Vous êtes sur la page 1sur 24

VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.

1 Sidang 2009/2010

VZM 218 – SEJARAH MUZIK BARAT


Semester I Sidang Akademik 2009/2010

Topik Penyelidikan:

ASPEK PERKEMBANGAN DAN PERBEZAAN


MELODI, RITMIK, dan TEKSTUR
Dalam KUINTET TALI
(String Quintet K.174 & K.614)
WOLFGANG AMADEUS MOZART

Disediakan oleh:
ADELINE ONG SIAU SHIUN 881109-56-6466 (101183)

Disediakan untuk:
LENA P.H. LIE
Pensyarah Pusat Pengajian Seni USM

28 SEPTEMBER 2009
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

Kandungan

1. Kehidupan Wolfgang Amadeus Mozart

2. Muzik Kamar - Kuintet Tali oleh Mozart

Analisa kuintet tali K.174 dan K.614:-

- Aspek Melodi

- Aspek Ritmik

- Aspek Tekstur

3. Kesimpulan

4. Sumber rujukan

5. Lampiran
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

1) Kehidupan Wolfgang Amadeus Mozart

Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 – 5 Disember 1791) merupakan

seorang penggubah muzik yang amat terkenal serta berpengaruh pada zaman Klasikal

sehingga hari ini. Beliau dilahirkan di Salzburg, Austria dalam keluarga pemuzik.

Beliau menunjukkan bakat muziknya sejak kecil lagi (beliau mahir dalam kibod dan

violin). Oleh itu, bapanya menggunakan peluang ini dan membawa Mozart yang

berumur lapan tahun dan kakaknya, Maria Anna Nannerl untuk memberi

persembahan publik secara kunjungan di Eropah termasuklah istana di Paris dan

London. Namanya kian dikenali orang ramai. Mozart memberi persembahan di

pelbagai tempat seperti Prague, Itali, Vienna, London, Manheim, dan Paris.

Pada tahun 1774 hingga 1777, Mozart bekerja sebagai Konzertmeister di

istana Putera Archbishop, Salzburg. Walaupun begitu, beliau tidak puas hati dan

meninggalkan Salzburg dan pergi Manheim dan Munich untuk mencuba nasibnya.

Selepas beberapa cubaan gagal, akhirnya beliau balik ke istana di Salzburg dan

bekerja selama dua tahun lagi. Mozart juga dihantar ke istana di Vienna, tetapi beliau

tidak dibenarkan memegang jawatan yang paling diingini. Mozart kembali bebas

dari kongkongan pekerjaan selepas 1781 dan mula menggubah karya, memberi

persembahan, dan juga mengajar muzik.

Perkahwinan Mozart dengan Constance Weber, anak saudara Carl Maria von

Weber (komponis ‘Der Freischutz’) berlangsung pada tahun 1782 dan pasangan

tersebut tinggal di Vienna. Walaupun nama Mozart telah tersebar luas pada masa itu,

kehidupannya tidak mewah, malah mempunyai masalah kewangan. Bagi menyara

keluarga, beliau mulai menggubah tanpa berhenti. Pelbagai aliran muzik digubah

seperti simfoni, sonata, opera dan sebagainya. Opera terkenal seperti ‘Don

Giovanni’, ‘The Marriage of Figaro’, turut dihasilkan. Namun beliau mendapat


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

sedikit gaji sahaja untuk opera. Mozart juga menyara keluarganya dengan

menerbitkan komposisi muzik seperti sonata untuk biola dan piano. Komposisi aliran

lain seperti kuartet, opera komik juga dihasilkan. Walaupun Mozart berjaya mencari

pendapatan yang banyak, beliau tidak pandai dalam pengurusan kewangan dan tidak

menabung untuk masa depan sehingga beliau sentiasa meminjam wang daripada

kawannya.

Mozart turut berkawan dengan Joseph Haydn di Vienna dan menggubah enam

kuartet tali yang didekasikan kepada Haydn. Beliau pintar dari segi ingatan dan

belajar dari komponis lain lalu mencipta gaya tersendiri dalam penggubahan

muziknya. Gaya muzik beliau mempunyai melodi serba nyanyian dan mudah

diingati, pembahagian frasa yang seimbang dengan penggunaan kord dan harmoni

yang mudah. Karya lewatnya mempunyai banyak elemen muzik zaman Barok seperti

fuga dan kaunterpoin. Pada tahun 1791, beliau jatuh sakit dan menjadi amat lemah.

Produktiviti karya pada akhir hayatnya amat tinggi, antaranya seperti ‘The Magic

Flute’, motet ‘Ave verum corpus’, dan ‘Requiem’ (malangnya tidak disiapkan).
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

2) Muzik Kamar - Kuintet Tali oleh Mozart

Sejarah ensembel muzik kamar telah bermula sejak awal abad ke-16. Muzik

kamar pada masa dahulu adalah seperti madrigal (muzik sekular) dan motet

(keagamaan). Muzik kamar pada era Klasikal, iaitu lebih kurang tahun 1750-1820,

terkenal dengan kuartet tali oleh Joseph Haydn. Beliau menghasilkan 68 kuartet tali.

