Vous êtes sur la page 1sur 8

Pendahuluan

Pada Februari 1997, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar
tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY) Tampoi,
Johor Bahru iaitu Mohd Zulkarnain Rahim yang dipercayai telah dipukul oleh samseng.
Ekoran kejadian tersebut, 10 orang pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan
lanjut.

Selain itu, berita kematian pelajar yang berusia 7 tahun, Masidah Suria Che Pa
juga turut membuka mata masyarakat tentang aktiviti jenayah yang dilakukan oleh
pelajar walau dalam usia yang masih muda. Dalam kes kematian Masidah, ia berpunca
dari tindakan seorang perempuan yang baru berusia 10 tahun sahaja yang dilihat oleh
banyak pihak mengandungi unsur paksaan dan peras ugut oleh seorang kanak-kanak
terhadap kawannya yang berakhir dengan kematian. 2 kes ini telah menyebabkan para
ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di sekolah.

1
Definisi Masalah Tingkah Laku

Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau
tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam
bilik darjah. Semua tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang melanggar norma-
norma dan nilai-nilai masyarakat yang juga dikenali juga sebagai delinkuensi. Menurut
Akta Kanak-kanak 2001 pula, delinkuensi atau salah laku meliputi perlakuan yang
melanggar undang-undang negara, yang dilakukan oleh individu bawah usia 18 tahun.
Ia juga meliputi tingkah laku yang boleh mendedahkan individu di bawah usia 18 tahun
kepada jenayah dan bahaya moral.

2
Punca masalah delinkuen

Menurut kajian, masalah delinkuen ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun
dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”. Bagi golongan yang terlibat dengan gejaya negatif dan
tidak sihat ini, mereka pasti mempunya sebab-sebab tersendiri mengapa mereka
berkelakuan demikian. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
faktor dalaman dan juga faktor luaran.

Faktor dalaman

Faktor dalaman ini boleh diperincikan kepada faktor biologi, lemah jati diri dan faktor
keluarga.

Menurut Bradley & Dubinsky (1994), proses akil baligh ini boleh
mencenderungkan remaja mudah mengalami pelbagai ayunan emosi seperti mudah
gelisah, keliru, amat sensitif, cepat marah serta rasa dikonkong dan tidak disayangi oleh
keluarga. Kadang kala, bila ada rakan yang cuba bergurau tetapi bunyinya mungkin
agak kasar, mulalah golongan ini melenting dan mula naik angin. Sifat cepat marah ini
seterusnya biasanya berakhir dengan persengketaan atau pergaduhan sesama sendiri.

Selain itu, remaja yang hilang minat untuk meneruskan pembelajaran atau tidak
minat pada sesuatu subjek kerana subjek tersebut sukar akan mudah berasa bosan
terhadap matapelajaran yang diajar di sekolah dan mempunyai persepsi
negatiftterhadap guru--guru.. Kurang atau llemah amalan agama jjuga mampu menjadi
pendorong kepada salah laku remaja. Lemahnya jati diri dalam diri pelajar ini akan
mendorong para pelajar untuk melakukan pemberontakkan dan mangsa mereka
tentukan kawan-kawan yang sebaya atau lebih muda.

Di samping itu, ibu bapa yang kurang atau tidak berupaya menyediakan
persekitaran yang kondusif untuk pembangunan kendiri anak-anak boleh menjadi
penyumbang kepada salah laku remaja. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
membentuk sikap anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami, dan

3
menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran lebih terbuka. Ini akan mewujudkan
suasana yang harmonis. Kegagalan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang
diperlukan anak-anak boleh mendatangkan masalah disiplin ketika melangkah ke alam
persekolahan. Seterusnya menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan guru.
Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan
mencorak kehidupan seseorang pelajar. Ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga
akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang
sempurna.

Sikap ibu bapa yang terlalu sensitif dan terlalu memanjakan anak mereka
sehingga mengabaikan tanggungjawab dan sanggup menggadai kepentingan anak
mereka secara tidak disedari juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada
deliunkesi. Kalau dahulu ibu bapa akan berterima kasih kepada guru apabila guru
merotan pelajar kerana masalah disiplin,tapi kini ibu bapa akan mengambil tindakan
walau anak mereka yang bersalah. Hal ini juga menyebabkan para pelajar tidak takut
untuk bergaduh dengan rakan sebaya.

Faktor luaran

Bagi faktor luaran boleh dibahagikan kepada tekanan rakan sebaya dan pengaruh
media.

