Vous êtes sur la page 1sur 14

TAJUK:

Apakah Sumbangan Internet Sebagai Alat Bantu Pengajaran dan

Pembelajaran (BBM)?

DISEDIAKAN OLEH:
Sharon Pascol (PT20098605C)

PENSYARAH:
Dr. Tan Choo Keong

TARIKH HANTAR:
17/10/2009

1
1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Internet (Internet-based instruction and

learning) adalah satu wahana pengajaran dan pembelajaran yang dianggap sangat

berkesan dan sesuai untuk mendokong aspirasi pendidikan futuristik.

Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan khususnya untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran dilihat sebagai satu perkembangan yang sangat besar sumbangannya

sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan berasaskan teknologi

tersebut berkesan dan mampu menarik minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti

pembelajaran yang berterusan sama ada di bawah kendalian guru atau secara kendiri.

Oleh itu, sumbangan internet sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah amat

penting bukan sahaja kepada guru dan pelajar malahan masyarakat luar. Kejayaannya

akan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif bukan sahaja terhad dalam kalangan

pelajar di institusi pendidikan tetapi juga mampu menarik minat masyarakat umum untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui penggunaan Internet.

2
2.0 Definisi

2.1 Internet

Menurut Shelly (2004) internet bermaksud a world-wide collection of networks that links

millions of businesses, government agencies, educational institutions, and individuals.

Each of the networks on the Internet provides resources that add to the abundance of

goods, services, and information accessible via the Internet.

Manakala menurut Rahimi Md. Saad (2006) Internet adalah hasil gabungan

daripada satu rangkaian komputer yang amat luas dan global. Kewujudannya berpaksikan

kepada nilai perkongsian maklumat serta hak kesepunyaan. la merupakan satu sistem

telekomunikasi yang membolehkan pelbagai bentuk maklumat dikongsi dan bertukar

ganti merentas sempadan negara, agama, perbezaan individu dan mampu dicapai di

seluruh pelosok dunia tanpa sebarang kawalan atau halangan.

Bagi menyokong usaha tersebut, pelbagai projek dan kajian berkaitan proses

pengajaran dan pembelajaran berorientasikan teknologi internet telah dilakukan oleh

pelbagai pihak sama ada secara berpasukan atau individu. Namun kebanyakan usaha

bertumpu kepada penghasilan tapak atau ruang untuk menyampaikan bahan pengajaran

dan pembelajaran melalui talian Internet (on-line instruction and learning) menggunakan

teknologi pemapar web atau World Wide Web.

3
3.0 Sumbangan Internet Sebagai Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran (BBM)

3.1 Memudahkan dan Mempercepatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pembelajaran juga dapat dijalankan dengan mudah dan cepat antara pelajar

dan guru. Ruang masa yang terhad di waktu persekolahan menyebabkan perbincangan

antara pelajar dan guru terbatas disebabkan guru harus menghabiskan sukatan pengajaran

mengikut perancangan tahunan. Ruang masa yang terhad membolehkan guru

menggunakan internet sebagai alat untuk membawa pelajar berbincang melalui

perbincangan secara e-learning.

E-learning menurut Jaya Kumar C. Koran (____) 'e-learning' adalah sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau

Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet,

Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari

media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan

secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu

yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini

mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan

kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam

talian (‘on-line’ )

Selain itu dalam persekitaran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi

pengajaran dan pembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar

mempelari konsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan.

Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkin

4
menyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah dengan

berkesan (Lai.K.L, 2002) . Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar

dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk

menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi

geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini

membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara

kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.

Menurut Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir (2003) teknologi internet sehingga

kini teknologi komputer dan komunikasi dianggap sebagai kemuncak kecanggihan

teknologi komputer. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel

elektronik, forum perbincangan dalam talian dan sebagainya semakin mendapat perhatian

ramai dan diterima sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran

komunikasi yang utama.