Kuartet tali merupakan kombinasi utama dalam muzik kamar. Walaupun begitu,

terdapat juga kombinasi lain seperti trio tali, piano trio, dan kuintet tali. Kertas

penyelidikan ini akan membincangkan kuintet tali (string quintets) awal dan lewat

oleh Mozart dari segi perkembangan, perbezaan melodi, ritmik, dan tekstur.

Alat muzik dalam kombinasi kuintet tali terdiri daripada dua biola, dua biola

alto, dan satu cello. Mozart mahir dalam alat muzik biola, tetapi alat tali

kegemarannya ialah viola. Karya kuintet tali Mozart yang pertama, K.174 dalam B-

flat major, disiapkan pada bulan Disember 1773 di Salzburg. Karya ini adalah seperti

karya eksperimental kerana pada masa itu masyarakat lebih selesa dengan kuartet tali.

Begitu juga dengan karya trio (biola, cello, double bass) oleh Leopold Mozart.

Kuintet Mozart mempunyai empat gerakan, seperti struktur simfoni. Dalam

kuintet tali beliau, penggubahannya masih mempunyai bentuk trio sonata kerana

terdapat bahagian yang hanya ada dua biola dengan cello atau dua biola alto dengan

cello, berbeza daripada konsep kuintet iaitu lima bahagian memainkan benda berbeza.

Karya kuintet tali Mozart juga amat bergantung pada repetisi antara bahagian biola

dan biola alto dan unsur dialog. Kuintet tali Mozart yang seterusnya dihasilkan

selepas 14 tahun, K.515 dalam C major, dan K.516 dalam G minor, masing-masing

disiapkan pada 19 April dan 16 Mei 1787. Kedua-dua kuintet tali ini sering

dipasangkan atas perbezaan perasaan yang dibawa oleh nada major dan minor. K.515
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

membawa perasaan riang manakala K.516 memberikan perasaan kekosongan jiwa

dan kesunyian. Kedua-dua kuintet ini sering menjadi perdebatan dan perbincangan

orang ramai tentang pemikiran, pandangan, dan kehidupan Mozart.

Kuintet tali yang keempat, K.406 dalam C minor, merupakan penyusunan

semula dari Serenade untuk alat tiup, K.388. Kuintet tali akhir, K.593 dalam D major

dan K.614 dalam E-flat major, masing-masing disiapkan pada akhir hayatnya, tahun

1790 dan 1791, memperlihatkan perkembangan genre muzik beliau dari mudah ke

kompleks kerana kedua-dua kuintet tali ini lebih kompleks daripada kuintet tali

sebelumnya dari segi tekstur yang lebih tebal dan huraian melodi yang lebih panjang.

Kuintet K.593 mempunyai gerakan pertama yang lebih nipis dari teksturnya

berbanding dengan kuintet awal tetapi mempunyai elemen-elemen polifoni. Begitu

juga sama dengan K.614, iaitu minuet yang bersifat kanon dan gerakan keempat yang

bersifat fuga ganda. Gerakan pertama K.614 juga mempunyai sifat-sifat persaingan

antara biola pertama dengan alat muzik lain. Gaya kedua-dua kuintet tersebut adalah

karya lewat Mozart di mana beliau cuba membuat sedikit perubahan dan

mengembalikan estetik-estetik muzik awal ke dalamnya. Walaupun K.593 dan K.614

lebih berbunga dan panjang dari segi perkembangan motif, namun secara tersirat

masih terdapat keseragaman yang mengikatkan idea dalam keseluruhan karya-karya

tersebut.

Secara ringkas, Mozart telah menggubah sebanyak enam kuintet untuk alat tali

dan masing-masingnya membawa perasaan berbeza dari teknik susunan mainan

orkestrasi (di sini, hanya lima alat tali sahaja). Enam kuintet ini juga memperlihatkan

perkembangan gaya yang dieksplorasi oleh Mozart dari umur belasan tahun ke akhir

hayatnya.
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

Analisa Kuintet Tali K.174 dan K.614

Kuintet tali yang akan dikaji dalam laporan ini ialah K.174 dan K.614.

Kuintet tali No.1 dalam B-flat major, K.174, disiapkan pada bulan Disember 1773 di

Salzburg. Pada masa itu, kuintet kurang diminati dan tidak dieksplorasikan. Inspirasi

Mozart untuk mula menggubah karya kuintet kebesaran adalah pengaruh dari Michael

Haydn, adik kepada Joseph Haydn kerana beliau telahpun menghasilkan dua karya

kuintet tali. Michael Haydn bekerja sebagai Konzertmeister di istana Putera

Archbishop, Salzburg sejak tahun 1763. Walaupun terdapat pengaruh Haydn dalam

kuintet Mozart iaitu sedikit bahagian duet antara biola dan biola alto di gerakan

kedua, kuintet tali K.174 bersifat eksperimental dan tidak begitu matang dari segi

eksplorasi secara sepenuhnya. Keempat gerakan dalam kuintet K.174 ialah Allegro

moderato, Adagio, Menuetto ma allegro, dan Allegro. Kuintet ini mempunyai banyak

skel terutamanya di gerakan keempat. Gerakan kedua juga membawa perasaan

serenade dengan melodi dan cara susunan not-notnya. Berbanding dengan kuintet

K.614, kuintet ini menunjukkan Mozart yang cuba mempergunakan motif melodi dan

memperkembangkannya pada umur lapan belas tahun. Kuintet ini tidak begitu

terkenal dan jarang dimainkan kerana kurang popular daripada kuintet lewatnya.

