Vous êtes sur la page 1sur 7

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR

Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS


UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011
BAGI SK SAMPIR KOTA MARUDU

PENGENALAN

Selaras dengan visi SK. Sampir “SK. Sampir Cemerlang Menjelang Tahun
2011”, serta intipati misi iaitu “ Cemerlang Kurikulum” maka kecemerlangan
yang dicita-citakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian
memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam
peperiksaan tersebut.

Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan
kecemerlangan Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti
pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai
sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabatan
Pelajaran Sabah secara khususnya. Berikut adalah pencapaian mata pelajaran
peperiksaan UPSR dan Sains sejak 11 tahun yang lepas (2000 – 2010).

1
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

2
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

OBJEKTIF

Plan Tindakan Kecemerlangan Sains SK Sampir 2011 mempunyai objektifnya


seperti berikut :-

 Peratus lulus bagi subjek Sains dalam UPSR 2011 kekal pada tahap
100%

PERINCIAN PERANCANGAN STRATEGIK

(a) Menghabiskan Silibus Sains Tahun 6


Silibus Sains Tahun 6 hendaklah diselesaikan sebelum April 2011
Rasionalnya, ulangkaji untuk silibus Sains Tahun 4 dan 5 dapat dibuat. Ini
kerana silibus Sains dalam Tahun 4 dan Tahun 5, turut ditanya dalam
peperiksaan UPSR sebenar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat mengingat
semula pelajaran yang dipelajari kira-kira 1 atau 2 tahun yang lepas.

(b) Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5


Mengikut perancangan, ulangkaji silibus Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 5
akan dimulakan pada Mei hingga Jun 2011. Berdasarkan kajian, didapati soalan-
soalan silibus Tahun 5 merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan
soalan UPSR. Adalah sukar bagi murid untuk mengingati semula pelajaran lepas
tanpa bimbingan daripada guru-guru Sains.

3
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

(c) Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR


Melalui program ini, murid akan dibimbing secara intensif bagaimana teknik
menjawab soalan yang betul. Skop akan ditumpukan kepada kedua-dua sektor,
iaitu bahagian A (30 markah) dan bahagian B (20 markah). Mengikut penelitian
dan pengalaman murid menghadapi sedikit masalah dalam bahagian B. Ini
kerana soalan dan cara menjawab agak teknikal. Oleh itu, formula-formula
tertentu perlu ditekankan kepada murid. Ini termasuklah dalam kemahiran proses
Sains seperti, memerhati, meramal, mengawal pemboleh ubah, membuat
hipotesis, inferens, mentafsir maklumat, membuat kesimpulan serta mengukur
dan menggunakan nombor.

(d) Latih-Tubi
Latih-tubi akan dijalankan berdasarkan 2 peringkat. Latih-tubi pertama
berdasarkan tema. Ini bermaksud latihan diberikan secara on going mengikut
tema yang sedang dipelajari. Penilaian serta-merta dilakukan selepas sesuatu
topik itu diajar.

Peringkat kedua adalah latih-tubi soalan-soalan ala-UPSR. Ini bermaksud


soalan-soalan daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan digabungkan untuk
menjadi satu set soalan bentukUPSR dan dijawab oleh murid. Kriteria
pemarkahan yang digunakan adalah dalam standard UPSR. Sumber soalan-
soalan UPSR lepas, soalan-soalan Sains daripada Jabatan Pelajaran Negeri
seluruh Malaysia, serta soalan Excell daripada Jabatan Pelajaran Sabah akan
menjadi bahan soalan utama. Ini kerana soalan-soalan ini berkualiti (Kaedah
Taksonomi Bloom) dan dapat memenuhi tahap piawaian UPSR sebenar.
Sasaran yang hendak dicapai adalah murid sekurang-kurangnya menjawab
dengan betul melebihi 500 soalan pelbagai bentuk (pembetulan serta-merta akan
dititikberatkan).

