Vous êtes sur la page 1sur 5

Bab 1

Kudin terperanjat bercampur gembira dan terharu kerana dipilih untuk menyampaikan ucapan
dalam majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Mak Bibah, iaitu emak Kudinturut berasa bangga
walaupun suatu masa dulu dia tidak menyetujui penglibatan Kudin dalam perjuangan menentang
penjajah. Malah, Mak Bibah memberikan sebahagian wang hasil jualan kuih-muihnya kepada
pejuang-pejuang kemerdekaan. Kudin terdengar bunyi tembakan. Dia tahu bahawa komunis
sedang menyerang kubu pertahanan kampung. Pengganas memang berhasrat menawan Kampung
Teras Jernang. Bapa Kudin, Pak Awang pula diberi amaran oleh majikannya, Tuan White supaya
tidak terlibat dalam perjuangan menentang Inggeris. Sementara itu, Bustam memberitahu Kudin
bahawa Pak Karim mati dibunuh oleh dua orang pemuda yang tidak dikenali.

Bab 2…

Mesyuarat Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di rumah Tuk Ketua membincangkan


tragedi pembunuhan Pak Karim. Lantaran itu, Kumpulan Pengawal Kampung ditubuhkan untuk
mengawal keselamatan kampung dan Murad dilantik untuk mengetuainya. Seterusnya mereka
berbincang tentang persiapan ke Kuala Lumpur. Dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur
nanti, Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditugaskan mengendalikan urusan keselamatan dan
penyusunan acara program.Kudin dijemput menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung
itu. Penghormatan itu diberikan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya yang mewakili
generasi muda di Kampung Teras Jernang berjuang menentang penjajah Inggeris. Kudin pernah
bertungkus-
lumus meyakinkan orang ramai untuk menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan
kembali. Kepetahan Kudin berucap dengan penuh semangat memang diakui oleh penduduk
kampung. Sebelum perhimpunan itu berlangsung, Pak Awang selaku Pengerusi Persatuan
Pahlawan Kemerdekaan dijemput hadir ke Kuala Lumpur. Namun, dia tidak dapat pergi kerana
bimbang diintip oleh pihak Inggeris. Akhirnya keputusan diambil dengan mewakilkan Ibrahim
pergi bersama Kudin.

Bab 3…

Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Kudin ingin menjenguk rakan-rakannya di kubu


pertahanan di dalam hutan. Kubu tersebut dijadikan penghalang kemaraan pengganas
kekampungnya. Sebenarnya, orang kampong menghadapi dua ancaman, iaitu pengganas
komunisdan penjajah Inggeris.Dalam perjalanan ke khemah di dalam hutan itu, Kudin teringat
akan kekejaman
komunis yang telah membunuh Pak Cik Barman selepas Jepun berundur dan ketika itu Inggeris
belum tiba lagi. Kudin juga teringat akan pengalamannya belajar menggunakan senjata api
daripada ayahnya. Orang-orang kampung kebanyakannya bersemangat tinggi untuk
mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung, namun mereka kekurangan peralatan
seperti senjata dan peluru. Di khemah pertahanan kampung di hutan, rakan-rakan Kudin sibuk
menggali kubu pertahanan. Kudin memaklumkan pemergiannya ke Kuala Lumpur kepada
mereka. Rakan-rakan Kudin berasa bangga kerana Kudin dijemput untuk menyampaikan ucapan.
Sementara itu,Ujang pula bersedih kerana ternampak akan ayahnya di pihak komunis semasa
pertempuran semalam.Ujang tidak menyangka bahawa ayahnya menyertai perjuangan pengganas
komunis.

Bab 4…

Ibrahim dan Kudin bertolak ke Kuala Lumpur. Mereka menaiki bas dari Gerik ke Kuala
Kangsar lalu menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. Ibrahim dan Kudin berjalan kaki dari stesen
kereta api ke Bangunan Sultan Sulaiman. Di sana, mereka menemui Encik Hasmun. Encik
Hasmun bercerita tentang Inggeris yang tidak menunaikan janjinya untuk memberikan
kemerdekaan kepada MPAJA. Perjuangan menuntut kemerdekaan pun bermula. Di samping
orang Melayu, orang Cina juga berjuang menuntut kemerdekaan. Kudin gembira kerana
berpeluang menemui Datuk Onn, iaitu tokoh yang menjadi pujaannya.

