Vous êtes sur la page 1sur 21

PENGENALAN

Kurikulum tersembunyi merupakan salah satu aspek yang terdiri dalam kurikulum yang
diajar di sekolah.namun kurikulum ini sebenarnya lebih memainkan peranan penting
berbanding kurikulum lain.ianya terdiri dari pelbagai peringkat dan dalam tahap
masyarakat. Ianya merupakan satu elemen yang perlu diberi perhatian semasa mereka
bentuk kurikulum.Ia adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan
dialami serentak dengan kurikulum kursus yang sedang diajar. Kurikulum tersembunyi
mempunyai pengaruh dan boleh digunakan seiring kurikulum akademik yang digubal
oleh pensyarah. Cabaran kepada para pensyarah ialah menentukan isinya dan menabur
atau meletakkan cebisan isi-isi tersebut di dalam pelbagai kursus atau kegiatan
pelajar.Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya
sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penilaian
kurikulum boleh dilakukan secara, Penilaian Formatif (berterusan) dan Penilaian Sumatif
(peringkat akhir sahaja) Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan,
perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan
apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai
pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk
penambahbaikan seterusnya.

KONSEP KURIKULUM

Mengikut Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang


pelajaran di sekolah. Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan “kurikulum”berasal
daripada perkataan Latin “curriculum” yang bermaksud ruang tempat di mana
pembelajaran berlaku.

Mengikut www.iteawww.org/TAA/Glossary.htm ,kurikulum di definisikan sebagabai


bahan pengajaran yang guru dan murid-murid perlu meliputi dlm proses
pembelajaran.Pakar-pakar pendidikan :Kerr (1968) pula mendefinisikan kurikulum
sebagai “semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah sama ada
dlm kumpulan atau secara individu, di dlm atau di luar sekolah.”

Page | 1
Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Kurikulum formal merupakan kurikulum yang tersurat boleh dilihat terancang dan
berurutan ianya berfokus kepada matlamat, objektif, subjek metal, dan struktur
pengajaran. Kurikulum tidak formal ialah human variable yang tidak dapat sebelumnya ia
melibatkan interaksi sosial/psikologikal antara pelajar dan guru yang melibatkan perasaan
sikap dan tingkah laku. Kurikulum tidak formal mengandungi dua elemen iaitu ko-
kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Ko-kurikulum merupakan aktiviti yang bertujuan
menyokong kurikulum biasanya dilakukan di luar bilik darjah, aktivitinya bertujuan
membentuk sahsiah pelajar. Kurikulum tersembunyi pula ialah sesuatu yang dipelajari
atau diperoleh oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis.

PENGERTIAN KURIKULUM

Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk
memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Menurut John Dewey (1902,
halaman 5) dalam bukunya ‘The Child and The Curriculum’ merujuk istilah kurikulum
sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau
hingga masa kini’. Pembentukan kurikulum menekankan kepetingan dan keperluan
masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya ‘Democracy and
Education’ (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus
mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus
membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan
akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen rekonstruksionism sosial dapat
dikesan dengan melihat kearah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif
utama, tanpa menafikan kepentingan individu.

Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum
boleh didefinisikan sebagai :“ Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh
sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan’.
Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit
beruniform.

Page | 2
Mengikut Akta Pendidikan 1996 Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997
mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai “program pendidikan yang merangkumi
aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu
mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta
memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan’.

KURIKULUM TERSEMBUNYI

Kurikulum tersembunyi merupakan segala pembelajaran tidak formal yang berlaku


disekolah. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak dirancangkan dan tidak
diajarkan secara langsung oleh para guru. Ia diterima secara perlahan oleh murid-murid.
Murid-murid pada kebiasaannya lebih menerima pengalaman-pengalaman sosial yang
diperolehi secara tidak langsung atau tidak sedar untuk ditiru dalam interaksi masing-
masing (Amir Hasan Dawi, 2009).

Kurikulum tersembunyi adalah lanjutan atau tambahan daripada generalisasi kepada


norma-norma masyarakat. Menurut James (1968), kurikulum tersembunyi lahir daripada
sekolah sebagai satu organisasi, iaitu apa sahaja pelajaran di sekolah yang diterima oleh
pelajar di luar kurikulum yang nyata. Sockket (1976) menyatakan terdapat perbezaan
antara apa yang diajar oleh guru dengan apa yang sebenarnya dipelajari oleh pelajar.
Kurikulum tersembunyi juga tidak menunjukkan sikap secara terus terang, tetapi
pemindahan sikapnya akan berlaku apabila ia memberi contoh-contoh yang
memperkecilkan orang lain.

