Vous êtes sur la page 1sur 20

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG

MUSLIM ??
Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang,
kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang
memahami dengan mendalam dan sungguh-sungguh akan
pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan
sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di
fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut
maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu
juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera
terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga,
sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi
kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan
golongan awam yang jahil.

Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah


larisnya ia diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan
mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan
sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua
kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang
mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang
tersirat dari maksudnya.
Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri -
belakangkan yang bukan muslimin - 99% bahkan lebih ramai
lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama
mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia
muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk
memahami dua kalimah ini.

Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan


amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi
kepada tiga golongan.
____________________________________ Erti seorang Muslim
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan
kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup
mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan
hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka.
Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan
mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung
dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada


suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka
mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak
pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-
pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka
mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu,
kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka
bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan
agama mengikut rekaan mereka.
Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi
agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.

Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal


mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun
merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka
secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk
nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.

Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam


kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang
sebenarnya. Memang kebebasan bekerja dan berfikir itu
sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah
melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang
hanya bergantung pada pendapat sendiri semata-mata dan
menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara
akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia
merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua
perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada

_____________________________________________________
Muka 2
____________________________________ Erti seorang Muslim
satu kebaikan pun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia
menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan,
mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia
mengetahui permulaannya.
Sebenarnya sangkaan seperti ini - bahawa dia mengetahui serta
dapat memikirkan semua perkara - pada hakikatnya adalah
salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan
sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia -
akal - tidak bersifat sepertimana yang disangkakan.
Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai
pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal
semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran,
kebinasaan dan kesesatan.

Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi


sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan
berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa
yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu
jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan
mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu
setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat
wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang
terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah
bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-
undang yang mengatur kehidupan masyarakat.
Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu
bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat.

Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-


sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu,
sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya
patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada kebebasan yang
mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada
tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa
mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal
demi keuntungan yang lebih banyak.

_____________________________________________________
Muka 3
____________________________________ Erti seorang Muslim

Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari


golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja,
tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik.
Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya,
fikirannya dan kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat,
maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan
kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga
seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan
agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan
kecenderungannya maka betullah dakwaannya bahawa ia
mengikuti agama itu.
Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang
menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap bahawa
fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah,
kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai
dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini
kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh
tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang
seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan
pembohong. Dan kita akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak
berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia
mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka
apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari
agama yang ajarannya bertentangan dengan akalnya dan
berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti
jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan
yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.

Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding


dengan golongan yang lain di segi kewarasan akal. Adapun
kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal
dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan
golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau
menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat
dibezakan antara ada dengan tidaknya.

_____________________________________________________
Muka 4
____________________________________ Erti seorang Muslim
Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang
berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak
mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang
dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti
oleh datuk neneknya atau lantaran itulah yang dipegang oleh
sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di
zaman itu.
Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam
hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan
yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu,
ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah
yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju
ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah
menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak
atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak
punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan
yang betul.
Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka
dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia
dilahirkan di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran
Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan
menjadi penganut Kristian.
Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang berkuasa di
zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap
tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau
yang berkuasa di zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi
Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang
berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi
Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi
orang yang berfikiran cetek tadi.

Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa


sesuatu itu dikatakan betul atau benar kerana ia telah diamalkan
oleh datuk nenek atau generasi yang terdahulu atau kerana ia
diamalkan oleh dunia hari ini.

_____________________________________________________
Muka 5
____________________________________ Erti seorang Muslim
Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang
melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang
orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti
setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan
dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor
binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah
ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju ke
jurang kesesatan?
Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya kita dapat
membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita
mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu:
Mahu ke manakah orang ini?

Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai


terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang
yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di
tangan mereka sendiri juga tidak mempunyai cahaya yang
sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak
ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di
dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau
akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya
mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka
menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul,
tetapi lebih dekat kepada kesalahan.
(Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-
sembahan) selain Allah, tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali
prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus: 66.

