Vous êtes sur la page 1sur 20

1.

0 PENGENALAN

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) adalah satu pasukan unit uniform yang diwujudkan di
peringkat sekolah rendah kebangsaan bagi memberi beberapa pendedahan awal kepada murid. Pada
peringkat sekolah menengah pula nanti,TKRS akan berubah menjadi Kadet Remaja Sekolah (KRS)
yang mana dari dasarnya mempunyai Kaitan antara satu sama lain. TKRS ada satu pasukan unit
uniform yang bernaung dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala usaha dan penyusunan
dibawah bidang kuasa Kementerian.

Sekolah Kebangsaan Bukit kapar adalah satu sekolah yang mempunyai pencapaian
yang cemerlang samada dari bidang Kurikulum atau Kokurikulum. Sekolah ini yang terletak 15 KM
dari bandar Klang yang banyak menerima anugerah serta kejayaan bermula diperingkat daerah,
negeri dan seterusnya diperingkat Kebangsaan. Pihak sekolah menerima pelawaan untuk penubuhan
pasukan Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya seorang guru
telah mengikuti latihan kejurulatihan TKRS tersebut. Pada masa yang sama, pihak KRS (sekolah
menengah) daerah Klang mengedar makluman bagi kursus kejurulatihan kepada guru-guru yang
berminat.

Bermula dari saat itu,pihak pengurusa kokurikulum telah mula menggorak langkah bagi
mencapai kejayaan berdasarkan matlamat yang ditetepkan. Akhirnya, kejayaan yang diinginkan
ketemu jua hasil usaha-usaha yang dilakukan.
1Page
2.0 PENGERTIAN LOGO

 PERISAI       bermaksud benteng pertahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

 BULAN DAN BINTANG         bermaksud agama islam sebagai agama rasmi negara
Malaysia. 

 DUA TANGKAI PADI BERSILANG     bermaksud resmi padi iaitu berilmu dan
berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

 BUKU DAN REHAL    bermaksud  peranan institusi pendidikan yang


mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan,kaum,agama,dan
latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah
pendidikan negara. 

 WARNA HIJAU  bermaksud alam sekitar yang sihat.

 WARNA MERAH  bermaksud keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankn


negara yang tercinta. 
2 Page

 WARNA KUNING  bermaksud warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan


negara Malaysia.

 WARNA PUTIH  bermaksud keikhlasan dan kesucian.


3.0 LAGU

Kadet Remaja Sekolah,


Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,


Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,


Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,


Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
3
Page
4.0 SEJARAH PENUBUHAN

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang
menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala
Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.

Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas
untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah
menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal
kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah).
Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah
( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah
( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas
Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB
Dato’
Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Pada peringkat SK Bukit Kapar, Unit Beruniform yang sedia ada di SK Bukit kapar adalah
Pengakap, Tunas Puteri (kini dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas), Puteri Islam dan Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSM). Ia melbatkan pengagihan semua murid tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
sahaja yang diagihkan kepada empat unit beruniform tersebut. Akan tetapi berlaku pengagihan yang
kurang seimbang kerana Puteri Islam dan Tunas Puteri hanya boleh dianggotai oleh murid perempuan
sahaja manakala murid lelaki boleh menganggotai dua unit beriniform sahaja iaitu Pengakap dan
PBSM.

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Kokurikulum berasakan perlunya satu lagu unit
beruniform yang boleh dianggotai oleh murid-murid lelaki. Pada masa yang sama, terdapat beberapa
plihan di sekolah menengah yang boleh diambil kira untuk diserapkan ke sekolah rendah seperti kadet
4

Polis, kadet Bomba dan St John Ambulans. Akan tetapi unit beruniform ini sememangnya hanya
Page

untuk murid sekolah menengah sahaja.

Tanpa diduga, pihak sekolah menerima pelawaan untuk penubuhan pasukan Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya seorang guru telah mengikuti latihan
kejurulatihan TKRS tersebut. Pada masa yang sama, pihak KRS (sekolah menengah) daerah Klang
mengedar makluman bagi kursus kejurulatihan kepada guru-guru yang berminat.