Terdapat bermacam-macam cara kurikulum tersembunyi tersampai kepada murid. Ini


termasuklah melalu peraturan-peraturan dan rutin sekolah, keadaan bangunan,susun atur
bilik darjah, gaya guru, struktur hierarki sekolah dan sebagainya. Pandangan teorikonflik
selalu menunjukkan kurikulum tersembunyi adalah untuk memindahkan nilai-nilai
masyarakat kapitalis kepada murid-murid. Murid-murid dikatakan dilatih untuk menerima
peraturan, mematuhi autoriti, diregimenkan dan memerima ketidaksamaan. Mereka

Page | 3
mengatakan kurikulum tersembunyi secara tidak langsung mengukuhkan bentuk kelas
sosial, identiti etnik,gender, dan mencorakkan kedudukan seseorang dalam hirarki
pekerjaan. Murid-murid mempelajari melalui pengalaman dan pemerhatian mereka
kepada sistem persekolahan yang mempunyai yang mempunyai hierarki, peraturan dan
perbezaan peranan berkenaan.

Di Malaysia, konsep kurikulum tersembunyi memainkan peranan yang penting.


Secaraumumnya kurikulum tersembunyi tidak dianggap sesuatu yang negatif. Kurikulum
tersembunyi mempunyai fungsi untuk mencapai kestabilan dalam masyarakat. Misalnya
usaha-usaha yang di lakukan dalam menceriakan persekitaran sekolah, mencantikkan
bangunan, mengadakan hari terbuka, guru-guru berpakaian kemas dan sebagainya
merupakan aspek yang mempengaruhi terhadap kurikulum tersembunyi. Kurikulum
tersembunyi boleh menjadi negatif sekiaranya tidak ditangani dengan baik. Sikap guru
yang autokratik misalnya, akan membentuk murid yang mungkin penakut. Begitu juga
sekolah yang mempunyai persekitaran tidak terurus dengan tahapdisiplin murid yang
rendah akan melahirkan murid yang nakal dan mempunyai pengurusan diri yang lemah.

Kurikulum tersembunyi amat berpengaruh. Ia boleh digunakan sebagai satu komponen


tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa. Contohnya ialah dalam mengajar
kemahiran generik. Kemahiran generik ialah kemahiran umum, kemahiran
berkomunikasi, kebolehan, dan trait yang perlu dikuasai seseorang untuk berjaya di dalam
kerjayanya. Kemahiran generik memerlukan tempoh yang lama untuk dikuasai
sepenuhnya dan tidak mungkin diperolehi dengan mendalam melalui pengajaran secara
kursus. Oleh itu, pengajaran kemahiran generik dibuat di dalam bentuk kurikulum
tersembunyi iaitu melalui teknik infusi yang menabur atau meletakkan beberapa bahagian
dari kemahiran-kemahiran ini di dalam semua kursus yang pelajar ikuti. Setelah
mengikuti semua kursus ini pelajar tersebut akan turut mempelajari pelbagai kemahiran
generik.

Pengaruh kurikulum tersembunyi mudah difahami dengan melihat bagaimana personaliti


kanak-kanak terbentuk. Ibu bapa melayani setiap anak mereka berbeza-beza walaupun
menyayangi setiap orang sama banyak. Layanan yang diberi adalah bergantung kepada,
kedudukan anak tersebut di dalam keluarga, sama ada sulung, tengah, atau
bongsu,jantina,tanggungjawab, pengalaman, perhatian, harapan dan nilai yang diharapkan

Page | 4
pada anak tersebut .Juga terdapat pelbagai interaksi di antara sulung, tengah dan bongsu
yang ibu bapa tidak tahu.Hasilnya ialah setiap kanak-kanak, iaitu sulung, tengah, dan
bongsu ini mempunyai personaliti yang berbeza walaupun datang dari keluarga yang
sama. Perbezaan ini sebenarnya tidak disengajakan tetapi hasilnya adalah demikian dan
berlaku di luar kawalan ibu dan bapa. Walau pun begitu, jika dibandingkan antara
keluarga, terdapat banyak persamaan antara kanak-kanak sulung dari satu keluarga
dengan keluarga yang lain. Begitu juga dengan yang tengah dan yang bongsu.

