Vous êtes sur la page 1sur 1

Abu Jahal Dibunuh

Sa’ad bin Abi Waqqas RA menceritakan bahawa ketika beliau berada dalam pasukan peperangan Badar,
beliau di datangi 2 orang remaja dari sebelah kanan dan kiri beliau, dan mereka berbisik kepada beliau
supaya tidak didengar oleh rakannya. Salah seorang darinya berkata, “Wahai pakcik, tunjukkan saya Abu
Jahal”. Beliau bertanya kepada remaja berkenaan, “Kamu mahu berbuat apa padanya?”. Remaja itu
berkata lagi, “Demi Tuhan yang diriku berada dalam tangannya, kalau saya bertemu dengannya, saya
sendiri tidak pasti siapa yang akan membunuh siapa dahulu”. Kemudian remaja berkenaan
mengenyitkan matanya kepada beliau supaya memberitahu yang mana satu Abu Jahal. Remaja
berkenaan ialah Mu’adh bin Amru bin Jamuh dan Mu’adh bin ‘Afra.

Di dalam Kitab Sirah Al-Nabawiyyah, Mu’adh bin Amru bin Jamuh diceritakan telah merempuh lapisan
lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia dapat menetak di tengah betisnya, namun
Ikrimah (anak Abu Jahal) pula menetak kea rah leher remaja berkenaan, namun terkena tangan remaja
berkenaan sehingga hampir putus yang hanya tergantung pada kulitnya sahaja.

Remaja berkenaan tidak menghiraukan peritnya dan meneruskan serangan dengan mengheret
tangannya yang hampir putus, namun tekad yang tinggi membuatkan remaja berkenaan memijak
tangan yang terkulai itu dengan kakinya supaya putus.

Kemudian, giliran Mu’adh bin ‘Afra menyerang Abu Jahal dan Berjaya menetaknya sehingga hamper
maut. Ketika Abu Jahal dalam keadaan nazak, datang Abdullah bin Mas’ud yang sememangnya mencari
Abu Jahal dicelah-celah mayat bergelimpangan. Abdullah bin Mas’ud berkata kepada Abu Jahal, “Allah
telah mengecewakan kamu wahai musuh Allah”. Abu Jahal bertanya, “Beritahu kepadaku siapa yang
menang?” Ibnu Mas’ud menjawab, “Kemenangan bagi Allah dan RasulNya”. Kemudian Ibnu Mas’ud
memancung leher dan kepalanya dibawa ke hadapan Rasulullah SAW dengan berkata, “Ya Rasulullah,
inilah kepala musuh Allah, Abu Jahal”.

Rasulullah SAW lantas bertahmid dan bersabda:


“Inilah Fir’aun kepada umat ini”.

Vous aimerez peut-être aussi