Vous êtes sur la page 1sur 2

Tuan Haji Shaharoni Bin Abd.

Basir
Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Bestari,
Jalan USJ 5/3A,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Pengetua,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM IRIS ANJURAN ALUMNI .

Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Alumni SAM BESTARI SPM
2010 ingin memohon kebenaran tuan untuk menjalankan program Integrasi Remaja
Islam SAMBESTARI (IRIS).

2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pemimpin untuk menerajui
kepimpinan di sekolah dalam menjalankan tugas di samping memastikan segala
kelemahan kepimpinan pada tahun lepas tidak berulang pada tahun ini. Program ini
juga bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada badan kepimpinan untuk
menjadi daie yang sentiasa bersemangat dalam melaksanakan amar makruf nahi
mungkar.

3. Maklumat tentang program yang akan diadakan adalah seperti berikut :

Tarikh : 15 Februari 2011 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam

Tempat : Surau Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST)

JAIS, Subang Jaya


4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan agar dapat
mempertimbangkan permohonan kami ini dengan segera.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

………………..........................
(Muhammad Ariff Mustaqim bin Muhammad Yusoff)
Bendahari Program IRIS

Vous aimerez peut-être aussi