Vous êtes sur la page 1sur 7

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat
10 March 2006 / 10 Safar 1427
Aqidah Punca Kecemerlangan Ummah

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,


Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan mengajak sama
saudara-saudara yang dikasihi sekelian agar bertaqwa kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan mengerjakan apa
yang di suruh dan menjauhkan diri dari apa yang dilarang.

Maasyiral muslimin rahimakumullah,

1
Pada minggu yang lalu, kita telah mendengarkan khutbah akan
kepentingan aqidah kepada umat Islam, tanpanya tidak
bermakna dan bererti amal ibadah kita.

Kita juga telah mengetahui bahawa untuk mengenal Allah ialah


dengan mengetahui dan memahami nama-nama Allah dan juga
sifat-sifat Nya selain daripada kita merenung dan memerhatikan
ciptaan Allah yang maha Esa.

Maka pada hari ini pula, kita akan mendengarkan khutbah


tentang keperluan aqidah dalam membentuk kecemerlangan
ummah serta peranan dan tanggungjawab kita sebagai umat
Islam dalam menanamkan aqidah yang kukuh pada diri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,


Masyarakat Islam yang cemerlang ialah masyarakat yang
mengamalkan cara dan amalan hidup mereka selari dengan
pengertian aqidah yang sebenar di mana segala urusannya
akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan olehNya dalam Al-
Quran:

2
Ertinya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan
ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan,
dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang
awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya).
(Surah Al-An'aam:162-163)

Ketahuilah Islam ialah satu agama yang berteraskan aqidah


atau keyakinan yang luhur kepada Allah yang maha Esa,
kepada malaikat, para rasul, kitab-kitab, adanya hari qiamat,
dan kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang telah
ditentukan oleh Allah Taala.

Hasil dari keyakinan ini, akan membawa kepada lahirnya


kesedaran  dan kesanggupan untuk menunaikan segala
kewajipan yang telah ditetapkan Allah dan menjauhi segala
larangan dan tegahan Nya.

Maka dalam kehidupan kita dalam era yang penuh mencabar


ini, amat lah perlu bagi kita memastikan agar aqidah diri kita
dan juga keluarga kita serta masyarakat Islam secara
keseluruhannya tidak tergadai dalam apa jua keadaan
sekalipun.

3
Oleh itu sebagai seorang Muslim yang beriman, dalam
kesibukan kita sama ada sebagai seorang pelajar atau pun
sebagai seorang pekerja, kita seharusnya tidak melupakan
peranan kita dalam mengukuhkan aqidah dalam diri kita.

Sebagai ibu bapa pula, hendaklah kita perlu mendidik anak kita
mengenal Allah dan usaha menanamkan aqidah yang kukuh
selain dari menitikberatkan ilmu yang lain.

Tiada gunanya jika kita cemerlang dalam pendidikan atau


mempunyai kerjaya yang hebat, jika kita tidak mempunyai
keimanan yang mendalam terhadap Allah sehingga kita
mengabaikan pula perintah atau melakukan perkara-perkara
yang dilarang dan dibenci oleh Allah.

Jika kita imbas kembali sejarah dakwah Rasulullah saw


semasa beliau di Mekah, perkara pertama sekali yang
dilakukan oleh baginda kepada para sahabat nya sebelum
diajarkan tentang syariat-syariat Allah ialah dengan mendidik
para sahabat akan perkara-perkara yang bersangkutan
dengan aqidah dan keimanan. Perkara ini berterusan
sehinggalah aqidah para sahabat mantap dan kukuh sehingga

4
mudah menerima selepas itu apa sahaja perkara yang telah
ditetapkan oleh Allah dan Rasul Nya.

Di sini secara jelas menunjukkan bahawa usaha untuk


memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu perlu diusahakan
ke arah kemantapan keimanan yang berlandaskan kepada
aqidah yang benar, apabila sudah mantapnya aqidah maka
mantap pula lah keimanan seseorang. Manakala tabiat tidak
menitik beratkan aqidah, akan menyebabkan manusia berada
dalam keadaan iman yang rapuh dan terdedah pula kepada
kelekaan untuk tidak melakukan segala perintah dan
mengabaikan segala larangan Allah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,


Maka selepas kita mendengarkan akan kepentingan
pengukuhan aqidah dalam diri. Maka timbul pula persoalan,
bagaimana pula caranya untuk kita menanamkan aqidah yang
kukuh kepada diri kita, keluarga dan juga masyarakat ?

Bagi menanamkan aqidah yang kukuh dalam diri, sebenarnya


tiada mempunyai jalan pintas.

Pertama seseorang itu perlu berusaha mempelajari perkara


berkaitan dengan ketauhidan dan keimanan bermula daripada

5
mengenal Allah sehinggalah kepada kepercayaan terhadap hari
akhirat dan juga qada’ dan qadar.

Kemudian untuk mengukuhkan aqidah kita perlu melakukan


kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan seperti solat,
zakat, puasa dan menunaikan haji jika berkemampuan.

Bukan sahaja menunaikan kewajipan, seseorang yang ingin


menanamkan aqidah mesti tahu perkara-perkara apa yang
dilarang oleh Allah dan RasulNya agar dia dapat
menghidarinya, seperti berzina, meminum arak, berjudi,
menderhaka pada ibu bapa, mengabaikan tanggungjawab,
menyebarkan fitnah dan sebagainya

Oleh itu, jika kita sibuk dengan tugasan seharian, tidak kira
sebagai seorang pelajar atau pekerja, maka kita tidak boleh
tidak, perlu memperuntukkan masa untuk mempelajari perkara
ini.

Carilah guru yang bertauliah. Guru-guru yang diiktiraf, dan


janganlah hadkan pada satu guru sahaja. Akan tetapi belajarlah
dari banyak guru. Dan pertingkatkan ilmu tersebut dengan
banyak membaca serta bertanya kepada guru-guru akan
perkara-perkara yang tidak difahami.

6
Mudah-mudahan dengan pengukuhan aqidah dalam diri kita
dan juga masyarakat secara umumnya, akan dapat membantu
kita mewujudkan masyarakat Islam yang bertaqwa serta
beramal soleh. Seterusnya dengan kemantapan aqidah ini
akan membentuk kita menjadi masyarakat Islam yang
cemerlang yang mampu hidup di dalam arus pemodenan ini.

Vous aimerez peut-être aussi