Vous êtes sur la page 1sur 3

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

 
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun
yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan
dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah
syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang
jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.
Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan
juga di hujung minggu.
 
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya
sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang
dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba
memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun,
Kedah.
 
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar
selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital
selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang
yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri
dan doktor yang merawatnya.
 
 
Sewaktu beliau koma
 
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya
usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45
petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya
sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang
usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah
ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.
Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah
orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang
bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan
juga kedua anak beliau  yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu
pesakit di luar wad.
 
 
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya
iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan
surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik,
sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah
melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah . Beliau
bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
 
 
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan
masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang
terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu
dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal
10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas
mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan
malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal
mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.
 
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah
mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya,
siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka
adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor
sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah
anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah
menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar
harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat
dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat
itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari
komanya dan meraung kesedihan.
 
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya
sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di
dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
 
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada
saya untuk tatapan anda sekelian.
 
Apa yang disesalkan:
 
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya
kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan
anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
 
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan
masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih
pada saya kalaupun saya mati
 
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada
kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya
tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
 
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini
menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya
tiada keikhlasan
 
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke
rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri
beliau.
 
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal
yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka
juga tiada keikhlasan.
 
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik
beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan
dari mereka.
 
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana
tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu
lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya
Allah yang tahu.
 
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau
atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
 
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat
demikian.
 
 
Sahabat:
 
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi
pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari
cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan
takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
 
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa
bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah
ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita
itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah
dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita
telah beri. Selalulah memberi.
 

Vous aimerez peut-être aussi