Kuintet tali No.6 dalam E-flat major, K.614, disiapkan pada bulan April 1791

dan masih menggunakan dua biola alto, bukan satu biola alto dan dua cello, seperti

kuintet tali Schubert. Kegemaran beliau terhadap biola alto memberi peluang

kepadanya untuk mengeksploraki warna dan tekstur berbeza dalam perantaraan

kuartet tali. Kuintet K.614 bukan sahaja lebih berbunga dan panjang, ia juga

mempertunjukkan bahagian virtuoso di gerakan keempat. Gerakan keduanya lebih

bertumpu pada campuran antara muzik kamar dan solo. Secara keseluruhannya,
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

kuintet terakhir ini jauh lebih mampat dan kompleks daripada kuintet sebelumnya

tetapi amat halus dan indah dari segi penyusunan tekstur.

a) Aspek Melodi

Melodi merupakan satu rangkaian not linear yang mempunyai corak berbeza,

bertumpu pada tonik, dan bersifat tiun. Dalam gerakan pertama, kuintet tali B-flat

major, K.174 mempunyai melodi yang lebih licin berbanding dengan kuintet tali E-

flat major, K.614. Tema melodi utama bagi kuintet tali K.174 ditunjukkan di bawah:-

Seperti yang dilihat, melodinya adalah amat lirikal dan ekspresif. Iringannya

Melodinya dimulai dalam B-flat major oleh biola 1 dan diulangi oleh biola 1 sebelum

pergi ke transisi. Permulaan corak melodinya adalah menurun lalu menaik. Di

transisi, hanya biola 1 yang memainkan melodi. Perkembangannya bermula dengan

bahan diambil dari eksposisi kemudian menjurus kepada skel, iaitu dari bar94 ke 115,

setiap bar terdapat running-notes oleh satu alat muzik. Bahagian rekapitulasi terdapat

koda untuk 6 bar sebelum menamatkan gerakan 1. Cello kebanyakannya memainkan

pada bit pertama dan ketiga dan not ulangan (b.23-34, 143-156). Pembahagian frasa

di gerakan ini adalah seimbang. Terdapat banyak repetisi dan imitasi melodi seperti

di b.61-64 antara biola 1 dan 2, barisan melodi di b.35-47. Selain itu, terdapat juga

perhiasan melodi seperti ornamentasi dan pembungaan. Contohnya, turn di bar11 oleh

biola 1, trill di bar7, appoggiatura di bar 156. Unsur dialog juga dijumpai di b.68-72,

82-86, 90-93, 209-212. Gerakan ini membawa perasaan tenang.

Bagi kuintet K.614 pula, melodinya dimulai dalam E-flat major oleh biola alto

1 dan dijawab oleh biola 1 dengan corak melodi menurun. Melodinya kedengaran

lebih girang dan seperti permainan kerana terdapat banyak unsur dialog antara biola 1
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

dan alat muzik lain (b.1-4, 5-8, 9-10, 26-30,78-86,96-99,106-124 di eksposisi dan

perkembangan) yang seumpama kejar-mengejar. Pembahagian frasa juga tidak begitu

seimbang berbanding dengan kuintet K.174 kerana Mozart banyak mengembangkan

idea dan motif melodi di sini. Satu bahagian koda sebanyak 18 bar terdapat di akhir

gerakan 1. Selain itu, kuintet ini mempunyai not melompat (leaping notes) yang lebih

banyak, contohnya di b.14, 41, 63, 90, 92. Kuintet ini juga menggunakan pedal-poin

(b.31-38, 157-164). Sama seperti kuintet K.174, perhiasan melodi dari segi

ornamentasi dan not bukan harmoni juga didapati seperti trill, grace notes (b.39, 43,

47, 51, 60), appoggiatura (b.202).

Seterusnya, untuk gerakan kedua, biola memegang peranan lebih penting

dalam kuintet K.614 kerana melodi dimainkan oleh biola, bukan biola alto ataupun

cello, manakala kuintet K.174 mempunyai bahagian untuk kedua-dua biola dan biola

alto. Misalnya, terdapat bahagian dialog di b.11-15 antara biola 1 dan biola alto 1.