ISU BERKAITAN KURIKULUM TERSEMBUNYI

Isu pertama dalam melaksanakan kurikulum tersembunyi ialah dapat melahirkan


pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet
mengenai pendidikan (1979) menjelaskan disiplin bererti kesanggupan seseorang itu
bekerja ataupun membuat dengan cekap dan tertib, kesanggupan menhormati hak orang
lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu
kepentingan orang lain,kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong, dan akhir sekali kesanggupan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat. Melalui penyertaan pelajar dalam unit badan berunifom seperti Persatuan
Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kor Kadet Polis Diraja, Pengakap, dan unit-unit
unifom lain dapat mendisiplinkan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah. Nilai disiplin
ini dapat diterap semasa aktiviti kokurikulum ini dijalan di sekolah. Sebagai contoh
semasa aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki diadakan pelajar akan didedahkan dengan
tentang disiplin diri seperti patuh kepada arahan ketua, menepati masa, dan melaksanakan
arahan tersebut dengan cergas, sempurna dan tepat pada masanya serta berkualiti. Selain
itu dalam badan berunifom juga menitikberatkan keterampilan diri dalam aspek
pemakaian dan kekemasan diri dengan mengikut garis panduan pemakaian unifom atau
pakaian yang ditetapkan oleh sesuatu badan uniform. Lantaran daripada itu, pelajar akan
terbiasa dengan etika dan cara pemakaian yang betul dan kemas di sekolah mahupun
diluar sekolah. Kekemasan ini dapat menonjolkan seseorang pelajar itu berdisiplin atau
tidak melaui penampilan kemas yang ditampilkan oleh pelajar. Manakala pada sesi
persekolahan pula lantaran daripada disiplin yang diterapkan semasa aktitiviti
kokurikulum pelajar secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tersebut akan

Page | 5
mematuhi peraturan sekolah. Secara tidak langsung akan mengurangkan masalah
peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Ketika menjalani sesi
persekolahan sedar atau tidak para pelajar diterapkan nilai disiplin didalam setiap
perbuatan ketika berlakunya aktiviti diluar proses pelajaran dan pembelajaran (P&P).
Ketika membeli makanan di kantin sekolah para pelajar pada kebiasaan akan beratur dan
menunggu giliran untuk mendapatkan makanan mereka situasi ini turut berlaku semasa
perhimpunan pagi di setiap sekolah.

Isu kedua yang ingin diutarakan ialah dapat memupuk semangat perpaduan tanpa
mengira kaum, agama, dan bangsa. Keadaan ini dapat dilihat ketika berlakunya aktiviti
sukan. Melalui aktiviti sukan ini, terutama pada hari sukan tahunan sekolah para pelajar
dibahagikan kepada beberapa rumah sukan. Keahlian didalam rumah sukan ini
mengabungkan kesemua pelajar tanpa mengira agama mahupun bangsa bagi mewakili
rumah sukan masing-masing. Implikasi daripada tindakan inisecara tidak langsung akan
mewujudkan perpaduan antara kaum apabila berlakunya pertandingan, semua ahli rumah
sukan akan menyokong para peserta yang mewakil rumah sukan mereka dengan
mengetepikan perasaan semangat perkauman diantara pelajar. Bagi yang mengambil
bahagian pula semangat perpaduan diantara kaum ini lebih menyerlah apabila mereka
berganding bahu dan berusaha untuk memastikan rumah yang diwakili oleh mereka
menang terutamanya didalam acara yang melibatkan kumpulan. Kerjasama para pelajar
diantara kaum ini terserlah dan perpaduan dapat dieratkan.

Isu ketiga yang dapat dilihat dalam kurikulum tersembunyi ialah isu berdikari.
Dalam isu ini, kita dapat meninjau keadaan atau kehidupan para pelajar yang tinggal
disekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa yang mempunyai asrama. Bagi
pelajar-pelajar yang menghuni asrama secara tidak langsung mereka akan belajar
berdikari dan akan mempunyai sifat berdikari yang tinggi dalam diri mereka. Jika
ditelusuri kehidupan harian mereka di asrama sekolah, bermula daripada terjaganya dari
tidur, para penghuni asrama mula mengenal apa yang diertikan sebagai berdikari.
Berdikari boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau kesanggupan melakukan sesuatu
perkara tanpa merujuk atau bergantung terhadap orang lain. Apabila para pelajar terjaga
tidur mereka telah ditetapkan dengan kebiasaan untuk bangun awal tanpa dikejutkan oleh
sesiapa. Para penghuni asrama juga turut ditetapkan untuk mengemas katil sebelum

