Vous êtes sur la page 1sur 5

NOTA PERLEMBAGAAN (MINGGU 12 - 14)

FEDERALISME DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN DAN BAGAIMANA PELAKSANAANNYA DI


MALAYSIA

MALAYSIA adalah antara negara yang mengamalkan konsep federalisme (Persekutuan). Mohd
Foad Sakdan dalam bukunya Asas Politik Malaysia (DBP, 1999) memetik pandangan Wheare yang
menyebut bahawa konsep federalisme bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat
dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas
daripada campur tangan orang lain.

Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai
sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian
Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang
dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap
negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah
digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan
memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak
seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap
pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat
itu.

Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip
federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi
mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua
negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara
yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan
Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan
Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan
Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan
dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1) Perlembagaan
Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam
Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di
dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara


kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian
kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin
pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh
cabang kuasa lain.

Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,
manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Hal perkara undang-undang
Persekutuan dan Negeri dinyatakan dalam Perkara 74 iaitu Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan.Hanya
Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai
Persekutuan (iaitu Senarai Pertama yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Persekutuan, iaitu
Senarai I, mempunyai 28 perkara yang merangkumi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam
negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, kewangan, perdagangan,

1
perindustrian dan pendidikan. Hampir semua perkara-perkara penting berkaitan pentadbiran negara
disenaraikan di bawah bidangkuasa eksklusif kerajaan pusat.

Hanya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara
yang disebut dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan).
Senarai Negeri, iaitu Senarai II, mempunyai 13 perkara yang difikirkan mempunyai kepentingan bersifat
tempatan ini seperti hal berkaitan hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, tanah dan kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan
negeri. Jelas sekali kuasa kerajaan negeri terhad dibandingkan dengan kerajaan pusat.

Persekutuan dan Negeri boleh menggubal undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut
dalam Senarai Bersama (iaitu Senarai Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Bersama
iaitu Senarai III yang terkandung dalam Jadual Kesembilan mempunyai 14 perkara termasuk kebajikan
masyarakat, perancangan bandar dan desa, kesihatan awam dan saliran pengairan. Perkara-perkara
dibawah senarai ini menjadi tanggungjawab bersama kerajaaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Kebebasan Parlimen membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai
tanpa perlu kepada persetujuan atau kebenaran negeri dapat dilihat dalam proses Penjalanan kuasa
perundangan parlimen sebagaimana termaktub dalam Perkara 66. Kebebasan Negeri-negeri untuk
menggubal undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri juga dapat
dilihat dari penjalanan kuasa perundangan negeri sebagaimana termaktub dalam Jadual Lapan.
Peruntukan dalam Jadual tersebut menyatakan bahawa kuasa badan perundangan untuk membuat
undang-undang dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan dan
diperkenankan oleh Raja. Ini bermakna Perekutuan tidak terlibat langsung dalam proses penggubalan
undang-undang di peringkat negeri.

Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan
kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang. Di antara kuasa bersama ialah kebajikan
awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang
bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional
yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan
seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang
dimiliki oleh negeri.

HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI SEGI AMALANNYA

Perhubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah termaktub dalam
bahagian 6 Perlembagaan persekutuan . Sistem federalisme sangat menekankan kepada pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, iaitu setiap satu kerajaan tidak berhak mengambil kuasa
yang telah diberikan kepada yang lain. Ini menunjukkan bahawa dalam negara federalisme terdapat
keseimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga kerajaan pusat tidak dapat
memonopoli atau melakukan campur tangan yang besar terhadap kerajaan negeri. Sekiranya tidak ada
keseimbangan kuasa antara kerajaan negeri dan pusat, maka sistem ini dikatakan sebagai quasi-federal.
Malaysia dikatakan negara quasi-federal kerana perlembagaannya yang tidak seimbang dengan memberi
kuasa kepada kerajaan pusat sehingga membolehkan kerajaan pusat menceroboh bidang kuasa kerajaan
negeri. Ini diperuntukkan dalam Perkara 76(1)Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa
kerajaan pusat boleh menceroboh kuasa kerajaan negeri dalam 3 perkara iaitu:

a) Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen antara persekutuan dengan
mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh
persekutuan
b) Bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari antara dua buah negeri dan lebih
c) Jika diminta oleh mana-mana dewan negeri.