Gerakan kedua kuintet K.174 juga jauh lebih pendek daripada kuintet K.614 dan

bahan melodi yang digunakan dan dikembangkan amat terhad berbanding dengan

K.614 yang panjang lebar tetapi kaya dari segi pembezaan dan perkembangan dalam

melodinya. Kuintet K.174 juga mempunyai melodi yang lebih pendek daripada

K.614, iaitu hanya 4 bar yang ditunjukkan:

Kuintet K.174 juga mempunyai not kord untuk 2 bar sebelum kemasukan melodi

yang seumpama intro untuk menyampaikan perasaan gerakan ini. Di bahagian

rekapitulasi K.174 (b.31), melodi dan iringannya dari b.31-34 adalah serupa dengan

b.3-6. Namun bagi K.614, kemunculan kembali melodi dalam nada tonik (B-flat

major untuk gerakan 2) di b.36 dan b.88 menunjukkan variasi di iringan, iaitu di

variasi pertama, iringan di bahagian biola 2 bertukar menjadi not-not melompat


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

manakala di variasi kedua, iringannya menjadi not lompat dengan pembungaan dan

dimain oleh setiap alat muzik (kecuali biola 1) secara bergilir-gilir. Perbandingan

antara ketiga-tiga iringan (asal, variasi pertama dan kedua) ditunjukkan seperti

berikut:

Asal:

V. 1 :

V. 2 :

Bagi bahagian cello, kuintet K.174 mempunyai lebih banyak not lompat berbanding

dengan K.614 kerana K.614 terdapat not-not repetisi oleh cello seperti di b.16-20, 33-

35, 47, 53-54, 68-69. Kuintet K.614 juga mempunyai banyak not skel yang cepat

(running passages) terutamanya oleh biola 1, contohnya b.21-24, 26-36, 55-58, dan

84-87.

Gerakan ketiga untuk kedua-dua kuintet K.174 dan K.614 adalah berbeza

walaupun kedua-duanya Minuet dan Trio, dalam bentuk ternari dan setiap minuet dan

trio adalah binari patah balik. Minuet K.174 menunjukkan perasaan tenang dalam

minuet dengan artikulasi yang licin. Melodinya dimain oleh biola 1 sehingga ke b.12,

lalu disambung oleh biola alto 1 dari b.13-16, bit 1, seperti gema. Biola 1

menyambung balik melodi dari b.18-20, tetapi berfungsi sebagai gema. Minuet

kuintet K.614 pula menggunakan motif melodi dan motif ini dimainkan oleh setiap

alat muzik melalui inversi (b.17-18 oleh biola alto) atau sama hanya bermula pada pic

berbeza (b.16-18 oleh biola). Motif melodi ditunjukkan:-

Frasa melodi di minuet kuintet K.174 ialah 4+4 manakala kuintet K.614 ialah 4+8.

Minuet kedua-dua kuintet ini tidak mempunyai ornamentasi.

Bagi Trio, kuintet K.174 digubah berasaskan gema (echo). Elemen ini boleh
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

diperlihatkan di seluruh trio. Melodinya dimain oleh biola 1 dan biola 2 pula

mengulangi beberapa not akhir atau seluruh frasa tersebut dan dalam dinamik

perlahan. Trio bagi kuintet K.614 mempunyai melodi di biola 1 yang lirikal dan

berterusan. Biola alto 1 memainkan melodi bersama biola 1dari b.58-89, bit 1.

Seterusnya, melodi disampai oleh ketiga-tiga biola 1,2, dan biola alto 1 sehingga akhir

trio. Kedua-dua trio kuintet tali ini mempunyai ornamentasi trill di melodi.

Gerakan keempat kuintet tali K.174 adalah berdasarkan motif not melodi

yang berulang dan not skel yang diulangi antara alat muzik berlainan. Terdapat

banyak repetisi melodi seperti melodi di b.13-14 diulangi di b.15-16 oleh biola alto 2

dan di b.17-18 oleh biola 2. Pengulangan seluruh frasa melodi juga didapati seperti

melodi yang dimain oleh biola alto 1 di b.49-53 diulangi satu oktaf tinggi oleh biola 1

dari b.53-57. Keadaan sama boleh dijumpai di b.64-77, 217-225,bit 1 antara biola

alto 1 dan biola 1 serta di b.232-244 antara biola alto 2 dan biola 2. Sekuens juga

terdapat dari b. 26, bit 2-37. Unsur dialog boleh dijumpai antara biola 1 dan 2 di

b.77-82. Satu tema baru muncul selepas rekepitulasi di b.262-278 sebelum menuju ke

koda di b.279. Di koda terdapat satu bahagian iaitu melodinya dimain oleh satu alat

muzik untuk 1 bar kemudian disambung kepada alat muzik lain sehingga kelima-lima

alat muzik bermain bersama untuk membina klimaks bagi mengakhiri (b.291-300)

gerakan ini.