(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang


sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk
mencapai kebenaran) An-Najm: 28.
(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan
apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Padahal
sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan

_____________________________________________________
Muka 6
____________________________________ Erti seorang Muslim
mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-
citakannya) An-Najm: 23-24.
(Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati
pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk
sesudah Allah?) Al-Jaatsiyah: 23.
(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti
hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah
sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-
orang yang zalim) Al-Qashash: 50.

Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah


Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s.
dan berpegang pada Taurat, tetapi pegangan dan amalan
mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa a.s.
dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan
penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan
fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran
Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka
sendiri seolah-olah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-
orang yang cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari
berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka
kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa
nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga
kadang-kadang ada yang dibunuh.
Kepada mereka ini Allah berfirman:
(Mereka suka merobah perkataan Allah dari tempat-tempatnya
dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang
mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad)
sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di
antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13.
(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak
dengan yang batil dan menyembunyikan kebenaran padahal
kamu mengetahuil) Al Imran:71.

_____________________________________________________
Muka 7
____________________________________ Erti seorang Muslim
(Setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan
membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka,
maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan
sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.

Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:


(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama
sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan
Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Al-
Quran) Al Maaidah: 68.

Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman :


(Dan apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah
diturunkan Allah!" Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya
mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek
rnoyang kami!" Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun
nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan
tidak mendapat petunjuk) Al-Baqarah: 170.
(Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikut kepada
apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul." Mereka
menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-
bapa kami mengerjakannya." Apakah mereka akan mengikuti
juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka
itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula rnendapat
petunjuk?) Al-Maaidah: 104.
(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam: 116.

Golongan ketiga:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan
fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri
antara yang betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang
lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:

_____________________________________________________
Muka 8
____________________________________ Erti seorang Muslim
(Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke
ialan yang benar) Al-Baqarah: 18.
Dan diumpamakan mereka seperti binatang, bahkan lebih jelek
darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
mereka mempunyai akal tetapi tidak mempergunakannya.
(Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.

Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah


ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat
yang sederhana dan stabil, umat pertengahan yang
menegakkan keadilan.

Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini? Inilah


jalannya!
Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan
aliran-aliran baru yang terbentang di hadapan anda.
Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan
waras dan pandanglah dengan sendiri yang mana haq dan yang
mana batil.
Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?
Apakah tauhid yang betul atau syirik?
Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat
kepada hidayat Allah Taala atau tidak?
Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau
dusta - barang dijauhkan Allah ?
Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau
bengkang-bengkok?
Andainya hati anda mengiktiraf bahawa:
fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan,
Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan,
hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan
lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi merentasi jalan
yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah
dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan
petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan,
_____________________________________________________
Muka 9
____________________________________ Erti seorang Muslim
sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi
Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia
yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucian yang
maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat -
jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi
Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan,
jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa
jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah
yang dibentangkan oleh kitab ini dan,
kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi Allah,
maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang
yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya
bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan
atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah
dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri
akan kebenarannya.

Dan apabila anda telah :


membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan
akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda
dan, anda telah memilih yang benar dari yang palsu, maka telah
selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik. Lalu
berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada
Allah dan Rasul. Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu
membuat keputusan dengan sendiri dalam seluruh hidup anda.
Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan
oleh Allah dan Rasul.

Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk


memahami hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya
untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, tetapi anda
tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang disuruh
oleh Allah, sama ada:
0 anda memahami hikmatnya atau tidak,
ㄱ sama ada ianya secocok dengan ukuran akal anda atau
tidak,
_____________________________________________________
Muka 10
____________________________________ Erti seorang Muslim
ㄴ sama ada diputuskan oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan
keuntungan untuk dunia anda atau tidak dan,
ㄷ sama ada perintah Rasul itu sesuai dengan adat dan cara
hidup yang diminati oleh orang ramai di dunia atau
bertentangan dengannya;
MAKA tidak harus lagi bagi anda dalam semua keadaan itu
kecuali tunduk dan patuh. Kerana apabila anda beriman kepada
Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap apa
yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan
dari dirinya sendiri (Dan dia tidak berkata menurut kemahuan
hawa nafsunya sendiri, perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya.)An Najm: 3-4,
maka logiknya dari penyerahan dan keyakinan ini anda
mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari
apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda
mengkritik dan mengomen perintah-perintah dan larangan-
larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan
mempergunakan keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.

Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang


beriman”, kemudian selepas itu ia meragui dan mengungkit-
ungkit apa yang didatangkan dari Allah maka ertinya ia telah
menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah
diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu
adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak mungkin
dicantumkan.
Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan
patuh, sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan
sesuatu kecuali kekacauan dan kezaliman.
Maka jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan
sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang
digelar 'MUSLIM'.
Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan
muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan
larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka
penamaan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa tidak

_____________________________________________________
Muka 11
____________________________________ Erti seorang Muslim
dibangkitkan golongan yang keempat ini di dunia berasingan
dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang sesat,
kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan
tunduk kepadanya. Sesungguhnya:
tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap
urusan,
tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan
mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan
meninggalkan apa yang tidak sesuai,
tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul
ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan
buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau
sudah mati.
Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata
bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin
maka tiada lagi pilihan baginya.
(Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi
perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah
manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka
pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa
menderhakai Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat, sesat
yang nyata) Al-Ahzab: 36.
Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil sebahagian
dari Kitab Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain akan
membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.
(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar
terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang
berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam
kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan
dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai
dari apa yang kamu perbuat) Al-Baqarah: 85.

Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin


pada sesuatu kes tertentu wajiblah berpandu kepada Kitab Allah
sekalipun sesuai dengan kehendak hawa nafsunya ataupun
bertentangan dengannya.

_____________________________________________________
Muka 12
____________________________________ Erti seorang Muslim
(Putuskanlah perkara mereka rnenurut apa yang Allah turunkan
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan
meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu) Al-
Maaidah:48.

la berkata juga sesiapa yang tidak menghukum menurut Kitab


Allah maka ia adalah fasik.
(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan oleh Allah maka rnereka itu adalah orang-orang yang
fasik) Al-Maaidah: 47.
Dan setiap hukuman yang berlawanan dengan Kitab Allah maka
itu adalah hukuman Jahiliah.
(Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki Dan hukum
siapakah yang lebih balk daripada hukum Allah bagi orang-
orang yang yakinl) Al-Maaidah: 50.
Kamudian Al-Quran berkata:
(Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah
Rasul-Nya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di
antara kamu. Kemudian jika kamu barlainan pendapat tentang
sesuatu maka kembalikan lah ia kepada Allah (Quran) dan
Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kapada Allah
dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan
lebih baik akibatnya. Tidakkah kamu memperhatikan orang-
orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang
diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum
kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal
mereka telah diperintahkan mengengkari thaghut itu. Dan
syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan
yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kapada mereka:
"Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan
dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang
munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari
mendekati kamu. Maka bagaimanakah halnya apabila mereka
ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka
sendiri, kemudian meraka datang kepadamu sambil bersumpah:
Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain

_____________________________________________________
Muka 13
____________________________________ Erti seorang Muslim
penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna.
Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang
di dalam hati mereka, kerana itu berpalinglah kamu daripada
mereka dan berilah mareka pelajaran dan katakanlah kepada
mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk
ditaati dangan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika
menganiayai dirinya datang kepadamu lain memohon ampun
kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk
mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang.
Maka demi Tuhanmu. mereka pada hakikatnya tidak beriman
hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang
mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam
hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu
berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) An Nisaa':
59-65.
Sesungguhnya telah nyatalah dari ayat-ayat yang jelas ini sudut
penamaan Islam dan Muslim. Dan kini wajiblah di atas kita yang
nama-nama kita tercatat di dalam senarai Muslimin/muslimah
melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah
menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup
yang kita ikuti sekarang boleh dinamakan ISLAM !

_____________________________________________________
Muka 14
____________________________________ Erti seorang Muslim

KANCAH SEKULARISMA
Dalam abad ini sistem demokrasi diamalkan di mana-mana
negara, janji manis adalah agenda utama yang diterima oleh
rakyat kerana kononnya kuasa yang terbentuk adalah melalui
suara ramai. Pihak yang mahu berkuasa rakus menaburkan
janji-janji muluk. Fenomena yang menggigit di Malaysia hari ini
berikutan masalah 'politiking' ini membawa kepada laungan-
laungan palsu mengenai Islam yang cukup mengelirukan
masyarakat. Inilah akibatnya apabila masyarakat kita
bertuhankan demokrasi dan berajakan pemerintah ultra-sekular.
Kemuncak sekularisma terbukti dengan penolakkan hukum
Allah. Walaupun sekarang permasalahan ini kelihatan timbul
tenggelam, kita harus ingat bahawa kita masih belum terlepas
daripada tanggungjawab menegakkan sistem Allah di muka
bumi.