2
Kedudukan negeri-negeri juga sedikit sebanyak menerima kesan daripada pemakaian Perkara 76.
Parlimen diberi kuasa membuat undang-undang yang diperuntukkan dalam senarai negeri. Namun ia ada
kebarangkalian kerajaan pusat menandatangani perjanjian antarabangsa yang boleh mengakibatkan hak-
hak negeri terjejas, pada masa yang sama perundingan dengan kerajaan negeri tidak wajib dilakukan oleh
kerajaan pusat. Urusan kewangan juga memberikan kita bahawa gambaran kuasa besar yang diberikan
kepada kerajaan pusat. Perlembagaan memperuntukkan negeri hanya boleh membuat pinjaman dengan
kerajaan pusat atau pihak berkuasa kewangan yang diluluskan sahaja. Dalam hal lain perlembagaan
meletakkan kewajipan kepada kerajaan pusat membayar geran tertentu kepada negeri. Namun demikian
berlaku kelambatan pembayaran kepada sesetengah negeri. Ini terjadi kepada negeri Kelantan dan
Terengganu.

Perkara 150 (Perisytiharan Darurat)

Selain itu, perlu diingatkan bahawa kerajaan Persekutuan menikmati “keistimewaan” dalam
senarai bersama. Jika berlaku sebarang konflik antara undang-undang Persekutuan dengan undang-
undang negeri mengenai sesuatu perkara dalam senarai bersama, undang-undang Persekutuan akan
meliputi undang-undang negeri, sungguhpun undang-undang negeri telah diluluskan terdahulu
daripadanya. Terdapat beberapa fasal dalam perlembagaan yang membenarkan Parlimen Persekutuan
meluluskan undang-undang mengenai hal-hal yang timbul dalam senarai tugas negeri, misalnya, apabila
membuat persetiaan dengan negeri-negeri lain dan untuk meningkatkan keseragaman undang-undang
negeri dan seterusnya. Antara peruntukan yang paling penting mungkin terdapat dalam perkara 150.
Selepas perisytiharan darurat, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan apa-apa hal
dalam senarai negeri, kecuali hal berhubung dengan hukum syarak atau adat orang Melayu atau
berhubung dengan hal mengenai undang-undang atau adat bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ia agak
kelihatan janggal dalam konteks demokrasi namun kes begini terjadi.

Contoh Pemakaian Federalisme Di Malaysia

o Dalam sejarah negara kita, wujud beberapa episod pencabulan prinsip Federalisme, antaranya:
campur tangan Kerajaan Pusat bagi menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan
pada 1966an, Pemerintahan Darurat di Kelantan pada 1977 yang membolehkan Kerajaan Pusat
menjatuhkan Kerajaan PAS, peminggiran hak Sabah di bawah PBS pada awal 1990an dan isu royalti
minyak Terengganu dan Kelantan.

o Walaupun negeri-negeri ada diberi kuasa tertentu seperti urusan hasil seperti tanah, hutan dan
sebagainya, tetapi mereka masih perlu bergantung pelbagai badan dan institusi yang berada di bawah
kawalan Kerajaan Pusat yang memberikan nasihat dan cadangan kepada pihak berkuasa negeri.
Sebagai contoh, perhutanan merupakan bidang kuasa negeri tetapi dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan perhutanan ia adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Negeri-negeri pula
sebenarnya tidak mempunyai dana yang cukup bagi membiayai institusi-institusi yang tersebut.

o Pemusatan kuasa Majlis Air Negara yang sebelumnya dikuasai oleh kerajaan negeri. Maka
dipersoalkan di mana kuasa kerajaan negeri. Ini kerana kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan
yang cukup bagi menyelenggarakan bagi menggantikan paip-paip air yang sudah lama. Maka terjadi
ke bergantungan kerajaan negeri kepada kerajaan.

o Di luar kerangka perlembagaan, amalan yang ada adalah negeri-negeri mesti menerima pegawai-
pegawai kerajaan persekutuan. Di sesetengah negeri jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Pegawai Kewangan Negeri adalah lantikan persekutuan. Pegawai Undang-Undang Negeri juga
datangnya daripada Suruhanjaya Kehakiman Dan Perundangan.

3
Contoh Kes-Kes Di Malaysia (Sama ada pemakaian dan pencabulan prinsip federalisme)

a) Govt Of Kelantan V Govt Of The Federation Malaya & Tunku Abdul Rahman [1963] MLJ 355
(Mahkamah Tidak Menekankan Federalisme)

Fakta Kes

 Dalam kes ini negeri Kelantan mencabar tindakan Tunku Abdul Rahman membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
 Plaintif (kerajaan Kelantan ) menghujahkan bahawa tindakan Tunku tidak mengikut
perlembagaan kerana kerajaan pusat tidak berunding dengan raja-raja Melayu sebagai salah
satu pihak yang menandatangani perjanjian persekutuan pada tahun 1957.

Diputuskan (Held)

 Tindakan Tunku Abdul Rahman tidak mengubah rupa bentuk persekutuan secara
revolusional”
 Hujah plaintif ditolak oleh pihak mahkamah.
 Keputusan ini membolehkan Tunku Abdul Rahman meneruskan langkah pembentukan
Malaysia.