Bagi gerakan keempat kuintet K.614, frasa pertamanya ialah 8 bar berbanding

dengan 11 bar di kuintet K.174. Melodinya disampai oleh biola 1 dari permulaan

sehingga b.16, melodi dimain oleh biola 2. Terdapat unsur gema di b.25-30 antara

biola 1,2 dengan alat muzik lain. Gerakan ini boleh dikatakan seperti persaingan

antara biola 1 dengan alat muzik lain kerana biola 1 yang memainkan kebanyakan

bahagian melodi dalam tempo dan ritma cepat dan menggerakkan muziknya.
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

Contohnya dari b.31-50. Selain itu, gerakan keempat kuintet K.614 juga mempunyai

elemen Barok iaitu gaya fuga dalamnya dari b.111-151 dan gaya kontrapuntal (b.270-

281). Kedua-dua gerakan kuintet K.174 dan K.614 mempunyai double-stop (2 not

dimain secara serentak) dan triple-stop (3 not dimain secara serentak) oleh alat tali.

Contoh ditunjukkan:-

K.174: b.146, biola 2 b.21, biola 2:

K.614: b.43, biola alto 2 b. 302, biola 1:

Selain itu, terdapat juga imitasi seperti dialog antara biola alto 2 dan cello di b.161-

173.

Secara ringkasnya, gerakan keempat K.614 mempunyai lebih banyak bahan

melodi berbanding dengan K.174 dan kaya dari variasi dalam pembentukan corak

melodi. Ini boleh dilihat dengan perbandingan tanda rehat yang lebih di K.174

berbanding dengan K.614 yang ingin menunjukkan kehebatan dalam keupayaan

kerjasama anatara setiap alat muzik.


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

b) Aspek Ritmik

Ritmik merupakan kepanjangan not dalam jangkaan masa tertentu. Dalam

gerakan pertama, ritmik yang digunakan oleh kuintet tali dalam B-flat major, K.174

lebih panjang dan berterusan berbanding dengan kuintet tali E-flat major, K.614 yang

lebih statik dan bermain pada setiap divisi bit. Ritma melodi K.174 pula bermula dari

panjang ke pendek. Contoh ditunjukkan:-

K.174:

K.614:

Sinkopasi muncul lebih awal di K.174 iaitu pada melodi di b.4-6, iringan di

b.23-24 oleh biola 2, biola alto 1 dan 2, dan cello seperti yang ditunjukkan:-

b.4-6:

b.23-24:

Sinkopasi juga muncul pada melodi seperti dari b.28-31. Gerakan pertama

kuintet K.174 mempunyai ritma bertitik manakala K.614 tidak mempunyai ritma

bertitik. Kemunculan ritma bertitik pertama boleh dijumpai di b.7 bahagian biola 1

dan 2. Ritma melodi dan iringan dalam gerakan pertama K.174 adalah berbeza, ritma

melodinya panjang dan berterusan manakala iringannya pendek iaitu kuaver yang

dimain oleh biola 2 dan biola alto 2 (Contoh: b.1-6).

Berbanding dengan K.614, ritma melodi yang bermain pada setiap divisi atau

subdivisi bit dan iringan yang bermain pada bit utama dan divisi bit dengan lebih
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

kerap menghasikan kesan yang statik dan stabil. Misalnya di b.4 dan b.11 iaitu setiap

alat muzik bermain bersama-sama. Ritma triplet lebih kerap digunakan di gerakan

pertama K.174 manakala ritma semikuaver digunakan di K.614. Ritma triplet boleh

dijumpai di b.61-64 di K.174 dan teruatamanya di bahagian perkembangan dari b.94-

115, b.187-190, b.213-216. Ritma semikuaver dalam K.614 boleh dijumpai di mulai

b.2 di biola 1 seumpama untuk memperkenalkan penggunaannya di b.20 yang muncul

sehingga ke b.27. Tema kedua dalam K.614 juga menggunakan ritma semikuaver

untuk menghiaskan melodi (b.38) dan sebagai iringan (b.54-59, b.62-69). Bahagian

solo biola 1 di b.70-71 juga dibina berdasarkan semikuaver. Kemudian ritma

semikuaver dimainkan oleh biola 1 dari b.72-74 dan dalam arah menaik untuk

membina kemuncak muziknya. Dalam bahagian perkembangan, ritma semikuaver

tanpa berhenti dijumpai di biola 2, biola alto 1 dan 2 di b.90-94, 100-104 sebagai

iringan untuk menghasilkan kesan ketegangan. Bahagian rekapitulasi kuintet K.614

(bermula di b.124) pula menggunakan ritma semikuaver untuk menghiaskan melodi,

menjadikannya lebih lirikal. Gerakan pertama K.614 tamat dengan ritma yang

memulakan gerakan ini iaitu frasa akhir (b.224-232) yang menggunakan 6 kuaver.

K.174 pula tamat dengan ritma triplet (b.213-216).

Gerakan kedua bagi kedua-dua kuintet juga memberi perasaan berbeza

berdasarkan jenis ritma yang digunakan. Motif ritma K.614 ialah berdasarkan tiga not

pertamanya - pendek, pendek panjang manakala K.174 ialah panjang, pendek,

pendek. Kedua-dua K.174 dan K.614 bermula dengan ritma kuaver tetapi kuaver

dalam K.174 adalah berterusan dan bermula dalam bit pertama manakala tiga not

kuaver pertama K.614 adalah diasingkan oleh tanda rehat dan bermula pada bit ketiga.