Di dalam ruangan yang terhad ini, marilah kita bincangkan


mengenai kesan-kesan sekularisma yang terserlah di tanahair
kita hari ini. Sekularisma berasal daripada perkataan Yunani
"Saeculum" yang bermaksud keduniaan. Menurut Muhamad Al-
Bahi sekularisma adalah satu fahaman yang memisahkan antara
urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan. Kesan daripada perang Salib yang
berlangsung selama 200 tahun (1097-1292) telah membuka
mata masyarakat Barat mengkaji untuk menyerapkan fahaman
sekular.
Hasil penganalisaan mereka umat Islam tidak dapat dikalahkan
tetapi dapat dikalahkan melalui serangan pemikiran (Al-
Ghawatul Fikr). Di dalam hal ini Anuar Al-Jundi menulis, "Mereka
memutuskan bahawa peperangan akan datang yang
dilancarkan ke atas dunia Islam ialah peperangan idea. Ini
_____________________________________________________
Muka 15
____________________________________ Erti seorang Muslim
kerana umat Islam sekalipun mundur dalam perindustrian dan
ilmu pengetahuan sains tetapi aqidah mereka tetap teguh.
Dengannya ia menggerakkan mereka untuk berjihad. Justeru
itu, perlulah dilemahkan aqidah tersebut". Seorang orientalis lain
pula menyebut, "Setiap minuman keras dan hiburan, kedua-dua
aspek ini boleh menghancurkan umat Muhamad lebih berkesan
jika dibandingkan dengan seribu meriam"

Kesan 1: Kemelut Hedonisme


Ideologi hedonisme merupakan antara rancangan jahat Zionis
untuk melarutkan pemuda pemudi Islam. Senjata utamanya
adalah kelab-kelab malam, disko, karaoke, pub yang menjadi
tempat 'lepak' serta tempat 'mencari ketenangan dan suka ria'
anak-anak muda yang menjadi sasaran utama mereka. Budaya
hedonisme ini merupakan gaya hidup yang mengajak
pengamalnya berhibur, berseronok, berkhayal dan mencipta
imaginasi-imaginasi sendiri dengan menggunakan apa saja cara
untuk menghindarkan diri daripada masalah hidup yang
menekan jiwa. Penularan budaya rock, raggee, rap, punk
menguatkan cengkaman hedonisme dalam amalan kehidupan
seharian. Artis-artis dipuja, ulama-ulama yang ikhlas
disingkirkan. Lanjutan budaya ini telah merangsangkan lagi
penyakit sosial seperti zina, pelacuran, penagihan dadah,
jenayah juvana.

Kesan 2: Tentangan Al-Mutrifun


"... dan apabila sampai masa kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri kami perintah (lebih dahulu) orang-
orang yang melampau kemewahan di antara mereka (supaya
taat) lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat maka
berhaklah negeri itu binasa lalu kami menghancurkannya
sehancur-hancurnya" (Al-Isra: 16).
Al-Mutrifun adalah golongan manusia yang hidup mewah,
mempunyai serta mempusakai aset dan dana yang besar.
Mereka ini merupakan mangkin kepada perubahan sosio
budaya masyarakat serta mempunyai pendirian yang

_____________________________________________________
Muka 16
____________________________________ Erti seorang Muslim
bertentangan dengan suruhan agama malah tidak mengenal
Allah di dalam hartanya.
Mereka merealisasikan teori Machaevelli 'the end justifies the
mean' atau 'al-ghayah tubarrir al-wasilah' untuk menokok
tambah kekayaan serta mempertahankan status quo di mata
masyarakat. Oleh itu berlakulah pencabulan hak orang lain
dengan sesuka hati, menjadi perampas yang hanya memikirkan
kepentigan peribadi tetapi melupakan nilai-nilai kemanusiaan.
Contoh yang paling baik adalah petani di Kerpan serta
penduduk di sebuah kampung di Ipoh di mana cukai tanah
pusaka mereka dinaikkan kepada 4600% setahun. Individu-
individu tamak dan masyarakat 'one-dimensional' ini bersama-
sama pengikutnya yang bersifat opportunist tidak lagi mengakui
keagungan hukum tuhan sebaliknya kekayaan yang mereka
perolehi dieksploitasikan sepenuhnya untuk mengupah ulama
Al-Su' (ulama palsu, jahat) menafsirkan semula hukum hakam
yang telah ditafsirkan da disepakati oleh ulama silam.

