Vous êtes sur la page 1sur 41

BEGINNER’S GUIDE

TO PHOTOGRAPHY

By : Shafri (ShutterzGraffix)
ASAS FOTOGRAFI
Fotografi merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya keatas
media atau bahan yang sensitif kepada cahaya seperti filem atau sensor. Jenis cahaya yang
dikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek ini melalui sesebuah lensa, dirakamkan pada
filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

Jenis-Jenis Kamera
Kamera terbahagi kepada 3 jenis yang lazim digunakan pada zaman milennium ini. Antara jenis
yang digunakan ialah, Kamera Kompak (‘Compact Camera’), DSC (Digital Still Camera) dan DSLR
(Digital Single Lens Reflex)

Kamera Kompak
‘Compact Camera’ merupakan kamera yang sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kamera jenis ini lebih kecil dan lebih ringan serta mudah dibawa kemana-mana. Compact
Camera ini mempunyai lensa pasang siap dan flash pasang siap. Titik fokus dan jarak zoom
adalah terhad. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama.

DSC (Digital Still Camera)


DSC (Digital Still Camera) merupakan kamera yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan
kerana kamera jenis DSC mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom. Kamera ini lebih
besar dari kamera Compact. Kamera ini mempunyai flash pasang siap, serta lensa pasang siap.
Akan tetapi, lensa kamera ini boleh mencapai titik fokus dan zoom yang tinggi sehingga 15 kali
zoom. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama.

DSLR (Digital Single Lens Reflex)


DSLR (Digital Single Lens Reflex) merupakan kamera yang sering digunakan oleh jurugambar
profesional kerana kamera jenis DSLR mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom.
Kamera ini lebih besar dari kamera Compact. Kamera ini mempunyai flash pasang siap dan
lensa boleh tukar. Sekiranya seseorang jurugambar mahukan cahaya tambahan, flash masih
boleh ditambah mengikut kesesuaian kamera. Lensa kamera ini juga boleh ditukar mengikut
jenis dan kesesuaian tugas. Walaubagaimanapun, fungsi asas asas mod kamera masih tetap
sama.
ASAS FOTOGRAFI
Seperti yang diterangkan, kamera mempunyai 3 jenis dan masing-masing tetap mempunyai
fungsi asas mod yang sama kecuali dari segi kelebihan sesuatu kamera seperti contoh, tahan
lasak, tahan gegaran, mempunyai fungi rakaman video dan sebagainya.

Pengenalan Fungsi Asas Mod Kamera


Kamera Kompak, DSC dan DSLR mempunyai fungsi asas mod yang sama iaitu, Auto (Flash Off),
Potrait, Landscape, Child, Sports, Close Up (Macro), Night Potrait, Auto, Manual Priority,
Program, Shutter Priority dan Aperture Priority.

Auto (Flash Off)


Sekiranya mod Auto (Flash Off) dipilih, flash pasang siap tidak akan berfungsi. Mod ini biasanya
digunakan sekiranya cahaya disesuatu tempat mecukupi bagi subjek. Sesuatu gambar akan
lebih dramatik sekiranya cahaya semulajadi digunakan.

Potrait
Mod Potrait dipilih sekiranya ingin mengambil gambar subjek jarak dekat tanpa mengambilkira
latar belakang subjek.

Landscape
Mod Landscape hanya sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan sahaja. Flash
tidak akan berfungsi pada mod ini kerana kamera akan menggunakan cahaya semulajadi.

Sports
Mod sport akan membekukan pergerakan subjek. Mod ini sesuai digunakan sekiranya subjek
seorang atlet.

Close Up (Macro)
Mod Close Up (Macro) digunakan sekiranya ingin mengambil gambar subjek dari jarak dekat.
Kebiasaanya, mod ini digunakan untuk mengambil gambar serangga, bunga-bungaan atau
gambar wajah sahaja.

Night Potrait
Sekiranya subjek berada dalam suasana yang tidak mempunyai cukup sumber cahaya seperti
waktu malam, mod night potrait sesuai digunakan bersama flash.
Diantara fungsi mod kamera, mod Auto, Manual Priority, Program, Shutter Priority dan
Aperture Priority menjadi topik utama seseorang jurufoto bagi memuaskan hati dalam
menghasilkan gambar yang baik, berkualiti dan bernilai.

Auto
Mod auto sering digunakan oleh jurufoto baru, yang percaya terhadap sistem kamera tersebut.
Ini kerana mod ini telah di setkan sekiranya subjek berada disuatu tempat. Mod ini lebih
mementingkan subjek tanpa mengambilkira subjek berada di kawasan terbuka atau tidak. Flash
juga berfungsi secara automatik, sekiranya cahaya tidak mencukupi pada subjek.

Manual Priority
Kebanyakkan jurufoto profesional menggunakan mod Manual Priority kerana mereka lebih
mengutamakan subjek dari segi pencahayaan, titik fokus, jarak zoom dan latarbelakang subjek.
Mod ini membolehkan jurufoto mengubah dan menyukat jumlah cahaya yang sesuai (Aperture)
dengan persekitaran dan mengubah kelajuan shutter untuk mengawal jumlah kemasukan
cahaya.

Program
Mod Program ialah mod yang mengawal Aperture dan Shutter serentak.

Shutter Priority (Sesetengah kamera menggunakan ikon ‘S’)


Sekiranya gambar subjek yang diambil bergegar, mod Shutter Priority adalah jalan
penyelesaiannya. Hanya perlu mengubah nilai shutter sahaja bagi mendapatkan gambar subjek
tanpa gegaran. Mod ini hanya boleh mengubah nilai shutter sahaja, manakala nilai Aperture
akan berubah secara automatik mengukit nilai shutter.

Aperture Priority
Sekiranya gambar subjek yang diambil gelap, mod Aperture Priority adalah jalan
penyelesaiannya. Hanya perlu mengubah nilai aperture sahaja bagi mendapatkan gambar
subjek dengan cahaya yang dikehendaki. Mod ini hanya boleh mengubah nilai aperture sahaja,
manakala nilai Shutter akan berubah secara automatik mengikut nilai aperture.
ASAS FOTOGRAFI
Setelah mengetahui fungsi asas mod kamera, Jurufoto perlu mengetahui Butang Pelepas dan
Flash Pasang Siap, barulah penggunaan kamera akan dapat dipermudahkan dan seseorang
jurufoto akan mudah menggunakan mod kamera dengan lokasi dan situasi subjek.