Guru juga boleh menyediakan blog sendiri untuk memasukkan nota-nota yang

difikirkan perlu kepada pelajar. Ini memudahkan pelajar, mereka boleh mendapatkan nota

secara cepat melalui internet. Pelajar dan guru juga boleh berbincang soalan-soalan

peperiksaan pada bila-bila masa sahaja.. Ini kerana internet adalah rangkaian komunikasi

antarabangsa yang membolehkan seseorang berinteraksi melalui komputer dengan

bantuan talian komunikasi dan seterusnya menjelajah dunia dengan hanya sentuhan jari

pada peranti-peranti input yang dipilih. Teknologi ini semakin berkembang pesat dan ia

turut memberi kesan kepada sistem pendidikan dalam pelbagai aspek.

5
3.2 Menggalakan Pembelajaran Kendiri

Teknologi maklumat interaktif menerusi web pula adalah antara fenomena baru yang

semakin mendapat perhatian ramai. Pengintegerasian kedua-dua teknologi ini membawa

perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia termasuklah dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran adalah suatu proses yang bersifat individu. Setiap pelajar

mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Melalui kemudahan internet

pelajar dapat belajar secara sendiri mengikut tahap keupayaan mereka.

Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi.

Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai pembelajaran

mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari melalui pembelajaran

secara kendiri. Kajian yang mereka jalankan bertajuk The Use of Dialogue Journal

Through E-Mail Technology in Developing Writing Interest and Skills mendapati bahawa

pembelajaran jurnal melalui e-mel meningkatkan kemampuan pelajar menulis karangan

dan kebolehan mereka berkomunikasi (Rafiza A Razak & Adelina Asmawi, 2004).

Di samping itu, teknologi multimedia dan internet juga menyediakan kebolehan

interaktiviti bersama pelajar yang tinggi dan juga dapat menilai dan merekodkan

pencapaian pelajar dalam pembelajarannya. Skrin latihan sebuah aplikasi multimedia

pendidikan membolehkan pelajar menguji tahap kefahaman mereka pada tajuk-tajuk

yang dipelajari. Ini membolehkan pelajar belajar secara kendiri dan tidak memerlukan

kehadiran guru sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga dapat dilakukan bila-bila masa

tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa pertemuan bersama guru.

6
3.3 Suasana Pembelajaran yang Kompleks

Pembelajaran secara terus melalui teknologi internet juga mampu menyediakan suasana

pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan dalam

kehidupan yang sebenar. Menurut Jamaluddin & Zaidatun (2003), kemudahan hiperteks

dan hipermedia yang terdapat di dalam internet dapat menyediakan suasana pembelajaran

yang konstruktif.

Manakala menurut Giam K. H (2000) pula menyatakan, kemudahan teknologi

seperti hiperteks, audio, video, animasi, simulasi dan interaktiviti membolehkan

pembelajaran berasakan kognitif fleksibel dapat dilaksanakan dan dikembangkan

penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan berinteraksi

secara bebas melalui telesidang, mel elektronik, audio, video, forum perbincangan

elektronik pula membolehkan perkongsian idea, percambahan pemikiran serta

penerimaan terhadap persepktif lain dilaksanakan. Ini secara tidak langsung

membolehkan pelajar pada peringkat yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, kecanggihan kemudahan yang terdapat di internet

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kompleks. Minda pelajar juga

dapat berfikir secara kritis dan kreatif berbanding dengan pengajaran guru yang hanya

menggunakan cara tradisi iaitu chalk and talk.

7
3.4 Capaian Maklumat yang Mudah

Melalui kemudahan internet, pelajar dapat mencapai maklumat dengan mudah. bak kata

pepatah dunia tanpa sempadan, maklumat hanya terletak di hujung jari kita sahaja.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Rafiza A Razak & Adelina Asmawi (2004)

pembelajaran berasaskan web dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan ia turut

memberikan kelebihan kepada pelajar. Antaranya adalah maklumat banyak mudah

disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar seperti menyimpan maklumat di dalam

buku ataupun di dalam fail. Ini adalah keunikan yang tidak dapat diberikan oleh kaedah

pembelajaran lain. Pembelajaran menerusi web juga membuka peluang baru dalam

pembelajaran kepada semua, di mana semua bahan untuk proses pembelajaran mampu di

capai oleh jutaan pelajar seluruh dunia.

