Vous êtes sur la page 1sur 9

FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 1

UNIT 15 FORMULA CHEZY

OBJEKTIF

Objektif am:

Mempelajari dan memahami penggunaan formula Chezy dalam menentukan nilai


kadaralir dalam saluran terbuka.

Objektif khusus:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat:-

1. Menyatakan pekali-pekali Chezy untuk beberapa jenis permukaan saluran.


2. Menentukan kadaralir dengan menggunakan formula Chezy.
3. Menentukan dimensi keratan atau kecerunan dasar menggunakan formula Chezy.
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 2

INPUT

15.0 Pengenalan

Terdapat beberapa rumusan atau formula yang telah dihasilkan dalam


menentukan kadaralir dalam saluran terbuka. Bagaimanapun dua rumusan yang
biasa digunakan ialah formula Chezy dan formula Manning. Kedua-dua rumusan
ini akan kita gunakan dalam menentukan nilai pekali-pekali bagi setiap rumusan
atau formula berkenaan.

15.1 Formula Chezy

Untuk mendapatkan atau menerbitkan formula Chezy, cuba perhatikan


gambarajah 15.0 dibawah,

L
V i

Gambarajah 15.0 contoh saluran terbuka

Gambarajah menunjukkan satu elemen bendalir panjang L dan luas


keratan rentas A,

Daya yang menghasilkan pergerakan = Komponen berat elemen tertindak pada


sepanjang terusan
= wAL sin i
= wAL i ( untuk kecerunan kecil, sin i = 1 )
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 3

Jika q ialah rintangan geseran per unit luas pada unit halaju,

Maka rintangan per unit luas pada halaju v = qv 2

Seretan geseran pada elemen = qv2 x luas sentuhan saluran


= qv2 x PL
= qv2 PL

Oleh kerana elemen tidak mempunyai pecutan,

Daya yang menghasilkan pergerakan = seretan geseran


wAL i = qv2 PL
w A
v2 = . .i
q p
w
v2 = .m.i
q
A
dimana, m =
P

w
Dari itu, v = (m.i )
q

Maka halaju aliran adalah, v = C (m.i)

dimana, C adalah pekali Chezy’s


Untuk menentukan kadaralir,
Kadaralir, Q = A xV = A C (m.i)
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 4

15.1.1 Penggunaan formula Chezy

Contoh 15.1

Satu saluran segiempat pada kedalaman 4 m dan lebar 6 m mempunyai


kecerunan dasar 1 dalam 1000. Kirakan halaju min dan kadar alir bila air
mengalir penuh. Pekali Chezy ialah 50.

Penyelesaian,
Kedalaman min hidraulik, m = A/P =
Luas saluran A = bd = 6 x 4 = 24 m2
Perimeter basah,P = B + 2D = 6 + 2(4) = 14
Maka kedalaman min hidraulik = 24/14
= 1.71 m
Kecerunan dasar i = 1/1000 = 0.001
Halaju min, v = C (m.i) = 50 v = C 1.71x0.001 (1)

= 2.07 m/s
Kadaralir, Q = luas x halaju = bd. v
= (6 x 4) x 2.07
= 49.62 m3/s

Contoh 15.2

Satu saluran terbuka berbentuk ‘ V ‘ mempunyai kecerunan sisi masing-masing


300 dari garis tegak (lihat rajah). Jika kadaralir ialah 13.5 dm3/s semasa
kedalaman air 225mm, kirakan kecerunan dasar saluran. Pekali Chezy ialah 49.

D=
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 5

Penyelesaian,

Perimeter basah, P = 2 x D/kos300


= 2 x 0.225 / kos300
= 0.52 m

Luas saluran, A = ½ x 2(Dtan300) x D


= ½ x 2 (0.225 tan 300) x 0.225
= 0.03 m2 D=tan 300

Jejari hidraulik, m = A/P


= 0.03/0.52
= 0.06 m D=

kadaralir Q = 13.5dm3/s
= 0.0135 m3/s

Dari persamaan, Q = AC (m.i)


0.0135 = 0.03 x 49 0.06i

(0.01352 )
i = x0.06
(0.03x 49) 2
= 0.0014
Contoh 15.3

Air mengalir dengan kadaralir 8.5 m3/s di dalam terusan berbentuk trapezoid
dengan lebar dasar 9m dan kedalaman air 1.2m. Kecerunan sisi ialah 1:2.
Kirakan kecerunan dasar jika Pekali Chezy ialah 49.5.