Penggunaan Butang Pelepas


Sebelum sesuatu gambar subjek diambil, kamera perlulah didalam pilihan mod yang sesuai.
Setelah berpuashati, barulah butang pelepas ditekan.

1. Sedia... (Tekan Separuh)


Halakan kamera ke arah subjek, tekan butang pelepas separuh sahaja. Tunggu sehingga
titik fokus terkunci. Setelah fokus terkunci, lampu atau bunyi beep akan kedengaran
dan anda sudah bersedia untuk mengambil gambar.

2. Fokus... (Tunggu dan Koposisi)


Semasa menekan butang pelepas separuh, ambil masa untuk mencari komposisi
latarbelakang bagi subjek. Titik fokus masih dikuci sebelum butang pelepas ditekan
habis.

3. Tekan... (Tekan Sepenuhnya)


Tekan butang pelepas sepenuhnya. Hati-hati, jangan terlalu kuat dan pastikan tidak
bergegar semasa menekang butang pelepas.
Penggunaan Flash Pasang Siap
Sebelum sesuatu gambar subjek diambil, perlulah melihat pencahayaan disekeliling subjek
samada terang atau gelap, samada subjek dikawasan terbuka atau tidak.

Flash Automatik
‘Auto Flash’ berfungsi sekiranya cahaya di lokasi subjek tidak mencukupi. Sekiranya
cahaya mencukupi, flash tidak akan berfungsi.

Flash Paksaan (Flash diaktifkan)


Flash paksaan akan sentiasa berfungsi walaupun lokasi subjek menerima cahaya yang
cukup atau tidak.

Flash Keseimbangan
Flash keseimbangan akan menyeimbangkan cahaya dibelakang subjek. lazimnya
digunakan sekiranya subjek berada didalam dewan atau pada waktu malam. Flash ini
menumpukan pada keseluruhan subjek dan latarbelakang.

Flash Tidak Aktif


Flash tidak aktif semasa gambar subjek diambil. Sesuatu gambar akan lebih dramatik
sekiranya cahaya semulajadi digunakan.
ASAS FOTOGRAFI
Sebelum mengetahui lebih lanjut, Pendedahan Cahaya atau ‘Exposure’ dan Unit Pendedahan
Cahaya yang dikenali sebagai ‘Stop’ perlulah difahami terlebih dahulu.

Pendedahan Cahaya atau ‘Exposure’


Di dalam sesuatu kamera, sememangnya tiada cahaya yang disimpan. Ianya memang terlalu
gelap tanpa sebarang kehadiran cahaya. Semasa gambar subjek diambil, mata kamera atau
Aperture akan terbuka dan membenarkan cahaya masuk melalui lensa. Cahaya tersebut
dipantulkan ke filem atau sensor bagi mewujudkan dedahan cahaya yang diingini.

Pendedahan cahaya ialah Ukuran dan Keseimbangan cahaya yang masuk ke dalam kamera

Terlalu banyak pendedahan cahaya akan membuatkan sesuatu gambar kelihatan terang
dan menyakitkan mata. Terlalu kurang pendedahan cahaya pula akan membuatkan
gambar menjadi gelap. Oleh itu, terpulang kepada kehendak seseorang jurukamera
dalam mengira ‘jumlah’ pendedahan cahaya yang betul bagi mendapatkan sekeping
gambar yang menarik.

Jurufoto boleh mengawal jumlah cahaya semulajadi dengan melaraskan Shutter, Aperture dan
Film Speed ISO sesuatu kamera.
Unit Pendedahan Cahaya atau ‘Stop’
Di dalam fotografi, Unit Pendedahan Cahaya di panggil ‘Stop’ istilah ini telah lama digunakan
pada awal kewujudan kamera. ‘Stop’ ini digunapakai oleh shutter, aperture dan film speed ISO
bagi mengenal perubahan cahaya, kemasukan cahaya dan penyerapan cahaya samada semakin
terang atau semakin gelap.

Pengiraan ‘Stop’ untuk perubahan cahaya

Sekiranya jurufoto memulakan dengan satu mentol cahaya dan kemudian menambah lagi satu mentol
cahaya, pertambahan cahaya akan berlaku dan pertambahan ini dipanggil “+1 STOP”.
Untuk menambahkan lagi cahaya, jurufoto perlu menggandakan dua mentol tersebut menjadi empat mentol
dan pertambahan ini dipanggil “+2 STOP”.
Sekiranya perlu menambahkan lagi cahaya, empat mentol tadi perlu digandakan menjadi lapan mentol untuk
lebih kesan cahaya. Pertambahan ini dipanggil “+3 STOP”.

Gandakan Cahaya = 1 STOP terang (+1 Stop)


Mengurangkan Separuh Cahaya = 1 STOP gelap (-1 Stop)

Stop boleh ditukar ganti


Aperture, Shutter dan Film Speed ISO kesemuanya menggunakan kaedah Unit Pendedahan
Cahaya atau ‘Stop’ yang sama tetapi menggunakan Ukuran Nilai yang berbeza.
Aperture = Nilai ‘F’
Shutter = Nilai ‘Per Saat’
Film Speed = Nilai ISO (International Standard Organisation)

Pendedahan Cahaya yang telah ditetapkan dalam sesuatu kamera ialah :


Shutter = 1/125, Aperture = F5.6 dan Film Speed ISO = ISO100
Walaubagaimanapun, ianya boleh diubah mengikut kesesuaian Mod Kamera yang dipilih.

Sebagai contoh : 1/125, F5.6, ISO100 lebih terang dari


1/250, F4, ISO100 yang mana lebih terang dari
1/500, F4, ISO200
ASAS FOTOGRAFI
Setelah memahami Pendedahan Cahaya dan Unit Pendedahan Cahaya, Pengenalan fungsi
Shutter, Aperture dan Film Speed ISO perlu difahami, ini kerana gabungan yang betul bagi
ketiga-tiga fungsi ini akan menjadikan sesuatu gambar kelihatan cantik dan menarik.

