Vous êtes sur la page 1sur 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPS 4103: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN


KANAK-KANAK
SEMESTER MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 8-10 muka surat sahaja untuk setiap bahagian.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan
tersebut.

1
SOALAN TUGASAN

1. Menurut teori kematangan, perkembangan pendengaran kanak-kanak berkembang


dengan pesat dari peringkat pralahir sehingga tahun pertama bayi.

Huraikan bagaimana kemahiran muzikal dikuasai oleh kanak-kanak dari peringkat


pralahir sehingga peringkat bayi. Bincangkan jenis rangsangan yang sesuai untuk
diberi pada kanak-kanak pada usia tersebut

Pilih tiga orang bayi berusia 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun untuk dijadikan kajian kes.
Bentukkan satu siri rancangan pengajaran muzik yang kreatif bagi mereka
berdasarkan kesesuaian tahap perkembangan.

Anda diminta untuk mengendalikan rancangan pengajaran yang telah anda bentuk
untuk setiap bayi tersebut dengan melibatkan bantuan ibu bapa mereka untuk
menjalankan kajian anda. Catatkan sejarah bayi dengan mengambil kira pendedahan
mereka terhadap bunyi dan muzik semasa dalam kandungan. Jalankan pemerhatian
dan laporkan kemajuan pembelajaran muzik ketiga-tiga kanak-kanak tersebut selama
10 hari.

Bagi setiap kes yang dikaji, berikan latarbelakangnya, ceritakan kemajuan kanak-
kanak tersebut dari segi tindak balas tersebut terhadap muzik, pemahaman intonasi,
kemajuan dalam pemahaman melodi dan perkembangan kemahiran pergerakan
rentak. Ringkaskan hasil kajian anda dalam bentuk jadual berikut.

Pendidikan muzik dikalangan kanak-kanak seringkali menjadi bualan oleh pelbagai


pihak.Hal ini kerana pendidikan muzik senantiasa menjadi bahagian penting di dalam
pendidikan kanak-kanak.Contoh yang paling mudah adalah ibu bapa sentiasa
mendodoikan anak-anak mereka ketika hendak tidur.
Kajian membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa,
hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya
mampu meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
Dr Lihanna Borhan, Pensyarah perkembangan kanak-kanak Universiti Malaya
mengatakan bahawa kepelbagaian jenis muzik begitu berguna untuk masa depan bayi
kerana ia dilihat mampu memupuk kemahiran menulis, kemahiran membaca dan
perbahasan serta keupayaan memulih untuk kanak-kanak.

2
MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-
kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan
anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita
fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di
rumah atau di prasekolah.
Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan
kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa,


hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya
meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi
lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga
fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi
sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini
melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk
berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan
berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan
ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam
perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat
memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian
menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas
terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya
menggemari muzik klasik.

3
Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan
kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti
telinga bayi.

“Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk
kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah
Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya. Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia
telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak
mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson
Nutritionals.Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan
pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.91
peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan
kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang
membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau
muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus
memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.Walaupun majoriti ibu
bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga
bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini
menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut
irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat
lagi irama anak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka
menyanyi Twinkle winkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.

4
Perasaan

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi mereka dengan mengaitkan muzik atau
bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak
gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak
dengan irama muzik. Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak,
nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu
menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan
menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka
gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik
klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan
mereka tenang dan patuh. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh
berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama
muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-
kanak dalam perkembangan bahasa.Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan
penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada
tinggi atau lain-lain konotasi agresif.Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif
seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud
melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak
mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Otak kiri

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori
Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan

5
informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal
perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering
dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di


belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan
di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak
pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.
Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam
membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan
mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan
mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian
yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik
meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.Seperti yang dinyatakan dari awal,
pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan
cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa
yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa…Yang
berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.”Kajian dijalankan turut
mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun
tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (“Does music make us
smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal
otak.
Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang
menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik
menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting

6
untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas
dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka
yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah,
muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia
merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan
perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh
terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga
Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami
maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan
mental.Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak
anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran
kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik
yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka
kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu
sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya
kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis
anak mereka.Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada
pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

* RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan


sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart
Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak
Nutrisi).
rtikel ini datangnya daripada Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia
http://www.mypendidik.net/portal

7
Alamat URL untuk artikel ini:
http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=405
Muzik Membantu Perkembangan Anak
27 July 2004 Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak
juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang
semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke
sesuatu destinasi.

Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi
muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada
waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik
sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka
menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan
dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas
terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan
muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada
waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada
mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut.

Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar.
Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari
sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama
bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang
tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.

8
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka
sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk
merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman
kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu
gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh
menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka
dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai
gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama
yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran
bahasa mereka.

Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan
menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat
mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal
kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan
salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses
pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.

Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka.
Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau
instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak
langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah
mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota
muzik.

Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam


kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada
kanak-kanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan mampu

9
memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta muzik juga
berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih daripada itu kita
dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan tidak
berfaedah. http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp
Tanamkan Minat Cinta Muzik Dalam Diri Anak Anda
Muzik adalah salah satu cara yang baik untuk membantu anak anda belajar dan
mencurahkan perasaan kepada dunia.

