Vous êtes sur la page 1sur 13

Darah

Darah

Pengenalan dan fungsi darah

Darah merupakan satu tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium
pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat,
menyingkir bahan kuman dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri
dari jangkitan kuman.Darah terdiri daripada pepejal (sel darah ) iaitu sebanyak 40% dan cecair
(plasma) iaitu sebanyak 60% . Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter)
darah.Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan
(platelet).

Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah
tua apabila tiada oksigen.Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau
dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung.Darah melalui paru-paru
untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri.Darah mengedarkan oksigen
keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari.Darah kemudian kembali
ke jantung melalui vein.Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan
kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai
air kencing .

Fungsi darah yang utama ialah membawa oksigen, nutrisi, mineral dan berdozen lagi
bahan lain keseluruh badan. Ianya juga mengambil bahan kumuhan seperti air kencing untuk
dikumuhkan oleh ginjal dan karbon dioksida untuk dikeluarkan oleh paru-paru.Darah juga
membawa bahan kimia badan yang dipanggil hormon.Darah juga membantu dalam mengawal
suhu badan dengan pengaliran darah ke seluruh badan.

Darah putih membantu dalam membersihkan darah dan melawan bakteria. Sebahagian darah
putih memakan keseluruhan bakteria, manakala yang lain meneutralkan bahan kimia badan
ataupun disebut antibodi yang membunuh atau menyah bakteria. Darah putih juga
mempertahankan badan daripada bakteria dan jangkitan penyakit.

104
Darah

Manakala platelets pula terlibat dalam proses pembekuan. Sekiranya terdapat luka platelet
akan membengkak dan menjadi sangat lekit. Platelet juga merembeskan bahan kimia iaitu fiber
untuk memerangkap sel darah dan juga bakteria bagi membentuk lekitan bekuan darah.

Komposisi darah

Darah

Rajah 1 :Komposisi darah

105
Darah

Komposisi Darah Manusia

Gambar 1 : Komposisi darah manusia

Komposisi darah manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu 55% cairandarah (plasma)
dan 45% sel-sel darah.Plasma darah terdiri daripada air (91%), protein (8%) dan lain-lain
(1%).Manakala, terdapat tiga jenis sel darah, iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih
(leukosit) dan platlet.

Plasma Darah

Plasma darah adalah komponen darah berbentuk cairan berwarna kuning.Sekitar 91%


plasma darah terdiri atas air.Selebihnya adalah zat terlarut yang terdiri daripada protein plasma
yang terdiri daripada albumin, protrombin, fibrinogen, dan antibodi, garam mineral, dan zat-zat
yang diangkut darah seperti zat makanan, sisa metabolisme gas-gas, dan hormon.Fibrinogen
yang ada dalam plasma darah merupakan bahan penting untuk pembekuan darah jika terjadi
luka.

Sel Darah Merah

Gambar 2 :Sel darah merah


Sel darah merah ataupun disebut eriktoksit adalah berbentuk cakera dwi-cengkung,
berdiameter 8µm & tebal 2µm. Jumlah sel darah merah yang normal adalah sekitar 5 juta

106
sel/mm3 darah.Sel darah merah dibentuk pada tulang pipih di sumsum tulang dan dapat hidup
hingga 120 hari.Sel darah merah berfungsi sebagai pengangkut oksigen (O 2) dan karbon dioksida
(CO2). Sel darah merah tidak memiliki inti sel dan mengandungi hemoglobin.Hemoglobin
merupakan protein yang mengandungi zat besi.Hemoglobin adalah pigmen yg mengangkut O2
dan CO2.Hemoglobin adalah berwarna merah, kerana itu sel darah merah berwarna merah.Jika
sel darah merah rosak atau sudah tua, maka sel ini akan dirombak dalam limfa. Hemoglobin dari
sel darah merah yang dirombak akan terlepas dan dibawa ke dalam hati untuk dijadikan zat
warna hempedu. Sel darah merah baru akan dibentuk kembali dengan bahan zat besi yang
berasal dari hemoglobin yang terlepas tadi.

Sel Darah Putih

Gambar 3 :Sel darah putih

Manakala saiz sel darah putih adalah jauh lebih besar daripada sel darah merah.Sel darah
putih sebenarnya tidak berwarna.Sel darah putih bentuknya tidak teratur atau tidak tetap dan ia
juga mempunyai nukleus. Secara normal jumlah sel darah putih pada tubuh kita adalah kurang
lebih 8.000 pada tiap 1 mm3 darah.Sel darah putih hanya hidup sekitar 12 – 13 hari. Berdasarkan
zat warna yang diserapnya dan bentuk intinya, sel darah putih dibahagi kepada dua jenis, iaitu
granulosit yang terdiri daripada basofil, neutrofil dan eosinofil, dan juga agranulosit yang terdiri
pula daripada limfosit dan monosit, Sel darah putih dapat bergerak bebas dan kemampuan ini
diperlukannya agar dapat menjalankan fungsinya untuk menjaga tubuh.