Fungsi Shutter
Shutter atau dikenali shutter speed mempengaruhi tempoh masa filem atau sensor didalam
kamera terdedah kepada cahaya. Ini lazimnya dilakukan oleh bidai atau ‘shutter curtain’. Tugas
shutter juga ialah mengawal cahaya, mengawal pergerakan objek dan mengawal warna yang
objeknya diterangi oleh cahaya lampu. Kelajuan shutter diukur dengan nilai per saat.

Contoh Shutter Curtain

Pergerakkan shutter lambat = Lebih cahaya masuk

Pergerakkan shutter cepat = Kurang cahaya masuk

Nilai Shutter (Per Saat)


Shutter dalam kelajuan 1 saat dapat memberikan cahaya yang banyak
dari 1/1000.

Pergerakan aperture :

A. Kelajuan Shutter 1/2 saat = ONE STOPS gelap dari 1 saat


B. Kelajuan Shutter 1/60 saat = ONE STOPS terang dari 1/125 saat

C. Kelajuan Shutter 1/125 saat = TWO STOPS gelap dari 1/30 saat
D. Kelajuan Shutter 1/125 saat = TWO STOPS terang dari 1/500 saat

E. Kelajuan Shutter 1/30 saat = THREE STOPS gelap dari 1 saat


F. Kelajuan Shutter 1/30 saat = THREE STOPS terang dari 1/250 saat

Contoh nilai Shutter :

1, 1/2, 1/4, 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000, 1/2000 dan seterusnya.
Fungsi Aperture
Aperture merupakan saiz bukaan pada lensa. Ia menentukan jumlah cahaya yang akan masuk
ke dalam kamera, yakni filem atau sensor. Saiz bukaan aperture juga mempengaruhi ‘Exposure’
dan ‘Depth Of Field’ (DOF) sesuatu imej. Tugas aperture juga ialah mengawal cahaya dan jarak
jelas. Aperture dikenali dengan kod ‘f-stops’.

Contoh bukaan Aperture


Makin kecil nombor F-stops = Lagi banyak cahaya masuk
Lagi banyak cahaya masuk = Lagi terang gambar subjek

Lagi besar nombor F-stops = Makin kurang cahaya masuk


Makin kurang cahaya masuk = Makin gelap gambar subjek

Nilai Aperture (F-Stops)


Aperture bekerja seperti pupil mata dan ianya mengawal cahaya yang
masuk kedalam kamera.

Pergerakan aperture :

A. Aperture dari f16 ke f8 = TWO STOPS terang.


B. Aperture dari f2.8 ke f5.6 = TWO STOPS gelap.

C. Aperture dari f5.6 ke f8 = ONE STOPS gelap


D. Aperture dari f4 ke f2.8 = ONE STOPS terang.

Contoh nilai Aperture :

f/64, f/32, f/22, f/16, f/11, f/8, f/5.6, f/4, f/2.8, f/2, f/1.8, f/1.4 dan seterusnya.
DOF merupakan terma yang diguna pakai untuk membicarakan perihal kawasan hadapan
(Foreground) dan dibelakang (Background) titik fokus subjek yang akan kekal ‘Sharp’ atau
berada dalam titik fokus. DOF dipengaruhi oleh Aperture, Jarak Subjek, Focal Length, Saiz,
Format Filem dan Sensor. Jarak jelas ini bergantung kepada jenis lensa yang digunakan.
Gabungan antara kelajuan Shutter & saiz bukaan Aperture juga akan memberikan kesan kepada
pendedahan cahaya dan ‘Depth Of Field’ atau Jarak Jelas bagi sesuatu gambar.

1. Sekiranya mod Close Up (Macro) digunakan, titik fokus ialah pada subjek bunga dan DOF bagi
gambar ini ialah subjek bunga. Latar belakang daun akan menjadi kabur. Pemilihan nilai
Aperture dan kelajuan shutter yang sesuai akan menajamkan lagi imej subjek.
LIMITED DEPTH OF FIELD – Jarak Jelas Terhad

Titik Fokus ialah bunga. DOF ialah bunga yang mana daun
atau latar belakang (Background) menjadi kabur. Kelajuan
Shutter & Nilai Aperture mempengaruhi gambar subjek.

2. Sekiranya mod Potrait digunakan, titik fokus ialah pada subjek bunga dibelakang dan DOF
bagi gambar ini ialah bunga dibelakang. Latar depan bunga akan menjadi kabur. Pemilihan nilai
Aperture dan kelajuan shutter yang sesuai akan menajamkan lagi imej subjek.
LIMITED DEPTH OF FIELD – Jarak Jelas Terhad

Titik Fokus ialah bunga belakang. DOF ialah bunga belakang


yang mana bunga depan atau latar depan (Foreground)
menjadi kabur. Kelajuan Shutter & Nilai Aperture
mempengaruhi gambar subjek.

3. Sekiranya mod Landskap digunakan, titik fokus menjadi lebih besar pada subjek tiang
bendera dan masjid. DOF bagi gambar ini ialah tiang bendera dan masjid. Latar depan dan
belakan akan difokus sekali. Tiada subjek kabur.
EXTENDED DEPTH OF FIELD – Jarak Jelas Keseluruhan

Titik Fokus ialah tiang bendera dan masjid. DOF ialah tiang
bunga dan masjid. Tiada subjek yang menjadi kabur.
Kelajuan Shutter & Nilai Aperture mempengaruhi gambar
subjek.
Keseimbangan antara kelajuan Shutter dan saiz bukaan Aperture. Ianya memberikan kesan
kepada gambar sekiranya kelajuan Shutter dan saiz bukaan Aperture berubah walaupun
gambar subjek diambil di lokasi yang sama dengan cahaya yang sama. Seperti contoh, gambar
dibawah ini diambil sebanyak 3 kali di tempat yang sama dan cahaya yang sama banyak. Akan
tetapi Shutter dan Aperture diubah-ubah untuk mendapatkan perbezaan gambar.

