Vous êtes sur la page 1sur 4

AIS KRIM NESCAFE

Bahan-bahannya :-

1 ½ cawan susu cair 1 sudu besar gula

½ cawan susu pekat 2 sudu besar Nescafe

½ cawan air panas

Cara membuatnya :-

1. Pukul susu cair sampai kembang, kemudian masukkan gula dan susu pekat.

2. Tuangkan Nescafe yang telah dikacau dengan air panas, tuangkan ke dalam
acuan dan sejukkan.

3. Keluarkan dan dipukul lagi sampai kembang dan bekukan semula.


BISKUT ARAB

Bahan-bahannya :-

500 gm tepung gandum

250 gm gula halus

250 gm minyak sapi

Cara membuatnya :-

1. Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga
sebati.

2. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan


sedikit.

3. Bakar hingga elok kuningnya. Bila telah masak angkat dan disejukkan.

4. Kemudian digolekkan ke atas gula halus.


BISKUT SUSU

Bahan-bahannya :-

1 tin tepung jagung ½ tin kecil mentega

2 biji merah telur ½ tin susu pekat

Cara membuatnya :-

1. Susu dikacau dengan merah telur sampai rata.

2. Kemudian masukkan mentega kacau pelahan – lahan.

3. Masukkan tepung jagung dan uli sampai sebati.

4. Canai dan terap dengan acuan, bakar sampai masak.

BISKUT KOPI

Bahan-bahannya :-

250 gm tepung gandum 1 sudu besar serbuk kopi

125 gm golden sirap 1 sudu besar esen kopi

90 gm margerin 1 sudu teh baking powder

60 gm gula halus ½ sudu the soda bicarbonate

60 gm tepung jagung
Cara menbuatnya :-

1. Cairkan margerin, golden sirap, gula halus dan esen.

2. Kemudian masukkan soda bicarbonate yang telah dibancuh dengan sidikit air.

3. Masukkan kedua-dua tepung dan baking powder dan uli hingga lembut.

4. Canai dan terap dengan acuan. Bakar hingga masak.