Vous êtes sur la page 1sur 2

PUTRA NILAI HOLIDAY SERVICES SDN BHD

CO. Reg. No: 757708-H (KKKP 4819)


NO 111-2B JALAN 3, BATU CAVES CENTREPOINT
68100 BATU CAVES SELANGOR
TEL: 03-61852342 FAX: 03-61892010
________________________________________________________________

ATURCARA PAKEJ UMRAH VISA ZIARAH TAIF/JEDDAH


DEC 2010

PAKEJ KESELURUHAN: 18 DISEMBER – 29 DISEMBER 2010 (12H/10M)

TARIKH NO FLIGHT PENERBANGAN MASA


18 DISEMBER 10 SV KUL-JED 1515-1855
28 DISEMBER 10 SV JED-KUL 2300-1300+1

HARI 01 (18 DISEMBER/ SABTU) KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH


Para jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum bertolak. Urusan daftar masuk akan dibantu oleh
kakitangan kami yang bertugas. Penerbangan dengan menaiki pesawat SV terus ke Jeddah. Para
jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa terus ke hotel di Madinah.

HARI 02 (19 DISEMBER / AHAD) MADINAH


Jemaah akan di bawa ke Masjid Nabawi untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah, sahabat
dan perkuburan Baqi’, di dalam nya terdapat makam Saidina Uthman, Imam Malik dan lain-lain
(Bergantung kepada keadaan)

HARI 03 (20 DISEMBER / ISNIN) MADINAH


Pada sebelah pagi, jemaah akan dibawa ziarah sekitar Bandar Madinah seperti Masjid Quba’,
Persekitaran Bukit Uhud, Pasar Kurma @ Ladang Kurma, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh.
Percetakan Al-Quran, Bukit Magnet dan Ladang Unta Madinah (ziarah Pilihan)

HARI 04 (21 DISEMBER / SELASA) MADINAH - MAKKAH


Pada sebelah pagi jemaah bebas lakukan aktiviti. Selepas Solat Zohor, jemaah akan berangkat ke
Makkah dengan menaiki bas. Akan bermiqat di Bir Ali. Seterusnya menuju ke Makkah akan di
bawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah bersama pembimbing kali pertama.

HARI 05 (22 DISEMBER / RABU) MAKKAH


Ziarah dalaman Masjid Al-Haram. Rumah Kelahiran Nabi, Dataran Masjid Al-Haram dan dalam
Masjid Al-Haram.

HARI 06 (23 DISEMBER / KHAMIS) MAKKAH - JAARANAH


Pada sebelah pagi, jemaah akan di bawa melawat sekitar Kota Makkah, tempat yang biasa di
lawati Jabal Thur, Padang Arafah, Mina, Mudzaliffah, bermiqat di JAARANAH untuk umrah
kali ke dua dan akhir sekali melalui Jabal Nur, Perkuburan Ma’ala ( terdapat maqam Siti
Khadijah), Masjid Jin dan Masjid Syajarah.
HARI 07 (24 DISEMBER / JUMAAT) MAKKAH - TAIF
Solat jumaat. Kemudian bertolak ke TAIF, makan malam dan bermalam di Hotel Taif.

HARI 08 (25 DISEMBER / SABTU) MAKKAH – TAIF - MAKKAH


Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi ke Taif, sebuah pekan yang mana Baginda
S.A.W pernah dibaling batu ketika berdakwah. Masjid Ibnu Abbas (sahabat Baginda), Masjid
‘Dagu’, Pasar Buah, Shafa(puncak bukit), Muzium peribadi koleksi antik, sebelah petang
berangkat ke Makkah. Jemaah digalakkan bermiqat di Qarnul Manazil untuk umrah kali ke-3.

HARI 09 (26 DISEMBER / AHAD) MAKKAH – HUDAIBIYYAH


Pada sebelah pagi, jemaah bersiap sedia untuk lawatan ke Hudaibiyah melawat ladang unta,
Muzium Kaabah (Bergantung kepada surat keizinan dari Kerajaan Saudi) dan bermiqat di
HUDAIBIYYAH untuk umrah kali ke-4.

HARI 10 (27 DISEMBER / ISNIN) MAKKAH - JEDDAH


Sebelum meninggalkan Makkah jemaah melakukan tawaf Wada’. Bertolak ke Jeddah dan
membeli-belah di Bandar Jeddah. Jemaah akan bermalam di Hotel Jeddah.

HARI 11 (28 DISEMBER / SELASA) JEDDAH – KUALA LUMPUR


Aktiviti bebas. Selepas solat Zohor, jemaah akan check out hotel dan betolak ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Jeddah untuk penerbangan pulang menaiki pesawat SV.

HARI 12 (29 DISEMBER /RABU) KUALA LUMPUR (KLIA)


Di jangka akan tiba di KLIA. InsyaALLAH

Vous aimerez peut-être aussi