Bab 5…

Mesyuarat persatuan-persatuan dipengerusikan oleh Datuk Onn. Tujuan mesyuarat itu


ialah untuk membincangkan cara yang terbaik menentang Inggeris. Datuk Onn menjelaskan
sikap Inggeris yang memaksa sultan-sultan supaya bersetuju dengan penubuhan Malayan
Union.Dalam perbincangan tersebut, mereka yang hadir telah bersepakat untuk menentang
penubuhan Malayan Union. Raja-raja Melayu juga mesti dipujuk untuk memulaukan majlis
pengisytiharan Malayan Union itu.Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Onn memperkenalkan
Kudin sebagai seorang pemuda yang berani menentang pengganas komunis. Datuk Onn
menegaskan bahawa perjuangan mereka ialah perjuangan serampang dua mata, iaitu menentang
pengganas komunis dan
penjajah Inggeris. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan
raksasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 1-4 Mac 1946. Mereka akan mencuba mengatasi
masalah kewangan melalui pungutan derma.

Bab 6…

Sebaik saja tiba di kampung, Kudin terperanjat dan sedih kerana sahabatnya, Bustam
telah dilarikan oleh pengganas komunis ke dalam hutan. Walaupun masih keletihan, Kudin terus
ke khemah dengan bapanya untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian
penangkapan Bustam itu. Kudin berhasrat untuk menyelamatkan Bustam tetapi keadaan amat
bahaya. Kudin sedar bahawa mereka kekurangan senjata, peluru, makanan, dan pakaian. Dia
terpaksa menangguhkan hasratnya itu lalu pulang ke rumah dengan kehampaan.

Bab 7…

Kudin terdengar akan perbualan bapanya dengan Osman dan Kassim. Mereka dating ke
rumah kerana disuruh oleh Tuan White. Tuan White memberi kata dua kepada Pak Awang, iaitu
berhenti berjuang atau berhenti bekerja. Pak Awang amat marah dan mengambil keputusan
nekad, iaitu berhenti kerja.Pak Awang pergi ke rumah Ibrahim bersama dengan Kudin. Mereka
membuat
pungutan derma daripada orang kampung. Jumlah pungutan tidak begitu banyak tetapi
sumbangan itu membuktikan bahawa orang kampung menyokong perjuangan menentang
Malayan Union.Sementara itu, ayah Bustam, iaitu Pak Kasa dan saudara-maranya bertekad untuk
menyelamatkan Bustam. Pak Awang menyertai keluarga Pak Kasa dalam misi mencari dan
menyelamatkan Bustam. Kudin pula meneruskan pungutan derma bersama dengan Ibrahim.

Bab 8…

Pak Awang dan keluarga Pak Kasa belum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam
hutan. Mak Bibah dan Kudin berasa bimbang. Dalam masa yang sama Kudin bersiap-siap untuk
pergi ke Kuala Lumpur. Perbincangan di rumah Tuk Ketua untuk mencari Pak Awang tidak
mencapai kata sepakat kerana tugas itu berbahaya. Mesyuarat dihentikan apabila mereka
terdengar bunyi tembakan di kawasan pertahanan sebelah hilir. Pada malam itu Kudin tidur di
khemah bersama rakan-rakannya.Kudin tiba di Bangunan Sutan Sulaiman pada awal pagi.
Mereka membincangkan persiapan dan atur cara perhimpunan selama empat hari itu. Sultan
Selangor bersetuju untuk merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Datuk Onn dan Kudin akan
menyampaikan ucapan.Perhimpunan itu akan membincangkan penentangan terhadap Malayan
Union dan hal pelajaran.
Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di
Kampung Teras Jernang.