 Kes ini telah dikritik oleh sarjana undang-undang kerana bagi mereka perbincangan
perlu ada antara Kerajaan dan Majlis Raja-raja bagi membentuk persekutuan seperti
yang telah termaktub dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

b) Mamat b. Daud v Govt Of Malaysia [1988] 1 MLJ 119 (Mahkamah Menekankan Federalisme)

Fakta Kes

 Pemohon (Mamat b. Daud) telah dituduh di Mahkamah di bawah seksyen di bawah kanun
keseksaan (undang-undang di bawah bidang kuasa persekutuan).
 Seksyen yang baru dipinda itu, memperuntukkan sebarang perbuatan keagamaan yang
boleh menyebabkan pecah belah dalam kalangan masyarakat sebagai satu kesalahan.
 Pemohon menghujahkan bahawa undang-undang baru ini menyalahi perlembagaan kerana
agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri bukannya parlimen.
 Mamat telah ditangkap semasa menjadi imam di masjid.

Diputuskan (Held)

 Termaktub di bawah Perkara 4 (1)


 Mahkamah Agung memutuskan bahawa pindaan baru seksyen berkenaan adalah menyalahi
perlembagaan dengan majoriti 3/2(5 hakim, 3 cakap salah, 2 cakap tidak bersalah)
 Mahkamah mengguna pakai doktrin “Pitch and Substance ”. Di sini mahkamah melihat dari
segi isi bukannya rupa bentuk luaran.
 Secara automatik pindaan yang telah dibuat kembali kepada perlembagaan asal iaitu tiada
pindaan ke atas seksyen tersebut

o Colorable Legislation = Hal2 yang berkaitan dengan agama Islam di bawah


kuasa kerajaan Negeri.
o Kaitan dengan federalisme = negeri dan persekutuan ada bidang kuasa
masing-masing dan harus dihormati

4
c) Pihak Berkuasa Negeri Sabah v Sugumar Balakrishnan [1998] 3 MLJ 289119. (Mahkamah
Menekankan Federalisme tetapi ada unsur politik)

Fakta Kes

 Pemohon (Sugumar) seorang warganegara Malaysia berbangsa India. Beliau berpindah ke


Sabah menjadi guru dan tidak beberapa lama kemudian dia menjadi peguam.
 Dalam kes ini beliau mencabar tindakan Pengarah Imigresen Sabah yang tidak meluluskan
Permit kerja beliau.

Diputuskan (Held)

 Mahkamah Persekutuan memutuskan pihak berkuasa negeri Sabah mempunyai kuasa


menarik balik permit kerja beliau.
 Pihak berkuasa Negeri Sabah juga boleh memerintahkan beliau keluar dar Sabah.

KESIMPULAN

 Dalam konteks Malaysia boleh dikatakan, idea asal federalisme Malaysia tidak diikut sangat, jika
dibandingkan dari sudut sikap dan komitmen kerajaan persekutuan dalam sesetengah keadaan
pihak berkuasa negeri tidak punya banyak kuasa dan kadangkala dinafikan.

 Sebagai contoh perkara 150 (darurat) boleh digunakan oleh kerajaan persekutuan jika ia
mengancam kedudukan persekutuan, tetapi mungkin disalahgunakan oleh kerajaan persekutuan
seperti berlaku di negeri Sarawak 1977 dan Kelantan 1966. Apabila darurat diisytiharkan maka
kerajaan persekutuan berkuasa.

 Jaminan yang baik untuk melicinkan hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
bukan terletak pada sebarang peruntukan perlembagaan, tetapi lebih pada pengaruh
keharmonian parti.

 Semua keputusan bergantung pada budaya politik di Malaysia yang akan menentukan corak dan
warna persekutuan itu pada praktiknya. Kenyataannya ahli-ahli politik lebih mengutamakan
kepentingan parti dan peribadi mereka; bukan soal sama ada federalisme kita segar atau
sebaliknya.

 Budaya Politik negara kita masih tidak matang. Ini dapat dibuktikan yang berlaku di Negeri yang
dikuasai oleh pembangkang seperti;

o Terengganu dan Kelantan. Kerajaan Persekutuan melanggar Perjanjian Negeri


mengenai Royalti Minyak (1999), apabila kerajaan memberi wang Ehsan bukan wang
royalti seperti yang telah termaktub dalam perjanjian royalti minyak tersebut.

o Merujuk kepada Jadual Kesepuluh setiap negeri mendapat gran (kewangan)


mengikut penduduk di setiap negeri. Pemberian diberikan secara serentak mengikut
negeri. Tetapi bagi Negeri Kelantan yang juga diperintah oleh pembangkang (PAS)
mendapat geran (kewangan) lewat berbanding negeri yang diperintah oleh parti
yang memerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Vous aimerez peut-être aussi