Perbezaan Shutter dan Aperture

Why is the background all blurred in the right picture, and sharpest in the left ? Because if the
exposure is made with a wide aperture ( like f2.8 ), then objects farther away from the subject are
thrown farther out of focus. This effect is referred to as "depth of field"

So.. if the aperture is small (like f22) then objects in the background (and foreground ) will appear
sharper. However, since more light was required to make the exposure on the left ( 1/4 Second ) the
subjects became blurred from MOTION. At 1/250th of a second, the shutter is fast enough to freeze
motion.
Fungsi Film Speed ISO
Film Speed ISO (International Standard Organisation). Ianya berfungsi untuk menangkap cahaya
yang masuk atau lebih kepada kepantasan filem atau sensor memberi tindak balas kepada
cahaya. Filem yang bersensitiviti rendah akan menghasilkan bintik (Grain) yang halus tetapi
memerlukan jumlah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor
Phothography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan kelajuan shutter
yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif (Fast Film) diperlukan. Akan tetapi, filem
sebegini akan menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau ‘Grainy’.
Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi akan menyebabkan
terhasilnya ‘grain’ dan dalam kamera digital ianya dikenali sebagai ‘NOISE’.

Perbezaan Film Speed ISO


Dari ISO50 ke ISO200 =
(+2 Stop pertambahan cahaya)

Slow Film = Kurang sensitif kepada cahaya dan


memerlukan lebih pendedahan cahaya (Exposure).

Fast Film = Lebih sensitif kepada cahaya dan sesuai


digunakan dalam suasana kurang cahaya.

Perbandingan Saiz ISO


speed Jadual Perbezaan ISO
sensitivity contrast grain
rating
50 ISO/ASA low low low No ISO Rendah
Filem Lambat = Perlukan Lebih Cahaya = Perlukan
100 ISO/ASA medium medium medium Pendedahan Cahaya Yang Lama
200 ISO/ASA medium medium medium
No ISO Tinggi
400 ISO/ASA high high high Filem Cepat = Perlukan Kurang Cahaya = Tidak
800 ISO/ASA very high very high very high Perlu Pendedahan Cahaya Yang Lama

Kesan Film Speed kepada Kontras dan Berbintik


Kesan Antara Fast Film dan Slow Film

Slow Film secara keseluruhannya akan menajamkan


gambar subjek dan member maklumat yang lebih.

Fast Film secara amnya mempunyai ketinggian


kontras warna dan terlalu banyak bintik pada
gambar subjek.

Walaubagaimanapun, kamera Kompak, DSC dan DSLR tidak lagi menggunakan Nagetif Filem
seperti Era 90 an. Oleh itu, pemilihan ISO untuk sesuatu gambar masih boleh diubah mengikut
kesesuaian sesuatu keadaan.
TEKNIK FOTOGRAFI
Setelah memahami Asas Fotografi, seseorang jurufoto perlulah mempelajari Teknik-teknik
Fotografi bagi mendapatkan shot-shot dan sudut-sudut fotografi yang menarik.
Ini kerana untuk menjadi jurufoto, etika dalam mengambil gambar sesuatu subjek perlu
ditekankan. Kepuasan subjek atau orang lain semasa melihat dan meneliti sesuatu gambar yang
diambil amat penting dalam kerjaya seseorang jurufoto, kerana penilaian yang positif akan
menaikkan lagi nama jurufoto berkenaan. Kebanyakkan jurufoto yang baru menceburi bidang
fotografi mungkin tidak tahu bahawa Pergerakan Kamera, Memidang, Sudut-Sudut fotografi,
Jenis-Jenis Shot dan Cara-Cara Shot amat penting bagi sesuatu gambar.

Pergerakan Kamera – (Camera Movement)


Pergerakan kamera mempunyai beberapa jenis pergerakan iaitu, Panning (Kamera Berpaling),
Tilting, Dolly dan Truck.

Panning – (Kamera Berpaling)


Panning adalah pergerakan kamera secara horizontal (posisi kamera tetap di titik pusat) hanya
lensa yang bergerak samada berpaling ke kiri atau berpaling ke kanan.

Pan Right : Kamera berpaling dari titik pusat ke arah kanan.


Pan Right

Teknik ini lebih digunakan untuk


menangkap pergerakan subjek sekiranya
subjek bergerak dari arah kiri ke kanan.

Pan Left : Kamera berpaling dari titik pusat ke arah kiri.


Pan Left

Teknik ini lebih digunakan untuk


menangkap pergerakan subjek sekiranya
subjek bergerak dari arah kanan ke kiri.
Teknik Panning atau Kamera Berpaling ini menceritakan bahawa kamera sedang mengikuti
pergerakan subjek dan sehingga masa yang sesuai, barulah Butang Pelepas ditekan. Ini akan
menghasilkan gambar yang kreatif dimana, subjek akan menjadi pegun dan jelas kerana titik
fokus hanya pada subjek manakala, kawasan sekeliling subjek akan pudar. Kebanyakan gambar
yang menggunakan teknik ini ialah, perlumbaan kereta, perlumbaan basikal dan berbagai lagi.

Tilting
Tilting adalah pergerakan kamera secara Vertikal (posisi kamera tetap di titik pusat) hanya lensa
yang bergerak samada mendongak atau menungging.

Tilt Up : Kamera mendongak dari titik pusat (memandang ke atas)


Tilt Up

Teknik ini lebih digunakan untuk


menangkap pergerakan subjek sekiranya
subjek berada diatas.

Tilt Down : Kamera menungging dari titik pusat (memandang ke bawah)


Tilt Down

Teknik ini lebih digunakan untuk


menangkap pergerakan subjek sekiranya
subjek berada dibawah.

Teknik Tilting banyak digunakan untuk mengambil gambar bunga dan burung diatas pokok. Ada
juga jurufoto mengambil gambar subjek manusia dengan menggunakan teknik ini. Ianya akan
mewujudkan kesan lebih dramatik untuk sesuatu gambar.
Dolly
Dolly adalah pergerakan kamera mendekati atau menjauhi sesuatu objek (titik pusat posisi
kamera akan berubah).

Dolly In : Kamera bergerak ke hadapan mendekati objek.


Dolly In

Teknik ini digunakan untuk menangkap


gambar subjek tanpa menggunakan zoom.

Dolly Out : Kamera bergerak ke belakang menjauhi objek.


Dolly Out

Teknik ini digunakan untuk menangkap


gambar subjek dengan menggunakan
zoom.

Teknik Dolly digunakan sekiranya zoom lensa tidak mencukupi untuk memfokus subjek ataupun
zoom lensa terlebih cukup untuk memfokus subjek.
Truck
Truck adalah pergerakan kamera ke kanan atau ke kiri sesuatu objek (titik pusat posisi kamera
akan berubah).