Page | 6
meninggalkannya ke kelas, mereka juga perlu membasuh pakaian mereka dengan sendiri
hal ini telah menjadi lumrah bagi penghuni asrama sekolah. Hal ini membezakan mereka
dengan pelajar yang tinggal dirumah bersama ibu bapa mereka, jika seseorang pelajar
tinggal dirumah hamper keseluruhan keperluan diuruskan oleh ibu mahupun bapa
mereka. Perkara sebegini menyebabkan pelajar yang tinggal di rumah sukar untuk
berdikari kerana sifat kebergantungan terhadap seseorang itu masih lagi menebal daripada
mereka yang tinggal di asrama. Manakala di dalam bilik darjah pula, pelajar akan
berusaha menyelesaikan sesuatu masalah terutama berkaitan dengan kerja sekolah mereka
tanpa bertanya kepada orang lain walaupun tanpa disuruh oleh guru untuk melakukan hal
yang sedimikian, para pelajar harus berani untuk menyelesaikan masalah secara sendiri
supaya setiap masalah yang dihadapi pada masa hadapan dapat diselesaikan dengan
mudah dan dapat memupuk semangat untuk berdikari dalam jiwa setiap pelajar tanpa
bergantung kepada orang lain contohnya guru pada setiap waktu. Guru diibaratkan
sebagai pembimbing manakala para pelajar haruslah berusaha berdikari sendiri. Guru
yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk mencari sendiri cara penyelesaian secara
individu seperti mencari bahan untuk kerja kursus patut diberikan pujian. Implikasi
daripada tindakan guru tersebut mampu menjadikan pelajar itu berdikari dan dapat
melatih pelajar-pelajar untuk bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dalam
menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi lagi seperti di peringkat university
contohnya. Dalam aktiviti kokurikulum pula, sifat berdikari ini berjaya digarapkan
didalam diri pelajar tanpa kita sedari. Contohnya, melalui penyertaan mereka ke dalam
unit berunifom seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), para pelajar didedahkan
dengan kemahiran untuk menyelamatkan seseorang yang ditimpa kemalangan. Lantaran
itu, kemahiran yang diperolehi daripada penyertaan dalam PBSM, pelajar tersebut mampu
dan berkeyakinan untuk memberikan pertolongan cemas kepada rakan-rakan yang
ditimpa kecelakaan di sekolah mahupun ahli keluarga atau masyarakat yang berada
disekeliling mereka.

Isu keempat ialah pembentukan akhlak dan moral guru. Agen pembentukkan
akhlak dan moral guru sebagai satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980)
mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan
secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang
dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan
nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan

Page | 7
sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam
pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya
sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “ Guru
kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang
mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri
tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu
tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ‘role
model’ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan.
Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya
diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini
jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan
mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada
kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam
pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-
anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih saying sebagaimana
yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan
berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula
membentuk apa yang dikatakan “Sekolah tanpa takut (No fear school)”. Kalau dapat
diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat
memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan
yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau
pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar
yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak
didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada
menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi
isteri atau suami yang berakhlak mulia. Untuk mewujudkan sekolah penyayang atau
sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang
baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang
penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu,
guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya
dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh
tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian.
Guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat.

Page | 8
Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat
menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan
masyarakat. Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi
dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat
majmuk di Malaysia, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman
keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan moral,
guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri
guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara.

Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru
yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan
amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam
Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap
nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam
pengajaran mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada
pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion
itu.Dengan penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai
agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam
profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan. Martabat profesion perguruan biasanya
dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu
membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan
kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran
tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna
membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan
ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu
mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan
pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata
pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya
memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai “mencari
ilmu” di kalangan mereka, menanamkan semangat “pembelajaran sepanjang hayat” dan
kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta
mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga

Page | 9
dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang agen
moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai
tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai
agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru
mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan
pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras
dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan
penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-
nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan
martabat profesion itu sendiri. Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada
berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan,
intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan
degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk
masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta
menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.
Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari
dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala
juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah. Masalah ini
mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan
menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan
yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti
sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang
tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan
bertambah ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan
daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar.
Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka
tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima
oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada
guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka
seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna
mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk
memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru
yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa yang

Page | 10
cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dan
boleh membuat keputusan.

Mohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru yang professional ialah Guru yang
berilmu (content knowledge)o Ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran,
pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi.· Guru yang mempunyai kemahiran
dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and
pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan
meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran
kaunseling dan menilai. Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh
teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu
dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard
dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan. Meliputi
taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu

Page | 11
CABARAN KURIKULUM TERSEMBUNYI

Cabaran dalam kurikulum tersembunyi ialah sikap ibu bapa yang enggan membenarkan
anak mereka untuk tinggal di asrama mahupun menghantar anak mereka ke sekolah
berasrama penuh walaupun anak mereka layak ke sana menjadi penghalang bagi
seseorang pelajar itu untuk berdikari. Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa anak
mereka terlalu mentah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di asrama yang
memerlukan pelajar untuk berdikari, menguruskan masa dan kewangan dengan sendiri.
Hari ini kebanyakkan ibu bapa tidak percaya akan kemampuan anak mereka untuk
berdikari dan mengambil keputusan dengan tidak menghantar anak mereka ke sekolah
berasrama sedangkan disitulah tempat yang dapat membentuk seorang pelajar itu untuk
berdikari. Lebih menyulitkan lagi ada segelintir pelajar yang tidak mahu tinggal di asrama
kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga. Kesemua keperluan biasanya dilakukan
oleh ibu bapa mahupun pembantu rumah seperti baju dicuci oleh ibu, makanan
dihidangkan apabila lapar dan dapat menonton televisyen pada setiap waktu tanpa
mengira masa. Kesemua kesenangan itu tadi mungkin tidak terdapat di asrama kerana
pelajar perlu berdikari sendiri dimana para pelajar perlu belajar mengurus diri sendiri,
membasuh pakaian sendiri, mengikut waktu yang ditentukan dan mengambil sendiri
makanan ketika waktu makan. Keadaan ini tentunya menyebabkan para pelajar tidak
mahu tinggal di asrama sedangkan disitulah tempat untuk berdikari. Berbalik kepada
sikap ibu bapa pula, keenggan mereka untuk melepaskan anak mereka untuk tinggal di
asrama turut disebabkan oleh kerana mereka bimbang akan keselamatan anak mereka.
Kebimbangan ini ada asasnya apabila Utusan Borneo pada 28 Febuari 2009 melaporkan
bahawa 10 pelajar sebuah sekolah di Dalat Sarawak disyaki terlibat dalam kes buli pelajar
tingkatan tiga, berikutan tersebarnya berita video selama 3.05 minit yang menyaksikan
seorang pelajar yang masih lengkap berpakaian sekolah dibelasah oleh sekumpulan
pelajar lelaki dalam sebuah bilik asrama pelajar lelaki. Dalam kes yang berlainan di
Sekolah Menengah Agama di Matang Kuching Sarawak, 9 pelajar sekolah tersebut
ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli ke atas seorang pelajar tingkatan
empat yang mendakwa dia ditumbuk dan disepak selepas berlaku perselisihan faham.
Kesemua ini berlaku di asrama sekolah tersebut. Perkara ini akan menyebabkan seseorang
pelajar itu tidak dapat berdikari apabila melangkah ke gerbang menara gading suatu hari
kelak. Bila ibu bapa tiada pelajaran maka mereka juga tidak mengambil berat mengenai
pencapaian anak-anak mereka. Anak-anak juga tidak boleh mengharapkan pertolongan

Page | 12
dari segi akademik daripada ibu bapa mereka. Teori fungsionalis menekankan
kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah.  Jika sekolah dipertanggungjawabkan
sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar.  Pengukuhan dan
penekanan perlu disalurkan juga di rumah.  Malangnya , ibu bapa yang tidak
berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan
prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah dan juga IPT. Para
pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan,
tidak mempunyai “role model” yang boleh menjadi dorongan kepada mereka.  Secara
tidak langsung , motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan
motivasi intrinsic mereka.  Ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap
pendidikan. Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi  yang diberi keutamaan
dalam teori fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih
tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran
asas. Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang
tinggi merupakan tanggungjawab bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan. 
Institusi keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya
sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar.  Oleh itu, institusi
pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk meningkatkan prestasi
pelajar .  Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam mengajar
pelajar-pelajar mereka.  Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu
digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang
amat mengambilberat tentang prestasi pelajarnya. 