Maka pada Jun 2001, dua orang guru SK Bukit Kapar iaitu Cikgu M. Khalimi Bin Dalhan dan
Cikgu Faridzul Azwan Bin Mohd Kamaruddin telah mengikut kursus tersebut bersama dua orang
wakil bagi setiap sekolah seluruh Daerah Klang. Kursus selama empat hari tiga malam tersebut telah
diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor yang kemudiannya dikenali sebagai Kem Tekali,
Hulu Langat. Antara kemahiran asas yang diajar semasa kurusus tersebut adalah :

- Asas mendirikan khemah


- Asas kawad kaki
- `Flying fox’
- `Abselling’
- Merunut hutan dan
- Ikhtiar hdup

Maka dengan itu, dua orang guru tersebut telah layak bergelar guru pemimpin TKRS dan
berpangkat Leftenan Muda. Dengan pentauliahan tersebut, pasukan unit beruniform TKRS boleh
ditubuhkan di SK Bukit Kapar dengan guru besar (Tn Hj. Sharum B Kasmani) akan berkeranan
sebagai Pegawai Pendaftar.
5 Page
5.0 RASIONAL,VISI,MISI,TERAS,MOTO, DAN MATLAMAT KOKURIKULUM SK BUKIT
KAPAR

5.1 RASIONAL

Perkataan ‘ko’ bermaksud seiring, saling melengkapi kurikulum sekolah. Untuk mencapai matlamat
DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah
tidak cukup untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang diperlukan untuk melahirkan insan
seimbang.

5.2 VISI KOKURIKULUM SK BUKIT KAPAR

Melahirkan seramai mungkin murid yang cemerlang dalam kokurikulum di semua peringkat.

5.3 MISI KOKURIKULUM SK BUKIT KAPAR

Membimbing dan melibatkan pelajar secara proaktif dalam pelbagai program koakademik. Unit
beruniform, Sukan dan Permainan melalui strategi perancangan yang mantap sehingga mencapai
standart tinggi.

5.4 TERAS KOKURIKULUM SK BUKIT KAPAR

 Kokurikulum untuk semua


 Kokurikulum untuk kecemerlangan
 Kokurikulum untuk peragaan

5.5 MOTO KOKURIKULUM SK BUKIT KAPAR

Membina keperibadian, menjulang wawasan


6

5.6 MATLAMAT KOKURIKULUM SK BUKIT KAPAR


Page

 Menyeimbangkan perkembangan JERI


 Peningkatan akademik dan disiplin pelajar
 Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia
 Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan, dan
kemasyarakatan.
6.0 CARTA ORGANISASI SERTA BIDANG TUGAS

PENGERUSI: TN. HJ. AHMAD SHAMSUL MA’ARIF B. MD SIRAT (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI: PN. HJH. ROSLINA BT. ALIAS (PK KOKURIKRLUM)

SETIAUSAHA: EN. FARIDZUL AZWAN B. MOHD KAMARUDIN

PENYELARAS KUMPULAN: PN. SALMI BT. TAJUDDIN

KETUA: PN. MUKHIZANA BT. MOKHTAR

GURU PENASIHAT: 1)PN. SITI NASUHA BT MOHD DAUD

2)PN. AINIE BT. AROP

3)PN. NORBAITI BT. MAHKUB

4)PN. NORAINI BT. MOHAMED SHAHID

5)PN. NOR NAZIMAH BT. MOHD ISA

6)PN. YUSHIDAH BT. USULLUDIN

7)PN. ZALEHA BT. KASLIN

8)PN. NURKHAIRUNNISA BT. ISMATH

9)PN. NORA BT. JAAFAR

10)PN. ROZANA BT. ADAM

11)PN. AZLIZA BT. NASIR

12)PN. HASMAWATI BT. KAMARUDIN


7Page

13)EN. HAZIZI B. HUSSEIN

14)PN. NANG ZURAINI BT. NIK ISHAK

15)PN. RUZANA BT. MOHD RASHID

16)EN. HASHIM B. KORIS

17)EN. FARIZAN B. YAAKUB


6.1 JAWATANKUASA-JAWATNKUASA KOKURIKULUM & BIDANG TUGAS

JAWATAN KUASA INDUK (PENTADBIRAN/KEWANGAN)