Truck Right : Kamera bergerak ke kanan objek.


Truck Right

Teknik ini kamera bergerak ke kanan


objek.

Truck Left : Kamera bergerak ke kiri objek.


Truck Left

Teknik ini kamera bergerak ke kiri objek.

Teknik truck ini sebenarnya tidak banyak diaplikasikan untuk fotografi. Ianya lebih kepada
penggunaan kamera video. Walaubagaimanapun ianya masih menjadi salah satu pergerakan
kamera.
TEKNIK FOTOGRAFI
Memidang atau Framing juga merupakan salah satu teknik fotografi. Framing ini merupakan
pandangan dari mata seorang jurufoto. Ianya akan mengambil samada gambar subjek sahaja
atau gambar subjek bersama latar belakang.

Memidang – (Framing)
Memidang ataupun ‘Framing’ ialah mengambil gambar subjek samada secara menegak atau
mendatar menggunakan kamera. Tujuan memidang ialah untuk menentukan apakah objek
yang harus terakam sama semasa gambar subjek hendak diambil. Adakah subjek memerlukan
objek-objek lain yang boleh menyokong mengindahkan gambar subjek ataupun mengelakkan
objek-objek lain yang mungkin boleh mencacatkan gambar subjek. Memidang ada 2 jenis iaitu
melintang dan menegak

Posisi Kamera Melintang


Contoh gambar diambil secara melintang

Posisi melintang lebih kepada mengambil gambar subjek dan latar belakang subjek. Ruang
frame tidak terhad kepada subjek.
Posisi Kamera Menegak
Contoh gambar diambil secara menegak

Posis menegak pula lebih kepada mengambil gambar subjek semata-mata tanpa mengambil
latar belakang. Ruang frame terhad kepada subjek sahaja.

Memidang atau Framing mempunya 4 kategori penting iaitu :


1. Perspektif
2. Parallel
3. Sky Line
4. Ground Line

Perspektif
Perspektif ialah untuk menentukan bentuk dan pandangan sebenarnya sesuatu subjek.

Parallel
Parallel ialah untuk menentukan subjek itu betul tegak (Up Right Vertical) atau melintang
(Horizontal).

Sky Line
Sky line pula menentukan samada gambar awan, langit atau bahagian atas tidak terlebih
rakam kerana ianya akan menyebabkan gambar subjek menjadi tidak sempurna.

Ground Line
Ground line pula menentukan samada gambar tanah, kaki atau bahagian bawah tidak terlebih
rakam kerana ianya akan menyebabkan gambar subjek menjadi tidak sempurna.
TEKNIK FOTOGRAFI
Apabila seseorang jurufoto memahami konsep framing dan pergerakan kamera, teknik
seterusnya perlu juga dimahirkan iaitu sudut-sudut kamera atau ‘Camera Angle’. Teknik ini
adalah gabungan teknik ‘Pergerakan Kamera’ dan ‘Framing’. Kelebihan teknik ini, gambar tidak
dirakam dengan satu sudut sahaja.

Sudut-Sudut Fotografi – (Camera Angle)


Sudut-Sudut Fotografi atau ‘Camera Angle’ biasa merujuk kepada jurufoto itu sendiri. Semakin
kreatif jurufoto tersebut bermakna semakin baik sudut fotografi yang dihasilkannya. Oleh itu,
sudut fotografi tidak terhad ianya bebas mengikut kehendak jurufoto. Walaubagaimanapun,
terdapat teknik asas berkenaan Sudut Fotografi iaitu, Dari Atas (Top Angle), Tinggi (High
Angle), Paras Mata (Eye Level), Bawah (Low Angle) dan Kamera Berpaling (Panning).

Dari Atas – (Top Angle)


Sesuatu gambar yang menggunakan teknik Top Angle biasanya untuk menceritakan
keseluruhan pemandangan yang dilihat oleh seseorang jurufoto. Biasanya, gambar dari sudut
Top Angle ini tidak tertumpu pada satu subjek sahaja.

Gambar diambil menggunakan teknik Top Angle


Tinggi – (High Angle / Bird Eye View)
Teknik High Angle digunakan untuk mengambil gambar subjek yang berada dibawah. Posisi
kamera berada lebih tinggi dari subjek. Pergerakan kamera menggunakan teknik Tilt Down.

Gambar diambil menggunakan teknik High Angle

Paras Mata – (Normal Angle / Eye View)


Teknik Normal Angle telah menjadi kebiasaan jurufoto. Teknik ini digunakan untuk merakam
subjek yang berada dihadapan jurukamera. Posisi kamera berada separas mata untuk
menceritakan pemandangan biasa mata manusia.

Gambar diambil menggunakan teknik Normal Angle


Bawah – (Low Angle / Frog Eye View)
Teknik Low Angle pula digunakan untuk mengambil gambar subjek yang berada diatas. Posisi
kamera berada lebih rendah dari subjek. Pergerakan kamera menggunakan teknik Tilt Up.

Gambar diambil menggunakan teknik Low Angle

Sudut Berpaling – (Panning Angle)


Teknik Panning digunakan untuk memegunkan subjek yang sedang bergerak. Hanya subjek
yang difokus sahaja akan pegun dan jelas, manakala latar belakang menjadi kabur.

Gambar diambil menggunakan teknik Panning Angle

Untuk kesemua sudut, jurufoto masih boleh mengaplikasikan jenis-jenis yang asas tadi dengan
cara yang lebih kreatif. Penggunaan sudut-sudut fotografi perlulah bersesuaian dengan majlis
atau lokasi.
TEKNIK FOTOGRAFI
Setelah kemahiran ‘Camera Movement’, ‘Framing’ dan ‘Camera Angle’ dikuasai, seseorang
jurufoto perlu dan wajib mengetahui jenis-jenis shot gambar bagi memuaskan kehendak subjek
atau orang lain yang akan melihat hasil sesuatu gambar.

Jenis-Jenis Shot
Dalam mempelajari teknik fotografi, jenis-jenis shot memainkan peranan penting dalam
merakamkan sesuatu gambar. Kebanyakkan orang tidak mengambilkira jenis shot yang sesuai
bagi setiap gambar yang diambil. Dalam mempelajari teknik fotografi, seseorang jurufoto
perlulah mahir dalam mengetahui serba sedikit jenis-jenis shot yang sering digunapakai oleh
jurufoto profesional dan juga jurukamera (video) profesional.