Cabaran yang kedua terpaksa dihadapi bagi kurikulum tersembunyi ialah pelajar tidak
berminat menyertai aktiviti seperti kokurikulum. Masalah ini memang menjadi lumrah di
mana-mana sekolah di Malaysia. Hal ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah kebanyakan pelajar beranggapan bahawa kegiatan kokurikulum ini tidak
penting dan membuang masa kerana ianya tidak dinilai seperti mana kegiatan akademik.
Mereka lebih berminat menumpukan perhatian kepada akademik sahaja kerana ujian-
ujian adalah lagi penting bagi pelajar untuk menjamin masa depan mereka seperti ujian-
ujian besar Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Lantaran itu, mereka menganggap aktiviti
kokurikulum hanya sampingan dan hanya mempunyai sedikit faedah yang dapat

Page | 13
membantu mereka dalam pelajaran dan kehidupan. Hal ini, menyebabkan pelajar
mengambil keputusan untuk menyertai aktiviti ini secara sambil lewa. Keadaan ini
disokong oleh Adnan (1990) yang menyatakan bahawa walaupun sumbangan
kokurikulum kepada pendidikan dan diri diakui, tetapi tahap pemahaman terhadap konsep
kurang difahami hingga ada yang menganggap kegiatan kokurikulum hanyalah kegiatan
luar. Hal ini, menyebabkan para pelajar tidak mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum kerana mereka beranggap aktiviti kokurikulum tidak penting seperti mata
pelajaran akademik. Menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini, para pelajar terlalu
mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum seperti unit berunifom,
kelab, dan persatuan yang sebahagian daripada pembelajaran yang tidak mendapat
perhatian daripada pelajar. Selain itu, kebanyakan pelajar kurang berminat untuk
menyertai kokurikulum kerana kegiatan kokurikulum kebiasaan dijalankan di waktu
petang. Hal ini, membebankan para pelajar terutamanya bagi pelajar terutamanya bagi
pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberi
kerjasama kepada pihak sekolah kerana menganggap kegiatan ini membazir masa dan
memenatkan pelajar. Hal ini, berlaku lantaran sesetengah pelajar memberi asalan bahawa
mereka sudah kehabisan tenaga untuk datang semula ke sekolah bagi menjalani aktiviti
kokurikulum selepas waktu persekolahan dan menyebabkan ada pelajar yang tidak hadir
terus bagi mengikuti program ini. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak
melibatkan diri dalam dalam aktiviti kokurikulum dan nilai-nilai yang terdapat dalam
kokurikulum tersembunyi ini tidak dapat difahami dan dikuasai.

Cabaran ketiga ialah pengetahuan guru dalam kurikulum yang kurang latihan dan
kurangnya pengalaman guru serta sikap pasif yang dimiliki oleh guru itu sendiri
menyebabkan sesuatu objektif pengajaran tidak tercapai. Menurut abu bakar (1990)
dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan guru yang tidak bergiat aktif dalam
aktiviti kurikulum adalah apabila guru merasakan ko kurikulum hanya membuang masa
pelajar, guru tinggal jauh dan terlalu banyak tanggungjawab.terdapat juga guru yang
mengendalikan kegiatan kurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.pelaksanaan ko kurikulum di sekolah sebenarnya kurang mendapat
sambutan daripada pelbagai pihak terutama guru.ini berikutan banyak masalah lain yang
akan timbul apabila sesebuah sekolah yang terlibat mempunyai masalah disiplin yang
tinggi. Oleh itu,x apabila pihak sekolah mengambil sikap sambil lewa, maka pelajar yang

Page | 14
pada mulanya berminat akan tawar hati dan menjadi kurang berminat untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu acara. Peralatan sukan juga turut terlibat sama kerana apabila
guru tidak berminat maka alatan sukan yang digunakan pelajar adalah lama dan tidak
berganti.hal ini menyebabkan ketidakpuasan dalam diri pelajar untuk bergiat aktif.justeru
pelajar akan mengabaikan ko kurikulum. Kenyataan ini disokong oleh Laporan kabinet
(1979) yang telah membuat kajian untuk melihat dasar pelajar menyakini bahawa
kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti ko kurikulum seperti badan beruniform
dan aktiviti yang ekstrim lain kurang memberangsangkan. Namun disebalik
kecenderungan guru yang tidak berminat, peranan pihak pengurusan sekolah juga turut
terlibat kerana mementingkan peperiksaan. Pelajaran yang diajar di sekolah adalah
semata-mata berorientasikan peperiksaan maka pendedahan tentang ko kurikulum dan
kurikulum tersembunyi tidak diambil kira.

