Vous êtes sur la page 1sur 2

5 langkah cara mencapai impian anda

oleh : AliHanafiah.com

Semua orang ada impian, tapi tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Itulah sedihnya.
Kenapa ada orang dapat mencapai impiannya sementara orang lain tidak? Dalam artikel ini saya
akan kongsikan kepada anda 5 langkah cara anda boleh mencapai impian anda.

1. Tetapkan impian anda


Tanpa menetapkan impian bagaimana anda boleh mencapainya mudahkan? Walaupun mudah
impian yang anda ingin capai itu haruslah dipecahkan kepada beberapa matlamat. Katakan impian
anda ingin menjadi seorang blogger yang boleh menjana pendapatan:
a.Berapa lama masa untuk anda target supaya mula menjana pendapatan (katakan 1 tahun)?
b.Apakah yang anda perlu lakukan dalam setiap bulan untuk 12 bulan yang anda perlu lalui?
c.Apakah pula perkara yang perlu anda lakukan dalam setiap minggu pada setiap bulan
tersebut?
d.Dan tak lupa apa yang anda perlu buat hari ini untuk mencapainya?
Kalau anda telah jelas dengan impian dan matlamat anda ini, maka anda telah nampak jalan anda
boleh mencapainya. Anda tidak akan sampai ke shopping complex yang anda ingin tuju kalau anda
tak tahu jalannya kan? Demikian juga untuk mencapai impian kita mesti tahu jalan yang perlu
dilalui.

2. Bertindak
Di sinilah ramai yang gagal mencapai impian mereka. Walaupun mereka telah ada matlamat yang
jelas dan teliti tapi mereka masih belum mampu mencapainya kerana belum lagi bertindak. Cara
bertindak ialah tanam betul-betul impian yang kita ingin capai itu dalam minda kita. Semakin kita
menghayatinya maka semakin itulah kita akan lebih kuat untuk bertindak.

3. Buat review
Sudah pasti setiap langkah yang kita buat, belum tentu boleh mencapai hajat kita. Setiap kejayaan
pasti ada cara dan setiap kegagalan mesti ada sebab. Inilah yang kita perlu lakukan setelah kita
berusaha. Kalau usaha kita berjaya maka kita telah tahu apa yang boleh dilakukan, sementara kalau
tidak tercapai pula kita tahu apa yang tidak boleh dilakukan. Seterusnya kita perlu mencari apakah
cara untuk mengatasi halangan tersebut. Pada peringkat inilah kita perlu mencari ‘nasihat’ daripada
mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

4. Jangan putus asa


Ini adalah pantang larang terbesar orang yang ingin berjaya. Kita pasti mencapai impian kita Cuma
masanya bukan kita yang menentukan. Tapi selagi kita tidak berputus asa peluang untuk kita
mencapai kejayaan masih cerah di hadapan. Orang yang berjaya tak akan putus asa dan orang
yang putus asa tak akan berjaya.
5. Mohon pada Tuhan
Sebenarnya tidak ada sebab untuk kita tidak percaya Tuha itu wujud. Kalau benar dunia ini jadi
sendiri sebab ‘big bang’ semata-mata kenapa sekian banyak letupan yang telah berlaku di dunia ini
tidak mampu menghasilkan alam semesta? Jadi Dialah yang Maha Mendengar, jadi mohonlah
kepadaNya aga jalan kita dimudahkan.
Ikutlah 5 langkah ringkas ini, insyallah anda akan dapat mencapai impian anda!

Vous aimerez peut-être aussi