Vous êtes sur la page 1sur 19

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN

DALAM RMK10 SELARAS DENGAN


HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN?
PENSYARAH : DR. RUSLIN AMIR

OLEH:

 MD FUAD MD RAFIK P51130


(Pentadbiran pendidikan)
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN


HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN?

1.0 Pengenalan

1.1 Modal Insan

Menyingkap intipati utama RMK10, kita akan dapati bahawa salah satu faktor
utama yang kritikal yang akan menentukan prestasi cemerlang negara pada masa hadapan
adalah membangunkan serta mewujudkan gagasan modal insan bertaraf dunia.

Modal insan merupakan aspek penting kerana jika kita ada sistem terbaik di dunia
sekalipun tetapi jika pengurusan tidak cekap, ia tidak akan mampu diuruskan dengan
baik. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai
murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya
saing.

Mantan. Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan
revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan
sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan.

Di dalam artikel Prof. Madya Mohd kamil Abdul Majid yang bertajuk
Pembangunan Modal Insan Di Malaysia : Analisis Terhadap Gagasan Islam Hadhari ada
menyebut bahawa

“Apa yang dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini adalah pembentukan
manusia sebagai agen terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi
menjayakan sesuatu proses pembangunan negara. Ianya dirujuk kepada keupayaan dan
kemampuan seseorang insan atau warga negara Malaysia dari segi kognitif (elemen
pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).Ianya merujuk kepada
penggunaan akal fikiran yang bermutu tinggi.”
Daripada pernyataan-pernyataan di atas jelaslah bahawa penekanan yang
terpenting perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang mantap sebelum
mendongak tinggi ke langit mengejar apa jua aspirasi negara.

1.2 Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)

RMK10 bertindak sebagai penggerak Model Baru Ekonomi dalam membawa


pelbagai pendekatan baru yang meletakkan pertumbuhan ekonomi sebagai matlamat yang
utama. Ianya merupakan pelan holistik yang menjurus kepada strategi serta dasar pro-
pertumbuhan. Dalam pada itu, pelbagai dasar dan langkah baru akan diperkenalkan bagi
mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mentransformasi ekonomi negara.

Pada masa yang sama, RMKe-10 juga memberi penekanan kepada pembangunan
masyarakat progresif dalam segala aspek, termasuk kestabilan politik, keharmonian
sosial, nilai-nilai murni, kualiti hidup yang tinggi dan juga perpaduan nasional.
Pendekatan ini didokongi oleh konsep keadilan sosial, yang mana Kerajaan akan berlaku
adil kepada setiap individu, merentasi batas kaum dan agama.
 
Keadilan sosial akan memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada arus
pembangunan perdana negara, dengan menyediakan peluang bagi semua.

1.2.1 RMKe-10 – Lima Teras Strategik

Bagi mencapai aspirasi RMK10, lima teras strategik utama telah dikenal pasti sebagai
panduan ke arah mencapai objektif serta sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan
ini. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:

 
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah
mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan


pertumbuhan ekonomi;

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan


kualiti hidup.

Merujuk kepada teras keempat RMK10, pembangunan dan pengekalan modal


insan, sumber, bakat, teknologi dan inovasi sektor-sektor awan dan swasta perlu
digerakkan supaya menjadi jentera pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan. Pelbagai
inisiatif transformasi yang dilaksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa gagasan
modal insan yang berkualiti untuk menggerakkannya. Modal insan merupakan faktor
kritikal utama dalam melaksanakan transformasi ekonomi negara.

