Vous êtes sur la page 1sur 1

SIKAP PEMBELAJARAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN

PELAJAR DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Lilia Ellany binti Mohtar


2010
lilia@utm.my
lilelny@gmail.com
Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Isu pembubaran peperiksaan awam UPSR dan PMR hangat diperkatakan


pada tahun ini. Hal ini dibangkitkan disebabkan oleh pihak kerajaan berhajat
untuk mengubah sistem pendidikan Negara yang terlalu berorientasikan
peperiksaan sehingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba
boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Penulisan ini
akan menumpukan pada amalan dan sikap pelajar dalam menuntut ilmu
sains dan teknologi dan agen pembentukan nilai yang baik berdasarkan
perspektif Islam iaitu ilmu dan ibadah. Penulisan juga berkisarkan tentang
pembelajaran berhikmah (kecemerlangan menurut perspektif Islam) serta
adab dan nilai menuntut ilmu sains dan teknologi iaitu ikhlas dalam
menuntut ilmu, kejujuran, amalkan sikap saintifik, amanah, dan
mengamalkan ilmu. Perkembangan pengetahuan pelajar diharap selari
dengan dengan pembangunan sains dan teknologi tanpa mengabaikan adab
dan nilai murni agar sikap individu terhadap mencarian ilmu adalah terpuji.

Lilia Ellany Mohtar (2010, October). Sikap Pembelajaran Ilmu Sains dan Teknologi dalam Kalangan
Pelajar Di Malaysia Menurut Perspektif Islam. Paper presented at 2nd International Conference on
Islamic Science and Technology (ISTech), Grand Paragon Hotel, Johore Bahru.

Vous aimerez peut-être aussi