SUSUNAN JAWATAN

Pengerusi:Guru Besar

Naib Pengerusi:PK kokurikulum

:PK Kurikulum

:PK HEM

:PK Petang

Setiausaha :Dilantik oleh Guru Besar/PK kokurikulum

Bendahari : Dilantik oleh Guru Besar/PK kokurikulum

BIDANG KUASA

1. Menentukan objektif dan matlamat kokurikulum sekolah tercapai.


2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan gerak kerja kokurikulum dengan teratur dan
terperinci dengan mengembelengkan tenaga golongan murid, ibubapa dan masyarakat.
3. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan gerak kerja kokurikulum.
4. Berusaha bagi meningkatkan lagi penglibatan murid dan masyarakat dengan gerak kerja
kokurikulum sekolah.
5. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat seta budi
8

pekerti yang baik dikalangan murid.


Page

6. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam gerak kerja
kokurikulum sekolah.
7. Menilai keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah dari semasa ke semasa.
8. Menentukan penglibatan semua murid dan guru.
9. Menentukan dan memilih gerak kerja yang hendak dijalankan di sekolah.
10. Bertangungjawab dalam pengagihan tugas kepada guru.
6.2 SUSUNAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi:PK kokurikulum

Naib pengerusi:Guru Penyelaras(dilantik oleh pengerusi)

Setiausaha:Dilantik Pengerusi

Ahli Jawatankuasa;Pengerusi/ketua bagi setiap unit

BIDANG TUGAS

1. Menentukan objektif dan matlamat setiap unit tercapai.


2. Merancang, mnyelaras dan melaksanakan gerak kerja kokurikulum setiap unit.
3. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif,membina sikap dan tabiat serta budi
pekerti yang baik di kalangan murid.
4. Menilai keberkesanan pelaksanaan gerak kerja setiap unit dari semasa ke semasa.
5. Menetukan dan memilih gerak kerja yang hendak dijalankan di sekolah.
6. Menentukan semua penglibatan semua murid dan guru.
7. Bertanggungjawab dalam pengagihan tugas kepada guru.

6.3 JAWATANKUASA KECIL (SETIAP UNIT DALAM KUMPULAN)

SUSUNAN JAWATAN

Pengerusi:Guru Pemimpin-ketua/ Penasihat setiap unit

Naib Pengerusi:Guru (dilantik oleh Pengerusi)


9

Ahli Jawatankuasa:Guru-guru di dalam unit


Page

:Murid-murid mewakili setiap tahun tahap 2

BIDANG TUGAS

1. Melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk


menasihati dan membimbing ahli-ahli menjalankan aktiviti pasukanya. Ia termasuklah
menghadiri kursus jika perlu.
2. Menubuhkan dan menjadi penasihat dalam jawatankuasa unit beruniform.
3. Mendaftar ahli-ahli dengan pergerakan di peringkat daerah/negeri.
4. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tujuan dan matlamat tersebut.
5. Bersama AJK pasukan merancang program untuk satu penggal / tahun dan menghantar satu
salinan kepada Setiausaha Unit Beruniform
6. Mengiringi dan menjaga keselamatan ahli-ahli dalam lawatan sambil belajar/ perkhemahan
dan segala kegiatan di dalam dan di luar sekolah.
7. Menyemak kehadiran ahli-ahli dan menandatangani laporan setiausaha dalam buku unit
setiap kali perjumpaan.
8. Menyimpan dan menggunakan peruntukan kewangan dengan baik serta menyimpan buku
stok jika ada.
9. Menyimpan dan menggunakan peruntukkan kewangan dengan baik serta menyimpan kira-
kira dengan kemas.
10. Bersama-sama jurulatih/pegawai luar menyelaras pengajaran kemahiran yang sesuai untuk
ahli-ahli.
10Page
Page 11
7.0 AKTIVITI DAN PENCAPAIAN YANG TELAH DIKECAPI

TAHUN 2010

 Pasukan Kawad Kaki SK Bukit Kapar (Naib Johan) Kategori Puteri-Pertandingan Kawat kaki
Kebangsaan 2010 Teluk Danga , Johor Bahru
 Pasukan Kawad Kaki SK Bukit kapar (persembahan pada Karnival Mesra Rakyat KG Bukit
Kapar MEI 2010

