Vous êtes sur la page 1sur 2

Langkah semudah ABC untuk ibu-ibu yang

ingin memulakan perniagaan melalui internet


Oleh : Ali Hanafiah dot com

Naluri seorang ibu memang tidak dapat dipisahkan dengan kasih-sayang mereka
terhadap anak-anak. Namun disebabkan gaya hidup hari ini yang memerlukan ibu-ibu
keluar bekerja menyebabkan mereka tidak dapat menjaga anak sendiri sewaktu bekerja.
Lebih sedih lagi apabila kita mendengar berita-berita yang menyayat hati, apabila anak
kesayangan cedera malah maut dalam penjagaan orang lain. Hari ini peluang untuk para
ibu tinggal di rumah dan menjana pendapatan tidaklah mustahil lagi. Ramai ibu yang telah
mendapat meninggalkan pekerjaan mereka dan menjana pendapat di rumah sahaja
seperti ibu ini. Artikel ini saya tulis untuk menerangkan langkah yang mudah (tak berbelit-
belit) bagi ibu-ibu yang ingin memulakan bisnes mereka secara online, dan tidak mustahil
pada suatu hari boleh meninggalkan kerja yang menjaga sendiri anak-anak di rumah.

A Pilih produk
Ya! Kalau ingin berniaga maka kita mesti ada produk. Ada kalanya perkara ini rumit bagi
sesetengah orang untuk menentukan produk yang mereka ingin jual. Sebagai langkah
mudah untuk tetapkan produk yang hendak dibeli beberapa tips berikut boleh digunakan :

• kalau anda ada RM 50 apakah yang anda ingin beli


• apakah produk yang anda pernah tersempak dan anda rasa ingin membelinya
malah ingin membeli
selalu
• apakah produk yang menjadi bualan orang masa kini

Ok! Anda sudah nampak produk itu! Itulah produk yang anda boleh jual. Anda juga boleh
meminta khidmat perunding untuk menunjukkan cara memilih produk yang sesuai.

B Buat website
Mungkin ada di antara kita berkerut dahi apabila sampai ke bahagian ini kerana
merasakan perkara ini sukar untuk dilakukan, terlalu rumit dan perlukan kos tinggi untuk
membinanya. Tahukah anda bahawa anda boleh menyiapkan satu website seperti ini
tanpa mengeluarkan sebarang kos dan boleh dibuat sendiri. Namun sekiranya anda tidak
mahu bersusah payah membinanya sendiri anda boleh mendapatkan khidmat pereka
website.

C Promosi
Hari ini ada berjuta-juta website di alam siber bagaimana orang boleh mengetahui tentang
website anda?

Ya promosikan! Berikut ialah beberapa cara anda boleh promosikan website anda :

a - iklan banner di website yang ramai pengunjung


b - pengiklanan ppc
c - iklankan di facebook wall anda
d - pengiklanan artikel
e - pengiklanan email
f - buat pertuka ran link dengan
g - seo

Anda boleh pilih mana-mana cara di atas. Kalau anda boleh buat semua adalah lebih baik.
Namun sekiranya anda perlukan perkhidmatan anda boleh dapatkan daripada mereka
yang pakar. Ya! itulah dia ABC, langkah untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri
hanya dari rumah. Untuk mendapatkan tip-tip pernigaan secara online anda juga boleh
mendapatkannya di sini.

(Penulis ialah seorang blogger dan IM sepenuh masa)