Vous êtes sur la page 1sur 4

AMI SAKSI KEJALANGAN ‘IC PROJEK’ BN?

Saturday, 16 October 2010 15:26


Oleh: MUTALIB M.D

MANTAN Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang menjadi ‘Kambing Hitam’ kerana
ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akob Damsah @ Yakub Damsah, 57,
mendesak Kerajaan Malaysia bertanggung jawab di atas penganiayaan yang dilakukan
kerajaan BN ke atas 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk beliau pada
1995.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
“Jika kerajaan Jepun membayar pampasan kepada ‘Hamba Seks’ tentera Jepun pada
zaman Perang Dunia Kedua, kenapa Kerajaan BN tidak langsung mahu bertanggung
jawab di atas ‘pemerkosaan mereka’ ke atas kebebasan kami? Bukankah kami yang telah
berjasa dengan mematuhi semua arahan pemimpin BN sehingga BN berjaya merampas
kuasa daripada PBS?,” tanya Yakub yang kecewa dengan layanan buruk pemimpin BN
terhadap semua mangsa tahanan ISA.

Kata Yakub, Kerajaan BN yang ada pada hari ini harus bertanggung jawab membayar
gantirugi kepada mangsa ISA yang ditahan secara tidak sah hanya untuk menutupi
mulut pembangkang yang berterusan menghentam BN yang menang melalui pintu
belakang, iaitu melalui Skandal X-Files.

(Sila Klik untuk besarkan imej)

“Tanpa pengundi hantu dan semua warga asing yang mereka rekrut dan mendapat kad
pengenalan dengan menggunakan tangan kami, BN tidak akan bermimpi sampai hari ini
untuk memenangi walau satu kerusi di Sabah,” ujar Yakub yang meyakini ‘Ops
Gembleng’ telah berjaya mencapai misi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2
Menurut Yakub, beliau dan 14 rakannya memberi peluang kepada BN untuk
membersihkan nama mereka dan membayar pampasan yang setimpal dengan dosa
pemimpin BN terhadap mereka, kerana mereka telah mencapai kata sepakat untuk
membawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ;untuk menuntut hak mereka
kerana Mahkamah di Malaysia menafikan hak berkenaan disebabkan sekatan undang-
undang.

Yakub mengambil kesempatan untuk berpesan kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk
Wilfred Mojilip Bumburing, agar tidak melayani karenah Menteri Dalam Negeri, Dato’
Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mencabarnya mengemukakan bukti kerana BN
mempunyai seribu dalih untuk menyembunyikan semua bukti bertulis dan atas talian.

“Tidak payah kemukakan sebarang bukti kerana saya dan 14 rakan yang pernah ditahan
di bawah ISA adalah bukti hidup yang boleh bercakap dan bertindak atas dasar
kesedaran. Kami adalah bukti kejalangan BN, bukannya tulisan di atas kertas yang tidak
mampu bersuara,” ujar Yakub lagi.

Jika Parlimen mahukan bukti, kata Yakub, heret kesemua 15 bekas tahanan ISA untuk
memberi keterangan secara tertutup di Parlimen.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tidak bersalah. Kami mangsa keadaan ketika nyawa
Kerajaan BN berada di penghujung, maka sebagai penyambung tali hayat, kami
dikorbankan,” ujar Yakub yang menafikan bahawa mereka terlibat dengan Skandal IC
Palsu.

Tegas Yakub, mereka tidak pernah terlibat mengeluarkan IC Palsu, sebaliknya


menandatangani semua kad pengenalan biru yang tidak diketahui untuk diberikan
kepada siapa di Pusat Operasi JPN melalui Skandal X-Files yang dilindungi kerajaan.

“Semua keterangan saya ada di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir seperti yang
saya pegang ini. Tidak ada sepatah ayat ditambah dan tidak ada walau satu ayat
berkurang. Semua yang dilaporkan dalam buku ini adalah tepat dan menceritakan 100
peratus kebenaran,” ujar Yakub yang mengakui ada membuat Akuan Berkanun pada 5
Mac 2007 yang memperakui semua keterangannya di dalam buku berkenaan adalah

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 3
benar dan bonafide.

Menurut Yakub, kesemua 14 orang mantan pegawai JPN yang mangsa tahanan secara
tidak bermaruah turut bersedia memberi keterangan di hadapan Perdana Menteri atau
Parlimen atau Jawatankuasa Parlimen mengenai Integriti terdiri daripada; Hamzah Tim,
Asli Sidup, Balasius Biajin, Mohd Tohid Mohamad, Mohd Nasir Sungip, Ibnu Ham Tajul
Arifin, Ishak Yusof Apok, Azmin Karim, Julian Damsah, Mohd Razali Samin, Jumahat
Taripin, Abdul Rauf Sani, Zakaria Ahmad dan Kee Zulkifly Kee Abdul Jalil.

“Namun kita hanya akan membuka mulut, jika Kerajaan BN bersedia menebus dosa
mereka dengan meminta maaf secara terbuka dan membersihkan nama kami memalui
pampasan yang dipersetujui bersama. Jika tidak, kami akan teruskan niat kami mengadu
kepada PBB kerana BN telah melakukan kegiatan ‘Pemerdagangan Orang’ dalam skala
terbesar melalui Skandal IC Projek ini,” ujar Yakub yang tidak gentar untuk memberi
keterangan di mahkamah atau parlimen.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 4

Vous aimerez peut-être aussi