Vous êtes sur la page 1sur 6

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGENALAN

UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di
Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar
kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Skudai, Johor yang
merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kampus
Kota atau 'City Campus'.

Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 106,632 orang
graduan terutamanya di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja
profesional dan separuh profesional negara yang utama hingga kini.

UTM akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori serta menerajui perkembangan akademik juga
teknologi di negara ini.

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh
dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat
sesuai dengan kehendakNya.

VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti.

MISI

Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara.

SYARAT AM KELAYAKAN AKADEMIK CALON LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan
oleh Senat IPTA.

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-
kurangnya :-

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am ;

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

1
FAKULTI

Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh 10 buah Fakulti yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia.
Fakulti-fakulti tersebut ialah :

• Fakulti Kejuruteraan Awam


• Fakulti Kejuruteraan Elektrik
• Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli
• Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
• Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi
• Fakulti Alam Bina
• Fakulti Pendidikan
• Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
• Fakulti Sains
• Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

SYARAT AM PROGRAM

Syarat AM

Kecacatan

Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Pendaftar UTM menerangkan
bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan bertujuan mengelakkan
kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria
akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan pemohon yang berjaya. Walau bagaimanapun, bagi
beberapa program yang dijalankan oleh fakulti berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di
bawah tidak dibenarkan memohon program berkenaan.

• Fakulti Kejuruteraan Elektrik


• Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
• Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli

"Kecacatan dari segi fizikal yang menyulitkan kerja di makmal dan bengkel dan penglihatan pemohon tidak
mengalami masalah rabun/buta warna".

Kesihatan

Pemohon yang berjaya diterima masuk dikehendaki mendapatkan surat pengesahan Pegawai Perubatan dari hospital atau
klinik kerajaan atau swasta yang membuktikan ia sihat.

KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA

a) Pengalaman yang luas dalam mengendalikan kursus di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Kini UTM mengendalikan
kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor
Falsafah.

b) Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi terbesar di Malaysia di mana tempat
berkumpulnya lebih 1,746 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing.
Disamping itu, lebih 25,000 pelajar dari dalam dan luar negara sedang mengikuti pengajian di bidang Sains,
Kejuruteraan dan Teknologi.

c) Kecemerlangan UTM sebagai Pusat Penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi dan Sains telah terbukti di
mana para penyelidik UTM telah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

d) Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran

• UTM menyediakan kemudahan makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan yang dilengkapi dengan
peralatan terkini untuk pelajar dan penyelidik. Antaranya Makmal Teknologi Marin, Aeronautik, Makmal Voltan
dan Arus Tinggi serta Makmal Komputer terbesar di Malaysia.

• Perpustakaan Sultanah Zanariah pula mempunyai koleksi yang berkait rapat kepada keperluan penggunaannya
terutama dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Terdapat 484,260 buah buku Monograf, 15,039 bahan
Media Elektronik, 41,539 bahan Kartografi, 7,993 judul Journal dan Media Elektronik dan 190,147 bahan
Pandang Dengar/Rakaman untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

• UTM juga menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi untuk semua pelajar dengan hasrat untuk melahirkan
graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mantap dari segi sahsiah dan rohani.

2
• PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah
merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/ dermasiswa/ pinjaman.
UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan
jangka pendek kepada pelajar.

• Keprihatinan dan konsep Mesra Pelajar oleh UTM melalui kemudahan prasarana yang kondusif bagi proses
pembelajaran dan pengajaran telah mewujudkan ‘one stop agency’.

• Pihak Universiti juga membuka peluang kepada semua pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda
untuk meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam
bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

• Usaha Universiti juga secara bersepadu telah dipertingkatkan bagi melahirkan graduan yang mempunyai atribut
seperti ‘Comunication Skills’, ‘Team Working’, Problem Solving’, Adaptability’, ‘Lifelong Learning’, Self Esteem’,
Ethics and Integrity’.

e) Peluang Untuk Mengikuti Program Minor

Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang
kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang
diikuti. Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih
flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan.