Ritma bertitik yang muncul pada melodi kedua-dua gerakan kedua K.174 dan K.614

adalah serupa untuk dua bit pertama seperti yang ditunjukkan:-


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

K.174: b.3, biola 1:

K.614: b.1, biola 1:

Ritma triplet mula muncul di b.6 dalam gerakan kedua K.174 dan ini menjadi lebih

jelas di b.11-17 oleh setiap alat muzik kecuali cello. Contohnya, b.12 yang

ditunjukkan, cello hanya memain pada bit-bit utama:-

Ritma semikuaver pula berperanan penting dalam gerakan kedua kuintet

K.614 kerana diterapkan dalam melodi, dijadikan jambatan (b.21-23 oleh biola 1) dan

sebagai iringan (b.26-36 oleh biola 1). Iringan semikuaver oleh biola 2 dari b.36-44

juga menghasilkan variasi dan perasaan yang lebih aktif. Kemudian, variasi kedua

untuk K.614 (b.88) menggunakan ritma kuaver untuk mengiringi melodinya. Motif

ritma sebagai iringan untuk variasi adalah seperti berikut:-

Variasi 1: b.37:

Variasi 2: b.89:

Di samping itu, gerakan kedua K.174 juga mempunyai ritma

hemidemisemikuaver, misalnya b.15, bit 3 oleh biola 1. Namun, ia hanya berfungsi

sebagai not bukan harmoni dan untuk perhiasan sahaja.

Seterusnya, ritma untuk gerakan ketiga K.174 kebanyakannya ialah minim,

krotchet, kuaver manakala untuk K.614 ialah minim bertitik, minim, krotchet, kuaver.

Ritma untuk K.174 adalah panjang diikuti dengan pendek bagi minuet dan trio,

manakala untuk K.614 ialah panjang, pendek diikuti panjang bagi minuet dan sama
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

kepanjangan (same note value) untuk Trio. Ritma untuk melodi K.174 dalam gerakan

ini dibina berdasarkan minim dan kuaver saja untuk minuet. Dalam minuet K.174,

biola 2 yang memainkan iringan hanya memainkan ritma kuaver kecuali b.20 dan

b.29 yang memainkan krotchet. Ritma dalam minuet, gerakan ketiga K.614 juga agak

statik dengan enam krotchet sekali. Perbandingan kedua-dua ritma untuk melodi

minuet K.174 dan K.164 ditunjukkan:-

K.174:

K.614:

Ritma ditunjukkan di atas bagi K.614 diambil sebagai motif dan ritma ini dijadikan

iringan di bahagian cello, b.18-20, 26-28 ataupun sebagai iringan secara inversi (b.17-

18, bahagian biola alto).

Bagi trio pula, oleh sebab trio K.174 digubah secara pengulangan melodi dan

gema (echo effect), ritmanya juga diulangi serupa dengan melodinya hanya dimainkan

oleh alat muzik berbeza. Misalnya, biola 2 memainkan b.47-48 sebagai ulangan

kepada not-not b.45-46 yang dimainkan oleh biola 1. Trio untuk K.614 pula bermula

dalam ritma serba tarian waltz kerana mempunyai ritma iringan yang statik oleh alat

muzik lain sedangkan biola 1 sedang memainkan melodi dalam kuaver dan

kedengaran seperti aliran air (flowing). Cello yang memainkan iringan hanya memain

ritma krotchet ataupun minim bertitik sahaja.

Gerakan keempat untuk K.174 bermula dengan ritma sekata iaitu kuaver

manakala K.614 pula bermula dengan ritma pendek dan panjang. Ritma tersebut

masing-masing dijadikan sebagai motif dan muncul sepanjang gerakan kedua-dua

kuintet ini. Motif untuk ritma adalah:-

K.174:

K.614:
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

Sebagai contoh, motif ritmik K.174 muncul di b.26-27, 70-71, 142-143, 232-233,

286-287. Ritma semikuaver juga muncul dan diulangi oleh alat muzik berbeza untuk

menggerakkan muzik (Cth: b.12-25, 95-124). Tambahan pula, ritma triplet muncul

tetapi di tema baru di b.267-275 sebelum muzik menuju ke bahagian koda.

Bagi gerakan keempat kuintet K.614, motif ritmiknya diambil dari melodi dan

boleh dicari di bahagian fuga seperti di b.111 biola 1, bahagian iringan seperti dari

b.161-173 oleh biola alto 2 dan cello. Pada permulaan gerakannya, semua alat muzik

memainkan ritma yang sama untuk bit pertama untuk menekankan kekuatan muzik

gerakan ini. Penggunaan ritma semikuaver juga amat jelas seperti di b.9-16 oleh biola

1 manakala alat muzik lain yang memainkan iringan. Ini juga boleh dilihat di b.31-

50, 214-233 yang menunjukkan kehebatan (virtuosity) biola 1. Selain itu, ritma

sinkopasi juga diperkenalkan mula-mulanya di b.11-12 oleh biola alto 1 dan 2. Ritma

sinkopasi yang amat jelas ialah bahagian iringan di b.226-229 oleh biola 2, biola alto

1 dan 2. Sepintas lalu, gerakan keempat kuintet K.614 adalah dipimpin oleh biola 1

termasuklah bahagian fuga di mana biola 1 yang memulakan subjeknya. Gerakan ini

membawa satu perasaan gembira dan kekaguman kepada pendengar dengan corak

ritmanya yang serba loncatan (terutamanya di b.1-3, bahagian permulaan) dan ritma

semikuaver tanpa henti oleh biola 1.


