Vous êtes sur la page 1sur 7

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

-BPMN3123-
ETIKA PENGURUSAN

DISEDIAKAN OLEH: MOHD KHAIROL MIZAN BIN


ALIAS

NO. K/P: 881215-11-5335

NO. MATRIK: 194138

DISEDIAKAN UNTUK: PN. JULIANA BINTI SAID


ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN M/S

1. KAJIAN KES 3
2. ULASAN KES 5

3. RUJUKAN 7

Page | 2
KAJIAN KES

21 April - Lima Peratus Kakitangan Awam Ponteng Kerja

PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja
dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan.

Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),


Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua
(gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.

Katanya, masalah ini diketahui ketika Cuepacs menghadiri mesyuarat bersama kementerian serta
jabatan kerajaan dan meminta kerjasama pemimpin kesatuan menyedarkan ahli supaya tidak
melakukan perbuatan itu.

“Kami tiada masalah untuk memenuhi permintaan itu, tetapi berpendapat lebih baik kementerian
dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang
terbabit dalam gejala itu.

“Kelayakan akademik kumpulan pekerja terbabit adalah tamat sekolah rendah atau Sijil Rendah
Pelajaran (sekarang Penilaian Menengah Rendah) dan mereka tidak terdedah serta mengetahui
peraturan kerja seperti Perintah Am,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat
agung Kesatuan Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam.

Perasmian dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Ahmad Shah berkata, kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendedahkan kakitangan
kumpulan terbabit mengenai Perintah Am supaya pengetahuan mereka berhubung peraturan
kerja dapat dipertingkatkan.

Mengikut Perintah Am, katanya tindakan disiplin termasuk buang kerja boleh diambil terhadap
pekerja yang tidak datang bekerja melebihi tiga hari.

Page | 3
Sementara itu, katanya Cuepacs percaya tuntutan supaya semua kakitangan awam menerima
kadar elaun sara hidup (Cola) yang sama akan dipenuhi kerajaan.

“Cuepacs berharap ketika Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei depan, Perdana
Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan mengumumkannya,” katanya.
Katanya, Cuepacs bukan menuntut kenaikan kadar elaun, tetapi hak kakitangan awam untuk
mendapat kadar Cola yang sama berbanding ketika ini diberikan mengikut kawasan kerja.

“Ini adalah hak kakitangan awam tanpa mengira sama ada di bandar atau luar bandar. Takrifan
Cola sendiri ialah elaun sara hidup untuk menampung perbelanjaan kos perumahan,
pengangkutan dan makanan. Cuepacs mendapati kadar harga makanan di luar bandar lebih
mahal berbanding bandar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Page | 4
ULASAN KES

Berdasarkan kes di atas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam


(CUEPACS) memaklumkan bahawa terdapat kira-kira lima peratus kakitangan awam yang
berkerja di bawah jabatan awam terbabit secara langsung dalam gejala ponteng kerja. Terdapat
juga kes kakitangan awam tidak hadir berkerja selama tiga bulan. Ia merupakan satu kesalahan
yang berat dan perlu di ambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak jabatan .

Menurut, Ahmad Shah Mohd Zin, selaku Setiausaha Agung , Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) menyatakan kebanyakan kakitangan awam yang
terbabit dalam gejala ponteng kerja adalah daripada kumpulan sokongan dua ( gred 1-17 ) yang
bekerja diluar waktu pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.

Menurut beliau lagi, masalah ponteng kerja ini diketahui ketika Cuepacs menghadiri mesyuarat
kementerian serta jabatan kerajaan dan meminta kerjasama pemimpin kesatuan menyedarkan
ahli supaya tidak melakukan perbuatan ponteng kerja ini lagi. Kerana, ia member kesan yang
buruk kepada jabatan awam.

Ahmad Shah Mohd Zin, menyatakan lagi bahawa pihak Cuepacs tidak mempunyai masalah
untuk memenuhi pemintaan untuk mangadakan seminar kesedaran akan tetapi pihaknya
berpendapat lebih baik jika pihak kementerian serta jabatan kerajaan sendiri yang mengadakan
seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala ponteng kerja.
Menurutnya lagi, kelayakan akademik kumpulan pekerja terbabit juga dapat mempengaruhi
kepada perkara ini berlaku, iaitu tamat sekolah rendah atau Sijil Rendah Pelajaran ( sekarang
Penilian Menengah Rendah ) dan mereka tidak terdedah serta tidak mengetahui dengan peraturan
kerja seperti perintah Am.

Page | 5
Setiausaha agung itu ketemui selepas majlis perasmian mesyuarat agung kesatuan pekerja awam
angkatan tentera Malaysia. Yang turut dirasmikan oleh Menteri Besar , Datuk Seri Mohammad
Hasan. Menurut Ahmad Shah lagi, kementerian dan jabatan kerajaan perlu memdedahkan
senarai kakaitangan yang terbabit mengenai Perintah Am supaya kesedaran pada pengetahua
mereka berhubung peraturan kerja dapat ditingkatkan. Mengikut Perintah Am, tindakan disiplin
termasuk buang kerja boleh diambil terhadap pekerja yang tidak datang bekerja melebihi tiga
hari.

Kes yang berlaku ini adalah berkaitan dengan etika dan moral dalam pekerjaan Moral
bermaksud standard yang dipunyai oleh setiap individu atau sesuatu kumpulan mengenai apa
yang betul dan salah atau baik dan buruk. Manakala standard moral merupakan norma- norma
mengenai tindakan yang dipercayai sebagai betul dan salah secara moral. Berikutan dengan kes
ini, nilai- nilai yang diletakkan ke atas objek moral yang dipercayai sebagai baik atau buruk
secara moral.

Page | 6
RUJUKAN

1. http://asmawati.com/category/keratan-akhbar/

2. http://www.bharian.com.my/

3. http://www.radiniz.com

4. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business

Page | 7

Vous aimerez peut-être aussi