TAHUN 2009
 Johan daerah pada pertandingan yang diadakan di perkarangan PPD Klang.
 Johan di peringkat daerah di Stadium Jugra
 Pertandingan kawad kaki kebangsaan yang diadakan di Nilai Negeri Sembilan
 Finalis bagi `Anugerh Pasukan Kokurikulum Terbaik’ peringkat kebangsaan yang dadakan di
RTM, Kuantan, Pahang Darul Makmur

TAHUN 2007-2008

 Tiada penyertaan

TAHUN 2006

 Pertandingan kawad kaki negeri yang diadakan di SK Padang Saujana, Hulu Langat
(Saguhati)
12Page
8.0 PERANCANGAN AKTIVITI SEMASA

TKRS semakin rancak mengembangkan pengaruh di kalangan SK Bukit Kapar dengan pemakaian
pakaian beruniform di kalangan pentadbirnya termasuk Tn Hj. Ahmad Shamsul Maarif B Md. Sirat
(guru besar) dan Pn. Hjh. Roslina Bt Alias (PK Kurikulum). Ini ditambah pula dengan penglibatan
para murid dalam perkhemahan-perkhemahan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Malah,
Ustazah Hasmawati Bt Kamaruddin dan Ustazah Rozana Bt Adam sendiri telah Berjaya mendapat
kenaikan pangkat Leftenan serta menggalas tugas sebagai jawatankuasa tama pada majlis-majlis KRS
daerah dan negeri.

Dalam pertandingan kawad kaki pula, pasukan ini membuat persiapan yang sama seperti
tahun sebelumnya dengan azam untuk sekali lagi mencatat sejarah. Ia semakin digeruni apabila PPD
dan JPS tidak mengadakan pertandingan peringkat daerah dan negeri dan seterusnya menobatkan
TKRS SK Bukit Kapar sebagai johan tanpa bertanding dan seterusnya dipilih mewakili negeri
Selngor ke pertandingan perngkat kebangsaan yang diadakan di Teluk Danga, Johor Bharu, Johor
Darul Takzim.

Satu majlis penyerahan bendera telah diadakan di Dewan Perdana SK Bukit Kapar yang
disempurnakan oleh Tn. Hj. Jamaluddin Bin Nawi (Penyelia Kokurikulum JPS)bersama dengan wakil
kategori lelaki iatu SK Sg. Binjai. Satu lagi pengalaman berharga serta sokongan moral serta
kepercayaan penuh pihak PPD dan JPS kepada SK Bukit Kapar.

Sekali lagi pengalaman berharga mereka peroleh kerana bertanding dengan 14 pasukan yang
lain dan berpeluang melawat sekitar Johor Bharu terutama menaiki `cruise’ di kawasan pelancongan
antarabangsa yang dikenali sebagai `Danga Bay’. Dengan semangat yang tinggi serta disertai oleh
ramai ibu bapa secara berkereta serta bas penyokong, pasukan ini menjadi antara `favourite’ yang
akan muncul sebagai pemenang.
13

Kejayaan muncul jua sebagai Naib Johan Kebangsaan yang menyaksikan selisih mata yang
Page

amat sedikit dengan negeri Pahang yang muncul juara. Kejayaan ini pasti tidak akan berakhir kerana
ia dianggap sebagai satu rentetan yang perlu berterusan.
1. 24 MEI 2010 - 4.00 – 6.30 ptg ( LATIHAN KAWAT )

2. 25 MEI 2010 - 4.00 – 6.30 ptg ( LATIHAN KAWAT )

3. 26 MEI 2010 - 4.00 – 6.30 PTG ( LATIHAN KAWAT )

4. 27 MEI 2010 - 7.00 – 10.00 MALAM ( MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT
HAJAT PESERTA DAN IBUBAPA/PENJAGA

10.30 – 11.30 MALAM ( LATIHAN INTENSIF KAWAT DINAMIK )


5. 28 MEI 2010 - 7.30 PG – 11.30 TGH ( LATIHAN BERSAMA PEGAWAI
TEKNIKAL
KEBANGSAAN DI SK SG BINJAI )

2.00 PTG – 6.00 PTG ( LATIHAN KAWAT FORMASI )

6. 29 MEI 2010 - 07.30 PG – 11.30 TGH ( LATIHAN KAWAT KAKI STATIK )

7. 30 MEI 2010 - 07.30 PG - 11.30 TGH ( LATIHAN KAWAT KAKI DINAMIK )