Contoh yang jelas sekarang ini ialah, para pelajar mempunyai banyak kerja kursus

yang perlu disiapkan antaranya Kerja Kursus Geografi (KKG). Format penilaian kerja

kursus ini telah berubah pada tahun 2008. Soalan meminta pelajar mengkaji daerah

tempat mereka tinggal dan dibandingkan dengan Negara luar. Soalan meminta pelajar

mendapatkan maklumat daripada internet, untuk mendapatkan maklumat mengenai

kajian mereka. Pelajar memerlukan kemudahan internet untuk menacari maklumat di

Negara lain. Oleh itu, pelajar harus tahu bagaimana mencari maklumat di internet untuk

menyiapkan kerja kursus mereka.

Para pelajar juga boleh melihat contoh-contoh KKG melalui internet sebagai

rujukan atau panduan mereka. Pelajar boleh berbincang dengan rakan-rakan seluruh

Malaysia untuk mendapatkan maklumat melalui perkongsian idea. Ini jelas menunjukkan

8
mengenai kepentingan internet sebagai BBM. Bukan sahaja subjek Geografi yang pelajar

boleh dapatkan bahan pembelajaran melalui internet malahan semua yang mereka

inginkan boleh diperolehi dengan mudah dengan cepat.

3.5 Memenuhi Stail Pembelajaran Pelajar

Pelajar zaman digital masa kini bukan lagi seperti pelajar zaman dahulu. Para pelajar era

ini majoritinya mempunyai komputer sendiri di rumah sejajar dengan saranan Tun Dr.

Mahathir Mohammad yang menggalakan setiap sebuah rumah sekurang-kurangnya

mempunyai sebuah komputer. Kebanyakan pelajar didapati mahir dalam penggunaan

perisian pemprosesan perkataan, e-mel dan melayari Internet. Kemahiran ini

membolehkan mereka menggunakan komputer dalam pembelajaran. (Zakaria Kasa &

Aida Suraya Md Yunus, 2005)

Kemudahan rangkaian internet juga mudah didapati dengannya adanya strymex,

yang diperkenal oleh Telekom Malaysia Berhad dan juga perkhidmatan Broadband yang

diperkenalkan oleh rangkaian telekomunikasi begitu mudah didapati di pasaran. Oleh itu

pelajar dan guru dengan mudah dapat menjadikan internet sebagai BBM mereka untuk

mendapatkan sumber pembelajaran. Ini kerana pelajar yang berjaya bukan sahaja

bergantung kepada guru semat-mata tetapi juga mereka yang rajin mendapatkan daripada

sumber lain terutamanya mengenai isu-isu semasa.

9
3.6 Pembelajaran Tanpa Sempadan

Menurut Hassan (2006) melalui enjin pencarian pelajar dapat mencari banyak maklumat

pembelajaran. Pelajar dan guru yang menggunakan Internet sebagai BBM mereka boleh

mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Ini

bermakna proses P & P yang dijalankan di bilik darjah tidak akan terputus begitu sahaja.

Pelajar masih boleh mengakses bahan pembelajaran mereka melalui internet sama ada di

rumah, Café cyber, dan era ini juga banyak kawasan yang mempunyai wi-fi.

Sesungguhnya, capaian internet begitu mudah untuk menjadi BBM kepada guru

mahu pun pelajar. Komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar

melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti

pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti

pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar

pendapat, idea serta bekerjasama (Lam,K.L, 2002).

Pelajar boleh belajar secara kolaberatif antara satu sama lain. Mereka juga dapat

mengirim surat melalui e-mail untuk bertanya dan berurusan dengan guru dan rakan

pembelajaran. Melalui kajian yang dijalankan oleh Zakaria Kasa at.all (2005) di

Universiti Putra Malaysia mendapati kebanyakan pelajar didapati mahir dalam

penggunaan perisian pemprosesan perkataan,e-mel dan melayari Internet. Kemahiran ini

membolehkan mereka menggunakan komputer dalam pembelajaran.

10
4.0 Masalah Penggunaan Internet Sebagai BBM

4.1 Kemudahan Internet di Sekolah

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan makmal komputer di hampir

keseluruhan sekolah di Malaysia. Masih terdapat kekurangan fasiliti internet yang tidak

mencukupi terutamanya di luar Bandar yang belum mempunyai kemudahan asas. Ini

menjadikan pelajar luar bandar lebih banyak ketinggalam berbanding dengan pelajar

bandar.