Extreme Close Up – (E.C.U)


Shot yang menumpukan keseluruhan 1 Objek. Misalnya mata, hidung, atau telinga dsb.

Extreme Close Up
Teknik ECU ini lebih kepada memberitahu kepada orang bahawa
ada sesuatu yang unik pada subjek. Teknik ini hanya
menumpukan Objek yang ada pada subjek.

Gambar : Menunjukkan Subjek Memakai Cincin Pertunangan.


Big Close Up – (B.C.U)
Shot yang menumpukan sebahagian tubuh atau benda nampak penuh. Seperti wajah manusia dari dagu
sampai ke atas dahi.

Big Close Up
Teknik BCU ini lebih menumpukan muka subjek. Ianya
menunjukkan ekspresi muka subjek secara menyeluruh.

Gambar : Menunjukkan keseluruhan ekspresi wajah subjek.

Close Up – (C.U)
Shot yang menumpukan dari paras bahu sampai atas kepala.

Close Up
Teknik CU ini menumpukan muka subjek. Ianya menunjukkan
ekspresi muka subjek dan sedikit latar belakang. Ianya lebih
berbentuk portrait.

Gambar : Menunjukkan wajah subjek.


Medium Close Up (MCU) @ Bust Shot (BS)
Shot yang menumpukan sebahagian dada sampai atas kepala.

Medium Close Up
Teknik MCU ini lebih menumpukan subjek. Ianya menunjukkan
subjek dan sedikit kepada latarbelakang.

Gambar : Menunjukkan subjek dengan sedikit latarbelakang.

Medium Shot (MS) @ Waist Shot (WS)


Shot yang menumpukan dari paras pinggang sehingga atas kepala dan menampakkan
sebahagian latar belakang

Medium Shot
Teknik MS ini menumpukan subjek dengan latarbelakang. Ianya
mendedahkan sebahagian badan subjek dan sebahagian latar
belakang.

Gambar : Menunjukkan subjek dengan latarbelakang.


Knee Shot (KS)
Shot yang menumpukan dari paras lutut sehingga atas kepala dan menampakkan 2/3 latar
belakang.

Knee Shot
Teknik KS ini menumpukan subjek dengan 2/3 latarbelakang.
Ianya mendedahkan badan subjek dan sebahagian besar latar
belakang.

Gambar : Menunjukkan subjek dengan 2/3 latarbelakang.

Full Shot (FS) @ Total Shot (TS)


Shot yang menumpukan keseluruhan objek dan latar belakang

Full Shot
Teknik FS ini menampakkan keseluruhan subjek dan
keseluruhan latarbelakang. Ianya mendedahkan badan subjek
dan latar belakang.

Gambar : Menunjukkan subjek dan latarbelakang


Long Shot (LS) @ Establish Shot (ES)
Shot yang menumpukan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk memberi tahu
dimana tempat atau lokasi diambil.

Long Shot
Teknik LS ini menjadikan subjek tenggelam sedikit kerana teknik
ini lebih menumpukan keseluruhan latarbelakang. Ianya
mendedahkan latarbelakang subjek.

Gambar : Menunjukkan latarbelakang subjek didedahkan


sepenuhnya.

Apabila mengambil gambar, jurufoto perlulah memikirkan kehendak subjek, lokasi gambar,
kesesuaian lokasi, ekspresi subjek, penceritaan sesuatu gambar, dan berbagai lagi. Ini kerana
shot yang diambil perlu bersesuaian, dan bukan hanya sekadar mengambil gambar subjek
semata-mata. Penggunaan lensa juga berkait rapat dalam memilih shot yang bersesuaian.
Sekiranya lensa tidak cukup untuk zoom subjek, cukuplah dengan sekadar mengambil gambar
subjek dengan lensa yang ada dan pilihlah shot yang paling baik dan sempurna bagi
‘menghidupkan’ gambar tersebut. Ini lebih memerlukan jurufoto yang berfikiran kreatif.
Jenis-Jenis Shot Dan Kesesuaian Gambar
Tips : Gambar (Extreme Close Up) sesuai diaplikasikan untuk memfokuskan
keseluruhan 1 Objek pada sesuatu subjek semasa penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Mata, Hidung, Mulut, Cincin dijari, Subang & banyak
lagi mengikut kesesuaian.

Tips : Gambar (Big Close Up) sesuai diaplikasikan untuk memfokuskan


keseluruhan muka sesuatu subjek semasa penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Muka, Gambar Bunga & banyak lagi mengikut


kesesuaian.

Tips : Gambar (Close Up) sesuai diaplikasikan untuk memfokuskan keseluruhan


muka sesuatu subjek dengan mengambil sedikit bahagian bahu semasa
penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Muka, Gambar Bunga & banyak lagi mengikut


kesesuaian.

Tips : Gambar (Medium Close Up) sesuai diaplikasikan untuk merakamkan


keseluruhan muka sesuatu subjek dengan mengambil separuh bahagian dada
semasa penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Solo, Gambar Berkumpulan & banyak lagi mengikut


kesesuaian.
Tips : Gambar (Medium Shot) sesuai diaplikasikan untuk merakamkan muka
sesuatu subjek dengan mengambil sebahagian pinggang ke atas semasa
penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Solo, Gambar Berkumpulan & banyak lagi mengikut


kesesuaian

Tips : Gambar (Knee Shot) sesuai diaplikasikan untuk merakamkan muka


sesuatu subjek dengan mengambil sebahagian lutut ke atas serta separuh
latar belakang semasa penggambaran dibuat.

Contoh : Gambar Solo, Lokasi Percutian, Pemandangan Tepi Pantai,


Dewan Makan, Majlis Graduasi, Gambar Berkumpulan &
banyak lagi mengikut kesesuaian.

Tips : Gambar (Full Shot) sesuai digunakan untuk merakamkan keseimbangan


keseluruhan subjek dan latar belakang sesuatu penggambaran diambil.

Contoh : Lokasi Percutian, Pemandangan Tepi Pantai, Dewan Makan,


Majlis Graduasi, Gambar Berkumpulan, Gambar Solo & banyak
lagi mengikut kesesuaian.

Tips : Gambar (Long Shot) sesuai digunakan untuk merakamkan keseluruhan


lokasi dan subjek ditenggelamkan semasa sesuatu penggambaran diambil.

