Vous êtes sur la page 1sur 3

KEPUTUSAN UTAMA

PERBAHASAN DAN PENGGULUNGAN RESOLUSI

PERSIDANGAN MEJA BULAT E-LEARNING IPTA


UiTM
30-31 Januari 2008

1. PEMBANGUNAN SISTEM

Majlis sedia maklum bahawa setiap IPTA telah mempunyai atau sedang membangunkan
sistem pengurusan e-pembelajaran (eLMS)mengikut keperluan masing-masing. Setakat
ini tidak ada keperluan ke arah usaha untuk menyeragamkan sistem pengurusan e-
pembelajaran yang sedia ada di IPTA masing-masing.

Walaubagaimanapun, majlis berpandangan bahawa setiap IPTA harus berusaha


menggunakan atau membangunkan sistem yangmenepati piawaian SCORM.

Majlis boleh memainkan peranan untuk mengkoordinasikan usaha perkongsian maklumat


dan kepakaran dalam bidang pembangunan sistem pengurusan e-pembelajaran ke arah
amalan terbaik.

2. FORMULASI POLISI

Buat masa ini, hanya beberapa IPTA yang mempunyai polisi/ dasar/ garis panduan e-
pembelajaran.

Majlis berpendapat bahawa satu panduan/ kerangka boleh diusahakan supaya menjadi
panduan bagi IPTA masing-masing.

Majlis bersetuju untuk mengadakan bengkel untuk membangunkan kerangka


polisi/dasar/garis panduan tersebut (rujuk maklumat aktiviti Majlis di bawah).
3. PENYELIDIKAN DAN KOLABORASI

Majlis melihat keperluan usaha-usaha di kalangan ahli untuk mengkoordinasi aktiviti


yang berkaitan dengan e-pembelajaran termasuk penyelidikan dan penerbitan.

UKM telah membangunkan Malaysian e-Learning Research Network (MyeLeaRN)


sebagai usaha untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan
dalam bidang e-pembelajaran di Malaysia. Semua IPTA boleh mendaftar sebagai
pengguna dan berkongsi maklumat yang berkaitan.

Majlis maklum bahawa terdapat beberapa jurnal online diperingkat kebangsaan yang
berkaitan dengan e-pembelajaran. UKM telah membangunkan satu jurnal khusus
berkaitan dengan e-pembelajaran di peringkat IPT yang dinamakan MOJeL (Malaysian
Online Journal on e-Learning) sebagai usaha berkongsi dan menyebarkan dapatan
penyelidikan berkaitan dengan e-pembelajaran. Sebahagian besar ahli majlis telah
dipelawa sebagai editor jurnal tersebut. Setiap IPT dijemput untuk menyumbang bahan/
artikel.

Majlis akan berusaha untuk menjalankan kolaborasi penyelidikan yang berkaitan dengan
e-pembelajaran di kalangan IPTA yang dapatannya akan memberi manfaat kepada semua
ahli majlis.

Majlis juga akan berusaha menganjurkan bengkel-bengkel khusus berkaitan dengan


teknologi dan e-pembelajaran.

LAIN-LAIN ISU & MAKLUMAT AKTIVITI YANG DIPUTUSKAN

1. KURSUS MOODLE & MESYUARAT POLISI e-LEARNING

 Cadangan untuk mengadakan bengkel MOODLE di UMS pada akhir bulan Mac.

 Di samping berkursus, ahli Majlis yang terlibat boleh bermesyuarat dan merangka
polisi/ dasar/ garis panduan.

 Satu slot perkongsian kepakaran dicadangkan untuk diadakan oleh wakil UMS.

 Peranan dan falsafah Majlis dicadangkan untuk dibentangkan di bengkel


polisi/dasar/garis panduan oleh UUM.
2. PERSIDANGAN e-LEARNING

Majlis akan berusaha menganjurkan persidangan bersama diperingkat kebangsaan atau


antarabangsa setiap setahun atau dua tahun sekali.

3. PERSIDANGAN MEJA BULAT SETERUSNYA

Dicadangkan dalam setiap Persidangan Meja Bulat yang akan datang, diadakan sekali
aktiviti-aktiviti bengkel dengan menggunakan terminologi ’kursus’.

Dicadangkan pada mesyuarat akan datang, disediakan satu borang soal selidik untuk
maklum balas keberkesanan, dan sebagainya.

Konsep SCL (Student Centered Learning) perlu dibincangkan.

Disediakan oleh:

MAJLIS e-LEARNING IPTA


31 Januari 2008

Vous aimerez peut-être aussi