4.2 Penyalahgunaan Internet

Menurut Hasssan Mohd Ghazali (2006) Pelajar juga lebih terdedah dengan bahan-bahan

prono. Bahan ini sangat diminati pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja. Laman web

prono lebih senang diakses. Jika masalah ini tidak dapat diatasi pelajar akan dengan

sewenang-wenangnya akan mengakses bahan-bahan yang tidak berfaedah kepada minda

mereka.

4.3 Pelajar Menjadi Malas

Tingginya kemungkinan gangguan belajar, sebab sistem tersebut mengkondisikan pelajar

untuk belajar kendiri, menyebabkan pelajar yang malas hanya menerima bahan dari

pelajar yang rajin mencari maklumat.

11
5.0 Kesimpulan

Oleh itu dalam menjayakan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun

pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak

kebaikan dan kepentingan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seperti kata Bayrei B. Asrin at.all (2008) Guru juga perlu mempelajari serta

diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap

dan efektif. Ini menunjukkan bahawa internet merupakan alat penting sebagai BBM bagi

pelajar dan guru. Walau apa pun terjadi, internet tetap menjadi satu kepentingan kepada

masyarakat kerana ia merupakan saluran maklumat yang cepat diperolehi. Oleh itu, para

pelajar harus tahu menggunakan internet ini sebaik-baiknya agar tidak terdapat jurang

antara pelajar luar bandar dan bandar.

Oleh itu, para pengguna yang ingin memanfaatkan bahan daripada Internet

terutamanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran perlu mempunyai keupayaan

untuk memilih maklumat yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan

pembelajaran.

12
RUJUKAN

Bayrei B. Asrin, Jered B. Yutui, Mohd. Nurul Faishal B. Ab Ghani & Khairul Azmi B.
Ibrahim (2008). Permasalahan yang dihadapi dalam Peintegerasian Teknologi
Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di Sekolah Rendah.
Diperolehi pada 24 Ogos 2009 daripada
http://www.scribd.com/doc/7414026/Permasalahan-Yang-Dihadapi-Dalam-
Pengintegrasian-Teknologi-Maklumat-Dalam-Pengajaran-Bahasa-Di-Sekolah-
Rendah

Giam Kah How (2000). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF 1999/2000, Jilid 2:
Bil 3, Jabatan Sains dan Matematik, Maktab Perguruan Seri Kota.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir(2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala


Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jaya Kumar C. Koran (_____). Aplikasi e-Learning dalam Pengajaran dan


Pembelajaran
di Sekolah-sekolah Malaysia Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur. Diperolehi pada 23 September
2009 daripada
http://www.tutor.com.my/tutor/pix/2001/0716/DuniaPendidikan/Kertas_Kerja/kk
_01.PDF

Lai Kim Leong (2002). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak.
Diperolehi pada 01 September 2009 daripada
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF.

Rafiza A Razak & Adelina Asmawi. (2004). The Use of Dialogue Journal Through E-
Mail Technology in Developing Writing Interest and Skills. (Malaysian Online
Journal of Instructional Technology (MOJIT) Vol. 1, No. 2, pp 14-23) Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. Retrieved 31 Ogos 2009 from
http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/1204/The%20Use%20of%20Dialogue
%20Journal%20Through%20Email%20Technology.pdf

Rahimi Md. Saad (2006). Explorasi Situasi Sebenar dalam Pembelajaran Kemahiran
Membaca dan Menulis Bahasa Kedua Melalui Teknologi Internet. (m/s 199-208),
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Diperolehi pada 29 Ogos 2009 daripada
http://myais.fsktm.um.edu.my/4953/1/18.pdf

Shelly, Cashman and Vermatt (2003). Discovering Computers 2004: A Gateway to


Information Complete: Amerika: Shelly Cashman Series.

Zakaria Kasa, Aida Suraya Md Yunus, Azizan Asmuni, Suhaimi Napis, Bahaman Abu

13
Samah, Mohd ZulMohd Yusoff, Mohd Rizal Mohd Khanafie, Hasmah
AbdulWahab, d& Sayid Mohamad Nazari Sayid Ismail (2005). Kesediaan
Pelajar Institut Pengajian Tinggi Menggunakan Komputer dalam Pembelajaran.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Putra Malaysia, Kuala Lumpur.

14