad dan akal. Bagi mengatasi tekanan unsur-unsur ini perlu
diberi perhatian seperti menyemai sifat-sifat terpuji dan menghindari sifat keji dan
tercela, menyandarkan setiap yang berlaku sebagai satu ujian daripada Allah
dan ada hikmah di sebaliknya. Akal pula perlu disuburkan dengan ilmu dan jasad
pula mesti mesti dijaga dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam
dan mengambil makanan yang halal dan baik.
Bagi mengatasi masalah penguasan Bahasa Inggeris pula ambillah
peluang ketika anda belajar ini untuk menjadi titik tolak anda memulakan semula

KDP OUM Julai 2008

7
Rakiah Mohd Yunus 720205035270
OUMH1103 Learning Skills

usaha untuk menguasainya. Jadikan ia bukan sekadar untuk belajar tetapi


fikirkan ia sebagai satu aset untuk diri anda pada masa depan. Mulakan langkah
anda dengan melanggan akhbar dan majalah berbahasa Inggeris, mendengar
siaran radio bahasa Inggeris dan bercakap dalam bahasa ini di rumah dan
dengan rakan-rakan yang memahami anda. Anggaplah ia sebagai satu cara
untuk membantu anda dan jangan peduli dengan sikap sinis orang lain.
Dalam pengurusan masa pula, anda perlu mula mendisiplinkan diri
dengan mematuhi jadual dan rutin hidup sebgai seorang pelajar. Ingatkan diri
sendiri bahawa anda sekarang adalah pelajar dan anda perlukan masa untuk
mengurus pembelajaran anda. Buatlah jadual yang sistematik, elakkan tabiat-
tabiat buruk yang membazir masa dan jadilah orang yang meghargai setiap detik
dalam hidupnya.

5. Penutup
Masalah dan hidup adalah dua perkara yang berjalan seiring, namun ia perlu
ditanggani dengan bijak supaya ia tidak menjadi barah dalam hidup kita. Sering
kali kita tewas dengan masalah kerana kita tidak cukup persediaan, ilmu serta
kemahiran untuk mengatasinya. Dalam konteks pelajar dewasa ini anda
sebenarnya sudah cukup matang dengan segala rencam kehidupan, cuma anda
sekarang berdepan dengan satu situasi yang terlalu kompleks dan inilah realiti
yang perlu anda hadapi. Buatlah satu persiapan minda dengan status baru anda
ini dan pastikan anda benar-benar gembira dan berminat dengaannya. Keadaan
ini akan membantu anda berjaya mengatasi segala rintangan yang bakal
mendatang. Kesimpulannya jika kita belajar dalam keadaan yang gembira,
seronok dan cukup bersedia serta bebas dari segala masalah maka kita akan
berupaya mencapai kejayaan yang cemerlang dan ia akan benar-benar memberi
kepuasaan kepada diri kita.

Jumlah perkataan: 1820 patah perkatan

KDP OUM Julai 2008

Vous aimerez peut-être aussi