Fungsi sel darah putih sebagai pertahanan tubuh dari serangan penyakit. Jika tubuh kita
terluka dan ada kuman yang masuk, sel- sel darah putih akan menyerang atau memakan kuman-
kuman tersebut. Tugas neutrofil  adalah memerangi bakteria pembawa penyakit yang memasuki
tubuh. Mula-mula bakteria dikepung, lalu butir-butir di dalam sel segera melepaskan zat kimia
untuk menghancurkan dan mencegah bakteri berkembang biak. Fungsi eosinofil pula adalah
memerangi bakteri, mengatur pelepasan zat kimia saat pertempuran, dan membuang sisa-sisa sel
yang rusak. Basofil pula melepaskan zat untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah di

107
Darah

dalam pembuluhnya. Tugas limfosit adalah menghasilkan antibodi, suatu protein yang membantu
tubuh memerangi penyakit. Monosit bertugas mengepung bakteria.

Platlet

Gambar 4 :Platelet

Platlet disebut juga sebagai trombosit. Ia adalah cebisan sel sumsum tulang yang terdapat
dalam darah. Platlet berbentuk bulat atau lonjong. Ukurannya lebih kecil daripada sel darah
merah. Jumlahnya kurang lebih 300.000 pada tiap 1 mm3 darah. Jangka hidupnya singkat,
hanyalah 8 hari. .Terlibat dalam proses pembekuan darah. Apabila kita terluka, darah keluar
melalui luka tersebut. Platlet menyentuh permukaan luka, lalu pecah dan mengeluarkan
trombokinase. Masih ingatkah kamu tentang plasma darah yang mengandung zat untuk
prosespembekuan darah, iaitu protrombin dan fibrinogen. Trombokinase dibantu dengan ion
kalsium akan mengubahprotrombin menjadi trombin. Trombin diperlukan untuk mengubah
fibrinogen menjadi benang-benang fibrin. Luka akan ditutup oleh benang fibrin yang berupa
benang-benang halus, sehingga darah berhenti keluar.

Plasma

Gambar 5 :Plasma darah

Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air.
Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air dan 10% daripada pelbagai bahan yang
larut dan tdak larut di dalam ceair.

108
Darah

Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi
fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah. Turut mengandungi Serum yang
mengandungi air, pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim dan hormon.
Juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan
bendasing seperti bakteria dan virus.

1. Bahan larut yang terkandung dalam plasma iaitu :

 Garam-garam

 Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino

 Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin

 Bahan-bahan kumuh terutama urea

 Hormon

2. Fungsi-fungsi komponen plasma iaitu :


1. Air ( lebih kurang 90%)
 Sebagai pelarut dan medium pengangkutan.
2. Plasma protein (6-8%)
 bertindak sebagai pengawal, membantu mengekalkan pH darah
 fibrinogen dan prothrombin diperlukan untuk pembekuan darah
 serum albumin membantu mengekalkan tekanan osmotic di dalam darah
 albumin melekat di molekul tertentu seperti hormone steroid untuk diangkut
melalui darah
 serum β-globulin mengikat dan mengangkut lipid, vitamin yang larut di
dalam lemak dan hormon thyroxine
 β-globulin mengangkut kolestrol dan vitamin yang larut di dalam lemak.
 Transferring mengangkut ferum melalui darah
 Kebanyakan antibody dihasilkan oleh lymphocytes
3. Bahan-bahan makanan (lebih kurang 1%)
 Glukosa, amino asid, kolestrol dan sebagainya

109
Darah

4. Hormone enzim
 Mengambil tempat di dalam metabolism seperti enzim pemangkin
5. Garam mineral (0.8-1%)
 Untuk mengawal potensi larut dan tahap pH seperti sodium ion, potassium
ion, chloride ion dan sebagainya diperlukan untuk pembekuan darah
6. Bahan-bahan perkumuhan
 Urea, kreatinin, uric acid dan sedikit ammonia

Bentuk elemen

Gambar 6 :Sel darah merah

Bentuk darah merah seperti disk dan tidak mempunyai nucleus. Saiz lebih kurang
0.007milimiter. Manakala sel darah putihberbeza-beza dari segi saiz dan bentuk. Granulocyte
lebih fleksible dan berubah bentuk serta mempunyai banyak butiran.