Contoh : Lokasi Percutian, Pemandangan Tepi Pantai, Dewan Makan,


Majlis Graduasi, Gambar Berkumpulan, Gambar Solo & banyak
lagi mengikut kesesuaian.
TEKNIK FOTOGRAFI
Apabila anda telah menghafal dan mengetahui ‘Jenis-jenis Shot’, untuk memuaskan kehendak
subjek, penonton atau sesiapa sahaja yang ingin melihat atau menilai hasil kerja seseorang
jurufoto, cara-cara shot juga perlu di ambil berat dalam sesuatu gambar kerana ianya amat
penting supaya tidak menjadi sia-sia semasa di lokasi pengambaran.

Cara-Cara Shot
Dalam mempelajari teknik fotografi, cara-cara shot juga perlu ditekankan supaya subjek
kelihatan jelas, berada di tengah-tengah ‘frame’, menyeimbangkan subjek dengan latar
belakang, menampakkan kesempurnaan subjek dan banyak lagi.

SUBJEK TUNGGAL – Cara Shot Yang Betul

Gambar di ambil (Close Up).

Ianya menampakkan paras bahu


dan muka yang penuh. Elemen
utama ialah ekspresi wajah
subjek. Oleh itu, titik fokus ialah
muka subjek. Kedudukan subjek
perlulah ditengah-tengah
‘Frame’ bagi menampakkan
keseimbangan yang baik serta
posisi yang betul.
SUBJEK TUNGGAL – Cara Shot Yang Salah

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3 Gambar 4
Gambar di ambil (Close Up)

Gambar 1 – Kedudukan Subjek lebih berat ke kanan. Ruang kiri tidak sepatutnya dibiarkan terbuka.
Gambar 2 – Kedudukan Subjek lebih berat ke atas. Shot ‘Close Up tidak sepatutnya menampakkan
separuh bahagian dada. Gambar subjek terpotong diatas menampakkan kecacatan.
Gambar 3 – Kedudukan Subjek lebih berat ke bawah. Ruang atas tidak sepatutnya dibiarkan terbuka.
Gambar 4 – Kedudukan Subjek lebih berat ke kiri. Ruang kanan tidak sepatutnya dibiarkan terbuka.
SUBJEK BERKUMPULAN – Cara Shot Yang Betul

Gambar di ambil (Full Shot).

Gambar berkumpulan.
Kedudukan 3 subjek ditengah-
tengah ‘Frame’ menampakkan
keseimbangan yang baik serta
posisi yang betul. Situasi begini
perlukan gambar di ambil (Full
Shot).

SUBJEK BERKUMPULAN – Cara Shot Yang Salah

Gambar di ambil (Knee Shot).

Subjek kiri dan kanan telah


terkeluar dari ‘Frame’ dan
menampakkan kecacatan dan
ketidakseimbangan sesuatu
gambar berkumpulan. Oleh itu,
Knee Shot sesuai diambil
sekiranya ketiga-tiga subjek
berdiri.
‘LOOKING AREA’ – Cara Shot Yang Betul
“Looking Area” ialah posisi muka sesuatu subjek menghala ke kiri @ ke kanan dan bukan
menghadap kamera. Ruang arah dimana subjek memandang kearah satu sudut dinamakan ‘Looking
Area’. Ianya menyatakan bahawa subjek sedang memandang sesuatu.

Gambar (Medium Close Up)


Kedudukan subjek sedang memandang ke kanan Frame,
dan ruang kanan tersebut perlulah di luaskan bagi
menampakkan keseimbangan yang baik.

Gambar (Full Shot)


Kedudukan subjek sedang memandang ke sudut bawah
kanan Frame, dan ruang bawah kanan tersebut perlulah di
luaskan bagi menampakkan apa yang sedang dilakukan
oleh subjek serta menampakkan keseimbangan yang baik.
‘LOOKING AREA’ – Cara Shot Yang Salah
Gambar (Medium Close Up)
Kedudukan subjek sedang memandang ke kanan Frame,
tetapi ruang kiri pula diluaskan. Ini menjadikan subjek
seperti tersepit dan menampakkan ketidakseimbangan
yang ketara.

Gambar (Full Shot)


Kedudukan subjek sedang memandang ke sudut bawah
kanan Frame, tetapi ruang kiri subjek telah diluaskan dan
ini menjadikan tanda tanya apa yang dibuat oleh subjek.

Dalam menghasilkan gambar dengan penceritaan yang menarik, mata seseorang jurufoto perlu
peka dengan keadaan sekeliling dan mengganggap ianya sesuatu yang amat penting bagi
kepuasan subjek, atau kepuasan penonton serta jurufoto itu sendiri.
JENIS SHOT YANG BIASA DIGUNAKAN
Dalam Fotografi, terdapat 3 jenis Shot yang biasa digunakan:

 Long Shot (LS) (Kebanyakan gambar subjek diambil bersama keseluruhan latar belakang.
Ianya juga dipanggil “Shot Persekitaran Subjek”.“Wide Lens” bagus digunakan untuk
shot jenis ini.)
 Medium Shot (MS) (Gambar jenis ini lebih kemas dan jarak fokus lebih rapat supaya
keseluruhan subjek nampak jelas. “Telephoto Lens” bagus digunakan untuk shot jenis
ini.)
 Close-Up (CU) (Gambar jenis ini amat kemas dan menekankan bahagian tertentu pada
subjek. “Telephoto Lens” bagus dicadangkan untuk shot jenis ini.)

Berikut adalah contoh 3 jenis Shot yang biasa digunakan :

WIDE / Long Shot MEDIUM / Medium Shot CLOSE-UP

Kebanyakkan orang mampu untuk membeli kamera kompak, dan kamera jenis ini hanya
membekalkan lensa yang standard. Oleh itu, 3 shot ini sudah menjadi kebiasaan untuk diambil.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda kreatif dalam menghasilkan gambar serta sudut gambar
yang menarik, tidak mustahil dengan kamera kompak itu, ianya mampu membuatkan orang
yang melihat hasil anda akan terpegun dan berpuas hati. Oleh itu, jangan sentiasa merasa
rendah diri sekiranya anda mempunyai kamera kompak sahaja. Apa yang penting, anda perlu
sentiasa kreatif.
TEKNIK FOTOGRAFI
Kenapa setiap kamera ada flash? Soalan ini mungkin ramai yang tidak akan bertanya, kerana
sekiranya ingin mengambil gambar, sudah tentu cahaya perlu digunakan untuk membantu
menimbulkan atau menampakkan keseluruhan subjek. Tetapi, adakah anda semua tahu
bahawa flash adalah sesuatu yang perlu, penting dan sentiasa menjadi tanda tanya? Memang,
bagi jurufoto yang hanya mementingkan gambar sahaja, ianya tidak penting. Tetapi bagi
jurufoto yang benar-benar menghargai hasil kerjanya, aspek inilah yang menjadi agenda utama
untuk dipersoalkan.