D=1.2m 1
2

B=9 m
Penyelesaian,
Luas saluran, A = (9+2x1.2)1.2 = 13.68 m2

Perimeter basah, P = 9+2x1.2 12  22 = 14.37 m


m = A/P = 0.95
kadaralir, Q =
= 13.68 x 49.5 0.95 x i
(8.5)2 = 13.682 x (49.5)2 x 0.95 x i
i = 1: 6029
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 6

Aktiviti 15.0

1. Dengan menggunakan rumus Chezy, tentukan kadaralir yang mengalir melalui


saluran yang ditunjukkan dibawah ini, halaju aliran 3 m/s kecerun dasar 1: 2500
dan C=49.5.

Penyelesaian:

2m

4m

2. Bagi saluran yang berbentu trapezoid dibawah dapatkan nilai kecerunan dasar
jika kadaralir ialah 9.0 m3/s. Pekali Chezy ialah 49.5.

Penyelesaian:
D=1.1m 1
2

B=8 m
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 7

MAKLUM BALAS AKTIVITI 15.0

1. Dengan menggunakan persamaan Cherzy bagi saluran segiempat nilai kadaralir


akan diperoleh iaituQ = 7.92 m3/s

2. Pelajar boleh merujuk contoh 15.5 untuk menjawab soalan ini. Gunakan formula
Chezy untuk mendapatkan jawapan. i = 1: 3008
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 8

 
PENILAIAN
KENDIRI

1. Air mengalir melalui paip bergarispusat 3m. Jika kecerunan paip ialah 1 : 400,
kirakan kadaralir jika air mengalir separuh penuh. Pekali Chezy, C = 45.
( 6.88 m3/s)
2. Satu saluran 0.9m lebar mempunyai sisi tegak sementara dasarnya berbentuk V
dimana sudut V ialah 1200. Apabila kedalaman air yang diukur dari dasar saluran
ialah 0.6m, kirakan kadaralir jika kecerunan dasar ialah 1:1200 dan C= 55.

3. Tentukan jejari sebuah saluran terbuka berbentuk separuh bulatan yang boleh
mengalirkan air sebanyak 280liter/s. Kecerunan saluran ialah 1:2500. Ambil C=56.
Jika saluran berbentuk segiempat dengan lebar dan dalam yang sama, kirakan
kadaralir dengan nilai C dan kecerunan yang sama.

4. Satu terusan berbentuk trapezoid akan dibina untuk mengalirkan air sebanyak 280
m3/s. tentukan ukuran-ukuran keratan rentas terusan tersebut jika kecerunan dasar
ialah 1:1600, sudut sisi 450 dan keratan rentas adalah minimum. C=50.

5. Tentukan nisbah kedalaman d dengan lebar b untuk terusan segiempat dengan


keluasan sekata A dan kecerunan dasar 1 untuk kadaralir maksimum.
Tentukan ukuran-ukuran untuk terusan tersebut jika diberi i = 2000 dan kadaralir
ialah 5.6 m3/s. C=66.

6. Satu terusan berbentuk trapezoid dengan sudut sisi 60 0 ke ufuk dikehendaki untuk
mengalirkan 4.25 m3/s air dengan kecerunan dasar 1 dalam 9000. Tentukan
ukuran-ukuran yang sesuai untuk keratan rentas minimum jika pekali Chezy ialah 49.

7. Keratan rentas sebuah saluran adalah berbentuk separuh bulatan jejari 600mm dan
bersisi tegak. Kecerunan saluran ialah 1:2800. Kirakan kadaralir dalam m3/s bila
kedalaman air ditengah saluran ialah 900mm. C=47

8. Sebuah saluran berbentuk ‘V’ yang membuat sudut 45 0 dengan garis pugak
dikehendaki menghantar air pada ukurdalam 0.25m atas cerun dasar 1 dalam 500.
Jika C=58, kirakan isipadu air yang mengalir di dalam saluran. Berapakah
ukurdalam air dalam salurana ini sekiranya dikehendaki pula untuk menghantar air
dua kali ganda isipadu air per saat dengan cerun dan nilai C tidak berubah?
FORMULA CHEZY C3009/ UNIT 15 / 9

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. 6.88 m3/s

2. 0.33 m3/s

3. 0.55, 0.36 m3/s

4. d=1.53, b=1.27m

5. 1:2, 1.49m, 2.97

6. d=2.14m, b=2.47m

7. 0.506 m3/s

8. 46.4l/s, 0.33m

Vous aimerez peut-être aussi