Vous êtes sur la page 1sur 9

PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT

PENDAHULUAN
Gaya hidup yang sihat penting kepada semua pelajar supaya pelajar sentiasa
berada dalam keadaan yang cergas dan cerdas untuk belajar dan melakukan aktiviti.
Memandangkan perangkaan menunjukkan terdapat segelintir pelajar yang
mengantuk, tidak bersemangat, kurang tumpuan, tidak hadir, sering letih dan kurang
cerdas ketika belajar di dalam kelas. Oleh itu maka tercetuslah ilham untuk
mengadakan satu program “ Pameran Gaya Hidup Sihat “.

TUJUAN
Program ini bertujuan untuk mendedahkan gaya hidup sihat kepada seluruh
pelajar supaya mendapat kesedaran pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu kita
akan mennunjukan cara hidup yang sihat atau gaya hidup sihat. Pelajar bukan sahaja
akan mendapat maklumat malah akan mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

NAMA PROGRAM
Hasil daripada mesyuarat Ahlijawatankuasa Kesihatan Sekolah semua bersetuju
untuk menamakan program ‘Pameran Gaya Hidup Sihat’.

TEMA PROGRAM
Tema program ini adalah Sayangi Diri. Tema ini menekankan kepada pelajar agar
berusaha menjaga kesihatan diri dengan bersenam, rehat yang cukup dan boleh
mengawal stress dengan baik.

1
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan insan yang cergas,cerdas dan
pintar. Secara tidak langsung dapat membantu dalam merealisasikan falsafah
pendidikan negara.

OBJEKTIF
1. Pelajar sedar pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.
2. Pelajar tahu cara menjalani kehidupan yang baik untuk diri dan keluarga.
3. Pelajar mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian.
4. Pelajar menjadi cergas, cerdas dan pintar.
5. Pelajar mempunyai motivasi dan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.
6. Pelajar menyedari pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan diri.
7. Pelajar menyedari pentingnya rehat yang cukup untuk menjaga kesihatan diri.
8. Mengelakkan diri dari penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
9. Membantu pelajar yang obesiti.
10. Mengurangkan stress dikalangan pelajar.

CADANGAN AKTIVITI
Pameran Kesihatan
- senaman dan rekreasi
- rehat dan tidur
- pengurusan stress

Pemeriksaan kesihatan percuma


- kandungan gula dalam darah
- tekanan darah tinggi
- jenis darah

Kaunseling / khidmat nasihat

2
Tayangan Multimedia (Gaya Hidup Sihat)

Permainan kesihatan

Kuiz kesihatan

Publisiti – banner

FORMAT PELAKSANAAN
Carta Gant
Bil. Aktiviti Bulan pelaksanaan
jan Feb mac apr mei jun jul
1 Penyediaan dan /
pembentangan kertas
cadangan
2 Mesyuarat Jawatankuasa /
Induk
3 Mesyuarat Jawatankuasa / / / / /
Pelaksana
4 Penyediaan bahan dan / / / /
publisiti
5 Aktiviti Pameran Gaya Hidup Sihat /
dilaksanakan
6 Laporan Aktiviti Pameran Gaya /
Hidup Sihat

PELAN PELAKSANAAN DAN ATURCARA SEMASA PAMERAN


Tarikh Masa Aktiviti
Sebelum pameran Akan ditentukan Hebahan kepada murid dan surat

3
oleh pihak memaklumkan kepada waris
pentadbir sekolah Menampal poster iklan dan banner untuk
publisiti di tempat-tempat yang sesuai.
Persiapan tempat
Persiapan alatan-alatan yang diperlukan
Semasa pameran 8:00 pagi – 5:00 Majlis perasmian
petang Pameran kesihatan Senaman dan rekreasi, rehat
8:00 pagi – dan tidur dan pengurusan stress.
10:00pagi (majlis Permainan Kesihatan
Perasmian) Perkhidmatan saringan kesihatan
Khidmat nasihat / kaunseling
Kuiz kesihatan
Persembahan Multimedia (Gaya Hidup Sihat)

PENGANJUR
Usaha sama Pihak Kesihatan Daerah dan Sekolah

TARIKH
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 10 Jun 2010

TEMPAT
Dewan serbaguna SK Seri Sentosa

PERASMI
Pegawai Pelajaran Daerah

4
KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam
Guru-guru
Kakitangan sekolah.
Staf Kementerian Kesihatan

CARTA ORGANISASI KESIHATAN

GURU BESAR
Che Jamaliah Bt.
Musa

5
PK HEM
Habsah Bt. Hamid

PENYELARAS
Hafizah Bt. Abd.
Razak

SETIAUSAHA
Zurina Bt. Salleh

AJK AJK
Mohd. Saity B. Asab Nalini A/P Joseph

AJK AJK
Jamilah Bt. Mehat Lau Yean Peng

PROGRAM TENTATIF

8:00 am Kehadiran Tetamu


8:30 am Ucapan Pengerusi Majlis
8:35 am Bacaan Doa

6
8:40 am Ucapan Yang DiPertua PIBG
9:00 am Ucapan Guru Besar
9: 20 am Ucapan Perasmian (Pengarah Pelaran Daerah)
9:50 am Melawat Tapak Pameran (Tetamu Kehormat)
11.00 am Jamuan (Tetamu Kehormat)
Pameran berlangsung sehingga pukul 4:30 petang
5:00 pm Bersurai

* Pameran berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Unit RM
1. Banner 2 unit RM 60.00
2. Alat Tulis RM 50.00
3. Kertas A4 10 rim RM 100.00
4. Kertas A4 Pelbagai warna 5 rim RM 60.00
5. Cenderahati perasmi 1 unit RM 50.00
6. Hadiah Kuiz Kesihatan 20 unit RM 100.00
7. Persiapa tempat RM 100.00
5. Jamuan 30 orang RM 150.00
JUMLAH RM 670.00

PENUTUP
Semoga program ini mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan.
Berjayanya progaram ini bergantung kepada kerjasama semua guru, PIBG dan
kakitangan pihak Jabatan Kesihatan Daerah. Harapan kepada semua pihak agar dapat
bekerjasama dengan baik seterusnya menjayakan program ini.
Semua pihak perlu bekerjasama menjayakan proram ini supaya kita sama-sama
dapat membina persekitaran sekolah yang sihat untuk perkembangan murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka.

7
RUJUKAN
1. Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd Halim M.S. (2003). Pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
2. Manual Baud – Bovy & Fred Lawson (1998). Tourism & recreation; Handbook
of Planning & Design. UK: Architectural Press.
3. Modul Open Universiti Malaysia. September. (1997). Program Kesihatan Sekolah
Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia Dan Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Shamsudin M, S. Sharizad Y., & Mohd Sofian O, F. (2002). Pendidikan jasmani
dan kesihatan, Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8
5. Norlaila H, J.(2006). Tidur baiki sel rosak. Malaysia. Harian Metro. Dicapai dari
laman web Harian Metro:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/
20061217121106/Article/indexs_ html
6. http://www.infosihat.gov.my/artikelHP/Talasemia/Kertas%20Cadangan
%20Talasemia%202009.pdf
7. http://opzaney.wordpress.com/2007/06/04/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-
rohani-dan-jasmani/.