(e) Program “Study-Group”


Keupayaan setiap murid adalah berbeza. Malah cara murid untuk menerima
sesuatu bentuk ilmu itu adalah berbeza mengikut situasi dan penyampai ilmu.
Lantaran itu, melalui study-group ini murid mampu belajar tanpa tekanan,
perasaan malu dan ilmu yang disampaikan disampaikan mengikut aras bahasa
dan penyampaian yang mereka mampu terima. Melalui study-group ini murid
berbincang sesama kumpulan. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras dan
akan datang membantu jika diperlukan. Untuk tidak membebankan murid, study-
group ini akan dijalankan pada hujung minggu atau mengikut keperluan dan
mempunyai “hub” masing-masing mengikut kampung.

4
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

(f) Program Rakan Sebaya & Guru Angkat


Murid-murid yang dikenalpasti berpotensi dan cemerlang dalam subjek Sains
akan menjadi pembimbing kepada rakan yang agak lambat menerima
pembelajaran. Rasinonal daripada program ini adalah pembelajaran berlangsung
secara dua hala. Murid pembimbing dapat mengasah kebolehannya, manakala
murid dibimbing akan menerima tunjukajar daripada pembimbing. Pada masa
yang sama, setiap murid yang berada di Tahun Enam akan mempunyai seorang
mentor (Guru Angkat) yang membimbing dari aspek pelajaran, motivasi, teknik
belajar dan sebagainya.

(g) Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat


Sekolah / Zon / Daerah
Pihak sekolah akan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam program
kecemerlangan UPSR samada peringkat sekolah / Zon / Daerah dengan
menghantar murid-murid sekolah ini yang berpotensi dan cemerlang dalam
semua subjek UPSR. Program ini ternyata positif, apabila salah seorang murid
yang terlibat dalam program ini serta program-program yang dirancang
diperingkat sekolah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2008.

JADUAL PERANCANGAN STRATEGIK

PROGRAM MASA CATATAN

Menghabiskan Silibus Tahun 6 Januari - April


Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan
Tahun 5 Mei – Julai

Teknik Menjawab Soalan UPSR Julai


Latih-Tubi Januari - September Setiap murid mampu
menjawab melebihi 500
soalan sehingga peperiksaan
UPSR bermula.
Program “Study-Group” Januari - September Murid mempunyai “hub”
pembelajaran secara “study-
group” Contohnya hub Kg.
Tigaman Darat, Kg. Sampir
dan Kg. Sampir Darat.

Ahli study-group dan hub


masing-masing akan
diberikan oleh guru Sains
kepada murid.

Program Rakan Sebaya dan Januari - September Selain rakan sebaya menjadi

5
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

“Mentor” Guru Angkat pembimbing, X-Student


(lepasan UPSR 2010 ) yang
cemerlang dalam Sains boleh
menjadi pembimbing rakan
sebaya. Keutamaan diberikan
kepada abang atau kakak
murid.
Melibatkan Diri Secara Aktif
Dengan Program Kecemerlangan Ikut Takwim Zon / Sekitar 2 – 3 orang terlibat
Peringkat Zon ataupun Daerah PPD Daerah (mengikut kuota PPD)

SENARAI NAMA MURID TAHUN ENAM 2011 DAN TARGET YANG HENDAK
DICAPAI PADA UPSR 2011

Bil Nama PKBS Akhir 2010 Target Catatan


(TAHUN 5) UPSR 2011

1 ADREY JUSTIN B A
2 ADYLIN SALIM C C
3 AFZAN JAIKOL C C
4 ALFVEELEEVEY JUNIP B B
5 AVOILIN MOTIES A A
6 CHRISLEN JOPIEN A A
7 CHRISTINO W JIRAM B A
8 ELVERRA YOTONG C B
9 FREDDIE MASITAL B B
10 FREN ELVIE JAMION B B

PERATUS LULUS 100% 100%

PENUTUP
Program seumpama ini telah lama dipraktikan oleh pihak sekolah. Program ini
begitu berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR.
Namun demikian, program demi program semata-mata tidak akan mampu
membantu murid, jika murid tersebut tidak bersedia, tidak memiliki sikap kendiri
yang positif, tiada sokongan daripada keluarga ataupun daripada dalam diri
murid itu sendiri.

Disediakan Oleh,

( ZACHARY BIN MARINDAL )


Ketua Panatia Sains,

6
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

Sek. Keb. Sampir,


KOTA MARUDU.

Vous aimerez peut-être aussi