Vous êtes sur la page 1sur 1

5 cara anda boleh langsaikan hutang anda.

Oleh : Ali Hanafiah dot com

Ramai orang suka buat hutang, tapi tak ada siapa yang suka dengan hutang. Kadang-
kadang sampai hutang membelenggu diri dan perasaan. Ok, 5 langkah di bawah anda
boleh amalkan untuk langsaikan hutang anda.

1. Bayar ikut jadual


Anda pasti tak mahu setiap bulan hanya membayar kadar faedah sahaja bukan? Jadi
bayarlah ikut masa sebelum habis due date. Disiplinkan diri anda kalau tidak nanti anda
akan terjerat lebih teruk lagi.

2. Hubungi pihak kad kredit


Kalau anda telah mempunyai hutang kad kredit yang banyak anda boleh menghubungi
dan berbincang dengan pihak bank untuk memohon kadar bunga yang lebih rendah atau
'fix interest'. Daripada anda bayar 18% setahun lebih baik anda dapatkan 'fix interest' ini
dengan kadar 9%.

3. Gabungkan kad anda


Kalau anda banyak kad, gabungkan atau transfer baki kad anda kepada satu kad sahaja.
Beberapa bank ada menawarkan perkhidmatan ini. Ini boleh menjimatkan daripada
membayar kadar bunga yang lebih banyak.

4. Dapatkan nasihat pakar


Kalau 3 langkah di atas masih belum berjaya anda boleh berjumpa pakar kewangan. Di
Malaysia kita bertuah kerana boleh mendapat perkhidmatan ini dengan percuma dengan
AKPK.

5. Buat kerja tambahan


Kalau pendapatan masih belum cukup untuk menampung kehidupan, anda boleh
pertimbangkan kerja sambilan atau pun melakukan bisnes sampingan.

Apa yang penting, pastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung
hutang dan kehidupan anda. Kalau tidak anda akan terbelenggu dengan hutang selama-
lamanya.

(Penulis ialah Blogger dan Usahawan Internet sepenuh masa. Beliau menulis blog
www.alihanafiah.com iaitu berkaitan dengan motivasi dan perniagaan)

Vous aimerez peut-être aussi