Vous êtes sur la page 1sur 8

Bab 1

Malam semakin tua. Pungguk semakin galak menyatakan kerinduan yang tidak terhingga kepada
bulan. Kota Kuala Lumpur tidak pernah lekang dengan suara-suara yang entah datang dari mana.
Hikmah menguak sedikit langsir untuk berdiri seketika di balkoni, memerhati keindahan alam.

Di satu sudut yang begitu kontras situasinya. Jam tepat menunjukkan jam 12 tengah malam, namun
mata masih melirik kepada skrin komputer, masih belum menunjukkan tanda ingin berehat. Minda
masih tertumpu kepada fail pesakit yang bertimbun di meja tulisnya. Esok aku perlu bangun lebih
awal untuk memenuhi janji temu yang sekian lama tidak dibuat bersama pengarah hospital.

“Shinji, kenapa tak tidur lagi? Sibuk?”Sambil menatap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Tak okasan, cuma mata belum mengantuk.”

“Tidurlah. Okasan tutup lampu ini ya?”

Aku mengangguk perlahan. Gelap.

‘Krrrrriiinggggg!!’ Jeritan jam loceng membuatkan dia terpinga-pinga sebentar. ‘7.30 pagi,’ hati
berkata bangun. Bingkas bangun untuk bersiap. Baju kemeja berlengan panjang berjalur biru
menjadi kegemarannya disarung dan disikat rambutnya dengan kemas. Identitnya sebagai pakar
neurologi perlu dijaga.

Hospital Fuji Kosei tidak pernah lekang dengan pesakit. Terlalu sibuk orang ramai lalu-lalang
sehingga tidak menguntum senyuman termasuk dirinya. Dia terus melangkah untuk pergi ke
kafeteria hospital untuk bersarapan sekaligus berjumpa dengan En.Yosuke.

“Konichiwa,” Sambil meletakkan beg kerja di tepi kerusinya.

“Konichiwa,jemput duduk.”

Setelah aku memesan minuman, aku mula berbicara.

“Ada apa tuan memanggil saya? Adakah kerana kes En.Harry?”Merujuk kepada seorang pesakit yang
memarahinya kerana melambatkan pembedahan membuang tumour dalam otaknya.

“Bukan.”

“Habis tu?”

“Saya menerima jemputan dari pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bertugas di sana
sebagai pakar neurologi. Mereka ada pakar sendiri, Dr.Hikmah namanya, tapi saya ingin meminta
awak untuk memenuhi jemputan ini.”

Aku terdiam seketika. Hatiku tergelak kecil.’Hikmah? Nama pelik sangat.’

“Bagaimana?”Aku tersentak.

“Baiklah, saya menerimanya. Saya akan bertugas di Malaysia mulai minggu hadapan.” En. Yosuke
cuma tersenyum nipis.
Kini aku sudah menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Bumi yang dirasakan terlalu asing dengan Jepun.
Masyarakat sekeliling sering menguntum senyum, bertegur sapa.

“Excuse me sir, may I know where is your destination?”Pemandu teksi dalam lingkungan 50-an
menyapaku dari belakang.

“Tidak mengapa, pak cik boleh bercakap Bahasa Melayu dengan saya.”

“Syukur, Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah? Apa itu?”

“Kamu bukan Islam?”

“Tak, saya ateis.”

“Oh, anak ini mahu kemana? Boleh pak cik hantarkan?”

“Pusat Perubatan Universiti Malaya.”

Dia terus mengangkat barangan untuk dimasukkan ke dalam kereta. Semasa dalam perjalanan, aku
memerhati keadaan sekeliling. Cantik, tidak banyak beza berbanding Jepun.

Setelah aku menghulurkan wang kepada pemandu teksi itu, aku terus melangkah kaki menuju
hospital,bakal tempat kerjaku.

“Maaf, boleh saya berjumpa dengan Dr. Hikmah? Saya Dr.Shinji, pakar neurologi dari Jepun.” Aku
memperkenalkan diri di kaunter pertanyaan.

“Ya, silakan ikut saya.” Kami terus menuju sehingga terjumpa satu bilik.

