Vous êtes sur la page 1sur 7

Islam adalah iman , ilmu dan amal .

Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.


Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama


ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh


mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun


banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.
Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.

Tajuk: Re: syariat, tarikat, hakikat..makrifat..


Dikirim oleh: rich_km on 23 April, 2009, 05:17:55 AM

Aslkm.

Demi mengembalikan reputasi umat Islam (yang merudum) dan menyemarak kembali syiar Islam (yang
dah lama malap), malah telah diancam oleh kapitalisme, liberalisme dan murtadisasi sekarang ini,
lupakanlah fahaman panteisme ini. Kalau dulu para Nabi terutama Nabi Muhammad saw berjuang
membawa manusia seluruhnya ke alam realiti; janganlah kita pula berjuang membawa manusia (terutama
umat Islam yang telah menerima cahaya itu) kembali ke alam panteisme (yang kabur itu). Sesungguhnya
Allah telah memberi petunjuk yang mubin bagi menghapuskan panteisme yang gelap itu.

Wslm.
 

Tajuk: Re: SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT (1)


Dikirim oleh: assiddiq on 23 May, 2009, 01:29:39 PM

Quote from: kanjeng ‫ سنن‬on 14 March, 2009, 12:28:45 AM

Islam adalah iman , ilmu dan amal .


Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Mmg orang lama pak kanjeng..


Alhamdulillah dengan info ni..
Syukran~
Tajuk: Re: syariat, tarikat, hakikat..makrifat..
Dikirim oleh: Lelaki on 14 October, 2009, 01:32:28 AM