Berapa ramaikah antara kita yang mampu


melupakan lirik ’Rasa Sayang Eh’? Gurindam
dan lagu yang dipelajari ketika berada di tadika
amat sukar dilupakan. Itulah kehebatan muzik.
Dan kerana itulah Barney & Friends, Sesame
Street dan High 5 begitu popular di kalangan
kanak-kanak: nada yang menarik dan lirik yang
mudah diingati menjadikan muzik sebagai
pendidikan yang terbaik! Di sini diterangkan
bagaimana anda boleh membawa muzik menjadi
sebahagian daripada hidup anak anda:

 Muzik membantu perkembangan


pertuturan anak anda.

Dengan mengulangi beberapa lagu yang


mudah, anda dapat membantu anak anda
mempelajari asas pertuturan dan membina
perbendaharaan kata. Lagu ABC, sebagai
contoh, kelihatan mudah tetapi akan
mengajar anak anda mengingati 26 abjad
yang berbeza dengan mudah.

Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nama


haiwan, tumbuh-tumbuhan dan objek-
objek lain dengan anak anda. Rakam
nyanyian anak anda dan kemudian,
dengarkan kembali rakaman itu.

 Muzik menggalakkan pernyataan kendiri.

Pada peringkat umur yang muda, di saat kanak-kanak tidak mampu untuk
meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata, muzik membenarkan mereka
meneroka pelbagai perasaan.

10
Tip: Nyanyi lagu-lagu yang menggambarkan pelbagai emosi seperti kebahagiaan,
kesedihan, keresahan dan keinginan bersama pergerakan tangan. Anda juga boleh
menggunakan boneka dan alat-alat permainan untuk meluahkan perasaan-perasaan
ini.

 Muzik membantu kanak-kanak mempelajari nombor.

Kanak-kanak yang tahu muzik dan rentak lagu dapat mempelajari nombor dengan
lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain.

Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nombor seperti ‘Sepuluh Budak Hitam’, dan iringi
lagu itu dengan pergerakan tangan yang mencerminkan nombor-nombor tersebut.

 Muzik meningkatkan kemahiran sosial.

Kanak-kanak yang menyertai kumpulan muzik kanak-kanak atau menyanyi di


tadika akan menggalakkan mereka untuk belajar bekerjasama dan bergembira
bersama rakan-rakan sebaya. Ini juga dapat membantu mereka membina
kemahiran sosial yang lebih baik.

Tip: Galakkan anak anda untuk menyanyi dan bermain muzik bersama-sama.
Galakkan mereka untuk menyertai acara nyanyian dan tarian yang memerlukan
mereka berinteraksi.

 Muzik membina keyakinan diri.

Galakkan anak anda mengambil bahagian dalam muzik – sama ada dengan
kehadiran penonton atau tidak. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan
menggalakkan mereka belajar serta menerima cabaran baru.

Tip: Beri perhatian kepada anak anda apabila dia menyanyi atau bermain muzik.
Puji anak anda, tepuk tangan sepanjang nyanyian dan bertepuk tangan dengan
penuh minat apabila dia mengakhiri persembahannya.

JADIKAN MUZIK SEBAHAGIAN


DARIPADA KEHIDUPAN ANAK ANDA

 Nyanyi lagu kegemaran anak anda bersama-sama.


Tambahkan gerakan dan tarian untuk menjadikan
lagu itu lebih menarik.

 Mainkan lagu yang sama berulang kali. Kanak-


kanak suka mendengar lagu kegemaran mereka

11
berulang kali.

 Perkenalkan alat-alat muzik yang mudah seperti


gendang, penggoncang dan loceng untuk anak anda.

 Kunjung kedai-kedai muzik bersama anak anda dan


biar anak anda memilih satu CD muzik.

 Dedahkan anak anda dengan pelbagai jenis muzik.

Bayi (3 bulan) Kanak-kanak Kanak-kanak


(6 bulan) (1 tahun)
Jantina
Umur
Watak
Sejarah
pendedahan
terhadap
bunyi dan
muzik ketika
dalam
kandungan
Tindak balas
tersebut
terhadap
muzik

12
Pemahaman
intonasi
kemajuan
dalam
pemahaman
melodi
Kemajuan
dalam
kemahiran
pergerakan
rentak

(20 markah)

2. Bincangkan perhubungan di antara proses pembelajaran dan tahap perkembangan


kreativiti kanak-kanak.

Pilih empat orang kanak-kanak yang berusia 4 dan 6 tahun. Bawa salah satu daripada
kanak-kanak tersebut (pada setiap umur) untuk bersiar-siar di taman sebelum
menjalankan aktiviti.

Beri kertas kosong pada setiap kanak-kanak. Minta mereka melukis apa-apa sahaja
dan kemudian ceritakan apa yang telah dilukis.

Huraikan hasil kerja dari segi kandungan lukisan dan cerita, tahap kreativiti dan
elemen asas dalam seni visual kanak-kanak mengikut tahap perkembangan artistik
kanak-kanak masing-masing, dengan menggunakan jadual berikut:

Tahap Kanak-kanak Kanak-kanak


perkembangan 4 tahun 6 tahun
artistik Dibawa Tidak dibawa Dibawa Tidak dibawa
berjalan-jalan di berjalan-jalan di berjalan-jalan berjalan-jalan di
taman taman di taman taman
Kandungan
lukisan dan cerita
Tahap kreativiti
(keaslian, jalan
cerita,
kompleksiti)
Perkembangan
artistik
- garisan
- rupa
- bentuk
- jalinan

13
- ruang
- warna

(10 markah)

[Total: 30 Markah]

14

Vous aimerez peut-être aussi