Vous êtes sur la page 1sur 16

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN OLEH

ROBERT J. HAVIGHURST

1.Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun)


Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalainkan hubungan kasih sayang
dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi
matang.
Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor.

2.Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)


Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat
dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan
dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya.
(selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.

3.Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun)


Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina
Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak
Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang
berada di sekitar rumahnya.
Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk
pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri)
Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral
peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa
Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976)

4.Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun)


Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat
Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI
KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira)
kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli)
K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain
Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti
bola sepak

5.Awal Remaja (12-18tahun)


Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini
Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal
Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan
penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja
Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan
rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni, maknanya tak
normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak nafikan, hokeh??~)

6.Akhir Remaja (18-22 tahun)


Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa
Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina
Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam
masyarakat
Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih
kerjaya yang sesuai.

7.Awal Dewasa (22-34tahun)


Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan
jantina
Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk
gaya hidup
Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan.
Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa
bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal
untuk kebajikan masyarakat
Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta

Akhir Dewasa (60-70tahun)


Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan
dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat
dalam kerja amal Mereka berpuashati dan bersyukur

Tua (75 tahun - meninggal dunia)


Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh
peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk
Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa
dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku
buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu.
Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat terhadap
ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..)
Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala
tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 30.7.08

http://pemulihankhas.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan
simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja
dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?


Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :


-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?


Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee
Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis
(Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari
pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya


- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang
Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :


-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu
pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 31.7.08 1 comments

http://pemulihankhas.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

'SIAPA' & 'MENGAPA'


DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN

oleh Dr. Koh Boh


Boon (1980)
Monograf Pendidikan
Bahasa,
Jabatan Pendidikan
Bahasa,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.

Keluhan mengenai
pencapaian rendah
setengah murid kita
dalam bahasa
memang sering
dilahirkan oleh para
pendidik dan ibu
bapa. Mereka
bimbang kerana
memang terdapat
sebilangan murid
sekolah rendah yang
tidak dapat.
membaca dan
memahami soalan-
soalan dalam
peperiksaan dan,oleh
itu, pakai teka saja
bila menjawab soalan.
Malahan ada
sesetengah murid
sekolah menengah
yang sama buruk
kebolehan bahasanya.
Tidak dapat
dinafikan bahawa
antara murid-murid
tersebut di atas
terdapat mereka
yang memang tidak
boleh bercakap dan
menulis disebabkan
kerencatan mental
atau kecacatan
fisikal. Tetapi
mereka ini hanya
terdiri dari bilangan
yang amat kecil dan
yang lain yang
merupakan majoriti
besar adalah kanak-
kanak normal yang
tiada sebarang
kerencatan mental
atau kecacatan
fisikal. Bahawa
mereka adalah
kanak-kanak yang
mempunyai
kecerdasan normal
tercermin oleh
pencapaian mereka
yang memuaskan
dalam matapelajaran
lain seperti Ilmu
Hisab atau Sejarah.

Mereka ini kerapkali


dinamakan murid
lembam yang
didefinisikan oleh
Brennan (1974)
sebagai 'murid-murid
yang gagal
menghadapi kerja
normal sekolah
unntuk kumpulan
sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka
tidak dapat dianggap
sebagai disebabkan
oleh kecacatan...'
Mereka ini
kadangkala juga
diberi label pencapai
rendah yang
membawa erti
bahawa murid-murid
ini memperlihat taraf
pencapaian yang
tidak memuaskan
berbanding dengan
taraf pencapaian
purata rakan-rakan
sebayanya atau taraf
pencapaian yang
diharapkan bagi
murid-murid pada
peringkat
persekolahan itu.
Tetapi penakrifan di
atas adalah tidak
mencukupi dan
mestilah dilengkapi
dengan keterangan
tentang beberapa
ciri yang lazim dapat
diperhacikan pada
murid lembam atau
pencapai-rendah ini.
Seringkali ciri-ciri ini
sedikit banyak
berhubung dengan
persekitaran rumah
dan bidang bahasa,
misalnya Bahasa
Malaysia, mereka
sentiasa mengalami
kesulitan
pembelajaran kerana
kemiskinan
perbendaharaan kata
yang kemungkinan
besar disebabkan
diskriminasi
penglihatan dan
pendengarannya yang
kurang memuaskan.
Akibat dari berbagai
kesulitan
pembelajaran yang
dialaminya, murid
lembam ini selalu
gagal dalam ujian,
dan ini seterusnya
menyebabkannya
mempunyai yakin diri
dan konsep diri yang
rendah. Kita tidak
berasa hairan apabila
kita dapati murid
lembam ini kurang
aktif dan kurang
minat untuk
menyertai kegiatan
pelajaran dalam bilik
darjah.

Aktiviti-aktiviti khas
perlu dirancangkan
dan dijalankan untuk
menolong murid-
murid lembam
mengatasi kesulitan
pembelajaran dau
meningkatkan
pencapai mereka ke
taraf normal. Dengan
kata-kata lain
pengajaran pemulihan
adalah bertujuan
untuk memulihkan
masalah
pembelajaran murid
lembam supaya
mereka tidak terus
ketinggalan dalam
perlakuan sesuatu
matapelajaran dan
dapat mengejar
rakan sebaya mereka.
Jadi dua prinsip asas
pengajaran pemulihan
ialah

(1) bahawa
murid-
murid
lembam
boleh
mencapai
perlakuan
normal jika
diberi
pertolonga
n yang
sesuai dan

(2) bahawa
pengajaran
pemulihan
dapat
mencegah
kesan
buruk yang
mungkin
dibawa
oleh
kegagalan
pembelajar
an.