Kesan 3: Pengilhadan Ilmu


Pengilhadan ilmu adalah satu usaha untuk memisahkan ilmu
daripada unsur-unsur ketuhanan seperti teori evolusi Darwin.
Musuh-musuh Islam telah cuba memisahkan umat Islam
daripada ilmu secara menanamkan di hati mereka agar
beranggapan bahawa ilmu sains dan teknologi tidak ada
kaitannya dengan agama. Musuh Islam mahu umat Islam
mengecilkan skop ibadah kepada bacaan Al-Quran serta
sembahyang. Ahli-ahli falsafah seperti Machaevelli, Hobbes,
Jean Jacques Rousseau cuba mengaitkan sifat-sifat manusia
dengan sifat kebinatangan yang amat bertentangan dengan
ajaran Islam.
Al-Quran menceritakan hakikat kejadian manusia adalah
sebagai khalifah di muka bumi (Az-Zumar: 19) bukannya bersifat
sepertimana haiwan. Sifat semulajadi manusia ialah hanief iaitu
cinta kepada kesucian seperti yang dijelaskan di dalam kitab
Allah, "Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Islam

_____________________________________________________
Muka 17
____________________________________ Erti seorang Muslim
sebagaimana engkau hanief. Itulah fitrah Allah yang menjadikan
manusia menurut fitrah itu" (Ar-Rum: 13).
Malang sekali, pada hari ini sebahagian masyarakat Malaysia
sudah mula menganut kembali ideologi kebinatangan ini. Ini
jelas terbukti dengan cara pemakaian yang mendedahkan aurat,
jenayah rogol, lumba kereta laju dan lain-lain lagi. Bukan setakat
itu sahaja, umat Islam hari ini rata-ratanya menjadi buruh ilmu.
Tidak seperti ilmuan-ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibnu
Sina, Al-Khawarizmi di mana mereka ini mempelajari, mengkaji
dan mencari formula-formula serta teori-teori baru. Kebanyakan
kita sekarang hanyalah mewarisi ilmu yang dikaji oleh Barat
yang sudah dipisahkan unsur rabbani daripadanya. Justeru itu
adalah menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mencabar
penemuan-penemuan Barat di samping memikirkan sistem Islam
untuk menggantikan sistem jahiliyah yang ada.

Tiga perkara di atas hanyalah sebahagian kecil impak


sekularisma ke atas umat Islam di Malaysia khususnya.
Sekularisma meracuni pemikiran umat Islam dengan
menyebabkan pemikiran mereka sempit, perjuangan mereka
hanyalah untuk bangsa dan negara sahaja. Apabila muncul
gerakan Islam yang tulen dan total, mereka ini dituduh sebagai
ekstrim, fundamentalis, fanatik dan radikal.

Gerakan-gerakan Islam hari ini wajiblah memerangi gejala ini.


Syed Hawa mengatakan "Sesungguhnya tertegaknya parti Allah
seperti yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah telah menjanjikan
kepada golongan Hizbullah ini kekuasaan, kemenangan dan
pertolongan. Hizbullah itulah yang menjadi perencanaan
daripada Allah untuk menentang segala bentuk murtad dengan
izin Allah". Hanya pejuang-pejuang yang mempunyai semangat
jihad serta kecekalan sahaja yang mampu memerangi kekufuran
sebegini. Wallahu'alam

_____________________________________________________
Muka 18
____________________________________ Erti seorang Muslim

Apa Ertinya Anda


Seorang

MUSLIM.
.?
Oleh:
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi

Dauroh Semester 2 (Ramadhan 1412)

_____________________________________________________
Muka 19
____________________________________ Erti seorang Muslim

_____________________________________________________
Muka 20

Vous aimerez peut-être aussi