Gambar 7 :Baspohill

Basophil pula mempunyai lembungan nucleus serta berukuran lebih kurang 0.01 milimeter.

110
Darah

Gambar 8 :Eosinophil

Seterusnya, eusinophil pula mempunyai banyak butiran dan nucleus nya berentuk C atau D.

Hemostasis

Hemostasis adalah peristiwa berhentinya mengalirnya darah dari pembuluh darah akibat
putusnya pembuluh darah, sedangkan thrombosis terjadi ketika endothelium yang melapisi
pembuluh darah rosak atau hilang. 

Sistem Hemostasis pada dasarnya terbentuk dari tiga kompartemen hemostasis yang
sangat penting dan sangat berkaitan iaitu pembuluh darah, trombosit, dan protein darah.

Pembuluh Darah

Pembuluh darah sangat besar peranannya dalam sistem hemostasis. Dinding pembuluh
darah terdiri dari tiga lapisan morfologis: intima, media, dan adventitia. Intima terdiri dari (1)
selapis sel endotel non trombogenik yang berhubungan langsung dengan pembuluh darah dan (2)
membran elastik interna.

Media dibentuk oleh sel otot polos yang ketebalannya tergantung dari jenis arteri dan
vena serta ukuran pembuluh darah. Adventitia terdiri dari suatu membran elastik eksterna dan
jaringan penyambung yang menyokong pembuluh darah tersebut.

111
Gangguan pembuluh darah yang terjadi seringkali berupa terkelupasnya sel endotel yang
diikuti dengan pemaparan kolagen subendotel dan membran basalis.Gangguan ini terjadi akibat
asidosis, endotoksin sirkulasi, dan komplek antigen/antibodi sirkulasi. 

Darah

Fungsi pembuluh darah meliputi permiabilitas yang apabila meningkat akan berakibat
kebocoran pembuluh darah fragilitas yang apabila meningkat menyebabkan pecahnya pembuluh
darah dan vaso konstriksi yang menyebabkan sumbatan vaskuler.

Trombosit

Gambar 9 :Sel trombosit

Trombosit merupakan komponen sistem hemostasis yang amat penting dan kompleks.Trombosit
adalah kuntum sel yang dihasilkan dari megakariosit.Trombosit tidak punya inti dan disusun dari
suatu zona perifer yang terdiri dari suatu glukokaliks sebelah luar, membran plasma, dan suatu
sistem kanalikuler yang terbuka.

Dalam zona perifer terdapat suatu zona "sol-gel" yang tersusun dari mikrotubulus, mikrofilamen,
tubulus yang padat dan trombostenin iaitu protein trombosit yang dapat berkerut.Zona organel
mengandung bahan-bahan padat, granula alfa dan mitokondria.

Trombosit berbentuk bulat kecil atau cakram oval.Diameternya 2-4 mikron. Sel
megakariosit yang menghasilkan trombosit merupakan sel yang sangat besar dalam susunan
hemopoitik yang berada dalam sum-sum tulang dan tidak meninggalkannya untuk memasuki
darah.

Konsentrasi normal trombosit dalam darah adalah antara 150.000-350.000 mm kubik.


Meskipun tidak mempunyai inti, trombosit mempunyai ciri fungsional sebagai sebuah sel. Dalam
sitoplasma terdapat molekul aktif seperti : (1) aktin dan miosin yang menyebabkan trombosit

112
berkontraksi, (2) sisa retikulum endoplasma dan aparatus golgi yang mensintesis enzim dan
menyimpan besar ion kalsium, (3) sistem enzim yang mampu membentuk ATP dan ADP, (4)
sistem enzim yang mensintesis prostaglandin, (5) suatu protein penting yaitu faktor pemantap

Darah

fibrin, dan (6) faktor pertumbuhan yang dapat menyebabkan penggandaan dan pertumbuhan sel
endotel pembuluh darah.

Pada membran sel trombosit terdapat lapisan glikoprotein yang menyebabkan trombosit
bisa melekat pada pembuluh darah yang luka, terutama pada sel endotel yang rusak dan jaringan
kolagen yang terbuka.Trombosit juga mengandung fosfolipid yang dapat mengaktifkan salah
satu sistem pembekuan darah yang disebut sistem intrinsik.Pada membran trombosit terdapat
enzim adenilat siklase yang bila diaktifkan dapat menyebabkan pembentukan AMP siklik yang
menggiatkan aktifitas dalam trombosit.Jadi trombosit merupakan struktur yang sangat aktif,
waktu paruhnya 8-12 hari setelah itu mati.