8. 31 MEI – 3 JUN 2010 - JADUAL LATIHAN AKAN DIMAKLUMKAN

9. 04 JUN 2010 - KEM KAWAT KAKI ( LATIHAN INTENSIF PAGI HINGGA


MALAM )

9. 05 JUN 2010 - KEM KAWAT KAKI ( PERSIAPAN MENTAL DAN KETAHANAN


DIRI )
14Page

10. 06 JUN 2010 - 8.00 – 11.30 TGH ( PERSIAPAN PAKAIAN,AKSESORI DLL )

11. 07 JUN 2010 - 10.00 PG ( BERTOLAK KE PAGOH JOHOR MENAIKI BAS

JABATAN PELAJARAN SELANGOR

9.00 MALAM – MESYUARAT PENGURUS PASUKAN/LATIHAN

12. 08 JUN 2010 - LATIHAN PENYESUAIAN TAPAK / LAWATAN


- MAKAN MALAM BERSAMA TPM / MENTERI BESAR JOHOR

13. 09 JUN 2010 - 7.30 PG – 1.00 TGH ( PERTANDINGAN BERLANGSUNG )

- 3.00 – 5.00 PTG( MAJLIS PENUTUP )

- 6.00 PTG ( BERTOLAK BALIK KE RUMAH )

15Page

9.0 PENILAIAN TERHADAP PASUKAN

Secara keseluruhan,kami membuat kesimpulan Kadet TKRS SK Bukit kapar mempunyai pencapaian
yang memberangsangkan dari sudut pencapaiannya terutama dalam pertandingan kawad kaki. Akan
tetapi masih terdapat penambahbaikkan perlu dilakukan bagi menaik taraf standart sebuah pasukan
untuk menjadikanya lebih kompetatif pada masa-masa akan datang.

9.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

1) Seimbangkan aktiviti-aktiviti pasukan

Pihak guru boleh mempelbagaikan aktiviti pasukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti
bengkel kenaikan pangkat TKRS,perkhemahan di hutan,aktiviti kelas,sukan eka,pelancongan ataupun
lawatan sambil belajar.

Selain itu,setiap perjumpaan boleh di selangselikan dengan pelbagai aktiviti seperti pada
perjumpaan pertama kelas asas TKRS,perjumpaan kedua kawad kaki,perjumpaan ketiga asas
perjalanan hidup seorang remaja dan sebagainya. Hal ini dianggap wajar kerana bersesuaian dengan
sikap murid itu sendiri yang mudah bosan dengan sesuatu perkara. Murid-murid lebih gemar sesuatu
aktiviti yang pelbagai kerana mereka sukakan sesuatu perkara dan pengalaman yang baru.

Pihak sekolah perlulah seimbangkan aktiviti kokurikulum ini kerana untuk mencapai JERI
bukan hanya bergantung pada aktviti kawad dan perkhemahan semata-mata. Aktiviti lain juga
menyumbang pada kecemerlangan sahsiah pelajar itu sendiri.

2) Menggunakan tenaga mahir

Bagi mencapai kejayaan yang berterusan,pihak pengurusan kokurikulum sekolah boleh mendapatkan
tenaga jurulatih dari luar bagi memantapkan jurulatih sedia ada. Hal ini di anggap wajar kerana bagi
membentuk satu pasukan kawad kaki yang mantap perlukan jurulatih yang berkaliber.

Justeru itu,pada setiap hari rabu,pihak sekolah boleh terus menggunakan jurulatih mahir
bermula dari awal tahun sekurang-kurangnya sebulan sekali pada peringkat awal bagi mendapatkan
16

masa yang cukup menjadikan satu pasukan kawad kaki yang benar-benar bersedia menjadi juara.
Page

Bukanlah tujuan memanggil jurulatih dari luar untuk meminggirkan jurulatih sedia ada,tujuan
memanggil jurulatih dari luar bertujuan penambahbaikkan jurulatih sedia ada disamping memberi
idea baru untuk kebaikakan bersama.

3) Menggadakan Hari Anugerah Kokurikulum


Pihak sekolah perlu menyediakan sedikit peruntukkan untuk mengadakan satu majlis
pengganugerahan bagi mereka yang cemrlang samada murid mahupun guru itu sendiri.Majlis tersebut
bertujuan memberi penghargaan kepada yang mereka yang layak. Secara tidak langsung,murid serta
guru lebih bersemangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan kerana setiap hasil kerja mereka
dihargai oleh pihak sekolah.