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

c) Aspek Tekstur

Tekstur dalam muzik menunjukkan kemampatan dan kualiti bunyi secara

keseluruhan dalam sesebuah karya. Gerakan pertama bagi K.174 dan K.614 adalah

homofonik. Permulaan K.174 mempunyai tekstur lebih tebal daripada K.614 kerana

dimainkan oleh 4 alat muzik manakala K.614 hanya dimulai oleh 2 alat muzik.

Kemudian, tekstur dalam K.174 berubah menjadi nipis di b.8 hingga b.10 iaitu biola 1

yang memainkan solo. Tekstur K.174 kembali tebal di b.23-34 di bahagian transisi

terutamanya b.34 iaitu 3 alat muzik yang memainkan not kordal. Bahagian

perkembangannya dimulakan oleh 5 alat muzik dan menjadi kian nipis dari b.94

dengan hanya 1 alat muzik yang memainkan melodi sementara alat muzik lain

memain pada bit kuat. Berbanding dengan K.614, tekstur gerakan pertama K.174

lebih nipis secara keseluruhannya.

Walaupun gerakan pertama K.614 bermula dalam tekstur nipis, ia menjadi

kian kaya terutamanya di bahagian perkembangan iaitu b.90-94, 100-104 dengan

iringan semikuaver oleh 3 alat muzik. Tekstur dari nipis ke tebal juga boleh dilihat

dari b. 144-156 iaitu dari 2 alat muzik ditambah sehingga 5 alat muzik yang bermain.

Bahagian koda juga bermula seperti eksposisi iaitu oleh 2 alat muzik dan menjadi

tebal dan kaya di b.203 kerana biola alto 1 dan 2 yang memainkan not kordal. Kedua-

dua gerakan pertama K.174 dan K.614 berakhir dalam frasa yang teksturnya nipis

namun K.614 kedengaran lebih tebal dengan penekanan dinamik dan cara mainan not

berjeda oktaf oleh tiga alat muzik di b.230-232. Contoh ditunjukkan:-


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

Tekstur bagi gerakan kedua K.174 dan K.614 juga adalah homofonik. K.174

mempunyai intro untuk 2 bar oleh kesemua alat lalu menuju ke melodi utamanya iaitu

4 alat muzik yang memain melodi dan iringan. Teksturnya lebih nipis kerana biola

alto 2 tidak memain di b.3-6 manakala biola 1 tidak memain di b.7-10. Teksturnya

kembali tebal dan mampat di b.12-15 dengan semua alat yang bermain tambahan

dengan ritma triplet pada setiap divisi bit. Di b.16 hanya terdapat 3 alat saja yang

bermain, menjadikan teksturnya nipis.

Gerakan kedua K.614 pula dimulai oleh 3 alat muzik yang kemudian menjadi

tebal di b.9. Bahagian di mana skel dimain oleh biola 1 di b.21-23, 26-36 tidak

menunjukkan tekstur yang amat mampat kerana alat-alat muzik lain hanya memain

dengan ritma yang lebih panjang dan cello hanya memain pada bit-bit kuat sahaja. Di

variasi pertama (b.36), teksturnya juga tidak tebal kerana biola alto 2 dan cello kurang

bermain dan mempunyai banyak tanda rehat. Variasi kedua (b.88) pula lebih padat

daripada variasi pertama dari segi pengurangan tanda rehat di bahagian biola alto 2

dan cello. Gerakan ini tamat dalam tekstur tebal dengan kesemua alat muzik yang

bermain.

Seterusnya, minuet gerakan ketiga K.174 dimulakan oleh 5 alat muzik

dengan melodi di atas dari b.1-8. Dari b.9-19, hanya terdapat 4 lapisan bunyi sahaja,

iaitu di b.9-12 dan b.19 biola alto 1 tidak bermain, b.13-18 biola 1 tidak bermain.

Terdapat satu bar solo di minuet ini iaitu di b.21 yang dimain oleh biola 1 untuk

membawa muzik balik kepada tiun asal. Trio K.174 mempunyai tekstur yang

kebanyakannya oleh 3 lapisan bunyi, yang paling tebal oleh 5 lapisan bunyi (hanya

pada 4 kord saja, iaitu b.45, 47, 75, 77), dan paling nipis oleh 2 lapisan bunyi (b.56,
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

58-59). Trio ini dimulakan dengan 3 lapisan bunyi dan sahutannya oleh 2 lapisan

bunyi. Ia juga tamat oleh 3 lapisan bunyi. Permulaan trio ditunjukkan di bawah:-

Minuet untuk K.614 dimulakan oleh 2 lapisan bunyi iaitu biola 1 dan 2 dalam

jeda dekat (jeda 3). Biola alto 1 dan 2 bermain di b.2 manakala cello masuk di b.6.