Sikap rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan pelajar. Rakan
sebaya yang baik boleh membantu seseorang pelajar menjadi insan yang mempunyai
sifat-sifat sosial yang positif dan begitu juga sebaliknya. Mengikut kajian, pengaruh
rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap
seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak.
Remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri.
Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat
sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan
golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di
kalangan remaja seperti Black Metal dan Trash Metal sudah cukup memberi cabaran

4
serta saingan kepada usaha guru untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke
arah pengalaman budaya sihat.

Dewasa ini, pengaruh media sama ada media cetak atau elektronik bukan satu
perkara yang asing dalam kehidupan seseorang pada masa kini. Paparan gaya hidup
barat yang liar dan kurang amalan keagamaan yang mementingkan keseronokan
menjjadikan remaja di negara ini terikut-ikut. Paparan adegan-adegan negatif daripada
filem Barat yang banyak memaparkan adegan ganas akan menimbulkan perasaan ingin
tahu dan perasaan ingin mencuba sendiri apa yang mereka tonton dari video cakera
padat dan sesetengah program televisyen.

5
Cara menyelesaikan

Ibu bapa, pihak penjaga serta guru-guru dan kaunselor seharusnya mampu
bertindak sebagai peringan tekanan kepada golongan remaja ini. Ibu bapa harus lebih
peka dengan perubahan emosi anak-anak dan guru harus menjadi pendengar yang baik
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah ini.

Golongan ibu bapa perlu diberi kursus cara-cara untuk meningkatkan jati diri
bakal anak-anak. Cara komunikasi dan mengenali potensi anak-anak seawal fasa kanak
kanak akan dapat membantu membentuk jati diri remaja yang positif. Fokus kepada
kemahiran keiibubapaan adalah penting. Program-- program yang meliputi pelbagai
jenis keluarga, demografi yang berbeza, status pekerjaan ibu bapa serta membabitkan
mereka yang mempunyai individu kurang upaya dalam sesebuah keluarga perlu
dijalankan.

Sekiranya remaja tidak mendapat sokongan emosi dan fizikal daripada ahli
keluarga, mereka mudah beralih kepada sumber lain. Justeru itu, selain daripada
perlunya kerjasama iibu bapa,, pihak sekolah serta masyarakat, para pelajar perlu diberi
pendedahan mengenai kesan negatif (panjjang dan pendek)) yang berpunca daripada
pelbagai kategori aktiviti delinkuen.

Kementerian Penerangan Malaysia atau Kementerian Tenaga dan Komunikasi


serta pihak-pihak swasta seharusnya memberi tumpuan yang serius mengenai paparan
iinfo kepada masyarakat yang dibuat sama ada melalui cetak atau elektronik.

6
Rumusan

Remaja merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan generasi pengganti
pemimpin pada masa akan datang. Sebelum mengubah tingkah laku pelajar remaja ke
arah kebaikan, terlebih dahulu kita sebagai guru perlulah mengetahui sikap pelajar
tersebut dan dari situ kita akan mula memahami kenapa seseorang pelajar itu
berkelakuan buruk dan seterusnya langkah modefikasi haruslah dijalankan. Penyediaan
program yang terancang akan lebih berkesan dalam mengubah tingkah laku remaja.

Para guru boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi, peneguhan dan teori


beheviorisme dalam bilik darjah. Hal ini dapat membantu guru dalam mengawal
susunan dan keadaan dalam kelas agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar. Oleh sebab proses pengubahan tingkah laku remaja memerlukan
perhatian yang serius, maka penglibatan semua lapisan masyarakat adalah perlu.

7
REFLEKSI

Setelah membuat kajian tentang pelajar yang bermasalah di sekolah, saya sungguh
terkejut membaca situasi pelajar sebenar di Malaysia. Ada antara berita yang dibaca
adalah berita yang tak pernah diketahui. Ini adalah peringatan awal untuk saya sebelum
menempuh profesion perguruan.

Secara peribadi, saya berpendapat pengaruh ibu bapa dan rakan-rakan adalah
yang memainkan peranan penting dalam pembentukkan peribadi seseorang individu
tersebut. Jika pelajar itu berasal dari yang keluarga yang berantakan, pastinya mereka
akan lebih mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang diterapkan oleh rakan-
rakan mereka. Maka, seorang guru perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan
pelajar-pelajar ini tidak terlibat dengan gejala tidak sihat seperti samseng, penagihan
dadah dan juga gejala rempit.

Secara keseluruhannya, kerjasama daripada semua lapisan masyarakat adalah


sangat penting bagi mengatasi masalah ini. Jangan hanya menunding pada satu pihak
sahaja.

Vous aimerez peut-être aussi