Sehubungan ini, tumpuan akan terus diberikan kepada usaha meningkatkan


kemahiran, produktiviti dan juga keupayaan soft skills, di sepanjang rantaian nilai bidang
pendidikan dan latihan, daripada pendidikan pra-sekolah ke pembelajaran sepanjang
hayat. Antara langkah baru utama RMKe-10 dalam aspek pembangunan modal insan
termasuk:

Pertama: Menubuhkan Talent Corporation yang akan bekerjasama dengan sektor


swasta untuk memastikan bekalan modal insan berkepakaran dan berkemahiran
yang mantap dan mencukupi;
Kedua: Menggalakkan diaspora Malaysia kembali berkhidmat serta menyumbang
kepada agenda pembangunan negara;

Ketiga: Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT),


dengan meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT bagi para pelajar, penyedia
perkhidmatan TEVT dan juga industri;

Keempat: Meningkatkan kualiti dan tenaga pengajar di sepanjang rantaian nilai


bidang pendidikan;

Kelima: Meningkatkan bilangan kelas prasekolah di sekolah rendah Kerajaan dan


menggalakkan sektor swasta menyediakan pendidikan prasekolah melalui
pemberian insentif; dan
 
Keenam: Memperluaskan program berteraskan latihan kemahiran terutamanya
melalui kerjasama dengan sektor swasta.

1.2.2 RMK-10: Membangun modal insan cemerlang

SEPULUH idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu
daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan
modal insan cemerlang.

Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk


kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi
akhlak, etika, perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai
tenaga penggerak organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Sehubungan itu, pelaburan dalam modal insan perlu diberi keutamaan organisasi
dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai yang boleh diteladani. Melalui
kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat awal lagi kerana di
tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan
dilaksanakan.

Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan penekanan


yang lebih utama berbanding dengan pembangunan dari aspek fizikal.

Alasan ini begitu jelas, bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan
membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan
sahsiah insan tersebut dibangunkan mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya
tidak sesekali melanggar perintah Allah SWT.

Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam


melaksanakan tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan
amanah seringkali dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai
akal fikiran yang sempurna (ulul al-Bab) iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan
dan memeliharanya dengan sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat
dan negara.

Begitu juga dengan pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa
pembinaan sesebuah tamadun amat bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting
kerana mereka mempunyai kemampuan berfikir, menentu, memilih dan mempelajari
sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun.

Justeru, menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama
organisasi maka mereka perlu menggalas amanah serta tanggungjawab untuk
melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat dan kesungguhan, mengutamakan
kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan kepentingan diri, sentiasa
berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai matlamat yang
disasarkan dengan jayanya.
Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja, cuai dan juga sikap sambil
lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap ini akan menyebabkan
sesebuah organisasi gagal dan mundur.

Oleh itu, beberapa langkah dalam memberi nilai tambah dari segi peningkatan
ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan yang baik, di
samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu dijadikan misi dalam
menjayakan modal insan terbaik dalam RMK-10.

Memandangkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam


pembangunan insan dalam diri pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk
memupuk, memberi semangat dan dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu
bagi melahirkan individu yang berjaya, di samping dapat bertindak sebagai pekerja yang
beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-masing.

Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007,
hanya 80 peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja
untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui
pelbagai program dan latihan kemahiran.

Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan


pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF,
tumpuan latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus
meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran.

Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa
rasa gentar.

Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk
latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja, secara tidak langsung
dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan,
mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana.

Tanpa pengayaan ilmu, proses untuk pembangunan insan dan kemajuan negara
amat sukar untuk dicapai, malah akan memberi kesan terhadap perancangan
pembangunan negara yang telah disusun.

Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang
bermaksud; "... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu
lakukan".

Menyedari hal ini dalam meningkatkan modal insan di kalangan pekerja, maka
inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja.

Namun, perlu diingat apabila pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke


peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian
masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji perlu diselaraskan dengan baik
agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi organisasi.

Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi, moga-moga


dapat mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan
di kalangan pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International
Brain Drain).

