Vous êtes sur la page 1sur 3

Ijma' maksudnya ialah konsensus (dipersetujui sebulat suara).

Misalnya konsensus
dalam Parlimen dan enakmen itu diluluskan sebulatsuara ahli Dewan rakyat.

Ijma' Ulama' bermaksud konsensus kesemua para mujtahid yang hidup pada satu
angkatan. Sekurang-kurangnya ia memerlukan minima dua orang mujtahid (ulamak
pakar) pada satu-satu zaman. Misalnya:
1. Ijma' ahlil Madinah (konsensus kesemua penduduk Medina)
2. Ijma' Khulafa' arrasyidin (konsensus 4 orang:  Abu Bakar, Umar , Uthman dan Ali,
kesemuanya RA)
3. Ijma' sahabat (kesemua sahabat baginda yakni konsensus)

Mujtahid ialah pakar (sekarang ialah tarafnya Professor kelulusan phD) dan kepakaran,
kewibawaan, keilmuan dan kesarjanaannya diperakui oleh ummah seluruhnya. Untuk
satu-satu period, mungkin tidak ramai bilangannya. Mereka
ini termasuk dalam kelas mujtahid mutlak.

2. Bagaimana ijma' boleh berlaku zaman dahulu?


Ijma' berlaku di zaman silam bila soalan atau permasalahan yang sama diajukan kepada
mujtahid tersebut dan jika jawapan-jawapan mereka di dapati sama, maka itulah ijma';
misalnya persoalan zaman dulu, tentang wajibkan
zakat yang tidak cukup nisab? Maka orang ramai membandingkan jawapan mujtahid di
Iraq, seorang lagi di Syam, seorang lagi di Mesir, seorang lagi di Hijaz. Jika empat
mujtahid ini dianggap kepala ulamak untuk zaman itu memberi jawapan yang sama,
maka itulah ijma' ulama'.

3. Bagaimana ijma' masih boleh berlaku zaman kita?


Ini menjadi lebih mudah kerana sentiasa dianjurkan persidangan feqah sedunia dan
dihadiri oleh mujtahid terkemuka dan dibahaskan. Atau pada masa akan datang secara
video-conferencing, maka lebih mudah lagilah. Misalnya ijtima' ulamak di Jeddah pada
tahun 80'an memutuskan ijma' ulamak mengharuskan derma darah. Juga ijma' ulamak
ke atas haramnya dadah.

Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia
tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu
yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka
terbahagi kepada dua.

Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat
tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang.
Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang
mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.

Kedua-dua golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi iaitu ketika Baginda
bersabda selepas perang Ahzaab:

Maksudnya:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar
melainkan di perkampungan Bani Quraidzah.

Para sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib.

Ada yang berkata:


"Tujuan Rasulullah (s.a.w) berkata demikian ialah supaya bersegera."

Yang lain pula berkata:

"Tidak, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar
melainkan di perkampungan Bani Quraizah." Oleh itu kami tidak akan sembahyang
melainkan di perkampungan Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib."

Jadi, mereka menunaikan Asar didalam waktu Maghrib.

Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana
golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda
membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab
perselisihan.

Sebab lain lagi ialah ada manusia yang `mutasyaddid' (terlalu berhati-hati) dan ada
yang `mutarakhis' (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.

Ibnu Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu 'Abbas. Ibnu Omar ketika berwudhuk
akan memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas
pula tidak merasakan perkara itu perlu.

Ibnu Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya.
Ibnu `Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: "lanya seperti bunga
yang dicium."

Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah
datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di
dalam warisan Feqah.

Bahasa juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.

Firman Allah:

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228

Apakah yang dimaksudkan dengan quru'?

Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Para Imam telah
berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-
perkataan yang mempunyai banyak makna.

Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki
dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang
hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Sebagai
contohnya, firman Allah:
"Atau kamu sentuh perempuan. Al-Maidah: 6

Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya
adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?

Antara sebabnya lagi ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat.
Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang
Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.

Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang


tidak dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum
al-balwa'.

Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu
dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih
daripada hadis Aahaad.

Ada Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha'if (yang kemudiannya dinamakan hadis
Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah
seterusnya.

Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total
dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.

Ada yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang
tidak berpendapat begitu.

Ada yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.

Ada yang berhujah dengan `masaah mursalah' (yang tidak ada dalil menunjukkan
penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.

Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah `amr'
(perintah) dan `nahyu' (larangan), `am' (umum) dan `khan' (khusus), `mutlak' dan
`mugaiyad', `mantuq' dan `mafhum' serta lain-lain perkara lagi yang dijelaskan dalam
ilmu Usul Fiqh.

Vous aimerez peut-être aussi