Iman, Islam, dan Ihsan


‫ب‬ِ ‫اض الثِّيَا‬ِ َ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َذاتَ يَوْ ٍم إِ ْذ طَلَ َع َعلَ ْينَا َر ُج ٌل َش ِد ْي ُد بَي‬ َ ‫هللا‬ ِ ‫ بَ ْينَ َما نَحْ نُ ُجلُوْ سٌ ِع ْن َد َرسُوْ ِل‬: ‫ال‬ َ َ‫ض َي هللاُ َع ْنهُ أَيْضا ً ق‬ ِ ‫ع َْن ُع َم َر َر‬
‫ض َع‬ ‫و‬ ‫و‬
َ َ َ ِ َ ‫ه‬ ْ
‫ي‬ َ ‫ت‬‫ب‬‫ك‬ْ ‫ر‬
ُ ‫ى‬ َ ‫ل‬ ‫إ‬
ِ ِ َ‫ه‬ ْ
‫ي‬ َ ‫ت‬ ‫ب‬‫ك‬ْ ‫ر‬ ُ ‫د‬
َ َ ‫ن‬‫س‬ْ َ ‫أ‬ َ ‫ف‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ ‫ي‬
ِّ ِ ‫ب‬ َّ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ى‬ َ ‫ل‬‫إ‬ ‫س‬
ِ َ َ َ ‫ل‬ ‫ج‬ ‫ى‬ َّ ‫ت‬ ‫ح‬ ،ٌ
‫د‬ ‫ح‬
َ َ ِ ِ َ َ ِ َ ‫أ‬ ‫ا‬ َّ ‫ن‬ ‫م‬ ُ ‫ه‬ ُ ‫ف‬ ‫ْر‬ ‫ع‬ ‫ي‬ َ ‫ال‬ ‫و‬ ، ‫ر‬َ ‫ف‬‫س‬َّ ‫ال‬ ‫ر‬
ُ َ ‫ث‬ َ ‫أ‬ ‫ه‬
ِ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫ى‬ ‫ُر‬
َ ‫ي‬ َ ‫ال‬ ، ‫ْر‬ ‫ع‬ َّ
ِ ‫َش ِد ْي ُد َس َوا ِد ال‬
‫ش‬
‫ ْا ِإل ِسالَ ُم أَ ْن تَ ْشهَ َد أَ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ هللاُ َوأَنَّ ُم َح َّمدًا‬: ‫ال َرسُوْ ُل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ َ َ‫ فَق‬،‫ يَا ُم َح َّمد أَ ْخ ِبرْ نِي ع َِن ْا ِإل ْسالَ ِم‬:‫ال‬ َ َ‫َكفَّ ْي ِه َعلَى فَ ِخ َذ ْي ِه َوق‬
:‫ال‬ َ َ‫ ق‬،ُ‫ُص ِّدقُه‬ َ ‫ فَ َع ِج ْبنَا لَهُ يَسْأَلُهُ َوي‬، َ‫ص َد ْقت‬ َ : ‫ال‬ َ َ‫ضانَ َوتَ ُح َّج ْالبَيْتَ ِإ ِن ا ْستَطَعْتَ إِلَ ْي ِه َس ِب ْيالً ق‬ َ ‫صالَةَ َوتُ ْؤتِ َي ال َّزكاَةَ َوتَصُوْ َم َر َم‬ َّ ‫َرسُوْ ُل هللاِ َوتُقِ ْي َم ال‬
‫ال فَأَ ْخبِرْ نِي ع َِن‬ َ َ‫ ق‬، َ‫ص َد ْقت‬ َ ‫ال‬ َ َ‫ ق‬.‫َر خَ ي ِْر ِه َو َشرِّ ِه‬ ِ ‫د‬ َ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ب‬
ِ َ‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ؤ‬ ْ ُ ‫ت‬ ‫و‬ َ ‫ر‬
ِ ‫اآلخ‬
ِ ‫م‬
ِ ْ‫َو‬ ‫ي‬ ْ
‫ال‬ ‫و‬ َ ‫ه‬
ِ ‫ل‬
ِ ‫س‬
ُ ‫ر‬
ُ ‫و‬ َ ‫ه‬
ِ ‫ب‬
ِ ُ ‫ت‬‫ك‬ُ ‫و‬ َ ‫ه‬
ِ ‫ت‬
ِ َ
‫ك‬ ‫ئ‬
ِ َ ‫ال‬ ‫م‬
َ ‫و‬
َ ‫هلل‬
ِ ‫ا‬ ‫ب‬
ِ َ‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ؤ‬ْ ُ ‫ت‬ ‫ن‬ ْ َ ‫أ‬ : ‫ال‬
َ َ ‫ق‬ ‫ان‬
ِ ‫فَأ َ ْخبِرْ نِي ع َِن ْا ِإل ْي َم‬
‫ال‬ َ
َ َ‫ ق‬.‫ َما ال َم ْس ُؤوْ ُل َع ْنهَا بِأ ْعلَ َم ِمنَ السَّائِ ِل‬:‫ال‬ ْ َ َ‫ ق‬،‫ فَأ ْخبِرْ نِي ع َِن السَّا َع ِة‬:‫ال‬ َ َ َ‫ ق‬. َ‫ أَ ْن تَ ْعبُ َد هللاَ كَأنَّكَ ت ََراهُ فَإ ِ ْن لَ ْم تَ ُك ْن ت ََراهُ فَإِنَّهُ يَ َراك‬:‫ال‬ َ ِ ‫ْا ِإلحْ َس‬
َ َ‫ ق‬،‫ان‬
‫ يَا‬: ‫ال‬ ُ ًّ ُ
َ َ‫ ث َّم ق‬،‫ا‬œ•‫ق فَلبِثت َملًِي‬ ْ َ َ َ ْ
َ ‫ ث َّم انطل‬،‫ان‬ ُ ْ ْ
ِ َ‫اولوْ نَ فِي البُني‬ ُ َ َّ َ ْ ْ
َ ‫ال أ ْن تَلِ َد األ َمة َربَّتَهَا َوأ ْن ت ََرى ال ُحفَاةَ الع َُراةَ ال َعالةَ ِرعَا َء الشا ِء يَتَط‬ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ‫ ق‬،‫اراتِهَا‬ َ ‫فَأ َ ْخبِرْ نِي ع َْن أ َم‬
َ
ُ‫ال فَإِنَّهُ ِجب ِْر ْي ُل أَتـَا ُك ْم يُ َعلِّ ُم ُك ْم ِد ْينَك ْم‬ َ َ ْ َ ُ ُ ْ ُ
َ ‫ ق‬. ‫ هللاُ َو َرسُوْ لهُ أعل َم‬: ‫ُع َم َر أتَد ِري َم ِن السَّائِ ِل ؟ قلت‬ ْ َ
[‫]رواه مسلم‬

Arti hadits / ‫ ترجمة الحديث‬:


Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi
wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan
berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun
diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua
lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya
Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam :
“ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi
Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi
haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula
yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda:
“ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir
dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.
Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau
beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat
engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau
bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang
tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat
seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba
meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau
(Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih
mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan
agama kalian “.
(Riwayat Muslim)

Tajuk: Re: syariat, tarikat, hakikat..makrifat..


Dikirim oleh: Lelaki on 14 October, 2009, 01:33:43 AM

Merdeka
Bebaskan dirimu wahai insan...
Pergilah kepada Tuhan...
Berhadaplah ke hadapan...
Jangan berpaling ke belakang...
Kerana tiada apa-apa di belakang...
Yang ada hanyalah bayang-bayang...
Jangan kamu berbimbang-bimbang dengan bayang-bayang...
Kerana itu tempat pengzahiran Tuhan...
Barangmana kamu berhadap,
di sanalah "wajah" Allah...
Tuhan, Seru sekelian alam...
-Syeikhku

Tajuk: Re: syariat, tarikat, hakikat..makrifat..