Jenis-Jenis Pencahayaan
Jenis-jenis pencahayaan ada 3 secara asasnya. Iaitu ‘Cahaya Sisi Kiri dan Cahaya Sisi Kanan,
Cahaya Depan dan Cahaya Belakang’.

PENCAHAYAAN DARI SISI (Kanan Atau Kiri)


Cahaya Sisi (Kanan Atau Kiri)
Cahaya Sisi adalah jenis pencahayaan asas di mana arah
cahaya datang dari kiri atau dari kanan subjek. Kita jelas
dapat melihat potret di sebelah bahawa cahaya terang
datang dari sebelah kanan. Setengah dari wajah subjek
berada di kawasan gelap sedangkan bahagian lain berada
di kawasan terang.

Diagram Cahaya Sisi (Kiri @ Kanan)


Lihat kedudukan cahaya samada sebelah kiri atau sebelah
kanan dan posisi jurufoto perlu berada dihadapan subjek.
Penggunaan flash pada kamera mengikut citarasa jurufoto.
PENCAHAYAAN DARI HADAPAN
Cahaya Hadapan
Cahaya jenis ini mudah dan senang pada seorang jurufoto
kerana matahari telah memberikan cahaya yang
secukupnya untuk menerangi bahagian hadapan subjek.

Diagram Cahaya Hadapan


Lihat kedudukan cahaya di hadapan subjek dan posisi
jurufoto perlu berada ditengah-tengah diantara subjek dan
cahaya. Penggunaan flash dari kamera tidak perlu sama
sekali.
PENCAHAYAAN DARI BELAKANG
Cahaya Belakang
Cahaya jenis ini mungkin susah pada seorang jurufoto
kerana matahari telah memberikan cahaya dari belakang
dan membuatkan permukaan subjek menjadi gelap.
Apabila berada dlam situasi ini, penggunaan flash dari
kamera amat perlu bagi menerangi hadapan subjek.

Diagram Cahaya Belakang


Lihat kedudukan cahaya di belakang subjek dan posisi
jurufoto beradadi hadapan subjek. Penggunaan flash dari
kamera amat perlu.

Apa yang diterangkan diatas adalah lebih kepada asas pencahayaan. Sesuatu gambar akan lebih
unik dan menarik sekiranya seseorang jurufoto itu pandai dan bijak dalam menggunakan
kamera. Ini kerana disetiap kamera mempunyai Apperture dan Shutters yang memainkan
peranan dalam mengawal jumlah kemasukan cahaya kedalam kamera.
Teknik Asas Menggunakan Flash
Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya artificial yang sangat
berguna untuk jurugambar. Flash unit yang ada terbina pada badan kamera tidak dapat
memberikan hasil cahaya yang lembut kerana tidak boleh melantun (bounce).

1. Asas penggunaan flash adalah untuk mengisi ruang gelap pada sesuatu subjek akibat
ketiadaan cahaya. Konsep ini dipanggil fill in flash.

2. Fill in selalu kita gunakan apabila matahari terik dan mengurangkan masalah mata subjek
berada dalam gelap.

3. Anda boleh menggunakan direct flash untuk fill in. Penggunaan pencapah cahaya(diffuser)
boleh membantu. Mode TTL – BL adalah mod paling mudah untuk mendapatkan cahaya flash
yang sekata dengan cahaya ambience. Bagaimanapun berhati-hati dengan mode Aperture
priority kerana aperture yang terlalu besar seperti f2.8 atau f4 akan menyebabkan metering
terpaksa menggunakan shutter speed yang lebih laju dari flash sync speed (kebiasaannya
1/250s) , Shutter speed yang lebih laju akan menyebabkan cahaya flash tidak memberi kesan
ataupun hanya kelihatan separuh.

4. Flash juga boleh digunakan untuk memberikan catch light pada mata. Gunakan kad pemantul
putih untuk kesan yang lebih baik.

5. Apabila berada di dalam rumah atau indoor, kita mempunyai peluang untuk melembutkan
cahaya dengan memantulkan cahaya pada dinding atau syiling rumah yang berwarna putih atau
cerah. Permukaan siling/dinding yang berwarna akan menyebabkan color cast pada subjek.

Berikut adalah contoh penggunaan flash direct, bounce 45 darjah dan bounce ke belakang.

FLASH DIRECT.
Flash direct akan memberikan warna yang paling cerah dan detail
yang paling lengkap, bagaimanapun cahaya yang diberikan adalah
agak berkilauan dan bayang-bayang yang dihasilkan adalah amat
nyata dan keras (harsh).
Flash Bounce 45 darjah
Flash bounce pada 45 darjah akan melembutkan cahaya melalui
penyerakan pantulan menggunakan siling. Bagaimanapun masih
ada sedikit bayang bayang kelihatan walaupun telah kelihatan lebih
lembut.

Flash Bounce Ke belakang / Sisi


Flash yang di pantul ke belakang, memberikan peluang cahaya
berserak ke semua permukaan dalam bilik dan semakin luas
permukaan pantulan. Bayang-bayang juga hampir tiada, hampir
menyamai kesan mengambil gambar dengan menggunakan cahaya
persekitaran (ambience light) saja.

Direct Flash Flash Bounce 90 Darjah


Sumber Maklumat :

1- Internet
a. www.noorizamsabran.com
b. www.kml.matrix.edu.com
c. www.sajadstudio.info

2- Bahan Bacaan

3- Sesi Pembelajaran Bersama JURUKAMERA RTM PROFESIONAL


EN. JOHARI BIN ABDUL MANAF

Vous aimerez peut-être aussi