Tekstur 5 lapisan bunyi muncul bermula di b.8-12. Minuet ini mempunyai tekstur

kebanyakan kurang daripada 5 lapisan bunyi, menjadikannya kurang tebal. Trio

K.614 pula bermula dan berakhir dengan 5 lapisan bunyi dan kedengaran lebih padat

daripada minuet. Iringan kordal di b.58, 60-62, 64-88 turut menyumbang kepada

ketebalan bunyi. Not-not kordal tersebut dimain oleh biola 2. Bermula di b.58,

teksturnya menjadi lebih tebal dengan biola alto 2 yang bermain melodi bersama-

sama biola 1 sehingga b.89. Selepas itu, tekstur trio bertambah kaya lagi dengan biola

1 dan 2, biola alto 1 yang memainkan melodi sehingga tamat.

Gerakan keempat K.174 bermula dalam tekstur homofoni dengan 3 lapisan

bunyi manakala K.614 bermula dengan kelima-lima alat muzik. Dalam K.174,

tekstur 5 lapisan bunyi mulai muncul di b.19. Namunnya, muzik masih kedengaran

nipis dengan iringan yang terhad. Teksturnya hanya menjadi padat di b.145-154

dengan not kordal. Secara ringkas, terdapat banyak tanda rehat dalam gerakan

keempat K.174, melodinya diambil oleh alat muzik berbeza dengan iringan pada bit

kuat sahaja.

Kuintet tali K.614 pula bermula dalam homofoni dengan kesemua alat
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

memain sama-sama dan mempunyai tekstur lebih tebal dan kaya berbanding dengan

K.174. Salah satu contoh ialah di b.9-15, melodi dimain oleh biola 1 dengan iringan

yang sibuk. Tekstur dari nipis dan tebal juga boleh dilihat di b.39 iaitu hanya dengan

3 lapisan bunyi yang berkembang menjadi 5 bunyi di b.43. Selain itu, tekstur

kontrapuntal terdapat dari b.111-140, 270-281 kerana Mozart telah menerapkan

bentuk fuga dalam gerakan ini. Terdapat juga tekstur tebal di b.226-229 yang dibina

berdasarkan not kordal di iringan. Gerakan ini tamat dalam tekstur tebal seperti

dalam gerakan keempat K.174 juga.

Secara ringkas, tekstur untuk gerakan keempat kuintet K.174 dan K.614

berbeza dari segi kemampatan, kepadatan dan cara penyampaiannya. K.614

mempunyai tekstur jauh lebih padat dan tebal daripada K.174 serta tamabahan tekstur

kontrapuntal di dalamnya.
VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

3) Kesimpulan

Secara keseluruhan, sama ada dari segi melodi, ritmik ataupun tekstur, kedua-

dua kuintet tali K.174 dan K.614 menunjukkan perbezaan dari segi orkestrasi dan

penyampaian karektornya. Kuintet K.174 boleh dilihat sebagai sebuah karya mudah

klasikal yang tipikal manakala K.614 boleh dilihat sebagai karya kompleks yang

menggabungkan elemen barok dan semua cirri-ciri klasikal. Perkembangan dalam

gaya penggubahan kuintet tali oleh Mozart menunjukkan kematangan serta keupayaan

beliau untuk menggubah karya yang kompleks namun kedengaran lirikal dari corak

susunan melodi dan iringannya. Kuintet tali K.174 hanya mampu membawa perasaan

tenang sedangkan K.614 boleh membawa lebih daripada satu perasaan iaitu

bertenaga, tenang, serba tarian dan permainan, dan agresif. Corak ritmanya turut

menjadi lebih bervariasi dalam kuintet K.614. Walaupun dua kuintet ini digubah

dalam selang masa 18 tahun, gaya beliau dalam orkestrasi dan melodi berkembang

dengan pesat sekali.


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

4) Sumber Rujukan

Laman web:

- http://en.wikipedia.org/wiki/String_quintet

- http://www.pillowrock.com/ronnie/mozart.htm

- http://www.classicol.com/classical.cfm?

music=instrumentInfo&section=ChamberMusic

- http://www.stringmagazine.com/article/139/139,3627,MasterClass

- http://mto.societymusictheory.org/issues/mto.09.15.2/mto.09.15.2.kraus.html

- http://www.8notes.com/biographies/mozart.asp

Bahan bacaan:

- Raeburn, Michael & Kendall, Alan. Heritage of Music: Classical Music and its

Origin. Volume I. Oxford University Press, 1989.

- Rushton, Julian. Mozart. Oxford University Press, 2006.

- Hutchings, Arthur. Mozart, the Man, the Musician. Phonogram Int., B.V., Baarn,

The Netherlands, 1976


VZM218 - Sejarah Muzik Barat Sem.1 Sidang 2009/2010

5) Lampiran

Lampiran skor serta bahan rujukan di belakang.

Vous aimerez peut-être aussi