Vous êtes sur la page 1sur 2

Blogspot : Percuma, tapi anda boleh

menjana wang daripadanya.

Blogging memang tidak asing lagi pada masa ini. Ada yang menjadikannya tempat meluah
idea, hobi dan tak kurang juga yang menjana pendapatan daripadanya. Blogspot
merupakan medium blogging yang percuma disediakan oleh google. Hari ini ramai
sebenarnya menggunakan blogspot untuk menjana wang baik secara sepenuh masa atau
sambilan. Bagaimana kita boleh menjana wang daripada blogspot?

1. Pengiklanan

Ini ialah cara biasa bagi para blogger menjana pendapatan dariapda blog mereka. Biasanya
mereka akan meletakkan iklan adsense (daripada google) di blog mereka. Ada dua cara
mereka akan mendapat bayaran daripada pengiklanan itu, iaitu:

a) melalui impression – berapa kali iklan tersebut tersiar. Ia dikira setiap kali pelawat pergi
ke blog anda.

b) melalui klik – anda mendapat bayaran apabila pelawat klik iklan yang anda letakkan di
situ.

Tapi untuk KotaKeciK blogspot saya gunakan adsniaga. Ia seperti adsense juga cuma ia
diusahakan oleh anak tempatan.

2. Program affiliate

Program affiliate ialah program yang kita mengiklan atau memasarkan produk orang lain,
biasanya ebook. Tugas kita sebagai affiliatter ialah mengiklankan link atau banner yang
diberikan. Apabila terdapat pelanggan yang membeli melalui link atau banner tersebut
maka kita akan dibayar dengan komisyen tertentu. Program ini sangat digemari kerana
seseorang tidak perlu membuat produknya sendiri sebaliknya hanya mempromosikan
produk orang lain.

3. Ruang iklan

Sesetengah blogger juga menyediakan ruang untuk pengiklanan. Kadar sewa untuk
pengiklanan tersebut bergantunglah kepada jumlah pengunjung blog dan juga kedudukan
iklan tersebut. Cara ini amat menguntungkan kerana biasanya caj untuk satu iklan agak
tinggi misalnya RM 100 sebulan. Kalau blogger tersebut menyediakan 10 ruang iklan
bermakna beliau boleh dapat RM 1000 sebulan.

4. Jual produk sendiri

Ada juga yang menggunakan blogspot sebagai katalog produk mereka untuk menjual
produk sendiri. Ramai juga yang telah mendapat pendapatan lumayan melalui cara ini
dengan menjual tudung, biskut raya, aksesori dan pakaian kanak-kanak dan sebagainya.
Contoh blogspot yang digunakan untuk menjual produk sendiri ialah KoleksiSalmy
Blogspot

Daripada tiga cara di atas, kaedah no.1 adalah baik bagi orang yang baru berjinak dalam
dunia blogging. Kaedah 2 dan 3 sesuai apabila jumlah pengunjung blog semakin
meningkat. Sementara kaedah yang ke-4 pula boleh sahaja digunakan oleh sesiapa untuk
menjual produk mereka.

Blogspot memang medium yang sangat berfungsi dan berguna sekali. Yang lebih penting
ia adalah PERCUMA. Biarlah selepas ini anda tidak menghabiskan masa di alam maya
semata-mata, malah anda boleh mendapatkan pendapatan daripada hobi anda.

Ali Hanafiah ialah penulis KotaKeciK Blogspot


dan IM www.KoleksiSalmy.com sepenuh masa.

Vous aimerez peut-être aussi