Vous êtes sur la page 1sur 4

http://kelabprostarjempol.blogspot.com/2007/05/apa-itu-aids-hiv.

html
CARA MENCEGAH HIV / AIDS

Langkah-langkah Pencegahan.
Jangan lakukan hubungan dengan mereka yg. tidak dikenali
Jangan lakukan hubungan jenis dengan berbilang pasangan.
Anda boleh gunakan kondom.
Sampaikan maklumat kepada pasangan anda.

Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual


pasangan anda.
Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan untuk berkahwin kelak.
Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:

Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?


Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?
.
Dalam pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :

Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya
yang lain?
Adakah anda yakin status kesihatan anda?
Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?

http://id.shvoong.com/medicine-and-health/investigative-medicine/1825449-tips-mencegah-hiv-aids/

1. Hindari hubungan seks bebas


Seseorang yang sering melakukan hubungan seks bebas, menurut Boyke dipastikan
akan tertular penyakit HIV / AIDS ini
2. Setiap pria atau wanita harus setia kepada pasangan masing-masing. Sehingga
diharapkan dapat mengurangi masuknya virus HIV yang dapat menghancurkan sistem
kekebalan tubuh manusia. Setiap pasangan harus selalu menjaga hubungan mereka
agar harmonis sehingga hubungan seks dengan yang bukan pasangannya dapat
dihindarkan.
3. Apabila langkah 1 dan 2 tidak dapat dilakukan, sebaiknya saat melakukan hubungan
seks selalu menggunakan kondom. Hal ini dimaksudkan untuk mencegah masuknya
virus dari pasangan seks mereka.
4. Hindari penggunaan jarum suntik secara bergantian khususnya bagi para generasi
muda, karena jarum yang digunakan belum tentu seteril.
5. Hindari penularan melalui transfusi darah dengan cara selektif dan ketat.

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2010/02/hiv-aids.html

HIV Aids
HIV Aids : Punca Dan Bagaimana Mengatasinya
Aslan Rapiee

Penyakit AIDS(Acquirel Immune Deficiency Syndrome) adalah sejenis penyakit yamg kronik
yang disebabkan oleh jamgkitan kuman HIV yang merupakan sejenis Virus.HIV tergolong
dalam kumpulan virus Retrovirus iaitu virus yang lemah dan tidak dapat bergerak dengan
sendirinya.Virus ini akan masuk ke dalam badan dqpan masuk ke dalam sel perumah dan
mencuri perumah untuk membiak.Virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun yang akan
menyebabkan penyakit AIDS berlaku.

Punca
Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor.Beberapa laporan tentang penyakit ini
ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah yang menggunakan
suntikan.Penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati
menghidap penyakit yang sama iaitu pendatang dari kepulauan Haiti,pesakit hemofilia(sejenis
penyakit keturunan yang semula jadi membunuh sel darah).Hubungan seks dan pemindahan
darah dengan orang-orang yang dijangkiti penyakit ini turut menyebabkan ianya merebak
kepada orang lain.Beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap sebagai penyebab
kepada penyakit ini.

Punca jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah
homoseksual,penggunaan dadah yang menyuntik(IDU) iaitu secara pengkongsian,perlakuan
heterosekual,industri darah yang telah tercemar dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang
dilakukan secara rambang iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap
diamalkan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut.Mereka hanya
mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang yang akan
berlaku terhadap mereka.

Cara Mengatasi
Setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya.Tetapi lain pula dengan AIDS.Penyakit ini tiada ubat
yang khusus untuk mengatasinya.Cara yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini
terutamanya bagi penagih dadah iaitu menggalakkan penggunaan dadah methadone atau
bupenorphrin.Dadah jenis methadone ini boleh menahan gian untuk 24 jam bagi sekali
makan.Selain itu penggunaan kondom juga harus digalakkan tetapi bukan seratus peratus ia
berkesan kerana berkemungkinan boleh bocor.Antara lain langkah pencegahan yang dapat
menghindasrkan daripada berlakunya gejala ini ialah dengan memghindari daripada perbuatan
seks di luar perkahwinan.Selain itu elakkan melakukan seks dengan orang yang tidak diketahui
latar belakangnya.Pengambilan ubat AZT iaitu ubat yang terawal yang digunakan sebagai
penghalang enzim transeriptase yang dapat menghalang virus HIV.Pengambilan ubat ini
dikalangan ibu yang mengandung dapat mengurangkan jangkitan HIV dari 30 peratus ke 7
peratus.