Dikirim oleh: kalimantan on 14 October, 2009, 03:53:05 AM

Quote

hati itu wakil Tuhan.

hati itu wakil tuhan???


adakah hati ini akan menyampaikan berita kepada Allah SWT???

Quote

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

kita adalah manusia yang lemah dan saling bergantung antara satu dengan yang lain. Segala perbuatan
manusia adalah terbatas kerana manusia adalah ciptaan daripada yang maha esa..setiap benda yang
diciptakan oleh yang lainnya,ianya pasti bersifat terbatas...jadi,kita tidak boleh tahu rahsia-rahsia Allah
SWT kerana kita adalah manusia yang akalnya adalah terbatas...

Tajuk: Re: syariat, tarikat, hakikat..makrifat..


Dikirim oleh: Dol_Bendol on 14 October, 2009, 06:38:43 AM

Apakah makna syariat, hakikat , makrifat itu ?


Sebenarnya syariat itu tidak boleh dipisahkan dengan hakikat dan makrifat.
Karena dibalik syariat itu ada hakikat ….seperti wujud gula tidak boleh dipisah dengan manisnya… Jika
ada orang yang memakan gula namun tidak merasakan "manis" maka berarti ada yang salah atas lidah
orang itu, .. mungkin sedang sakit !

Begitu pula orang yang melakukan solat, jika dia tidak merasakan apa-apa dalam solatnya, maka jelas ada
yang salah didalam hatinya, ... mungkin hatinya sedang sakit, sehingga tidak mampu menangkap kelazatan
solat tersebut … Hatinya tertutup karena tidak mendapat sinar ilahi.

Hakikat itu adalah kebenaran atas syariat itu sendiri, misalnya ada nash yang menyatakan bahwa
"berpuasalah maka niscaya kalian akan sehat". Kalimat ini adalah teks syariat, yang jika kita melakukan
puasa dengan benar, ... dan ternyata kita mendapatkan manfaat dari puasa, seperti merasa badan lebih sehat
dari sebelumnya… Dan para pakar menyatakan, bahwa memang puasa itu menyebabkan sehat bagi tubuh
manusia maupun mental ….. Hal inilah yang dimaksud dengan hakikat / rahsia dibalik syariat atau firman.

Kalau anda mendapatkan manfaat itu, maka anda adalah orang yang disebut yang mengetahui (atau
makrifat atas kebenaran ayat tersebut), bukan mengakui secara intelektual saja akan tetapi mengetahui
secara transendental.

Setiap syari'at itu mengandung hakikat dan didalam hakikat itu ada pengetahuan atau makrifat…tidak boleh
dipisahkan.

Syariat : membahas aspek dalil atau nash, seperti aqimush shalata wa atuz zakata (dirikanlah shalat dan
bayarlah zakat ( An nisa': 77 )

Thariqah : membahas aspek praktis dan kesempurnaannya, bagaimana takbir yang baik, rukuk yang baik,
sujud yang baik serta mengatur perjalanan rohani agar tidak menyimpang dari shalat.

Hakikat : membahas aspek ruhiyah, masalah hikmah atau dampak dari pelaksanaan syariat, seperti dalam
"inna shalata tanha anil fahsyai wal munkar", sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar" (Al Ankabut :45), untuk itu bagi orang yang solat namun ia tidak mampu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar, maka orang tersebut tidak mendapatkan hakikat dari solat, sehingga Allah
mengkritik pelaku solat dalam surat Al Maun : 4-6) :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang soalat, (yaitu) oang yang lalai dari solatnya, yaitu orang yang
berbuat riya"

Ma'rifat : adalah orang yang telah mengalami keadaan solat tersebut secara transenden, orang yang
merasakan manisnya iman, ... orang yang merasakan kelezatan solat dan orang yang mengetahui tentang
Allah (makrifatullah)

Ilmu makrifat adalah ilmu yang membahas masalah sifat, asma, af'al dan dzat Allah.

Dengan demikian sangatlah tidak relevan jika istilah-istilah itu menjadikan ummat berpecahan, ... yang
mungkin terjadi adalah, perbedaan pengalaman dalam mejalani syariat tsb. Ada yang merasa bahwa syariat
itu memberikan dampak kepada jiwanya sehingga hatinya menjadi damai, ... ada sebagian orang tidak
merasakan apa-apa dalam bersyariat, bahkan syariat itu menjadi beban bagi dirinya. Perbedaan itu
seharusnya menjadi koreksi bagi kita semua ….benarkah syariat itu.

semuga ada manfaatnya.

dan jika mahu berfikir, bolehlah membaca di blog:


http://al-merapu.blogspot.com ($2)

Vous aimerez peut-être aussi