Struktur kurikulum dan keperluan bagi sesuatu program Minor ditentukan oleh fakulti yang menawarkan berasaskan
kurikulum program Ijazah Sarjana Muda yang sedia ada di fakulti tersebut dengan mengambilkira syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Senat Universiti.

PROSPEKTUS UTM

Maklumat lengkap mengenai UTM dan program-program yang ditawarkan boleh juga didapati dalam prospektus UTM.
Prospektus UTM boleh didapati di laman web UTM dengan melayari http://www.utm.my

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai program di UTM bolehlah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
JOHOR DARUL TA’ZIM
Tel : 07-5533333
Faks : 07-5581791
E-mel : upa@utm.my
Laman Web : www.utm.my

3
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN


BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
SEMESTER II, SESI 2007/2008

BIL PROGRAM KOD

ALIRAN SAINS &


SASTERA
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
1. Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri) TH12

BIL PROGRAM KOD

ALIRAN SAINS
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI
2. Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) TS46
3. Sarjana Muda Sains (Remote Sensing) TS45
FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT
4. Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) TC00

(i) Program Pengajian


Bil. (ii) Kod Kelayakan Setaraf
(iii) Tempoh Pengajian

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat


kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf


dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun


2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya :-

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am ;

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan


mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian


University English Test (MUET).

4
A. ALIRAN SAINS

(i) Program Pengajian


Bil. (ii) Kod Kelayakan Setaraf
(iii) Tempoh Pengajian

1.0 Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Memenuhi Syarat Am Universiti


Industri) Serta
TH12 Keperluan Khas Program
8 Semester
Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM/setaraf dengan
mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50
* Sila hantar salinan permohonan “online”
berserta dokumen sokongan seperti atau
yang disenaraikan ke UTM.
Memiliki Diploma Rekabentuk Industri/Produk dari
IPTA/Politeknik/Setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-
kurangnya 2.50

atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi


mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan layak memohon.

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf


dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat sekurang-
kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik pada
peringkat Diploma.

Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang lulus dengan


kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni atau Reka Cipta dan
Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf.

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang


lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga
semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan
salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan


kerja amali.

Catatan :
Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk
kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

Memenuhi Syarat Am Universiti


2.0 Sarjana Muda Sains (Remote Serta
Sensing) KEPERLUAN KHAS PROGRAM
TS45
8 Semester Memiliki Diploma dalam bidang Ukur Tanah/Geomatik dari
UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70
3.0 Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)
TS46 atau
8 Semester
Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi
mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan layak memohon.
* Sila hantar salinan permohonan “online”
berserta dokumen sokongan seperti Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat
yang disenaraikan ke UTM. SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat
sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran
Matematik pada peringkat Diploma.

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang


lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga
semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan
salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Catatan:
Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk
kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

5
4.0 Sarjana Muda Sains (Sains Memenuhi Syarat Am Universiti
Komputer) Serta
TC00 KEPERLUAN KHAS PROGRAM
6 Semester
Memiliki Diploma Sains Komputer dari UTM/setaraf dengan
mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

* Sila hantar salinan permohonan “online” atau


berserta dokumen sokongan seperti
yang disenaraikan ke UTM. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi
mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan layak memohon.

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat


SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat
sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran
Matematik pada peringkat Diploma.

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang


lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga
semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan
salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Catatan:
Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk
kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

B. ALIRAN SASTERA

(i) Program Pengajian


Bil. (ii) Kod Kelayakan Setaraf
(iii) Tempoh Pengajian

1.0 Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Memenuhi Syarat Am Universiti


Industri) Serta
TH12 Keperluan Khas Program
8 Semester
Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM/setaraf dengan
* Sila hantar salinan permohonan “online” mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50
berserta dokumen sokongan seperti
yang disenaraikan ke UTM. atau

Memiliki Diploma Rekabentuk Industri/Produk dari


IPTA/Politeknik/Setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-
kurangnya 2.50
atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi


mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan layak memohon.

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat


SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat
sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran
Matematik pada peringkat Diploma.

Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang lulus dengan


kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni atau Reka Cipta dan
Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf.

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang


lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga
semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan
salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan


kerja amali.

Catatan :
Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk
kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

Vous aimerez peut-être aussi