Cabaran yang keempat adalah cabaran hubungan etnik.terdapat beberapa


perbezaan dan pertententangan di antara etnik antaranya dari aspek sosial iaitu pemisahan
penempatan. Penempatan bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan dan interaksi
pelbagai etnik malah perpaduan tidak dapat direalisasikan.bahkan semangat kekitaan
semakin menebal dalam kalangan masyarakat. Contohnya di sekolah yakni pelajar yang
berbilang kaum hanya bergaul dengan rakan yang sama bangsanya sahaja. Hal ini
menyebabkan setiap kegiatan kurikulum tidak berkesan dan dasar pendidikan kebangsaan
tidak akan tercapai. Perbezaan silibus atau matapelajaran dalam pengajaran turut sama
menyebabkan proses pembelajaran tidak sama.Hal ini hanya berkisar mengenai sesuatu
etnik itu sahaja. hal ini menyebabkan hasrat kerajaan tidak tercapai seperti mana dalam
konsep 1 malaysia dimana perpaduan adalah satu elemen penting bagi menjadikan
malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu tanpa mengira
keturunan,bangsa,agama dan kaum. Cabaran-cabaran ini sekiranya tidak dibendung dan
dikawal akan menjurus kepada perpecahan dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme
yang boleh mengundang rusuhan kaum. Hal ini juga menyebabkan nilai-nilai yang
terdapat dalam kurikulum tersembunyi tidak dapat diterapkan kedalam diri pelajar.

Page | 15
PENDEKATAN KURIKULUM TERSEMBUNYI

Pendekatan pertama ialah sosialisasi.Sosialisasi adalah proses mempelajari


peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam  institut sosial.  Ia juga
merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi
mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap , kemahiran
dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam
kelompok masyarakat.  Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer) ,
penyertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula (resosialisasi). Sosialisasi primer berlaku
pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti,
kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.  Di peringkat ini,  ibubapa dan ahli
keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah
menerima dan mempelajari.  Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak
dalam membuat pertimbangan.  Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. 
Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media
massa  dan juga persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di
suasana yang baru , dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.  Individu
tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya.  Individu haruslah dapat
membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana barunya.  Pelajar bumiputera perlu
mendapatkan dan mengikuti perkembangan positif yang dilihat dalam masyarakat kaum
Cina, misalnya kecerdikan dalam bidang perniagaan.  Individu patut mengubah sikap
yang kurang realiti supaya mampu bersaing dengan individu lain.  Pelajar perlu sedar
pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah kecemerlangan hidup.  Oleh itu, usaha
yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan.  Resosialisasi pula merujuk kepada
pengagihan konsep kendiri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang baru iaitu
mengikut perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat.  Pelajar perlu mengikis segala
sifat negatif supaya tidak ketinggalan.  Kejutan budaya memang berlaku di situasi yang
baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil supaya dapat mengekal dan
meningkatkan prestasi.  Budaya yang sedia ada perlu dicorak semula bersesuaian dengan
keperluan institusi pendidikan.

Page | 16
Pendekatan yang diambil adalah penekanan dan pendedahan yang lebih efisien
perlu diberikan kepada para pelajar supaya minat dalam sesuatu kurikulum. Menurut  
Dr. Ibrahim dalam kertas kerja”Strategi kebangsaan untuk mengorientasi semula
kecenderungan pelajar ke arah sains dan teknologi” , “peranan patut dimainkan oleh
setiap rakyat, bukan sahaja guru,tetapi juga ibubapa dalam masyarakat keseluruhannya ..”
dalam menigkatkan prestasi. Peruntukan khas untuk sekolah rendah luar bandar haruslah
dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian alatan dan bahan yang berkaitan.
Contohnya bagi pembelajaran kelas komputer iaitu kit pembelajaran dan CD interaktif
pendidikan.  Masyarakat luar bandar tidak mampu menyediakan peralatan yang canggih
sebegitu rupa. JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan
kepada pendidikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana
pendidikan bermula dari rumah.  Langkah ini dapat menambahkan minat dan
menyedarkan kepentingan pendidikan. Walaupun pelbagai usaha diambil, pendidikan
rendah yang mantap menjadi penentu kepada pendidikan peringkat tinggi.  Kukuhkan
asas, maka kukuhlah kehidupan.