- Dr. Nurul Hikmah –

Jururawat itu membuka pintu, namun doktor yang dicari tiada.

“Sila tunggu sebentar. Mungkin Dr.Hikmah tengah solat.”

“Solat? Apa itu?”

“Sembahyang bagi orang Islam.”

Aku hanya mengangguk kepala. Amarah mula menyelebungi diri. Seketika kemudian, Seoorang
wanita bertudung labuh masuk ke dalam bilik itu.

“Salam sejahtera. En. Shinji?”

Aku menoleh. Menatap wajahnya yang tidak pernah kulihat, terlalu manis untuk dipandang. Hikmah
hanya menundukkan pandangannya. Aku menghulurkan tangan untuk berjabat, namun hampa.

“Maaf, saya pergi untuk solat sebentar tadi.”

“Kenapa awak ingin solat?”


Hikmah tersentak seketika mendengar pertanyaan yang terpacul dari mulutku. Dia dengan tenang
menjawab.

“Dalam Islam, solat itu merupakan tiang agama. Jadi, kami perlu patuhi amalan kami.”

“Namun, awak perlu tahu. Awak dalam tugas!”Aku mula membantah.

Hikmah hanya mendiamkan diri. “Mari saya tunjukkan bilik doktor.”

Aku hanya menurut dari belakang. Satu kelainan yang dapat kurasakan mengenai doktor muda itu.
Tudung labuh menyerlahkan ayunya.

“Adakah cinta pandang pertama aku sudah tiba?” hatiku berdetak kencang. Ego mula menguasai diri
untuk menidakkan realiti.
Aku tersandar lemah di atas kerusi. Sambil meneliti fail pesakit yang mula menimbun, fikirnaku
melayang entah ke mana. Memikirkan kelakuan hikmah yang begitu belainan dengan wanita yang
pernah menghuni laman hatiku. Seseorang yang sangat patuh dengan agama, tidak pula
menunjukkan kecantikkan, malahan menyembunyikan di sebalik tudung yang disarung.

‘Satu situasi yang aneh.’ Hati kecilku mula berdetak kencang. Mindaku sudah dirasuk dengan
wajahnya. Tutur katanya bisa membuat lidahku kelu. Mataku tidak terlepas dari menatap wajahnya.

Masa terus berlalu. Rumah yang akan dihuni telah disiapkan oleh En. Yosuke dengan perabot, serupa
dengan rumahku di Jepun. Dia teringin untuk membuat panggilan kepada doktor muda itu, tetapi
ego yang menebal membataskan segala. Minda terus mengacahnya untuk berbuat begitu, hati pula
mengiyakan permintaan. Lantas, dia mula mencari sesuatu yang terselit kemas di dalam telefon
bimbitnya itu. Bunyi zikrullah berkumandang di telinga, begitu merdu kurasakan.

“Hai.”

“Hai, En. Shinji, kenapa telefon? “

“Boleh kalau sekiranya kita berjumpa sebentar?”

Hikmah teridam seketika, memikirkan ideaku yang agak gila-gila. Dia sudah maklum akan perangaiku
oleh En. Yosuke. Dr. Shinji merupakan seorang yang serius, pendiam, tegas. Dia tidak pernah jatuh
cinta kepada mana-mana wanita, walaupun telah menjangkau 27 tahun. Dia hanya terdiam deketika
memikirkan dirinya yang masih bujang, dua tahun lebih muda daripadanya.

“Doktor?”

“Ya?”

“Boleh?”

“Okay, di mana?”

“Saya tak tahu tempat di Kuala Lumpur.”

“Okay, kita jumpa di kafe.”

“Okay.”

Aku melompat kegembiraan. Rancangan pertamaku sedah berjaya. Aku segera bersiap.

Setengah jam sudah belalu. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Dari jauh terlihat dua wanita
yang berpurdah mendekatiku.

“Dr. Shinji?”

Aku tergamam. Tidak menyangka gadis yang menghuni hatiku kini berpurdah.

Dia dengan seorang perempuan yang ku kira temannya duduk di hadapanku. Sepi.