Justeru, menjadi harapan organisasi agar pengurusan pembangunan modal insan


dapat digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi terus
berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status berpendapatan
tinggi.
1.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di


Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu
universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,
mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh
mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa
berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu
yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi
juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

2.0 Perkaitan antara gagasan modal insan dalam RMK10 dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, FPK.

Melalui RMK10, Kerajaan percaya inisiatif pembangunan modal insan akan dilaksanakan
dengan lebih berkesan melalui penubuhan Talent Corporation. Pendekatan yang diambil
oleh Talent Corporation adalah memfokus kepada kumpulan sasar tertentu dari kalangan
pelajar, pekerja berkepakaran tinggi dan penyelidik di luar negara. Salah satu konsep asas
yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam
pembangunan insan dan masyarakat. Di sini dapat diperhatikan wujudnya keselarasan di
antara kedua-dua dasar di mana ilmu dan kepakaran yang dipupuk kepada golongan
sasaran disalurkan kepada arah yang betul dan spesifik.
Usaha untuk menarik kumpulan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama semua
pihak yang berkaitan, termasuk agensi Kerajaan dalam dan di luar negara serta pihak
swasta. Usaha akan ditumpukan ke arah menyediakan peluang yang lebih besar dan
pelbagai bagi menarik minat kumpulan tersebut. Selain itu, Kerajaan akan berusaha
menyediakan persekitaran dan kualiti hidup yang unggul untuk semua. Berdasarkan hala
tuju yang jelas, pendekatan yang berfokus dan dengan usaha-usaha bersepadu ini,
Kerajaan yakin penubuhan Talent Corporation akan berjaya untuk menarik tenaga mahir
dari luar negara, sama ada diaspora Malaysia ataupun warga asing.

Selain itu, RMK10 juga menyatakan kepelbagaian modal insan negara yang
berbilang etnik akan dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa secara tabiinya dapat menjalinkan hubungan
yang erat dengan negara China, India dan Indonesia, yang merupakan antara negara yang
paling pesat membangun di rantau ini. Umat Islam di negara ini juga mampu menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Islam lain, khususnya di Timur Tengah
yang mempunyai sumber kewangan dan pelaburan yang begitu besar. Kelebihan unik
negara ini perlu dipergunakan sepenuhnya untuk membina jaringan perdagangan dan
pelaburan yang lebih besar dengan negara-negara berkenaan. FPK juga melihat individu
itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja
untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara.

Pendekatan RMK10 ini juga mengambil kira perkembangan terkini senario


antarabangsa yang mana kita sedang menyaksikan kebangkitan semula Asia sebagai
kuasa besar ekonomi dunia. Negara-negara peneraju ekonomi utama di benua Asia bukan
sahaja telah merapatkan jurang pembangunan antara mereka dengan dunia Barat, malah
juga berjaya mengurangkan jurang teknologi dan inovasi. Kedudukan kita di tengah-
tengah anjakan transformasi Asia ini harus kita garap dan manfaatkan sepenuhnya.
Melihat pandangan FPK, Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang
berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri
serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat
inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses
dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja
boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu
yang sedia ada pada manusia. Justeru perluasan ilmu yang dimaksudkan dalam FPK
dillihat seiring dengan hasrat RMK10 yang ingin melihat status negara diangkat
setanding dengan negara-negara lain yang lebih maju.

3.0 Kesimpulan

Intipati Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) cukup komprehensif dan jelas sama
sekali. Walaupun ada yang mengkritik bahawa RMK - 10 tidak ada bezanya berbanding
dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu, namun kalau melihat secara terperinci, RMK
-10 mempunyai kelainan tersendiri.

Melalui RMK-10, perhatian khusus diberikan dalam sektor pendidikan. Perkara ini
cukup penting kerana modal insan yang terbaik akan menentukan kemajuan negara kita.
Modal insan yang bakal dihasilkan bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga mestilah
beretika, berintegriti tinggi dan bersahsiah mantap.

Bukan mudah untuk menghasilkan modal insan sebegini. Di samping itu, kerajaan
juga akan menubuhkan Talent Corporation bagi menarik rakyat Malaysia yang
berkemahiran tinggi di luar negara pulang bekerja di Malaysia. Inilah cabaran besar bagi
menjayakan RMK-10. Tanpa modal insan yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi,
produktiviti negara akan berada pada takuk yang sama.