Bab 9…

Perhimpunan 1 Mac 1946 mengumpulkan pemimpin-pemimpin Melayu dari seluruh


negara. Padang Kelab Sultan Sulaiman dan bangunannya dibanjiri oleh berpuluh-puluh ribu
orang. Kudin terharu akan semangat tinggi orang Melayu yang bersatu padu dan menentang
Malayan Union. Namun Kudin bersedih apabila mendapat berita bahawa rombongan Pak Kasa
dan bapanya mati dibunuh oleh pengganas komunis. Kudin mencuba untuk menyembunyikan
kesedihannya itu.Dalam ucapan perasmian baginda, Sultan Selangor menekankan peri
pentingnya orang Melayu bersatu padu. Za’ba selaku Pengerusi menerangkan tujuan
perhimpunan, iaitu untuk menentang Malayan Union. Datuk Onn dalam ucapannya pula
menyarankan orang Melayu
mengubah nasib bangsa melalui perpaduan dalam persatuan yang dinamakan UMNO.Kudin
menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat dan menyeru kaum bapa dan kaum ibu
supaya sanggup berkorban untuk negara. Menurutnya, generasi muda akan mengikut jejak
mereka apabila dewasa kelak. Datuk Onn dan Za’ba mengucapkan tahniah kepada Kudin. Sultan
Selangor turut memuji kebijaksanaan Kudin.

Bab 10…

Dalam perhimpunan itu juga, cadangan untuk menubuhkan UMNO


(PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu) mendapat sokongan daripada semua perwakilan.
UMNO akanmenentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
Keputusanyang dibuat ialah meminta raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan
Union.Perarakan membantah penubuhan Malayan Union akan diadakan juga. Mereka
turutmembincangkan sistem pelajaran dan ekonomi orang Melayu yang perlu diperbaiki.
Dalampada itu, Encik Hasmun berhasrat untuk mendidik Kudin menjadi seorang tokoh politik
yang berjaya. Hasrat Encik Hasmun disokong oleh Datuk Onn.Kudin pulang ke kampung. Dia
sedih kerana jambatan dan khemah telah dimusnahkan oleh pengganas komunis. Kudin
menziarahi pusara bapanya. Mak Bibah pula tidak membantah sekiranya Kudin hendak tinggal
di Kuala Lumpur.

Bab 11…

Penduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di
sekeliling kampung. Pada waktu tengah hari itu, Encik Hasmun datang ke rumah Kudin dan
mengajaknya menghadiri perarakan di Kuala Kangsar. Perarakan menentang Malayan Union
bermula di Padang Polo, Kuala Kangsar hingga Bukit Chandan. Selepas perarakan, Kudin dan
Encik Hasmun bertolak ke Kuala Lumpur.Kudin membantu kerja-kerja pejabat seperti menyusun
fail, membuka surat, menaip surat, dan menyusun agenda mesyuarat. Mesyuarat diadakan kerana
pihak Inggeris telahmerasmikan penubuhan Malayan Union dan melantik Sir Edward Gent
sebagai Gabenor yang pertama. Hari perasmian Malayan Union akan diadakan pada bulan April.
Raja-raja Melayu digesa supaya memulaukan Malayan Union dan orang Melayu akan berkabung
selama seminggu.Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Johor Bahru untuk
menyertai perarakan di sana. Seterusnya Kudin menjelajah ke Pahang, Terengganu, dan
Kelantan. Kudin mendapati semangat orang Melayu menentang Malayan Union berkobar-kobar.
Perarakan anti-Malayan Union diadakan di seluruh negara.

Bab 12…

Raja-raja Melayu bersedia menghadiri upacara perasmian Malayan Union pada 1 April 1946 di
Hotel Stesen, Kuala Lumpur. Orang Melayu dari seluruh negara berkumpul di Padang Kelab
Sultan Sulaiman. Mereka berarak ke Hotel Stesen dengan membawa ratusan sepanduk yang
mengecam penjajah. Datuk Onn menemui raja-raja Melayu dan menerangkan hasrat orang
Melayu menentang Malayan Union.Raja-raja Melayu melihat orang Melayu berhimpun di luar
Hotel Stesen. Apabila melihat kesungguhan rakyat jelata, raja-raja Melayu mengambil keputusan
memulaukan majlis perasmian Malayan Union dan bertindak meninggalkan Hotel Stesen.
Dengan itu, penubuhan Malayan Union telah dapat digagalkan. Datuk Onn mengingatkan orang
Melayu supaya terus berjuang menuntut kemerdekaan. Perhimpunan bersurai dan Kudin terus
tinggal di Kuala Lumpur untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Vous aimerez peut-être aussi