Trombosit kemudian diambil dari sirkulasi, terutama oleh makrofag jaringan. Lebih dari separuh
trombosit diambil oleh makrofag pada waktu darah melewati kisi trabekula yang tepat. 

Protein Darah

Protein darah yang terlibat dalam hemostasis meliputi protein koagulasi, protein enzim
fibrinolitik sistem kinin dan sistem komplemen serta inhibitor yang terdapat pada sistem-sistem
tersebut.Sistem protein koagulasi terpusatkan pada tiga reaksi yaitu pada reaksi pembentukan
faktor Xa, reaksi pembentukan trombin, dan reaksi pembentukan fibrin.Protease serin adalah
faktor pembekuan yang diaktifkan pada reaksi pembentukan faktor Xa dan bagian yang aktif
untuk aktivitas enzim adalah asam amino serin.Pada ketiga reaksi kunci tersebut memerlukan
komponen-komponen seperti substrat, enzim, kofaktor, fosfolipoprotein dan kalsium.

Proses Hemostasis terjadi melalui tiga proses, iaitu :

1. Fasa vascular

113
Terjadi kerana akibat dari adanya kerosakan pada pembuluh darah maka respon yang
pertama kali adalah respon dari vaskuler/kapiler iaitu terjadinya kontraksi dari kapiler
disertai dengan extra-vasasi dari pembuluh darah, akibat dari extra vasasi ini akan
memberikan tekanan pada kapiler tersebut (adanya timbunan darah disekitar kapiler).
Darah
2. Fasa Platelet/trombosit
Pada saat terjadinya pengecilan lumen kapiler (vasokontriksi) dan extra vasasi ada darah
yang melalui permukaan asar (jaringan kolagen) dengan akibatnya trombosit. Akibat dari
bertemunya trombosit dengan permukaan kasar maka trombosit tersebut akan mengalami
adhesi serta agregasi.
Setelah terjadinya adhesi maka dengan pengaruh ATP akan terjadilah agregasi iaitu
saling melekat dan desintegrasi sehingga terbentuklah suatu massa yang melekat.
Peristiwa trombosit yang mulai pecah/lepas- lepas hingga menjadi suatu massa yang melekat
disebut Viscous metamorphosis. Akibat dari terjadinya semua proses ini maka terjadilah
gumpalan plug (sumbatan) baru kemudian terjadi fasa yang ketiga.
3. Fasa koagulasi

Fasa ini terdiri dari tiga tahapan iaitu :

a.Pembentukan prothrombinase/prothrombin activator

b.Perubahan prothrombine menjadi trombone

c.Perubahan fibrinogen menjadi fibrin

Pada proses pembekuan darah terjadi kerana adanya faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik.
Faktor intrinsik baru terjadi bila ada kontak aktivasi. Apabila kontak aktivasi tidak ada,
kebanyakan faktor intrinsik berada dalam keadaan tidak aktif (cascade theory dari clotting
faktor).

Waktu pembuluh darah terputus ada kontak dan adanya cairan jaringan yang masuk, Cairan
jaringan ini mengandungi thromboplastin.  Jaringan thromboplastin adalah faktor yang berasal

114
dari jaringan. Faktor ekstrinsik reaksinya adalah berjalan dengan cepat (10 – 11 detik),
sedangkan faktor intrinsic berjalan selama 8 minit.

Darah

Mekanisma Hemostasis

Gambar 10 :Mekanisma Hemostasis

Bila pembuluh darah rosak, trombosit menutup cedera dengan lapisan endothelial dan
membentuk plak yang membatasi aliran darah, seperti serotonin, yang menyebabkan pembuluh
darah konstriksi.

Trombosit, endothelium cedera dan jaringan cedera lokal, semua melepaskan faktor
pembekuan yang bereaksi satu sama lain, dan dengan protein larut dalam sirkulasi untuk
membentuk aktivator prothrombin.

Pada adanya ion kalsium aktivitor protrombin mengubah (protrombin), α-globin dalam
sirkulasi, menjadi trombin.

Trombin mengubah fibrinogen, suatu yang protein ada dalam konsentrasi tinggi dalam
darah, menjadi benang-benang fibrin yang tidak dapat larut, yang membentuk bekuan padat,
membungkus trombosit dan sel darah dalam suatu jaring.

115
Bekuan kemudian menyusut sebagai serum (plasma dikurangi fibrinogen) diteteskan
darinya.Setelah beberapa hari bekuan dirosak oleh enzim plasmin yang mencerna fibrin.

116

Vous aimerez peut-être aussi