Vous êtes sur la page 1sur 9

PERKONGSIAN BAHAN-BAHAN INFORMASI PRASEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kewujudan blog Laman Informasi Prasekolah ini bertujuan
untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan informasi tentang Pembelajaran dan Pengajaran Prasekolah
terutamanya di kalangan guru-guru prasekolah, pelajar-pelajar di bidang awal kanak-kanak, ibu bapa
yang mempunyai anak di peringkat awal kanak-kanak serta kepada sesiapa yang berminat dengan
bidang ini... Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini saya dapati ada di kalangan pemilik blog atau
laman web persendirian yang memuatturun(download) bahan daripada blog saya ini dan kemudiannya
dimuatnaik(upload) di dalam blog atau laman web mereka seolah-olah bahan itu adalah hasil kerja
sendiri tanpa memberi kredit kepada hasil kerja saya. Saya amat kesal akan perkara ini. Harap
Maklum...Sekian Terima Kasih.

WEDNESDAY, JULY 14, 2010

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi
dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak
kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan
program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak
-anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga
mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam
aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk
memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai
-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran
yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang
membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan
keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan
bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang
lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah
dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak
ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat
terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan
pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan ,
pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak
mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun
saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak
-kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang
lebih khusus.

Punca -punca masalah pembelajaran

Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua
kategori :

1. punca biologi 2. Punca psikososial

Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan
urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan
sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah
(lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain
itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu
bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada
penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang
rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur
psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti
dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala
Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca
yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula
menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang
keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut
akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat
menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang
positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak
tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat
menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan
mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak
mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan
daripada ibu bapa dan guru.

Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya,
dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah
cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang
kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh
menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.

Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi
akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan
perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang
mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal
huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian
atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia
akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.

Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-
kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-
kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan
kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu
perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik
sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca
dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat
kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya.
Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti
permainan komputer dan lukisan.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan
kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau
binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis
memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.

Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang
terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang
dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit
meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak
-kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan
faktor baka.

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah
hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika
riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.

Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan
dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti.
Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho-
educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu
diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.

Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami
masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of
devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas
dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.

Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan
diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti
akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu
singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah
pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya
inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan
dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini
mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu
perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran
membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak
-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya
mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya
mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat
membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca.
Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat
membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai
buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan
paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru
huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran.
Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah
memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )

Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat
pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-
gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf
secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu
perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa
memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak
dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia
mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan
perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada
peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya
sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam
buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk
memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh
membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan,
menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan
akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal
huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami
apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.

Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan
dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi
seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami
apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif.
Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa
yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan.
Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks.
Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah
dibacanya dan mengulang membaca.

Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari
kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat
dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang
diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si
anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

Kanak -kanak hiperaktif

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat ,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan
menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering
mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak
boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa
terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga
40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini
sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak
serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan
perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ).
Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau
mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana
perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh
menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Kekekokan

Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak
latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis
ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap
mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh
meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap
lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.

Gangguan Emosi

Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran
kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada
gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak
merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..

Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah.
Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk
berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak
sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti
supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan
kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-
pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.

Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya.
Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak
ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah
lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan
kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan
seterusnya maju dalam pelajaran mereka.

Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para
profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan
memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

Sumber Rujukan: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

Vous aimerez peut-être aussi