Vous êtes sur la page 1sur 5

 

Pra-Sejarah
Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik,
Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian
prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat
prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. 
Pendahuluan :
 Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan
atau rekod bertulis tentang sejarah manusia.
 Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum
penciptaan tulisan.
 Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman
Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan
Prasejarah Akhir ( Neolitik ).
 Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10
000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik
wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM.
 Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan
dengan satu kawasan yang lain mengikut
perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.
Isi :
Zaman Prasejarah Awal :
 Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan
Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus
Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan
menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun
temurun.
 Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan
panah dan buatannya kasar.
 Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul
hasil hutan.
Zaman Paleolitik Awal :
 Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu,
menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
 Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah.
 Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung
dibawah ranting
 Kayu yang ditutupi dengan rumput.
 Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah
yang digali.
 Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-
barang yang menunjukkan wujud upacara
pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini
selepas kematian.
Zaman Paleolitik Akhir
 Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM
 Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai
Cro Magnon berdasarka
 penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di
Dorgogne, Perancis.
 Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian
berukiran halus.
 Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang,
tanduk atau gading binatang.
 Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum.
 Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai
alat perhiasan seperti subang.
 Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam
kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang
teratur.
 Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh
dibahagikan sama rata.
 Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran
melukis dan mengukir.
 Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada
gambar- gambar binatang yang dianggap dapat
membantu mereka memburu.
Zaman Mesolitik :
 Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman
Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar
10 000 SM hingga 7 000 SM.
 Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan
mereka mulai mendapatkan sumber makanan
daripada hasil pertanian.
 Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan
alat bajak.
 Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air
seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia.
 Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan
sungai.
 Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi,
unta dan lain-lain
 Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang
dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.
Zaman Neolitik :
 Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat
tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka
berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.
 Perkembangan pertanian telah melahirkan
masyarakat yang bergantung pada sumber makanan
utama dan mengubah corak hidup manusia.
 Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk
dan penempatan kekal telah mewujudkan
pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka.
 Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai
petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang
melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang
kompleks.
 Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan
menggunakan kaedah sistem barter antara satu
tamadun dengan tamadun yang lain.
 Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa
ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan
upacara ritual dan amalan korban.
 Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat
mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu
aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.
Kesimpulan :
 Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal
dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan
Revolusi Pertanian dan penempatan.
 Perkembangan pertanian merupakan asas penting
dalam mewujudkan masyarakat yang lebih
bertamadun

Vous aimerez peut-être aussi