Prinsip-prinsip di
atas adalah berkait
rapat dengan soalan
mengapa dalam
pengajaran
pemulihan. Apakah
pentingnya tindakan
pemulihan diambil
dalam bidang
bahasa?

Kebolehan
berkomunikasi dan
belajar melalui
bahasa adalah satu
ciri unik manusia
yang hidup
bermasyarakat. Oleh
yang demikian,
perkembangan
bahasa seorang
kanak-kanak akan
secara langsung
mempengaruhi
pertumbuhan
intelektual dan
seterusnya
menentukan
kejayaan.

Creber (1974) telah


menekankan
perhubungan erat
antara kegagalan
pendidikan murid
sekolah khususnya
kanak-kanak kurang
beruntung dengan
ketaklengkapan
bahasa mereka.
Beliau telah
menggambarkan
kesan-kesan atas
pendidikan mereka
akibat dari
kekurangan bahasa
seperti kemiskinan
perbendaharaan
kata.

Pendapat ini
di.sokong oleh
Gulliford (1972) yang
menegaskan
pertalian. rapat
antara perkembangan
bahasa seorang
murid dengan
pertumbuhan
pemikirannya kerana
bahasa merupakan
alat pendidikan yang
terpenting sekali dan
inilah sebab utama
kita mestilah
berusaha sedaya
upaya untuk
memulihkan
ketaklengkapan
bahasa murid-murid
lembam. Tambahnya
lagi, kerencatan
dalam bahasa dan
kesulitan
menguasainya
merupakan satu
punca kegagalan
pembelajaran murid-
murid.

Dilihat dari
perspektif yang lebih
luas dan jangka masa
yang lebih panjang,
pengajaran pemulihan
dalam bidang bahasa
mempunyai matlamat:
untuk mencegah
pembaziran dalam
pendidikan
memandangkan
berapa rapatnya
perhubungan
kegagalan dalam
bahasa dengan
kegagalan dalam
pendidikan seorang
murid. Sekiranya kita
membiarkan saja
seorang murid
Darjah Tiga dengan
ketakbolehannya
untuk membaca atau
menulis perkataan-
perkataan mudah
seperti 'buku',
'berjalan', 'besar'
dan sebagainya,
ketaklengkapan
bahasanya akan
meruncing dari
setahun ke setahun,
dan membawa kepada
kegagalannya dalam
Peperiksaan Sijil
Sekolah Rendah dan
seterusnya tercicir
dari sekolah. Ini.
merupakan satu
kerugian. kepada
negara kerana
potensi-potensinya
telah tidak
dikembangkan dan
sebaliknya telah
terbenam disebabkan
bantuan tidak diberi
untuk menolongnya
mengatasi. kesulitan
pembelajaran dalam
bidang bahasa.

Kita sampai satu


prinsip lagi dalam
pengajaran pemulihan
iaitu ianya mestilah
dijalankan seawal
mungkin dan secara
berterusan. Ini
bermakna eloklah
masalah
pembelajaran murid
dikesan dan
ditentukan dengan
awal-awal dan
tindakan pemulihan
yang munasabah
dijalankan dengan
segera. Memang para
pendidik telah
menegaskan peri
pentingnya pemulihan
dimulakan pada
peringkat awal
sekolah rendah,
malahan pada
peringkat pra-
sekolah, tetapi ini
tidak bermakna
bahawa pemulihan
pada peringkat
sekolah menengah
adalah tidak berguna
langsung. Sebenarnya
tindakan pemulihan
mestilah diambil bila
saja ditentukan ada
murid yang
memerlukannya tidak
kira pada mana
peringkat
persekolahan.

Pengajaran pemulihan
dalam bidang bahasa
patutlah dianggap
sebagai sebahagian
dari tanggungjawab
seorang guru bahasa,
dan setiap guru
bahasa mestilah
melengkapkan diri
dengan kecekapan
yang perlu untuk
menjalankan tugas
penting ini.

Rujukanan

Brennan, W.K.
(1974), Shaping the
education of slow
learners, London,

Routledge & Kegan


Paul.

Creber, J.W. Patrick


(,1974), Lost for
words,
Harmondsworth,
Penguin Education.

Gulliford, R. (1974) ,
Backwardness and
educational failure,
Winsor, NFER
Publishing.

Widlake, Paul (ed.)


(1974), Remedial
education, London,
Longman.
http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htm
Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid-murid normal di kelas aliran perdana
yang menghadapi maslah penguasaan 3M. Mereka yang telah dikenalpasti bermasalah dalam subjek Bahasa
Malaysia atau Matematik akan dicalonkan ke kelas pemulihan khas. Fokus program ini ialah murid Tahap Satu.

Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah
murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran.
Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapai masalah
disebabkan oleh faktor kognitif.

Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan
keperluan murid, InsyaAllah akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif.
Memang menyeronokkan dan agak mencabar mengajar murid di kelas pemulihan khas. Jika cikgu-cikgu
berupaya untuk mengajar dan mendekati murid-murid ini, saya percaya pengalaman mengajar di kelas
pemulihan khas ini akan menjadikan cikgu, guru yang sebenarnya.
Puan Suraya bt Ahmad Zathu
http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=6&topic=19

KONSEP
Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan
mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami
tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali


“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai
kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak
masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami
murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program
pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang
kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.


ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.

Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.


2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit
tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang
nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam
pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak
yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan


memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran
asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “
guru
pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-


bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid


yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu


demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada
di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas
sekiranya keadaan memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai


kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui


prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah
mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.


3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.


3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta


menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana


keadaan memerlukan.
3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid
pemulihan di sekolah.

http://pemulihankhas.blogspot.com/2007/11/program-pemulihan-khas.html

Vous aimerez peut-être aussi