Vous êtes sur la page 1sur 2

Nasyitah Sanif (BT08110113)

Saya adalah seorang guru humanistik. Apakah yang harus saya buat dalam bilik darjah?

Pendekatan humanistik menekankan tentang cara berfikir, pengamatan dan penginterpretasi


seseorang individu tentang kejadian atau sesuatu peristiwa. Selain itu juga, seseorang individu
harus bertanggungjawab atas tindakannya. Sekiranya seseorang ingin mencapai
kecemerlangan dalam hidup, dia hendaklah bertindak atau berusaha ke arah pencapaiannya.
Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai
hasrat diri (self-actualization).

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru humanistik, saya haruslah sentiasa
menggalakkan pelajar saya untuk berjaya walaupun terhadap halangan dan kekangan yang
perlu mereka hadapi. Ini kerana setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan
potensinya ke tahap yang maksimum. Guru seharusnya memberi peluang dan ruang kepada
pelajarnya untuk mengembangkan kecerdasan, potensi dan kepercayaan mereka terhadap
keyakinan diri mereka sendiri. Contohnya dengan memberi peluang kepada pelajar untuk
memberikan idea tentang cara pembelajaran agar mereka dapat belajar dalam suasana
persekitaran yang selesa dan kondusif. Sentiasa memastikan keadaan keceriaan dan
kebersihan kelas di tahap yang maksima bagi menghasilkan satu ruang pembelajaran yang
menarik dan selesa. (I make kids wonder, I make them question, I make them understand
that if they use the gifts they were given,work hard, and follow their hearts, they can
suceed in life, I make my classroom a place where all my students feel safe)

Seorang guru yang humanistik juga perlu menghidupkan suasana pembelajaran dengan
mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Seperti sentiasa membuat refleksi diri tentang
kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kaedah pembelajaran
perlu lebih kondusif di mana pelajar berpeluang untuk berinteraksi, menjawap soalan,
bertanyakan soalan dan diterapkan nilai-nilai patriotisme untuk diterapkan ke dalam diri.
Penerapan nilai dan semangat nasionalisme ini tadi dapat meningkatkan semangat cintakan
tanah air dalam diri pelajar agar sentiasa berbakti kepada negara.( I make my stdudents
stand, to say the Pledge of Allegiance to the National Flag, and sing the National Anthem,
because we live in this great country, I make kids sir through 40 minutes of class time
when their parents can’t make them sit for 5 without an I pod, Game Cube or movie
rental, I make kids wonder, I make them question)

Sebagai seorang guru humanistik, peranan sebagai motivator adalah sangat penting
dalam merencanakan peningkatan potensi kendiri pelajar untuk mencapai hasrat diri. Motivasi
mampu meransang dan membantu seseorang pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Motivasi juga mampu membuatkan pelajar aras rendah berkeyakinan untuk meningkatkan
perkembangan kognitifnya. Setiap orang pasti akan merasa kegagalan, namun tidak bererti
orang yang gagal itu adalah orang yang kalah. Guru haruslah membimbing pelajarnya untuk
membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu agar pelajar ini menyedari kesungguhan
gurunya lalu menerapkan kesungguhan itu ke dalam dirinya. (I make C+ feel like the Medal of
Honor, I make them have respect and take responsibility for their actions, I make kids
work harder than they ever thought they could, I make them understand that if they use
the gifts they were given, work hard, and follow their hearts, they can suceed in life.)

Setiap usaha yang dicapai dalm pembelajaran haruslah dihargai dan jangan
direndahkan. Sekiranya keputusan peperiksaan tidak memberansangkan maka galakan dan
perhatian perlu diberikan kepada pelajar tersebut agar mereka lebih menghargai usaha dan
tidak sesekali mengaku kalah dan berputus asa. Kelas tambahan dan kelas intensif boleh
dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar ini dengan harapan agar mereka lebih memahami
struktur pembelajaran dan mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud. Oleh yang
demikian, guru humanistik ini seharusnya peka terhadap perkembangan afektif dan kognitif
pelajarnya.(I make them read, read, read, I make them to write and then I make them write.
Keyboarding isn’t everything. I make them have respect and take responsibility for their
actions, I make kids work harder than they ever thought they could, I make them
understand that if they use the gifts they were given, work hard, and follow their hearts,
they can suceed in life.)

Vous aimerez peut-être aussi