Cabaran yang harus dipikul oleh semua rakyat Malaysia adalah membentuk
kerjasama satu pasukan Malaysia yang kuat dan mantap. Maka, mahu tidak mahu, anjakan
paradigma dibantu dengan keyakinan dan motivasi yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia
mestilah diterapkan dalam budaya kerja rakyat Malaysia jika kita mahu melihat
transformasi ekonomi ke arah negara maju dapat direalisasikan pada tahun 2020.

Menjawab soalan sama ada gagasan modal insan RMK10 selaras atau tidak dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua pihak termasuk penggubal dasar seharusnya lebih
peka dengan persekitaran modal insan yang ingin dibangunkan itu sendiri. Apa yang kita
dan mereka hadapi dalam arus pembangunan terkini haruslah disesuaikan dengan
pendekatan-pendekatan yang bakal dijalankan. Melihat kepada apa yang terkandung secara
bertulis di dalam RMK10, pendekatan yang digariskan menjurus lebih kepada
pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Apa yang dinyatakan berkenaan modal insan
juga lebih cenderung membangunkan modal insan tersebut dalam aspek fizikal seperti
pembangunan ilmu dan kepakaran dalam kerjaya. Aspek-aspek kerohanian dan sahsiah,
sebagaimana yang digariskan secara kukuh dalam FPK dilihat kurang dititikberatkan dalam
RMK10. Namun begitu, apa yang tersurat tidak semestinya menggambarkan niat atau
maksud sesuatu kemahuan. Dalam apa jua proses, hasilan yang diperolehi bukan hanya apa
yang kita mahu tetapi kita juga akan beroleh pelbagai sampingan yang muncul secara
langsung atau tidak langsung dalam proses tersebut. Sama ada ianya positif atau negatif, ia
bergantung kepada, pendekatan dan persekitaran yang dilalui. Dalam hal RMK10, adalah
diharap segala pendekatan pembangunan modal insan yang digariskan sekaligus dapat
menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial sepertimana yang dipahat kukuh dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abd Rahim Abd Rashid. (1993). Pendidikan nilai merentasi kurikulum KBSM.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala


Lumpur: DBP

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.


Malaysia: Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

Mohd. Kamal Hassan, 1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nik Azis Nik Pa. (1997). Pendidikan Moral dan Nilai di Malaysia: satu analisis tentang
konsep dan realiti dari perspektif bersepadu. Prosiding Konvensyen Kebangsaan:
Pendidikan moral dan nilai dalam pembangunan manusia ke arah pembentukan
acuan pembangunan negara.

Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala


Lumpur: IKIM

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/bicara-presiden/
http://cempakabiru.wordpress.com/modal insan/Modal Insan Pemangkin Negara maju
http://www.aspirasi-ndp.com/pendekatan pembangunan modal insan di Malaysia..html
http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/spee
ch/PM_Speech/RMK10_Ucapan_10062010.
APAKAH GAGASAN MODAL INSAN
DALAM RMK10 SELARAS DENGAN
HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN?
PENSYARAH : DR. RUSLIN AMIR

OLEH:

 MD FUAD MD RAFIK P51130


(Pentadbiran pendidikan)

1. MODAL INSAN

 individu yang berilmu, berkeyakinan,


mempunyai nilai murni dan moral
yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat
patriotik, adil, progresif, cekal dan
berdaya saing.
2. Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)
Lima Teras Strategik

Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah


mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA

Mewujudkan persekitaran kondusif


bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi

Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi


secara inklusif

Membangun dan mengekalkan modal


insan bertaraf dunia

Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah


mempertingkatkan kualiti hidup

www.themegal
lery.com

aspek pembangunan
modal insan RMK10

Pertama: Menubuhkan Talent Keempat: Meningkatkan kualiti dan


Corporation yang akan bekerjasama tenaga pengajar di sepanjang
dengan sektor swasta untuk rantaian nilai bidang pendidikan;
memastikan bekalan modal insan
berkepakaran dan berkemahiran Kelima: Meningkatkan bilangan
yang mantap dan mencukupi; kelas prasekolah di sekolah rendah
Kerajaan dan menggalakkan sektor
Kedua: Menggalakkan diaspora swasta menyediakan pendidikan
Malaysia kembali berkhidmat serta prasekolah melalui pemberian
menyumbang kepada agenda insentif
pembangunan negara;
Keenam: Memperluaskan program
Ketiga: Mengarusperdanakan berteraskan latihan kemahiran
pendidikan teknikal dan latihan terutamanya melalui kerjasama
vokasional (TEVT), dengan dengan sektor swasta.
meningkatkan nilai dan daya tarikan
TEVT bagi para pelajar, penyedia
perkhidmatan TEVT dan juga
industri;
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Perkaitan antara gagasan modal insan dalam


RMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
FPK.

Penubuhan TALENT
CORPORATION. Pendekatan Salah satu konsep asas
yang diambil oleh Talent yang terkandung dalam
Corporation adalah FPK ialah tentang ilmu,
memfokus kepada kumpulan nilai ilmu dan peranan
sasar tertentu dari kalangan ilmu dalam
pelajar, pekerja pembangunan insan dan
berkepakaran tinggi dan masyarakat.
penyelidik di luar negara.

ilmu dan kepakaran yang dipupuk kepada


golongan sasaran disalurkan kepada arah
RMK10 yang betul dan spesifik FPK
Perkaitan antara gagasan modal insan dalam
RMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
FPK.
FPK juga melihat individu
itu dalam beberapa lapisan
pertalian atau
kepelbagaian modal perhubungan. Tujuan
pendidikan bukan sahaja
insan negara yang untuk pembangunan dan
berbilang etnik akan kesejahteraan diri individu
dimanfaatkan untuk tetapi juga untuk
pembangunan dan
mencapai kejayaan di
kesejahteraan setiap
arena antarabangsa. lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan
keluarga, meluas kepada
masyarakat dan negara.

RMK10
FPK

Perkaitan antara gagasan modal insan dalam


RMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
FPK.
Pendekatan RMK10 ini juga perluasan ilmu yang
mengambil kira perkembangan dimaksudkan dalam
terkini senario antarabangsa
FPK dillihat seiring
yang mana kita sedang
menyaksikan negara-negara dengan hasrat
peneraju ekonomi utama di RMK10 yang ingin
benua Asia bukan sahaja telah
melihat status
merapatkan jurang
pembangunan antara mereka negara diangkat
dengan dunia Barat, malah juga setanding dengan
berjaya mengurangkan jurang negara-negara lain
teknologi dan inovasi.
yang lebih maju.

RMK10
FPK
KESIMPULAN

semua pihak termasuk penggubal dasar seharusnya lebih


peka dengan persekitaran modal insan yang ingin
dibangunkan itu sendiri

pendekatan yang digariskan RMK10 lebih menjurus


kepada pembangunan ekonomi secara menyeluruh

RMK10 cenderung membangunkan modal insan


tersebut dalam aspek fizikal seperti pembangunan
ilmu dan kepakaran dalam kerjaya
Aspek-aspek kerohanian dan sahsiah,
sebagaimana yang digariskan secara kukuh dalam
FPK dilihat kurang dititikberatkan dalam RMK10.
Dalam apa jua proses, hasilan yang diperolehi
bukan hanya apa yang kita mahu tetapi kita juga
akan beroleh pelbagai sampingan yang muncul
secara langsung atau tidak langsung dalam proses tersebut

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN


DALAM RMK10 SELARAS DENGAN
HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN?
KESELARASAN WUJUD DALAM PELBAGAI
ASPEK ANTARA RMK10 DENGAN FPK. NAMUN
PENITIKBERATAN KOMPONEN KEINSANAN
DAN KEROHANIAN DALAM PEMBENTUKAN
MODAL INSAN RMK10 MASIH LONGGAR.

Vous aimerez peut-être aussi