Ketika berlangsungmajlis tersebut,lebih seronok jika diadakan di luar kawasan sekolah bagi
mendapatkan satu suasana yang berlainan. Selain itu, pada hari tersebut boleh diselitkan dengan
penyampaian sijil penyertaan Unit Uniform TKRS bagi setiap ahli.

Akhirnya,majlis tersebut tidak bererti jika tidak menggadakan sekali dengan jamuan akhir
tahun meranggkap jamuan perpisahan. Maka lengkaplah satu anugerah yang cukup gemilang bagi
menghargai mereka yang cemerlang.

4) Mengadakan perjumpaan bersama Ibubapa

Satu usahasama perlu dibentuk bukan sahaja antara pihak guru dan pelajar sahaja,tetapi usahasama
antara pihak guru(sekolah) dianggap perlu bagi memastikan mendapat sokongan padu dari pihak
ibubapa. Oleh itu,sebelum memulakan langkah yang lebih jauh,kami menyarankan supaya membuat
hari berjumpa ibubapa.

Pada hari tersebut,para guru-guru boleh berdiskusi bersama pihak penjaga mengenai matlamat
perjalanan TKRS sekolah. Secara tidak langsung,penjaga dapat memahami program yang dijalankan
disekolah dengan lebih jelas. Perkara ini dapat lagi memudahkan lagi jurulatih bersama guru untuk
melakukan aktiviti pada luar waktu kelas.

Selain itu juga,pihak sekolah dan penjaga dapat merapatkan siratullrahim dari kedua-dua
belah pihak bagi mencapai kejayaan bersama.Diharap kerjasama ini dapat memberi hasil yang
diharapkan.
17Page

5) Menyediakan pasukan simpanan

Kebanyakkan peserta kawad kaki TKRS SK Bukit Kapar terdiri daripada pelajar tahun 6. Masalah
yang bakal hadapi ialah apabila menjelang hari yang hampir dengan UPSR pelajar menumpukan pada
pelajaran mereka. Jika terdapat pertandingan ketika itu,pihak sekolah tidak dapat menyertai kerana
kekurangan ahli.
Justeru itu,adalah lebih baik jika diwujudkan satu pasukan simpanan yang terdiri murid-murid
tahun 4 dan tahun 5. Murid ini dapat dilatih dari awal bagi mendapatkan pendedahan awal kepada
mereka dengan memberi peluang mereka menyertai beberapa pertandingan semasa ketiadaan skuad
utama.

Selain daripada itu,pada tahun hadapannya pihak sekolah tidak perlukan lagi bersusuah payah
lagi untuk mencari bakat baru kerana pasukan simpanan boleh memikul tanggungjawab sebagai
pasukan utama.

18
Page

10.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya,untuk menjadi satu unit uniform yang benar-benar berjaya bukanlah satu tugas
yang mudah. Perancangan yang rapi dan usaha beterusan sahaja dapat menjamin kejayaan. Selain itu,
matlamat, visi, dan objektif yang jelas dapat memastikan perjalanan diatas landasan yang betul.
Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan kokurikulum SK Bukit Kapar dapat melakukan
yang terbaik bagi memastikan kejayaan diperingkat daerah,negeri dan kebangsaan. Kejayaan dikecapi
boleh dipertingkatkan dengan beberapa penambahbaikkan yang disarankan.semoga berjaya pada
masa-masa akan datang.

Kesimpulannya, bagi merencanakan gerak kerja kokurikulum hendaklah dilakukan dengan


bersungguh bagi mencapai hasil yang membanggakan. Kerjasama pihak sekolah dengan beberapa
pihak berwajib sangat penting bagi menjamin kelancarannya nanti.

19
Page

11.0 RUJUKAN

1. www.google.com
2. Ab. Alim Abdul Rahim Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Penerbit Oxford Fajar terbitan
2004
3. Buku Panduan Pengurusan 2010 Kokurikulum SK Bukit kapar
4. Kertas kerja Pasukan kawad Kaki SK Bukit kapar
5. Fail Unit Uniform TKRS 02/02/004

20
Page

Vous aimerez peut-être aussi