Pendekatan ketiga adalah dengan meningkatkan tahap professional keguruan.


Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran,
guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh
jabatan.  Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan
Kursus Dalaman. Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan
untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem
pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh
dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi
dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan
dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. Guru juga perlu
meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.  Perkembangan tersebut akan
melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang
guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka,
percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut
melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.  Ini seterusnya akan
meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.Peka terhadap perkembangan pendidikan

Page | 17
dan teknologi terkini.Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.
Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang
perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
Pembelajaran sepanjang hayat juga membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih
dinamik.Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat
kepada pelajar.  Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap
seseorang guru.

Pendekatan ke empat adalah persekitaran sekolah yang kondusif. Keadaan atau


suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin dan
Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa
iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru
tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya,
Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah
itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Ciri Iklim
Sekolah Berkesan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana
sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra,
riang dengan pembelajaran yang lancar.Memandangkan faktor iklim sekolah turut
membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang
telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang
mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan
mempunyai ciri-ciri berikut: (1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan
berkeyakinan, (2) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang
kemajuan muridmuridnya, (3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta
bertimbang rasa, dan (4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh. Abdul
Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu
mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-
ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-
perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan
keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk
pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

Page | 18
Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak
wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah
sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan
pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan
bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah
bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk
membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan. Menurut Fathiah (2005), suasana
sekolah yang mencerminkan ciri keislaman yang sebenar, boleh menyediakan
persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta
pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian
murid-murid. Selain itu, pengetua yang memimpin guru-guru, menjadi penyeru kepada
kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta menjadi pencetus, penggerak dan
pembina tamadun Islam.

Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah


berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah dan
berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan berusaha
untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi, iaitu mencari
keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan warga sekolah, ibu
bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini adalah bersifat muraqabah, iaitu merasa
Allah sentiasa memerhatikan perbuatan mereka untuk dipertanggungjawabkan.
Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah daripada pengetua, guru, kakitangan sokongan
sehingga kepada pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan
dari sudut disiplin akan jurnal Pendidikan wujud dan kurang keperluan kepada
pengawasan. Bagaimanapun, melihat realiti insan yang mempunyai nafsu, memang masih
perlu juga pengurusan sekolah memantau kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya
akhlak mereka yang perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing.

Page | 19
Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan yang
menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan
rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu, persekitaran sekolah yang
selesa daripada aspek rohani, emosi dan kemasyarakatan sebegini boleh mengukuhkan
aqidah dan akhlak keislaman yang berasaskan ilmu yang benar, amanah, ikhlas dan
menghormati masalah umum, bekerjasama dan ketaatan tanpa melibatkan derhaka kepada
perintah Allah. Suasana kerja seperti ini akan membina semangat kerja yang kuat ke arah
mempertingkatkan motivasi.

Menurut Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis dalam
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan
ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu dengan baik dan dapat
mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu ilmu sebagai alat yang boleh
membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim di sekolah merupakan sebahagian daripada
usaha pendidikan bersepadu meliputi tiga dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan
jasmani bagi membolehkan para pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam
dalam semua aktiviti di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.

Kesimpulannya, kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah


menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi
dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru
lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif
sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa
terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya
iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

Page | 20
PENUTUP

Jelasnya, kecekapan pemimpin mengusahakan penglibatan organisasi dalam


proses transformasi kurikulum akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Dalam keadaan transisi
tersebut, kepimpinan guru besar atau pengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat
diperlukan bagi memastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi
dalaman wujud. Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga penting
untuk dijadikan panduan.Ini penting supaya perubahan atau transformasi yang
dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia
boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan sebarang halangan.

Selain itu, pemimpin pendidikan juga perlu bersfatlebih kreatif dalam


memperkenalkan sesuatu perubahan.Menurut Leo Ann Mean (1994), kreativiti
membekalkan pandangan yang lain dan perspektif yang baru terhadap pengurusan rutin.
Dalam bidang pendidikan, pengurus yang imaginatif, inovatif dan kreatif diperlukan
untuk mengetuai institusi pendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa
mengalami perubahan. Dalam usaha meningkatkan akademik pendidikan kurikulum tak
formal atau kurikulum tersembunyi ini amat diperlukan. Pencapaian akademik tidak
semata-mata pada pendidikan kurikulum formal sahaja.

Page | 21

Vous aimerez peut-être aussi