“Siapa perempuan ini?”


“Alma. Teman saya. “

“Kenapa awak bawa teman awak sekali?”

“Dalam Islam, kami dilarang duduk berdua-duaan terutama dengan pasangan.”


Malam itu,aku menerima tamparan hebat dari seorang wanita yang baru dikenalinya, tidak sampai
seminggu. Situasi kini berubah. Kalau dahulu, setiap wanita yang bertentang mata pasti terpikat,
namun dengan Hikmah,aku seolah-olah seorang yang kehilangan akal yang waras. Adakah ini
penangan cinta? Kata-katanya masih terngiang-ngiang, berdesing di dalam telinga, menghiris hati
setiap saat.

“Ada apa awak ingin berjumpa saya?”

“Saya cintakan awak. I love you so much, seriously.”

Dia mula berdiri. “Saya rasa saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap awak. Tolong faham.”

“Please. Saya sanggup menunggu awak.”

“Stop. Saya tak nak dengar apa-apa dari awak.” Dia terus berlalu tanpa menoleh belakang.

Aku menghempaskan akhbar ke lantai. Amarah terus membakar senyuman salju yang kerap terselit
di wajah. Mengepal penumbuk yang tak sebesar mana. Kemudian, senyuman mula terukir setelah
mendapat idea.

Suasana hospital berubah tegang pada pagi itu.

Hikmah meluru masuk ke dalam pejabatku, riak mukanya turut berubah.

“Saya ingin meminta penjelasan dari awak.”

“Apa? Saya rasa awak yang langgar etika kerja.”

“Saya? En. Shinji, mulut jaga sikit! Tak da insurans?”

“Memang tak ada, dengan orang macam awak.” Tenang aku menjawab.

“ Tidak ada? Okay, apa tujuan awak pergi kata saya couple dengan awak?”

“Okay..jadi?”

“Saya tak pernah ada hubungan dengan awak, faham? Tarik balik kata-kata awak!”

Aku nekad bangun. Kali ini aku tidak kira apa pun hendak terjadi. Aku sudah menemui cinta pandang
pertama yang tak akan aku lepaskan. Hikmah kaget, lalu memandang ke arah lain. Aku memegang
tangannya lalu melutut.

“Shinji, apakah ini?”

“Saya ingin melamar awak sebagai teman hidup saya buat selamanya.”

“Awak gila? Ini semua tak logik!”

Aku berdiri, memegang erat tangannya. “Tolong.”

Hikmah kelu, membiarkan semua terhenti buat sementara. Ingin saja dia lari dari situ dan pergi ke
hujung dunia.
“Boleh, tapi dengan satu syarat. Awak perlu belajar mengenai Islam terlebih dahulu, saya tidak mahu
ada apa-apa hubungan dengan awak sebelum awak dalami Islam dengan ikhlas, bukan kerana saya.”
Dia merenggangkan genggaman lalu pergi. Aku terjelepok ke tanah.
Aku melangkah kaki menuju ke sebuah tempat yang terlalu asing. Semua orang berpusu-pusu
menuju tempat yang tesergam indah. Terdengar laungan yang seakan-akan terlalu syahdu, merawat
luka di hati. Lalu, berniat ingin mengetahui keadaan yang sedang berlaku.

“Maaf pak cik, boleh saya tahu, saya sebenarnya berada di mana?”

“Anak berada di masjid. Anak bukan Islam?”

Aku pantas menggelengkan kepala. “Apa yang sedang berkumandang, pak cik?”

“Azan, sebagai satu deruan kepada umat Islam untuk menunaikan solat.”Dengan tenang orang tua
yang tidak dikenali itu menjawab.

Aku menoleh, memerhati keadaan sekeliling. “Pak cik?” Dia terus menghilang ke mana. Kakinya
menguis sesuatu, tepat pada pandangannya.

Satu benda yang seakan-akan mutiara tetapi diperbuat dari kayu. Aku menjadi hairan.’ Apa ini?’

Mindaku entah ke mana, melayang ke satu tempat yang kusendiri tidak pasti.

Vous aimerez peut-être aussi