Seterusnya ialah dengan mengelakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan agar tidak
di jangkiti AIDS.Penggunaan kondom di galakkan bagi pasangan suami atau isteri yang
mempunyai penyakit AIDS ini agar tidak berjangkit kepada pasangan.Kita juga ditegah
melakukan hubungan seks sejenis dan juga jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau
cukur,berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah.Apabila seseorang itu
dijangkiti penyakit ini,mereka dilarang untuk menderma organ atau darah mereka kepada orang
lain supaya orang lain tidak dijangkiti juga.Berikan didikan agama dan moral kepada anak-anak
supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang
berisiko tinggi.Bagi kaum lelaki dan perempuan,berkhatan turut juga boleh mencegah daripad
berjangkitnya penyakit HIV AIDS ini.

Kesimpulan
Tuntasnya,penyakit HIV AIDS ini mendatangkan kesan yang amat buruk dan kesan yang
lama.Bagi golongan yang tidak berdosa seperti anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang
mempunyai jangkitan yang berbahaya ini akan memberi impak kepada anak tersebut.Oleh
itu,elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kepada
penyakit ini seperti pengkongsian jarum untuk menyuntik(menagih dadah) dan seks di luar
nikah yang dilakukan secara rambang.

Tangani AIDS HIV cara Iran yang diiktiraf dunia


Tarikh : Tuesday, December 02 @ 15:02:29 PST
Topik : Analisis Isu

AIDS HIV adalah merupakan satu lagi bala , musibah , bencana yang melanda
Malaysia. Semua pihak harus memainkan peranan mencegahnya dari pemimpin
hinggalah ke rakyat biasa.

91 peratus penghidap HIV di Pahang adalah orang Melayu (Sebanyak 7,756 orang
atau 91 peratus daripada 8,523 penghidap penyakit HIV di Pahang merupakan
kaum Melayu. – Utusan Malaysia 19 Nov 08 ). Iran berjaya menanganinya ,
mengapa tidak Malaysia ?

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1119&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm&arc=hive

Malaysia Perlu Contohi Iran Dalam Mencegah HIV 

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu mempelajari kaedah mencegah HIV daripada Iran
yang diiktiraf sebagai berjaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kata Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon. 
Beliau berkata program mencegah penyakit Aids oleh Iran adalah antara yang termaju di dunia. "Konsep
klinik segitiga yang merangkum perkhidmatan untuk rawatan dan pencegahan jangkitan melalui aktiviti
seksual, penggunaan suntikan dadah dan HIV/AIDS adalah sesuatu yang Malaysia ingin tahu," kata
Noriah dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah
Mohd Tahir pada majlis perasmian seminar mengenai pendekatan bersama Malaysia-Iran dalam
mencegah, memelihara, merawat dan menyokong HIV/AIDS di sini, Isnin. 

Malaysia juga perlu mengamalkan aspek yang menjurus kepada kerohanian dalam menghapuskan
stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang positif HIV selain dalam meningkatkan kaedah mencegah
HIV, kata Noriah. Prof Dr Mohammad Esmaeel Akbari dari Universiti Perubatan Shahid Behesti, pula
berkata kaedah mencegah HIV cara Barat mungkin tidak berapa berkesan. "Dalam Islam, kita
bertanggungjawab terhadap diri kita dan masyarakat.

Stigma dan diskriminasi tidak patut berlaku dalam jendela Islam kerana sebagai orang Islam, kita juga
bertanggungjawab terhadap anggota masyarakat. 

"Para ulama juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai mengenai pencegahan
HIV kerana ia tidak boleh menumpukan kepada aspek fizikal kesihatan semata-mata tetapi juga pada
aspek kerohanian," kata Dr Mohammad Esmaeel dalam ucaptamanya.Pengerusi Pink Triangle
Foundation, Hisham Hussein bersetuju bahawa pemimpin agama mempunyai peranan dalam mencegah
HIV dan diskriminasi kerana mereka mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat. 

Vous aimerez peut-être aussi